Dr Mahathir syor kerajaan tubuh kumpulan pemikir
LANGKAWI: Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad, semalam mencadangkan kepada kerajaan supaya menubuhkan kumpulan pemikir dan pemantau bagi mencari kaedah menyelamat negara daripada menghadapi krisis ekonomi dunia sekarang.
Beliau berkata, kumpulan pemikir itu seharusnya disertai pakar ekonomi dan berbincang serta mengumpul data memberi cadangan penyelesaian kepada kerajaan.
“Kita jangan menganggapkan kesan krisis itu tidak akan melanda negara ini sedangkan banyak negara di dunia terbabit,” katanya pada sidang media selepas memberi ucaptama Persidangan Perkhidmatan Awam di sini.
“Saya akan kembali selepas peralihan kuasa Mac depan dengan syarat kawan-kawan saya akan bersama kembali menyertai,” katanya. – Bernama
![Reblog this post [with Zemanta]](http://img.zemanta.com/reblog_e.png?x-id=3da80a46-a4ac-4de0-86fd-a9f6b65b8e26)







