Anak Syarikat Peminjaman Wang

Posted on 18 October 2008. Filed under: Banking, HYIP, Pelaburan, Perbankkan, Uncategorized | Tags: , , |

Anak Syarikat Peminjaman Wang

Mengapakah pelabur perlu berwaspada terhadap pemerolehan anak syarikat yang meminjamkan wang? Dalam kisah penipuan korporat ini, SIDC memaparkan satu lagi teknik yang boleh digunakan oleh pengarah untuk mengeluarkan aset syarikat tersenarai awam (PLC).

Encik B, dalang kepada penipuan ini, telah lama memerhatikan PLC B yang kaya, dan membuat rancangan untuk mengambil aset syarikat itu. Dia memulakan rancangannya dengan membeli saham PLC B. Pemerolehan ini dibiayai melalui pinjaman peribadi daripada seorang sekutu. Akhirnya, Encik B menjadi pemegang saham utama PLC B. Dia kemudiannya dilantik sebagai pengarah syarikat. Setelah Encik B berjaya menyertai PLC B sebagai pemegang saham utama dan pengarah, dia mempunyai kuasa mengawal, bukan sahaja pengurusan operasi syarikat, tetapi juga aset syarikat.

Apa berlaku setelah itu?

Sebagai pengarah PLC B, Encik B mula mencari jalan terbaik untuk mengambil aset paling berharga syarikat tersebut iaitu wang tunai. Pertama sekali, wang itu diperlukan untuk menjelaskan pinjaman peribadi yang diambilnya untuk membiayai pemerolehan PLC B. Tetapi, yang lebih penting bagi Encik B ialah memasukkan sebahagian daripada jutaan ringgit itu ke dalam sakunya sendiri. Bagi membolehkan dia mengeluarkan wang yang banyak itu daripada PLC B, Encik B perlu mengatur satu rancangan supaya pengeluaran itu nanti dilihat seolah-olah satu aliran keluar tunai yang sah. Apa yang dilakukan oleh Encik B ialah mendorong PLC B memperoleh satu syarikat peminjaman wang daripada salah seorang “sekutu”nya bagi satu jumlah yang kecil sahaja.

Hasil daripada kewujudan hubungan sebagai syarikat induk dan anak syarikat antara PLC B dan syarikat peminjaman wang tersebut, Encik B dengan mudah boleh mendorong PLC B mendahulukan wang kepada anak syarikat peminjaman wangnya itu tanpa dipersoalkan tentang urus niaga pihak berkaitan yang sepatutnya. Sehubungan itu, anak syarikat peminjaman wang itu mula memberikan pinjaman kepada seorang pelanggan, yang sebenarnya ialah seorang lagi “sekutu” Encik B.

Kemasukan rekod akaun?

Butiran yang berikut telah dimasukkan dalam buku perakaunan PLC B:

Kemasukan Perkara Penyata kewangan yang mana?
Debit Penghutang pinjaman Kunci kira-kira
Kredit Tunai Kunci kira-kira

Setelah wang itu keluar daripada anak syarikat peminjaman wang tersebut dan jatuh ke tangan “sekutu” Encik B, Encik B menggunakan wang itu untuk menjelaskan pinjaman peribadi yang diambilnya untuk membiayai pemerolehan PLC B manakala baki wang itu dikongsi bersama “sekutu”nya.

Sudah tentulah, seperti yang telah dirancang sejak awal lagi, “sekutu” Encik B ingkar dalam menjelaskan hutangnya kepada anak syarikat peminjaman wang itu dan PLC B (syarikat induk dalam urus niaga ini) terpaksa menyerapkan kerugian itu dan menghapus kira hutang lapuk tersebut.

Butiran yang berikut telah direkodkan dalam buku perakaunan PLC B:

Kemasukan Perkara Penyata kewangan yang mana?
Debit Peruntukan bagi hutang ragu Penyata Pendapatan
Kredit Penghutang pinjaman Kunci Kira-kira

Dalam keadaan ini, semua pihak terbabit (Encik B dan sekutunya) mendapat untung besar daripada semua urus niaga. Yang tidak mendapat apa-apa, sudah tentulah pemegang saham minoriti PLC B!

Amaran pelabur!
Lain kali, kalau anda menganalisis laporan tahunan syarikat yang anda ada membuat pelaburan, terutama penyata kewangannya, satu urus niaga yang penting diperhatikan ialah perkara yang dilabelkan sebagai “pemerolehan anak syarikat peminjaman wang”. Mungkin anda tertanya-tanya mengapa perlu perkara ini diperhatikan. Ini kerana, melalui pemerolehan syarikat peminjaman wang, pengarah yang tidak beretika boleh menggunakannya untuk mengeluarkan wang daripada PLC. Cara ini membolehkan pengarah memintas sekatan yang dikenakan oleh Seksyen 133A Akta Syarikat 1965, yang tidak membenarkan pinjaman diberikan kepada mereka yang ada hubungan dengan para pengarah.

Awas!
Selain pemerolehan anak syarikat peminjaman wang, pelabur juga perlu berwaspada terhadap urus niaga seperti “pendahuluan” dan “peruntukan bagi hutang ragu” yang dilakukan dalam tempoh satu tahun kewangan. Jika terdapat urus niaga begini, bertanyalah apa yang menyebabkan urus niaga tersebut dan mengapa urus niaga ini dihapus kira dalam tempoh tahun kewangan yang sama? Minta penjelasan sehingga anda benar-benar berpuas hati.

Lain kali, jika anda menerima laporan tahunan syarikat yang ada memiliki pelaburan, jangan buang laporan itu begitu sahaja. Periksa secara terperinci dan perhatikan sebarang urus niaga yang “boleh dipersoalkan”. Jika anda mengesyaki terdapat urus niaga yang meragukan, hadiri mesyuarat tahunan pemegang saham dan tuntut penjelasan daripada ahli lembaga pengarah. Jangan berhenti sehingga anda mendapat jawapan yang memuaskan. Ini adalah syarikat ANDA dan anda mempunyai hak sebagai pemegang saham!

Make a Comment

Leave a Reply

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Liked it here?
Why not try sites on the blogroll...

%d bloggers like this: