Moyang 90 tahun dapat diploma

Posted on 24 Ogos 2009. Filed under: Kareer, Uncategorized |

Cetak
Ditulis oleh Admin
Isnin, 08 Jun 2009 12:39

CHICAGO – Seorang wanita yang berumur 90 tahun dan pernah tercicir daripada persekolahan kerana mahu membantu keluarga ketika Zaman Kemelesetan Besar kini memperoleh diploma sekolah tinggi.

Wanita itu, Eleanor Benz meninggalkan Sekolah Tinggi Lake View di sini pada 1936 untuk bekerja.

Beberapa dekad kemudian, dia berpindah ke Gurnee dan kini mempunyai 15 anak, 54 cucu dan 37 cicit.

Benz turut mengikuti kelas menaip dan akaun pada waktu malam. Namun, baru-baru ini wanita itu memberitahu salah seorang anak perempuannya bahawa dia tidak pernah menghabiskan sesi pembelajaran di sekolah tinggi.

Benz berkata, kegagalan menghabiskan pembelajaran itu merupakan satu kekecewaan yang besar. Anak-anaknya bertindak menghubungi sekolah itu.

Sekolah itu kemudian memutuskan untuk mengeluarkan diploma buat Benz. Pada minggu lalu, ketika ulang tahun kelahirannya yang ke-90, keluarga wanita itu memberinya diploma dan gaun serta topi berumbai untuk pelajar yang menamatkan pengajian pada 1936. – AP

Make a Comment

Make a Comment: ( None so far )

You must be logged in to post a comment.

Liked it here?
Why not try sites on the blogroll...