Jambatan 240 tahun ditawar RM9.1j

Posted on 24 Ogos 2009. Filed under: canggihlaksana |

Cetak
Ditulis oleh Admin
Isnin, 08 Jun 2009 12:05

OXFORDSHIRE – Jambatan Swinford Toll yang merentasi Sungai Thames, Britain dan berusia 240 tahun di sini kini menunggu pemilik baru dengan harga jualan £1.63 juta (RM9.1 juta), lapor sebuah akhbar semalam.

Bakal pemilik baru jambatan itu akan memperoleh pendapatan sebanyak £100,000 (RM558,919) setahun menerusi kutipan tol.

Berdasarkan satu akta Parlimen yang diluluskan ketika ia dibina pada 1767, semua pendapatan diperoleh menerusi jambatan itu akan dikecualikan cukai pendapatan.

Jambatan itu dibina pada abad ke-18 oleh Earl of Abingdon IV dengan kos kira-kira £5,000 (RM27,946) bagi membawa haiwan ternakan melintasi Sungai Thames.

Keluarga Earl of Abingdon menjadi pemilik jambatan itu sehingga 1985 apabila seorang bekas juruterbang pengebom tentera Britain, Graham Smith membelinya pada harga £275,000 (RM1.5 juta).

Namun, Smith meninggal dunia pada 2001 ketika berumur 83 tahun menyebabkan dua anak lelaki dan seorang anak perempuannya memutuskan untuk menjual jambatan itu.

Pengurus jambatan itu, Paul Batty tinggal di sebuah rumah tanpa membayar sewa dan mempunyai lima kakitangan sambilan untuk mengutip tol dari pukul 7 pagi hingga 9 malam pada setiap hari. – Agensi

Make a Comment

Make a Comment: ( None so far )

You must be logged in to post a comment.

Liked it here?
Why not try sites on the blogroll...