Projek Bio-Diesel Tanaman Jarak (Jatropha Curcas)
![]()

Buah Jarak (Jatropha Curcas)
Seiring dengan perkembangan keperluan industri, permintaan bahan bakar minyak terus meningkat dengan harga minyak dunia yang turut meningkat. Justeru, pelbagai usaha telah dilaksanakan untuk mencari bahan bakar minyak alternatif dari tumbuh-tumbuhan dan telah menemui pokok Jarak (Jatropha Curcas) yang mempunyai banyak kelebihan dan keistimewaan.
|
Tanaman Jarak (Jatropha Curcas) mempunyai keistimewaan seperti berikut:
|
![]() |
Minyak dari buah Jatropha yang dimasak akan mengeluarkan minyak berwarna kuning yang beracun. Minyak yang dicampur dengan belerang ini boleh mengubati luka-luka ringan. Malah jika dititiskan di celah jari kaki dapat menghilangkan penyakit kutu air. Kulit buahnya pula menjadi pelawas untuk membuang air besar.
|
![]() |
Rebusan air daun Jatropha dapat menyembuhkan penyakit demam dan Malaria. Daun ini juga turut menjadi makanan kepada ulat sutera. Daun ini akan gugur ke tanah dan lama-kelamaan menjadi sebati dengan tanah tanaman serta meningkatkan lagi kesuburan tanaman.
|
![]() |
Kulit batangnya baik untuk disapukan pada bekas gigitan ular, salah urat atau terkehel. Selain itu, isi kayu Jatropha dapat menghilangkan putih lidah bayi dan membuang panas di dalam badan. Kulit kayu Jatropha pula menghasilkan pewarna fabrik warna biru gelap.
|
![]() |
Akar Jatropha boleh menjadi julap dan jika dihancurkan boleh ditempel bagi mengubat penyakit reumatik.
|
![]() |
Biji Jatropha adalah ramuan mujarab tradisional untuk mengubati sakit lutut, batuk-batuk, luka lecur, gonerea, lumpuh, bengkak-bengkak, sakit kuning, radang paru-paru, gatal-gatal, ulser dan ketumbuhan.
|
![]() |
Selain mencuci luka getah ini dapat melegakan kesakitan gigi berlubang dan ulser mulut dengan beberapa titisan dan tidak boleh dimakan kerana beracun. Ia juga dapat merawat luka selepas berkhatan agar lebih cepat sembuh.
|
![]() |
|
|
Hampas yang terhasil daripada pemprosesan minyak Jatropha boleh diguna semula sebagai baja kerana kaya dengan nitrogen fosforus dan postasium. Ia juga boleh menjadi makanan lembu ternakan.
Buah jarak (Jatropha Curcas) Proses penyertaan pemilik tanah yang berminat untuk menanam pokok Jarak (Jatropha Curcas) di bawah Skim ini adalah seperti berikut:
Peserta yang beminat boleh mengisi Borang A yang disertakan atau boleh dimuat turun melalui laman web BIONAS di alamat www.bionas.com.my. Pembayaran boleh dibuat melalui wang pos atau bank-in terus ke akaun kami atas nama BATC DEVELOPMENT BHD . Akaun Maybank : 514271131842 . Sertakan wang pos / bank-in slip bersama borang pendaftaran anda. Segala pembayaran hendaklah dibuat terus kepada pihak Bionas (pejabat utama). Bionas tidak melantik pihak ketiga untuk menerima sebarang pembayaran. “MODAL PENANAMAN DIURUSKAN OLEH PIHAK BATC DEVELOPMENT BHD” |





















PELUANG BISNES BARU : SEMINAR POTENSI PERNIAGAAN TANAMAN HIDROKULTUR 1-2 OGOS 2009 Lawati http://infohidrokultur.wordpress.com/
mafizah
6 Julai 2009