Sarang burung sumber ekonomi baru

Posted on 24 September 2008. Filed under: Uncategorized | Tags: , |

Friday, July 25, 2008

HARGA sarang burung yang siap diproses kini boleh mencecah RM15,000 hingga RM25,000 sekilogram di China. Perkembangan terbaru itu semestinya mendorong penternak burung layang-layang di Wilayah Ekonomi Pantai Timur (ECER) untuk melihat sumber pendapatan yang lebih tinggi memandangkan lebih banyak pusat penternakan kini dibuka di wilayah itu.Kelantan merupakan pusat penternakan burung layang-layang kedua terbesar di negara ini selepas Perak yang menghasilkan sarang burung bernilai tinggi serta menjadi idaman ramai iaitu hidangan yang mahal dihasilkan daripada ekstrak air liur burung layang-layang.Sehingga Jun 2004, terdapat 300 sarang burung layang-layang di negeri itu terutama di Kota Bahru, Tumpat dan Rantau Panjang.Kawasan lain termasuk dalam kawasan ECER adalah di Pasir Mas di Kelantan; Kampong Air Papan di Mersing; Kuala Besut, Kuala Terengganu; Tok Soboh, Kampung Pinang di Terengganu; dan juga Rompin serta Pekan di Pahang.Malaysia kini merupakan pengeluar sarang burung yang boleh dimakan dengan nilai pembekalan kasar sebanyak tujuh peratus, selepas Indonesia (60 peratus) dan Thailand (20 peratus).Sehingga akhir tahun 2006, terdapat hampir 36,000 burung layang-layang di seluruh negara dengan purata kadar pertumbuhan sebanyak 35 peratus setahun sepanjang tempoh lima tahun lepas.Jumlah nilai pengambilan keseluruhan sarang burung yang boleh dimakan di seluruh dunia pada tahun 2006 dianggarkan RM8 bilion hingga RM12 bilion.Hong Kong merupakan negara pembeli sarang burung terbesar iaitu sebanyak 50 peratus manakala China (lapan peratus), Taiwan (empat peratus) dan Macau (tiga peratus) dengan jumlah pengambilan kira-kira 160 tan pada tahun 2006.Sekilogram sarang burung berwarna putih yang boleh dimakan belum diproses dijual pada harga RM4,500 hingga RM6,000 pada tahun 2006. Harganya berganda lebih tinggi di China dan Hong Kong.LonjakanIndustri penternakan burung layang-layang di Malaysia telah menyaksikan lantunan serta lonjakan pertumbuhan untuk tempoh lapan tahun sebelum ini.Ladang-ladang ternak kebanyakannya dibina di bandar-bandar kecil di mana sumber makanan melimpah dan tahap pencemaran masih rendah.Kerajaan Perak misalnya, menawarkan 10 kawasan berpotensi untuk peladangan burung layang-layang, manakala Johor mencadangkan sebuah taman eko burung layang-layang di Endau dan Desaru.Kerajaan Negeri Sembilan juga menunjukkan minat yang sama untuk membina sebuah taman eko bagi tujuan tersebut.Bank Pertanian Malaysia atau kini dikenali sebagai AgroBank menawarkan pembiayaan sehingga 85 peratus berikutan perusahaan sarang burung kini menjadi sebahagian daripada industri berasaskan tani.Suruhanjaya Koperasi Malaysia pula telah mengiktiraf enam buah syarikat pengusahaan sarang burung bagi menjalankan usahasama perniagaan dengan gerakan koperasi di seluruh Malaysia di bawah program pemadanan perniagaan (business matching).Namun begitu, perunding dan pakar reka bentuk rumah burung layang-layang, Abdul Aziz Mohd. Rejab dari GEM Sdn. Bhd., memaklumkan buat masa ini hanya 20 peratus daripada keperluan dunia dapat dipenuhi.Bagi memenuhi keperluan pasaran, GEM Sdn. Bhd. bekerjasama dengan beberapa kementerian dan agensi kerajaan termasuk Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (MeCD), Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM), Jabatan Perkhidmatan Haiwan (JPH), Gagasan Badan Ekonomi Melayu (Gabem) dan Lembaga Pertubuhan Peladang (LPP) menganjurkan seminar dan kursus kepada para usahawan yang berminat.LumayanPenternak burung layang-layang mendapat pendapatan lumayan dengan menjual sarang burung yang boleh dimakan, menguruskan ladang-ladang ternakan burung layang-layang dengan berjaya atau menyediakan khidmat perundingan mengenai penternakan burung layang-layang.Pengarah Urusan Nespure Birdnest Sdn. Bhd, Ng Ching Phock berkata, penternakan burung layang-layang telah menjadi industri baru untuk membangkitkan ekonomi negeri Kelantan selain menawarkan peluang pekerjaan kepada penduduk di situ.Dengan memiliki ladang serta pusat jualan sendiri iaitu di Kota Bharu, Nespure Birdsnest memasarkan produk sarang burungnya di rangkaian kedainya serta menjualnya kepada pihak ketiga.“Sarang-sarang burung hasil keluaran tempatan adalah antara yang terbaik di dunia dari segi kualiti dan mendapat permintaan daripada pasaran antarabangsa sama ada yang mentah atau pun yang siap diproses,’’ kata Ching Phock.Katanya, di Nespure Birdsnest, pekerja-pekerja digaji untuk memungut, membersih dan memproses sarang-sarang burung berkualiti dengan menggunakan kaedah tradisional.’Syarikat itu juga merupakan yang pertama membuka pusat jualan di Pantai Timur dengan memasarkan produk sarang burung layang-layang laut termasuk puding longan dan puding sarang burung; dan juga soya dengan sarang burung.“Sarang burung layang-layang laut adalah berkualiti. Ia dipasarkan di luar negara dan dieksport ke beberapa negara di Asia Barat,’’ tambahnya.Menurut Dr. Christopher Lim, yang merupakan salah seorang pengendali ladang ternakan burung layang-layang paling berjaya di Malaysia dan turut memegang rekod pencapaian ‘pertumbuhan kedua terpantas dalam pengeluaran sarang burung yang boleh dimakan’ di negara ini, ladang yang berjaya mesti mampu menghasilkan satu sarang burung yang boleh dimakan bagi setiap kaki persegi setiap empat bulan sekali.Dr. Lim yang juga pakar buah pinggang serta ketua Unit Nefrologi dan pensyarah kanan perubatan di Universiti Putra Malaysia telah melibatkan diri dalam penternakan burung layang-layang sejak Jun 2005.Beliau berkata, sebuah rumah kedai dua tingkat dengan keluasan 20 kaki dan 70 kaki serta ruang binaan 2,800 kaki persegi sepatutnya berkeupayaan menghasilkan 2,800 sarang burung setiap empat bulan.“Ini menjadikan jumlah keseluruhan pengeluaran sebanyak 8,400 sarang burung yang boleh dimakan setahun dan menjangkakan harga jualan sebanyak RM4,500 sekilogram, maka pulangan pelaburan adakah sebanyak RM342,000 setahun.“Populasi burung layang-layang begitu menggalakkan sehingga ruang untuk menghasilkan sarang burung menjadi sesak kebiasaannya untuk tempoh lima hingga tujuh tahun.“Apabila keadaan ini terjadi, burung layang-layang sedia ada tidak akan berhijrah, tetapi anak-anak burung layang-layang yang menetas di pusat penternakan itu terpaksa mencari tempat kediaman baru. Inilah masanya untuk sesebuah pusat penternakan itu diperbesarkan atau ditambah keluasannya.’’Bio Research Centre (M) Sdn. Bhd yang lebih dikenali sebagai BRC iaitu salah sebuah pusat penternakan burung layang-layang terbesar di Perak turut menjelajah ke Mersing, Kota Baru dan juga di Kuantan serta Kuala Rompin di Pahang.Pengarah Urusan BRC, Loke Teu Loong berkata, sejak pengeluaran secara komersial sarang burung yang boleh dimakan mula berkembang pada tahun 1998, semakin banyak ahli perniagaan dan usahawan industri kecil sederhana, tuan tanah serta para pelabur mula menyedari potensi kewangan hasil industri penternakan burung-burung layang di Malaysia.“Ladang-ladang burung layang-layang mestilah terletak di jajaran terbang burung layang-layang iaitu dari tengah hutan simpan, kawasan paya bakau, ladang-ladang, sungai dan laut. Ini membentuk suasana yang sempurna untuk burung layang-layang,’’ kata Teu Loong.80 peratus gagalKetiga-tiga pengusaha ladang ternak burung layang-layang itu bersetuju bahawa semua orang boleh menceburi bidang tersebut walaupun 80 peratus daripada mereka tidak berjaya.Ini disebabkan, mereka tidak memiliki pengetahuan mengenai tingkah laku burung layang-layang, menternak di lokasi yang tidak betul atau reka bentuk ladang yang tidak sempurna.“Berbanding 20 tahun lalu, burung layang-layang di Malaysia sekarang ini mempunyai banyak pilihan.“Jika mereka tidak terbang dan mendiami ladang anda, terdapat 25,000 ladang lain menunggu, kerana itu seseorang pengusaha tidak boleh melakukan sebarang kesilapan,’’ tegas Dr. Lim.Pada 2004, industri penternakan burung layang-layang di Malaysia telah diiktiraf oleh Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan sebagai penyumbang kepada tukaran mata wang asing bagi negara ini.Sehubungan dengan itu, pihak kementerian telah mewujudkan satu Garis Panduan Penternakan Burung Layang-Layang untuk semua pihak berkuasa tempatan di peringkat daerah, majlis tempatan dan majlis bandar raya di seluruh negara.Sebagai tambahan, Jabatan Perkhidmatan Haiwan juga mempunyai garis panduan untuk penternakan burung layang-layang.Sarang burung dipercayai kaya dengan kalsium, zat besi, potassium dan magnesium yang amat berguna kepada kesihatan.Sarang-sarang burung dibina semasa musim mengawan dengan burung layang-layang jantan mengeluarkan jaluran air liur untuk tempoh 35 hari.Bentuknya ketika itu seakan-akan cawan mungkum yang melekat pada siling atau dinding.

Sumber Rujukan : usahawantani.com

This post was published to KAMPUNGAYER.BLOGSPOT&CANGGIHLAKSANA.BLOGSPOT

Make a Comment

Leave a Reply

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Liked it here?
Why not try sites on the blogroll...

%d bloggers like this: