GARIS PANDUAN MELULUSKAN PERMOHONAN MEMBUKA PAJAK GADAI SECARA ISLAM ( AR-RAHNU ) OLEH KOPERASI BERDAFTAR

Posted on 25 October 2008. Filed under: Finance, Perniagaan Emas, Uncategorized | Tags: , , , , , , |

SURUHANJAYA KOPERASI MALAYSIA

GARIS PANDUAN MELULUSKAN PERMOHONAN MEMBUKA
PAJAK GADAI SECARA ISLAM ( AR-RAHNU ) OLEH KOPERASI BERDAFTAR

1.

Tujuan

Garis Panduan ini dikeluarkan di bawah Peraturan 42 Peraturan-Peraturan Koperasi 1995, bertujuan untuk mengawal penubuhan dan perniagaan Pajak Gadai Islam (Ar-Rahnu) oleh koperasi-koperasi di bawah penyeliaan Suruhanjaya Koperasi Malaysia

2.

Latarbelakang

2.1

Dalam usaha untuk menghapuskan riba dan gharar sistem pajak gadai Islam diperkenalkan. Tujuan utamanya ialah untuk mengahpuskan hasil bunga (faedah) yang dikenakan oleh pemilik pajak gadai sebagai ganjaran daripada wang tunai yang dipinjamkan

2.2

Mengikut subseksyen 46(c) Akta 81 Akta Pemegang Pajak Gadai 1972 koperasi adalah dikecualikan dari

3.

Konsep

3.1

Konsep pelaksanaan sistem Ar-Rahnu ini menggabungkan dua konsep syariah iaitu :

3.1.1

Ar-Rahnu iaitu merujuk kepada mekanisme di mana suatu barang yang berharga dijadikan sebagai sandaran yang terikat dengan hutang bercagar yang boleh dibayar dengannya, sekiranya hutang tersebut tidak dapat dijelaskan

3.1.2

Al-Wasiah Yad Dhamah iaitu merujuk kepada simpanan.

3.2

Rukun

3.2.1

Penggadai atau orang yang menggadai : iaitu orang yang berhutang

3.2.2

Penerima gadaian atau pemegang gadai : iaitu pihak yang memberi pinjaman

3.2.3

Barang gadaian : iaitu barang yang berharga yang dipunyai dan dalam kawalan penerima.

3.2.4

Tanggungan gadaian : iaitu jumlah yang terhutang.

3.2.5

Sighah atau perjanjian : iaitu perjanjian berkaitan pinjaman atau hutang dan gadaian.

4.

Panduan Menimbangkan Sesuatu Permohonan Membuka Pajak Gadai Secara Islam Oleh Koperasi-koperasi

Bagi mengawal pembukaan pajak gadai secara Islam oleh koperasi-koperasi berdaftar perkara-perkara berikt perlu diambil kira sebelum meluluskan sesuatu permohonan :-

4.1

Prestasi Pengurusan

Koperasi mempunyai rekod yang baik dari segi pengurusan dimana akaun koperasi diaudit setiap tahun dan koperasi hendaklah menjalankan mesyuarat agung tahunannya mengikut seksyen 39 Akta Koperasi 1993.

4.2

Modal Syer/Yuran dan Keanggotaan

Koperasi yang berminat menjalankan aktiviti Ar-Rahnu hendaklah mempunyai modal syer/yuran minima sebanyak RM 500,000.00 dan mempunyai anggota sekurang-kurangnya 500 orang

4.3

Undang-Undang Kecil

Undang-Undang Kecil koperasi (UUK) membenarkan aktiviti Ar-Rahnu dijalankan. Satu aturan hendaklah disediakan sebagai panduan semasa menjalankan aktiviti ini dan hendaklah di luluskan oleh Mesyuarat Agung Koperasi. (Contoh aturan seperti dilampirkan).

4.4

Modal Pusingan

Koperasi hendaklah mempunyai modal pusingan minima sebanyak RM1 juta bagi menampung keperluan aktiviti Ar-Rahnu. Modal pusingan ini hendaklah dikhaskan untuk aktiviti ini sahaja dan koperasi dinasihatkan membuka akaun berasingan.

4.5

Kakitangan

4.5.1

Sebelum menjalankan aktiviti ini koperasi hendaklah telah mempunyai kakitangan terlatih di dalam tatacara menguruskan aktiviti ini dalam bidang menganalisa emas untuk mengelakkan koperasi ditipu.

4.5.2

Koperasi bolehlah menghantar kakitangannya berkursus di Bank Kerjasama Rakyat Malaysia, Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (YPEIM) atau Bank Islam Malaysia Berhad atau di institut lain yang ada mengendalikan kursus Ar-Rahnu.

4.6

Kedudukan Permis Perniagaan

4.6.1

Kedudukan permis perniagaan hendaklah di tempat yang strategik, tidak tersembunyi kerana di khuatiri dari segi keselamatan.

4.6.2

Persaingan

Bilangan pajak gadai yang sedia ada dan jumlah penduduk adalah korelasi yang rapat diambil perhatian. Sekiranya di tempat itu telah sedia ada koperasi menjalankan aktiviti Ar-Rahnu maka permohonan hendaklah ditolak

4.7

Insfratruktur Bangunan

Bangunan yang digunakan bagi menjalankan akiviti Ar-Rahnu hendaklah mengikut spesifikasi yang diluluskan oleh pihak berkuasa tempatan berkenaan

4.8

Prestasi aktiviti/projek sedia ada

Prestasi aktiviti/projek yang sedang berjalan sekarang telah dapat memberi sumbangan sewajarnya kepada anggota dan koperasi. Pertambahan aktiviti baru seperti Ar-Rahnu tidak menjejaskan aktivit/projek sedia ada.

