Projek Bio-Diesel Tanaman Jarak (Jatropha Curcas)

Posted on 8 October 2008. Filed under: Agro Biz, PERTANIAN | Tags: , |

Mengenai Jarak Jatropha


Buah Jarak (Jatropha Curcas)

Seiring dengan perkembangan keperluan industri, permintaan bahan bakar minyak terus meningkat dengan harga minyak dunia yang turut meningkat. Justeru, pelbagai usaha telah dilaksanakan untuk mencari bahan bakar minyak alternatif dari tumbuh-tumbuhan dan telah menemui pokok Jarak (Jatropha Curcas) yang mempunyai banyak kelebihan dan keistimewaan.

Tanaman Jarak (Jatropha Curcas) mempunyai keistimewaan seperti berikut:

  1. Perolehan minyak, lebih kurang 33%;
  2. Amat sesuai di tanam di iklim tropika seperti Malaysia;
  3. Tumbuh dengan cepat, 6 bulan sudah mulai berbuah dan mengeluarkan hasil;
  4. Penjagaannya senang, tidak dirosak oleh serangga, ulat atau binatang ternakan;
  5. Pokok Jarak boleh hidup melebihi 45 tahun;
  6. Sebiji buah jarak mengandungi 2, 3 atau 4 biji benih yang akan diproses menjadi bio-diesel;
  7. Saiz pokok yang rendah dan rendang akan memudahkan proses memetik;
  8. Satu ekar tanah boleh ditanam sebanyak 800 pokok jarak. 1 batang anak pokok 10 inci berharga RM 2.50 hingga RM 4.50 di tapak semaian;
  9. Hasil pengeluaran dalam masa 2 tahun pertama lebih kurang 3.6 tan (buah) bagi setiap ekar setahun dan hasil tanaman jarak akan berganda selepas 2 tahun; dan
  10. Jaminan beli balik biji buah Jarak (kering) ialah RM 0.85 sekilo bersamaan RM 850 se-tan oleh Bionas selama 30 tahun.


Buah kering dan biji yang dikopek kulit sedia untuk dijual

Kegunaan Pokok Jarak (Jatropha Curcas) :
Minyak dari buah Jatropha yang dimasak akan mengeluarkan minyak berwarna kuning yang beracun. Minyak yang dicampur dengan belerang ini boleh mengubati luka-luka ringan. Malah jika dititiskan di celah jari kaki dapat menghilangkan penyakit kutu air. Kulit buahnya pula menjadi pelawas untuk membuang air besar.
Rebusan air daun Jatropha dapat menyembuhkan penyakit demam dan Malaria. Daun ini juga turut menjadi makanan kepada ulat sutera. Daun ini akan gugur ke tanah dan lama-kelamaan menjadi sebati dengan tanah tanaman serta meningkatkan lagi kesuburan tanaman.
Kulit batangnya baik untuk disapukan pada bekas gigitan ular, salah urat atau terkehel. Selain itu, isi kayu Jatropha dapat menghilangkan putih lidah bayi dan membuang panas di dalam badan. Kulit kayu Jatropha pula menghasilkan pewarna fabrik warna biru gelap.
Akar Jatropha boleh menjadi julap dan jika dihancurkan boleh ditempel bagi mengubat penyakit reumatik.
Biji Jatropha adalah ramuan mujarab tradisional untuk mengubati sakit lutut, batuk-batuk, luka lecur, gonerea, lumpuh, bengkak-bengkak, sakit kuning, radang paru-paru, gatal-gatal, ulser dan ketumbuhan.
Selain mencuci luka getah ini dapat melegakan kesakitan gigi berlubang dan ulser mulut dengan beberapa titisan dan tidak boleh dimakan kerana beracun. Ia juga dapat merawat luka selepas berkhatan agar lebih cepat sembuh.
Hampas yang terhasil daripada pemprosesan minyak Jatropha boleh diguna semula sebagai baja kerana kaya dengan nitrogen fosforus dan postasium. Ia juga boleh menjadi makanan lembu ternakan.

Buah jarak (Jatropha Curcas)

Proses penyertaan pemilik tanah yang berminat untuk menanam pokok Jarak (Jatropha Curcas) di bawah Skim ini adalah seperti berikut:

Peserta yang beminat boleh mengisi Borang A yang disertakan atau boleh dimuat turun melalui laman web BIONAS di alamat www.bionas.com.my.

Pembayaran boleh dibuat melalui wang pos atau bank-in terus ke akaun kami atas nama BATC DEVELOPMENT BHD . Akaun Maybank : 514271131842 . Sertakan wang pos / bank-in slip bersama borang pendaftaran anda.

Segala pembayaran hendaklah dibuat terus kepada pihak Bionas (pejabat utama). Bionas tidak melantik pihak ketiga untuk menerima sebarang pembayaran.

“MODAL PENANAMAN DIURUSKAN OLEH PIHAK BATC DEVELOPMENT BHD”
(Bagi yang berkelayakan sahaja)

Make a Comment

Leave a Reply

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

One Response to “Projek Bio-Diesel Tanaman Jarak (Jatropha Curcas)”

RSS Feed for Canggih Laksana Comments RSS Feed

PELUANG BISNES BARU : SEMINAR POTENSI PERNIAGAAN TANAMAN HIDROKULTUR 1-2 OGOS 2009 Lawati http://infohidrokultur.wordpress.com/


Where's The Comment Form?

Liked it here?
Why not try sites on the blogroll...

%d bloggers like this: