Perladangan kontrak tanam vanila

Posted on 6 October 2008. Filed under: Agro Biz, PERTANIAN | Tags: |

ARKIB : 05/09/2008

Perladangan kontrak tanam vanila

Penglibatan masyarakat dalam bidang pertanian yang amat menggalakkan
memberikan peluang kepada pengusaha untuk membuka lebih banyak peluang.

Ramai pengusaha yang menganjurkan pelbagai kursus bagi memberikan
penerangan mengenai bidang pertanian tertentu bagi membantu bakal-bakal
usahawan tani.

Dalam masa yang sama, bakal usahawan tani masih perlu meninjau pasaran

bagi produk yang mereka hasilkan.

Sebuah syarikat yang mengusahakan tanaman vanila, Rentak Timur Sdn.
Bhd. kini melalui anak syarikatnya, Vanilla Biomatrix Sdn. Bhd.
menjalankan usaha perladangan kontrak bagi memudahkan usahawan
memasarkan produk mereka.

Eksekutif Jualannya, Siti Salwa Salleh berkata, pihaknya memberikan
perhatian khusus dalam perladangan kontrak bagi tanaman vanila.

“Vanila memang dikenal pasti mempunyai pasaran yang besar bukan saja
dalam makanan tetapi juga kosmetik, perubatan dan minyak wangi,”
katanya semasa ditemui di tapak Pameran Pertanian, Hortikultur dan Agro
Pelancongan Malaysia (MAHA) 2008 di Serdang baru-baru ini.

Permintaan yang besar menyebabkan harganya melambung tinggi dan
biasanya sebatang vanila basah boleh mencapai sehingga RM18 dan harga
batang yang telah dikeringkan boleh mencapai harga lebih tinggi.

Siti Salwa berkata, vanila yang dikeringkan boleh diproses sehingga
dalam bentuk gula, serbuk atau semula jadi (asli) dengan 100 peratus
vanila.

Bagi memenuhi permintaan yang semakin bertambah, Vanilla Biomatrik
menawarkan perladangan kontrak tanaman vanila bagi mereka yang
berminat.

Pengusaha yang berminat perlu mempunyai tanah sekurang-kurangnya setengah

ekar dengan modal sebanyak RM20,000.

“Kedua-dua pihak pembeli dan pengusaha perlu menandatangani perjanjian belian balik,” katanya.

Sebelum itu, mereka yang berminat boleh juga menghadiri kursus yang diadakan mengikut permintaan.

Selepas itu, kata Siti Salwa, pihaknya akan memberikan penerangan
mengenai penanaman di kawasan tanaman serta melakukan pemantauan
berkala setiap tiga bulan.

“Memandangkan hasil akan keluar pada tahun ketiga, kontrak belian
balik berkuat kuasa sekurang-kurangnya sehingga lima kali tuaian,”
katanya.

Mereka yang berminat untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenai
perladangan kontrak bolehlah menghubungi Vanila Biomatrix di talian
03-21440140 atau laman web http://www.vanilla.com.my

Sumber berita : Utusan Malaysia

Potensi vanila di Malaysia

Berdasarkan kepada pengeluaran vanila asli dunia, dengan harga yang

tinggi dan permintaan yang semakin meningkat untuk barangan keperluan,

RTSB telah membuat perjanjian dengan FELDA untuk membeli balik buah vanila

hijau dari FELDA dan akan diproses untuk pasaran eksport.

Dengan penggunaan vanila dunia didominasi oleh vanila sintetik (97%),

permintaan tinggi untuk vanila asli berlaku dalam pasaran dunia. Berdasarkan

kepada rancangan awal untuk mengenalpasti 500 peneroka untuk menanam

vanila 1 hektar setiap seorang, ia dijangka menghasilkan 3,000 tan buah

vanila hijau dan setelah proses seterusnya  boleh menghasilkan 300  tan vanila

kering yang sedia untuk dieksport. Jumlah eksport dunia sekarang adalah 4,000 tan.

Negara seperti Papua New Guinea dan India telah membuktikan vanila boleh

dijadikan sebagai tanaman eksport utama. Melihat kepada potensi vanila,

kedua – dua negara tersebut telah meyediakan insentif kepada penanam vanila

untuk menambah nilai pada vanila kerana ianya dieksport tanpa diproses.

Jadilah penanam vanila di Malaysia.
Pendapatan jangka panjang melebihi 10 tahun.
Pulangan pelaburan pada hasil tuaian yang pertama.
Jaminan belian balik

Make a Comment

Leave a Reply

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

One Response to “Perladangan kontrak tanam vanila”

RSS Feed for Canggih Laksana Comments RSS Feed

PELUANG BISNES BARU : SEMINAR POTENSI PERNIAGAAN TANAMAN HIDROKULTUR 1-2 OGOS 2009 Lawati http://infohidrokultur.wordpress.com/


Where's The Comment Form?

Liked it here?
Why not try sites on the blogroll...

%d bloggers like this: