Pinggan pakai buang ubi kayu

Posted on 13 January 2009. Filed under: Agro Biz, Kerjaya, Pelan Perniagaan, peluang perniagaan, PERTANIAN, Plan Perniagaan | Tags: , , , , , , , |

Pinggan pakai buang ubi kayu

Oleh Hafizah Iszahanid
hafiza@bharian.com.my

Pinggan pakai buang yang boleh dimakan, dihasilkan daripada ubi kayu.

Hasil
keluaran NHI berbeza dengan pinggan polistrin kerana pinggan ubi kayu
lebih mesra alam dan boleh lupus dalam tempoh 28 hari

UBI kayu memang sinonim di negara ini sebagai pengalas perut
ketika Perang Dunia Kedua. Kini ia lebih popular sebagai makanan ringan
seperti kerepek selain dijadikan kanji memekat kuah masakan.

Di Brazil, tepung ubi kayu digunakan dalam pelbagai jenis
masakan. Ia digoreng, dipanggang dan dipercik dengan santan manakala di
Amerika Syarikat pula, ubi kayu diuli kecil bersaiz dua hingga tiga
milimeter (mm) untuk dijadikan perhiasan seperti mutiara.


‘Resume’ ubi kayu di seluruh dunia memang hebat.
Justeru, tidak hairan apabila sebuah syarikat tempatan, Natures Harmony
Industries Sdn Bhd (NHI) yang menjalankan penyelidikan selama tiga
tahun berjaya menghasilkan pinggan daripada ubi kayu. Lebih unik,
pinggan yang dihasilkan itu boleh dimakan.

Sejak diperkenalkan pada awal Oktober lalu, NHI menerima
banyak pertanyaan daripada orang ramai yang ingin mengetahui
keistimewaan pinggan ubi kayu. Dengan dihasilkan daripada bahan semula
jadi dan mesra alam, pinggan pakai buang ubi kayu memang
ditunggu-tunggu untuk menggantikan pinggan pakai buang yang ada di
pasaran sekarang.

Memang diakui di pasaran sekarang terdapat pelbagai jenama
pinggan pakai buang yang kebanyakannya dihasilkan daripada bahan
buangan. Ada juga yang dihasilkan daripada bahan petroleum. Justeru,
dari segi kesihatan, penggunaan produk itu agak berisiko kerana ia
mungkin merangsang sel barah, lebih-lebih lagi ia mengambil masa antara
120 hingga 80 hari untuk terbiourai.

Doh perlu diuli selama 30 minit.

Pinggan daripada ubi kayu agak berbeza kerana ia lebih mesra alam dan
boleh lupus dalam tanah pada masa lebih cepat, iaitu 28 hari.

Pengarah Urusan NHI, Ramaness Parasuraman, berkata pinggan
daripada ubi kayu bukanlah satu-satunya produk keluaran NHI, sebaliknya
syarikat itu akan menghasilkan mangkuk, sudu, garfu selain bekas
makanan dan talam daging daripada bahan itu mulai tahun depan.

Ramaness berkata, matlamat utama syarikat itu menghasilkan
pinggan ubi kayu bertujuan untuk memberi pilihan produk yang mesra alam
kepada pengguna.

“Pinggan ubi kayu adalah pilihan terbaik bagi kempen cintai
alam sekitar. Ia mudah lupus kerana dibuat daripada bahan semula jadi
selain sisanya boleh dijadikan makanan ternakan,” katanya.

P Ramaness (kanan) berbangga dengan produk pinggan ubi kayu mesra alam hasil penyelidikan selama tiga tahun.

Pinggan ubi kayu memiliki jangka hayat selama dua tahun dan selepas itu
mikrobnya akan lupus secara semula jadi menjadikan saiznya mengecil
daripada saiz sebenar.

Ramaness berkata, syarikat itu menghasilkan pinggan ubi kayu
berasaskan pemerhatian selain pembangunan dan penyelidikan yang
dilakukannya.

“Dulu ubi kayu popular sebagai kerepek. Sekarang, ia boleh
dibangunkan menjadi pinggan sekali gus membantu meningkatkan ekonomi
petani. Penggunaan pinggan ubi kayu juga bersesuaian dengan polisi
sesetengah negara yang menggalakkan produk mesra alam,” katanya.

Beliau berkata, polisi kebanyakan negara barat yang
mengharamkan penggunaan bekas makanan daripada polistrin membuka ruang
kepada produk berkonsepkan mesra alam seperti pinggan ubi kayu.

“Ketika kami membawanya ke Amerika Syarikat buat pertama
kali, ia mendapat sambutan yang sungguh menggalakkan. Malah, kami
menerima tempahan dari sebuah rangkaian hipermarket di negara itu dan
mulai tahun ini kami akan meningkatkan pengeluarannya,” katanya.

Selain Amerika Syarikat, konsep mesra alam pinggan ubi kayu
ini turut menarik perhatian syarikat pengendali kereta api China, iaitu
China Railways Road yang menyediakan ribuan kotak makanan sehari untuk
penumpangnya menggunakan pinggan pakai buang, polistrin.

Bekas makanan itu biasanya sukar diuruskan kerana jumlahnya yang banyak dan mengambil masa lama untuk dilupuskan.

Ramaness berkata, selain mempromosikan produk mesra alam untuk
menembusi pasaran antarabangsa, pengeluarannya pinggan ubi kayu boleh
meningkatkan taraf hidup petani di negara ini yang mengusahakan tanaman
itu.

Ketika ini kebanyakan bekalan ubi kayu yang diperoleh NHI
dibawa masuk dari Thailand. Namun, menjelang tahun depan bekalan mentah
ubi kayu juga dijangka diperoleh dari ladang tempatan seperti Kelantan.

NHI kini beroperasi di Nilai dengan kapasiti pengeluaran
sebanyak 1.5 juta unit sebulan. Oleh kerana sambutan sungguh
menggalakkan daripada pasaran tempatan dan luar negara, NHI akan
memperbesarkan saiz kilang, menambah lima buah mesin yang dibeli dari
Jerman.

Peningkatan taraf kilang dijangka mampu menghasilkan
sekurang-kurangnya 48 juta unit pinggan. Untuk memenuhi permintaan dari
negara luar antaranya Amerika Syarikat dan China, NHI juga
mengalu-alukan mereka yang berminat untuk membuat pelaburan dan menjadi
wakil pengedar.

INFO: Pinggan ubi kayu

  • Pinggan ubi dihasilkan daripada 99 peratus tepung ubi kayu
  • Prosesnya bermula dengan diformulasikan selama 20 minit sebelum diuli dengan mesin uli berbentuk kawah kecil selama 30 minit.
  • Selepas menjadi doh, ia akan dipotong-potong kecil menggunakan mesin pemotong.
  • Setiap satu doh dimasukkan ke dalam acuan membentuk pinggan.
  • Setiap satu doh akan dibakar selama 45 saat pada tahap 220 hingga 240 darjah Celsius.
  • Pinggan yang dihasilkan akan dihantar ke mesin
    pengukur dan pemotong berbentuk saiz pinggan bagi memastikan setiap
    produk memiliki ukuran standard.
  • Pinggan ubi kayu boleh menahan kepanasan hingga 180 darjah Celsius atau selama empat jam sebelum mula mengembang.
  • Bagi makanan sejuk ia boleh bertahan selama sehari.
  • Jika tidak digunakan langsung, ia boleh bertahan selama dua tahun.
  • Bagi memastikan mutu dan kualiti pinggan yang
    dihasilkan, hanya ubi kayu jenis KU 55 saja digunakan. Ini kerana ubi
    kayu jenis ini memiliki kandungan serat yang tinggi.
  • Cetak artikel |
    Hantar pada kawan

    Reblog this post [with Zemanta]

    About these ads

    Make a Comment

    Leave a Reply

    Please log in using one of these methods to post your comment:

    WordPress.com Logo

    You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

    Twitter picture

    You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

    Facebook photo

    You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

    Google+ photo

    You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

    Connecting to %s

    2 Responses to “Pinggan pakai buang ubi kayu”

    RSS Feed for Canggih Laksana Comments RSS Feed

    ai..cm2 idea mereka

    Saya ada menjual pinggan mangkuk mesra alam buatan Malaysia yang diperbuat dari sekam padi, sabut kelapa, hampas tebu, ubi kayu, rumput, dsb. Sila lawati laman web saya di http://safglobalsolutions.blogspot.com/.


    Where's The Comment Form?

    Liked it here?
    Why not try sites on the blogroll...

    Follow

    Get every new post delivered to your Inbox.

    %d bloggers like this: