Anda Jenis Pelabur Yang Mana Satu?

Posted on 18 October 2008. Filed under: Banking, Finance, HYIP, Pelaburan, Perbankkan | Tags: , , , , , , |

Dalam pelaburan, elok jika anda mengetahui diri anda tergolong dalam jenis pelabur yang mana satu. Di sini, Orang Ringgit berkongsi pendapatnya dengan anda.

Pendatang Baru
Jenis ini lazimnya mereka yang baru kali pertama melabur dan mempunyai amat sedikit pengalaman melabur. Mereka menyedari bahawa untuk mencapai matlamat kewangan, mereka perlu menabung dan melabur. Ada kalanya, dalam keghairahan mereka membuat pelaburan, mereka mendapatkan panduan daripada sumber maklumat atau orang yang salah, kemudian melakukan kesalahan yang sepatutnya boleh dielakkan, atau lebih buruk lagi, menjadi mangsa skim penipuan.

Nasihat Orang Ringgit:
Pelajari mengenai melabur dan pelaburan daripada orang yang betul, misalannya daripada mereka yang berlesen. Berhati-hati terhadap peluang pelaburan yang menjanjikan pulangan tinggi dan terjamin. Bersabarlah. Jika anda mempunyai keraguan, jangan bertindak terburu-buru. Sebaliknya, ambil masa untuk belajar mengenai pelaburan yang bijak.

Pelabur Berwaspada
Jenis ini mengelak daripada pelaburan berisiko tinggi. Mereka akan berfikir panjang sebelum melabur dan mengambil masa untuk memahami produk yang ingin dibuat pelaburan. Biasanya, mereka tidak mengharapkan pulangan tinggi dan melabur dalam produk pelaburan yang stabil atau menjamin pulangan dan memelihara modal pelaburan mereka.

Nasihat Orang Ringgit:
Kaji dengan teliti produk pelaburan yang menjanjikan pulangan terjamin. Jangan sekadar melihat brosur yang berwarna-warni. Baca tulisan halus pada prospektus. Jangan menganggap pelaburan dengan “pulangan terjamin” atau “modal terpelihara” tidak mempunyai risiko. Pada masa yang sama, berhati-hati dengan peluang pelaburan yang menjanjikan pulangan terjamin yang tinggi tanpa risiko. Ini mungkin merupakan skim penipuan.

Kaki Judi
Jenis ini pada dasarnya merupakan mereka yang mengambil risiko tinggi. Umumnya, mereka bersedia untuk mengalami kerugian dalam pelaburan. Mereka mudah tertarik kepada “ramalan panas” dan khabar angin pasaran. Mereka memilih pelaburan tambah nilai modal dan cuba membuat keuntungan seberapa cepat yang boleh. Selalunya, mereka membuat keputusan pelaburan berdasarkan naluri atau “perasaan” dan bukannya maklumat yang betul. Disebabkan itu, ada kalanya sukar bagi mereka untuk mengelakkan diri daripada membuat pelaburan yang tidak betul atau mengurangkan kerugian kerana mereka berpandukan kepada naluri mereka.

Nasihat Orang Ringgit:
Apabila melabur, pelabur berhak mengambil risiko, tidak kira berapa besar risiko tersebut. Tetapi pelabur mesti menyedari akibatnya. Bergantung kepada naluri bukan merupakan cara yang baik untuk membuat keputusan pelaburan. Ingatlah, walau betapa banyak pun khabar angin dan ramalan, tidak boleh menggantikan keandalan fakta dan angka dalam membuat keputusan pelaburan.

Pelabur Pasif
Jenis ini biasanya percaya bahawa setelah mereka membuat pelaburan, mereka yang bertanggungjawab akan menjaga pelaburan tersebut atau pelaburan itu akan terjaga dengan sendirinya. Jenis pelabur ini amat jarang atau tidak pernah langsung memantau pelaburan mereka. Mereka tidak membaca dokumen berkaitan pelaburan yang dihantar kepada mereka, umpamanya penyata kewangan, laporan tahunan atau nota kontrak. Mereka terus-menerus tidak peduli walaupun terdapat masalah atau perkembangan yang mungkin membawa kesan kepada pelaburan mereka.

Nasihat Orang Ringgit:
Mulalah mengambil berat mengenai pelaburan anda dan jangan biarkan pelaburan anda tidak dipantau. Jangan anggap semuanya akan berjalan lancar setiap masa. Pemantauan yang kerap membolehkan anda mengkaji semula pelaburan anda, terutamanya jika pelaburan itu tidak lagi memenuhi objektif kewangan anda.

Pelabur Bijak
Mereka melabur berdasarkan maklumat dan bukannya emosi. Mereka menggunakan maklumat daripada pelbagai sumber yang boleh dipercayai untuk memantau pelaburan mereka dengan teliti. Mereka mendapatkan nasihat daripada mereka yang berlesen dan membuat keputusan pelaburan hanya setelah menimbangkan kebaikan dan keburukannya. Mereka berusaha untuk memahami mengenai risiko dan tidak akan membiarkan pelaburan mereka tidak dipantau. Mereka bersedia untuk menukar strategi pelaburan jika sudah tidak konsisten dengan matlamat dan objektif kewangan mereka.

Nasihat Orang Ringgit:
Teruskanlah tabiat pelaburan yang baik ini! Jika anda fikir anda tidak termasuk dalam jenis pelabur ini dan amat sukar untuk menjadi pelabur bijak, jangan lemah semangat. Sebenarnya ia lebih mudah daripada yang anda sangka dan hanya memerlukan semangat untuk belajar. Ambil langkah pertama anda dengan membaca laman web Pelabur Malaysia

Make a Comment

Leave a Reply

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Liked it here?
Why not try sites on the blogroll...

%d bloggers like this: