Perlindungan deposit dikuat kuasa serta-merta

Posted on 18 October 2008. Filed under: Banking, Finance, Pelaburan, Perbankkan | Tags: , , , , , |

KEMENTERIAN Kewangan dan Bank Negara Malaysia semalam mengumumkan langkah perlindungan deposit di bank, institusi kewangan dan insurans sehingga Disember 2010, dalam usaha mengekalkan kestabilan serta keyakinan pendeposit terhadap sistem kewangan negara.Bank Pusat itu dalam kenyataan semalam, berkata berkuat kuasa serta-merta, semua deposit dalam ringgit dan mata wang asing di bank komersial, Islam dan pelaburan, serta institusi kewangan pembangunan seliaan Bank Negara, akan dijamin sepenuhnya oleh kerajaan.

“Perlindungan deposit itu dilaksanakan menerusi Perbadanan Insurans Deposit Malaysia (PIDM) berkuat kuasa serta-merta hingga Disember 2010.

“Jaminan itu juga diperluaskan kepada semua institusi perbankan domestik dan asing yang diperbadankan di negara ini. Akses kemudahan kecairan Bank Negara juga diperluas kepada syarikat insurans dan pengendali takaful yang diselia bank pusat itu,” lapor kenyataan itu.

Pendekatan itu diambil sebagai langkah awal selaras inisiatif negara serantau untuk memelihara keyakinan dalam sistem kewangan masing-masing, susulan ketidaktentuan pasaran kewangan global.

“Ia adalah tindakan awal dan langkah pencegahan… Keyakinan pendeposit kekal kukuh susulan institusi kewangan Malaysia memiliki permodalan teguh dengan kecairan mencukupi.

“Berdasarkan kekukuhan permodalan institusi perbankan negara, besar kemungkinan jaminan itu tidak akan digunakan. Malaysia sudah memiliki rangka kawal atur dan pemantauan yang diperkukuhkan dengan disiplin kewangan oleh PIDM,” katanya.

Kenyataan itu menambah, sistem taksiran premium berbeza, menyediakan insentif kepada bank untuk mengambil pendekatan kukuh dan mengamalkan pengurusan risiko ketat, termasuk menyediakan penampan modal yang kukuh.

Sementara itu, PIDM juga memiliki kuasa penyelesaian perlu untuk melindungi pendeposit.

“Bank Negara kekal berhati-hati terhadap sebarang kemunculan risiko serta cabaran ke atas sistem kewangan negara.

“Jika timbul ketidakstabilan selanjutnya susulan perkembangan luaran, Bank Negara juga akan menyediakan perlindungan obligasi antara bank bagi syarikat perbankan, untuk memastikan kecairan mencukupi dan memudahkan akses kepada kecukupan modal pada paras sasaran jauh di atas standard minimum,” katanya.

Bank Pusat menambah, pihaknya akan terus memastikan rangka kawal atur kekal peka terhadap situasi pasaran dan mengekalkan insentif bersesuaian untuk pengurusan risiko secara berhati-hati.

Ia untuk membolehkan institusi kewangan terus berfungsi secara terurus sebagai pengantara sistem dan pasaran kewangan.

Sumber dipetik dari Berita Harian

Make a Comment

Leave a Reply

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Liked it here?
Why not try sites on the blogroll...

%d bloggers like this: