DOMAIN BARU .tel
Januari 19, 2009 -Isnin PELUANG HEBAT UNTUK PEREBUTAN .TEL Friday 16/01/2009 SINGAPURA 16 Jan. /PRNewswire-AsiaNet/ — Setiap Orang Mempunyai Peluang Saksama Untuk Membeli Domain Nama-nama Terbaik Dengan hanya kurang daripada tiga minggu sehingga pelancaran .tel Landrush, Telnic Limited (http://www.telnic.org), operator pendaftar bagi domain tahap tertinggi baharu .tel hari ini mengumumkan bahawa ia tidak akan mengadakan sebarang lelongan untuk nilai tertinggi atau premium nama-nama domain dan ia juga tidak akan menyimpan mana-mana nama daripada perebutan Landrush, kecuali beberapa nama dalam “senarai simpanan” seperti yang ditetapkan oleh ICANN dan seperti yang disyaratkan untuk operasi pendaftaran. “Orang ramai perlu memahami bahawa terdapat banya nama-nama domain hebat yang tersedia semasa Landrush itu dan setiap orang mepunyai peluang yang adil dan saksama untuk mendaftar nama-nama ini memandangkan semuanya ditawarkan pada harga tetap berdasarkan siapa dahulu diutamakan, kaedah pemilihan yang paling demokratik yang disediakan” kata Khashayar Mahdavi, Ketua Pegawai Eksekutif Telnic. “Kami menjangkakan pengambilan kukuh di setiap negara bagi mereka yang bernama (sebaga contoh Bob.tel, Mary.tel, Hans.tel), nama-nama bandar raya (seperti Chicago.tel, Dubai.tel, Geneva.tel), nama-nama generik (seperti Pizza.tel, Lawyer.tel, WhiteHouse.tel), dan nama-nama popular lain (seperti Superman.tel, Batman.tel, CoolGuy.tel.)” .tel adalah lebih daripada sekadar satu lagi domain seperti yang lain. Malah, ia adalah unik dan perkhidmatan bernilai yang membolehkan kedua-dua individu dan perniagaan menyimpan semua maklumat mereka orang hubungan mereka, kata utama serta rekod lokasi secara langsung dalam DNS tanpa memerukan sebuah laman web. “.tel juga sangat berguna untuk mengoptimumkan enjin carian,” kata Henri Asseily, Ketua Pegawai Strategik Tilnic. “Tidak seperti domain-domain lain, .telme mempunyai kandungan yang sangat spesifik dan unik yang diterbitkan secara langsung dalam DNS sebagai ganti kepada web. Google dan enjin carian yang lain akan memerakuinya dan kandungan indeks .tel sebagai tambahan kepada kandungan .com .” Pendaftaran Landrush bermula pada 3.00 p.m. GMT pada Selasa, 3 Februari 2009 dan membolehkan sesiapa sahaja untuk membeli mana-mana domain .tel yang belum didaftarkan semasa Sunrise. Tempoh Landrush berlangsung selama kira-kira dua bulan. Untuk maklumat lanjut, sila layari http://www.telnic.org. Maklumat mengenai Telnic Limited Diasaskan pada 2000, Telnic Limited ialah operator pendaftar yang berpejabat di UK dan organisasi penganjur bagi domain tahap tertinggi yang ditaja oleh .tel baharu (sTLD). Untuk maklumat lanjut mengenai domain .tel atau Telnic Limited, sila layari http://www.telnic.org. .tel akan dilancar untuk para pemilik tanda dagang pada 3 Disember, 2008 dan orang ramai pada 3 Februari, 2009. SUMBER : Telnic Limited TARIKH SIARAN : 16 JANUARI 2009 DISIARKAN OLEH PERHUBUNGAN MEDIA & PENGURUSAN ACARA BERNAMA
TELNIC UMUM PROGRAM RAKAN TEKNOLOGI BERTAULIAH
Friday 16/01/2009
Peringkat Utama .tel Yang Baru, Hari Ini Mengumumkan Pembukaan Program Rakan Teknologi Bertauliah Telnic Bagi Pertubuhan Yang Mencari Untuk Mengintegrasikan Produk Dan Perkhidmatan Teknologi Mereka Dengan .tel. Program Opsyenal Dan Percuma Ini Boleh Diperolehi Oleh Semua Pertubuhan Yang Berhasrat Untuk Menggabungkan Penawaran Mereka Secara Sempurna Dengan Perkhidmatan .tel.
akan membolehkan pembekal teknologi dan perkhidmatan web daripada pelbagai jenis untuk menjalin kerjasama dengan kami bagi memastikan mereka dapat bergabung dengan platform .tel secara sempurna.”
Domain .tel itu menyediakan kepada orang perseorangan dan perniagaan dengan satu ‘hub’ komunikasi yang akan membolehkan mereka untuk menyimpan semua jenis maklumat hubungan dan menerbitkannya ke mana-mana peranti yang bersambung dengan internet. Memandangkan platform itu berada di bawah kawalan pengguna secara keseluruhannya, ini akan membolehkan mereka untuk:
- Peralihan di antara saluran komunikasi dan teknologi saling bergantung secara mudah di atas bagaimana teknologi dan saluran baru berkembang
- Menerima pakai dan menggantikan saluran komunikasi yang sedia ada seperti nombor talian darat dengan nombor suara di atas IP (VoIP) dengan mudah, sekali gus beralih kepada penyelesaian yang kosnya lebih rendah
- Menerima pakai teknologi pengurusan perhubungan pelanggan baru (CRM) yang membolehkan mereka untuk mempertingkatkan pengalaman pelanggan mereka
- Menggunakan domain .tel sebagai satu perisai untuk melindungi maklumat hubungan peribadi, sekali gus menjadikannya titik tunggal perhubungan mereka dalam perkhidmatan pihak ketiga seperti jaringan sosial dan perniagaan
- Mengurus dalam satu ruang langganan yang berkecuali dengan perkhidmatan web lain, oleh itu membolehkan API mereka untuk bertutur di bawah kawalan mereka dan dalam persekitaran .tel mereka
Sesebuah pertubuhan yang ingin mendapatkan status Rakan Teknologi Bertauliah Telnic perlu menjalin kerjasama dengan Telnic bagi menguji, mendokumen, menggabungkan dan mengakreditasikan penyelesaian teknologi mereka agar dapat
bekerjasama dengan domain peringkat utama (TLD) .tel. Teknologi khusus ini akan juga membawa bersama bukti kelulusan daripada .tel.
Pentauliahan itu termasuk perkongsian proses ujian agar dapat memastikan aplikasi itu berfungsi dengan betul dengan maklumat komunikasi yang disimpan di dalam Sistem Nama Domain atau DNS, API dan halaman Proksi Web yang membolehkan
para pelanggan untuk mengakses dan berinteraksi dengan maklumat .tel, dan platform TelHosting yang membolehkan para pelanggan untuk menginput, mengurus dan menerbitkan maklumat di dalam domain .tel mereka.
Pertubuhan yang pada masa ini menjalin kerjasama dengan Telnic yang secara automatik menjadi sebahagian daripada program ini termasuk:
- voipGATE – voipGATE menjalankan operasi secara tempatan dan di seluruh dunia sebagai salah satu daripada Operator dalam Suara ke atas IP yang unik dan terkemuka dengan menawarkan perkhidmatan telekomunikasi profesional (SIP Tunk) dengan perkhidmatan nilai ditambah seperti Pengurusan Komunikasi Dalam Talian, Softphone, Webphone, Click2Call, Panggilan semula, dan Nombor Telefon tempatan
- Digitrad – Digitrad menawarkan perkhidmatan suara interaktif yang dilaksanakan daripada web. Respons suara interaktif Stand4u (IVR), Mel Suara Visual, suara RSS, Flash2call, Panggilan standard, Pemindahan panggilan,
Hotline, Nombor Premium, Persidangan, Perjudian Dalam Talian, panduan suara dan penyelesaian pembayaran mikro
- Webnames.ca – Webnames.ca adalah merupakan pendaftar domain asal Kanada dan merupakan pusat kemudahan sehenti bagi keperluan dalam talian bagi orang perseorangan, perniagaan kecil, pertubuhan dan perbadanan yang tidak mencari keuntungan
Jorge Marques, Ketua Pegawai Operasi bagi voipGATE, mengulas “Kami amat gembira kerana menjadi Rakan Teknologi Bertauliah Telnic kerana kami percaya .tel mengandungi platform komunikasi bagi generasi akan datang. Untuk tempoh
beberapa bulan yang lalu kami telah menjalin kerjasama erat dengan Telnic pada perkhidmatan komunikasi kami untuk mempertingkatkan pengalaman .tel. Ia amat penting bagi voipGATE untuk menjadi sebahagian daripada trend baru ini, dan versi yang akan datang bagi Softphone kami nanti adalah hasil daripada penggabungan fungsi dan perkhidmatan direktori .tel itu. Kemudahan untuk mengakses, pengurusan hubungan dan opsyen panggilan yang disediakan oleh
mana-mana nombor .tel akan dapat diperolehi secara serta merta kepada para pelanggan dalam satu aplikasi utama, iaitu Softphone kami”.
Mana-mana pemaju organisasi atau orang perseorangan yang berhasrat untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenai menggabungkan .tel dengan produk dan perkhidmatan mereka boleh melayari laman web http://dev.telnic.org. Untuk
mendapatkan maklumat lanjut atau untuk menghubungi Telnic bagi menyertai di dalam program ini, pertubuhan berkenaan boleh menghantar e-mel kepada news@telnic.org
Maklumat mengenai Telnic Limited
Ditubuhkan pada tahun 2000, Telnic Limited adalah sebuah Operator Pendaftaran dan Pertubuhan Penajaan yang berpangkalan di United Kingdom bagi domain peringkat utama .tel baru yang ditaja (sTLD). Untuk mendapatkan maklumat lanjut berhubung domain .tel atau berhubung Telnic Limited, sila layari http://www.telnic.org. .tel akan dilancarkan kepada pemegang cap dagang pada 3 Disember, 2008 dan kepada pihak lain pada 3 Februari, 2009.
SUMBER: Telnic Limited
TARIKH SIARAN : 16 JANUARI 2009
DISIARKAN OLEH PERHUBUNGAN MEDIA & PENGURUSAN ACARA BERNAMA
Copyright @ 2008 MREM . All rights reserved.
.tel is a new top level domain from Telnic that is currently in beta. What makes .tel unique is that it maps domains to contact information stored directly in the DNS. Telnic, the .tel registry operator, describes it:
The .tel is a new TLD dedicated exclusively to communications that enables people and businesses to store, update and publish contact information, web links and keywords directly in the DNS under a unique domain name.
Click the question to view the answer.About Us
Telnic is a limited liability company incorporated in England with registration number 3555437. The company has its head office at 37 Percy Street, London W1T 2DJ.
Telnic’s sole purpose is to act as the Registry Operator and Sponsoring Organization for .tel, a new sponsored Top Level Domain awarded on May 30th 2006 by ICANN, the Internet Corporation for Assigned Names and Numbers.
Telnic’s contract with ICANN is publicly available.













