SME Bank tidak lantik ejen urus pinjaman

Posted on 24 September 2008. Filed under: Uncategorized | Tags: , |

29 September 2006
Utusan Malaysia

KUALA LUMPUR 28 Sept. – SME Bank berkata hari ini ia tidak lantik Konsortium Usahawan Baru 2 Anggun Bistari sebagai ejennya bagi menguruskan permohonan pinjaman.

Pengarah urusannya Datuk Azmi Abdullah berkata, bukan dasar bank itu untuk menggunakan ejen bagi tujuan pemberian pinjaman.

Beliau berkata, orang ramai hanya perlu berurusan secara terus dengan bank tersebut yang mempunyai 16 buah cawangan.

Mereka juga boleh melayari laman web bank tersebut di http://www.smebank.com.my atau menelefon talian 1-300-88-3131 untuk sebarang pertanyaan, katanya dalam satu kenyataan yang dikeluarkan kepada Bernama, di sini, hari ini.

Azmi berkata, demikian berikutan satu iklan yang disiarkan pada bulan Ogos lalu dalam akhbar tabloid berbahasa melayu tempatan di mana syarikat tersebut mendakwa ia boleh memberi jaminan kelulusan pinjaman daripada RM30,000 hingga RM50,000 diberikan oleh SME Bank.

Sejak iklan tersebut tersiar, bank itu menerima banyak pertanyaan mengenai kesahihan skim tersebut.

Bank tersebut yang membuat laporan polis berhubung perkara itu pada hari Selasa lalu, tidak menolak kemungkinan mengambil tindakan mahkamah.

-Bernama

Make a Comment

Leave a Reply

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Liked it here?
Why not try sites on the blogroll...

%d bloggers like this: