Bank Negara Malaysia Membuat Serbuan Terhadap Gemilang Mirza Sdn. Bhd.
Versi mesra pencetak |
Hantar artikel kepada rakan
Ref No: 01/09/03
Embargo: Untuk Siaran Segera
Bank Negara Malaysia Membuat Serbuan Terhadap Gemilang Mirza Sdn Bhd yang Disyaki Menjalankan Aktiviti Pengambilan Deposit Tanpa Lesen dan Pengubahan Wang Haram
Pada 13 Januari 2009, Bank Negara Malaysia membuat serbuan terhadap Gemilang Mirza Sdn Bhd di bawah Seksyen 25(1) Akta Bank dan Institusi-Institusi Kewangan 1989 (BAFIA) dan Seksyen 4(1) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram dan Pembanterasan Pembiayaan Keganasan 2001 (AMLATFA). Seksyen 25(1) BAFIA 1989 melarang mana-mana individu untuk mendapat, mengambil atau menerima deposit tanpa lesen yang sah, sementara Seksyen 4(1) AMLATFA 2001 menghalang mana-mana individu daripada terlibat dalam, atau cuba untuk melibatkan diri dalam, atau bersubahat dengan aktiviti pengubahan wang haram.
Serbuan terhadap Gemilang Mirza Sdn Bhd dibuat di premis syarikat di Papar, Sabah berikutan aduan yang diterima daripada orang ramai. Aset dan dokumen syarikat yang berkaitan telah dirampas untuk tujuan penyiasatan.
Mana-mana individu atau syarikat yang melakukan kesalahan di bawah Seksyen 25(1) BAFIA 1989 akan, atas sabitan, dikenakan denda tidak melebihi RM10 juta atau dipenjarakan untuk tempoh tidak melebihi sepuluh tahun atau kedua-duanya sekali. Mana-mana individu atau syarikat yang melakukan kesalahan di bawah Seksyen 4(1) AMLATFA 2001 akan, atas sabitan, dikenakan denda tidak melebihi RM5 juta atau dipenjarakan untuk tempoh tidak melebihi lima tahun atau kedua-duanya sekali.
Orang ramai diingatkan supaya berwaspada dengan skim pelaburan yang dipromosikan melalui Internet, telefon atau seminar yang dianjurkan oleh individu atau syarikat yang tidak dilesenkan atau dibenarkan oleh Bank Negara Malaysia untuk menerima deposit atau berurusan dalam urus niaga mata wang asing, bagi mengelakkan kehilangan wang mereka. Senarai semua institusi berlesen yang dibenarkan menerima deposit terdapat di laman web Bank Negara Malaysia di www.bnm.gov.my.
Untuk keterangan atau nasihat lanjut, orang ramai boleh menghubungi Bank Negara Malaysia di:
BNMTELELINK (Pusat Perhubungan Pelanggan)
Tel: 1-300-88-5465
Faks: 03-2174 1515
E-mel: bnmtelelink@bnm.gov.myBNMLINK (Pusat Perkhidmatan Pelanggan)
Blok D, Bank Negara Malaysia,
Jalan Dato’ Onn, 50480 Kuala Lumpur
(Waktu urusan: Isnin – Jumaat, 9:00 pagi – 5:00 petang)
Bank Negara Malaysia
13 Januari 2009
© Bank Negara Malaysia, 2009. All rights reserved.
P/S : AKHIRNYA APA YANG DIRAMAL AKAN TERJADI, MENJADI KENYATAAN (Dr Bangang akhirnya hilang bangangnya …)








dia meniaga apa ya?
Nasron al-Jauhari
16 Januari 2009
Salam.. dengar katanya Stokis bagi berbagai barangan MLM. dan juga mengeluarkan barangan IKS dalam lebih kurang 60 produk kalau tak salah info. Keuntungan sebagai Stokis biasanya dalam 40-60% itulah yang diagihkan kembali kepada rakan kongsi dalam nisbah 25-35% bagi setiap RM1000.00 yg dilaburkan SEBULAN!!!(PERKONGSIAN UNTUNG BERSAMA ANTARA PELABUR DAN PENGURUSAN GM)bagi pelabur GM tunggu jelah hasil siasatan BNM ni..apa yang saya dengar Pengarahnya Dato` Awang Binting telah banyak merubah nasib / kehidupan pelabur – pelabur awal GM yang rata ratanya bumiputera Sabahan area Tenom, Beaufort, Kuala Penyu, Keningau, Papar, Kota Kinabalu dll. tu
canggihlaksana
16 Januari 2009
“Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram dan Pembanterasan Pembiayaan Keganasan 2001 (AMLATFA)”.
Ganas sungguh nama akta ni!!
saiful
8 Jun 2009
erm… ye ker??
zikrihusaini
1 Ogos 2009