SME Bank tidak lantik ejen urus pinjaman

Posted on 24 September 2008. Filed under: Uncategorized | Tags: , |

29 September 2006
Utusan Malaysia

KUALA LUMPUR 28 Sept. – SME Bank berkata hari ini ia tidak lantik Konsortium Usahawan Baru 2 Anggun Bistari sebagai ejennya bagi menguruskan permohonan pinjaman.

Pengarah urusannya Datuk Azmi Abdullah berkata, bukan dasar bank itu untuk menggunakan ejen bagi tujuan pemberian pinjaman.

Beliau berkata, orang ramai hanya perlu berurusan secara terus dengan bank tersebut yang mempunyai 16 buah cawangan.

Mereka juga boleh melayari laman web bank tersebut di www.smebank.com.my atau menelefon talian 1-300-88-3131 untuk sebarang pertanyaan, katanya dalam satu kenyataan yang dikeluarkan kepada Bernama, di sini, hari ini.

Azmi berkata, demikian berikutan satu iklan yang disiarkan pada bulan Ogos lalu dalam akhbar tabloid berbahasa melayu tempatan di mana syarikat tersebut mendakwa ia boleh memberi jaminan kelulusan pinjaman daripada RM30,000 hingga RM50,000 diberikan oleh SME Bank.

Sejak iklan tersebut tersiar, bank itu menerima banyak pertanyaan mengenai kesahihan skim tersebut.

Bank tersebut yang membuat laporan polis berhubung perkara itu pada hari Selasa lalu, tidak menolak kemungkinan mengambil tindakan mahkamah.

-Bernama

Make a Comment

Make a Comment: ( None so far )

You must be logged in to post a comment.

Liked it here?
Why not try sites on the blogroll...