5.

Rumusan

Garis Panduan ini merupakan satu rujukan oleh Pengarah Negeri bagi menimbangkan sesuatu permohonan untuk membuka kedai Pajak Gadai Islam oleh koperasi. Masalah yang berbangkit bolehlah dirujuk ke Ibu Pejabat untuk keputusan muktamad

http://www.skm.gov.my/jpk/imageupload/Tajuk_Kecik_garis_PANDUAN_perlaksanaan_AR-RAHNU-06Jul2006-104255.jpg

PANDUAN ATURAN BAGI MELAKSANAKAN AKTIVITI AR-RAHNU OLEH KOPERASI

1.

Tujuan

1.1

Tujuan peraturan Ar-Rahnu ini diwujudkan sebagai garis panduan bagi mengurus dan mengamal aktiviti-aktiviti Ar-Rahnu secara sendirian, mengamal secara usahasama, mengurus francais dan khidmat runding gadaian Islam serta aktiviti-aktiviti yang berkaitan bagi manfaat anggota dan masyarakat umum iaitu :

1.2

Melaksana dan mengawal perjalanan Skim Mikro Kredit Ar-Rahnu sebagai satu kemudahan bagi anggota-anggota dan masyarakat umum bagi maksud yang berfaedah.

2.

Konsep

2.1

“Skim Mikro Kredit Ar-Rahnu”

Skim Mikro Kredit Ar-Rahnu bermaksud skim pembiayaan yang disandarkan barang gadaian yang berlandaskan prinsip dan pengalaman muamalat Islamiah

2.2

“Skim Mikro Kredit”

Skim Mikro kredit bermaksud satu pusat, pejabat, muasasah, institusi, yang mengurus dan mentadbir aktiviti gadaian Islam di bawah Skim Mikro Kredit Ar-Rahnu.

2.3

“Barang Gadaian (Marhun)”

Barang emas yang boleh digadaikan kepada pihak Pengusaha SAR dan boleh dijual beli

2.4

“Nilai Marhum”

Harga barang gadaian yang telah dinilai mengikut jenis, mutu, berat dan kandungan emas.

2.5

“Penggadai”

Sesorang yang menggadaikan barangnya kepada pihak Pengusaha SAR dan meminjam sejumlah wang dari gadaian tersebut.

2.6

“Pemegang Gadai”

Pemegang gadai yakni murtahin orang memegang barang gadaian iaitu kaunter SAR

2.7

“Penaksir”

Pegawai yang bertanggungjawab menjalankan penilaian barangan gadaian tersebut

3.

Pengenalan

Skim Ar-Rahnu (SAR)  sebagai program mikro kredit merupakan tambahan yang baik kepada skim pinjaman sedia ada. Keistimewaannya ialah :-

3.1

Mekanisme pemberian kredit yang cepat (tanpa kerenah birokrasi)

3.2

Kos pemberian kredit yang relatifnya murah (berbanding dengan skim-skim mikro kredit semasa)

3.3

Pembayaran balik pinjaman tidak lagi merupakan masalah (barang emas dijadikan sandaran kepada pembiayaan yang diperolehi)

3.4

Menjadikan barang emas lebih produktif (barang emas kini boleh dijadikan sebagai modal)

4.

Rukun Gadaian

Skim Mikro Kredit Ar-Rahnu adalah kemudahan pembiayaan untuk satu jangkamasa bayaran balik yang pendek tanpa melibatkan unsur riba dan hanya perlukan sandaran serta bayaran upah menyimpan sandaran tersebut. Ianya perlu memenuhi rukun tersebut:

4.1

Akad : iaitu penawaran dan penerimaan.

4.2

Penggadai : iaitu orang yang berhutang.

4.3

Pemegang gadaian : iaitu tuan punya hutang.

4.4

Marhun : iaitu barang gadaian.

4.5

Hutang : iaitu sebab gadaian.

5.

Hukum Ar-Rahnu

Pelaksanaan Ar-Rahnu menggabungkan 2 konsep Syariah :-

5.1

Ar- Rahnu.

5.1.1

Definisi dari sudut syariah:
Ar-Rahnu merujuk kepada mekanisme di mana satu barang yang berharga dijadikan sebagai sandaran yang terikat dengan hutang bercagar yang boleh dibayar dengannya sekiranya hutang tersebut tidak dapat dijelaskan.

5.1.2

Definisi dari sudut bahasa:
Ar-Rahnu dari sudut bahasa bermakna mantap dan berkekalan.

5.2

Al Wadiah Yad Dhamanah.

Merujuk kepada simpanan barang berharga dengan jaminan di mana setiap simpanan dikenakan upah simpan.

6.

Syarat Penggadai

6.1

Seorang warganegara Malaysia

6.2

Lelaki dan perempuan tanpa mengira bangsa dan agama

6.3

Berumur tidak kurang dari 18 tahun dan tidak meleihi 65 tahun

6.4

Berakal dan tidak berada dalam ketagihan dadah atau apa-apa yang memabukkan semasa urusniaga

6.5

Tidak muflis

6.6

SAR tidak dibenarkan menerima barang dari kedai pajak gadai atau kedai emas secara lansung atau tidak lansung untuk dibuat gadaian

7.

Barang Gadaian

7.1

Barang gadaian yang boleh diterima adalah meliputi barang kemas yang mempunyai mutu-mutu emas seperti berikut :-

MUTU EMAS

KANDUNGAN EMAS

24.0 karat

99.9%

22.8 karat

95.0%

22.0 karat

91.6%

21.0 karat

87.5%

20.0 karat

83.5%

18.0 karat

75.0%

7.2

Lain-lain mutu/jenis emas iaitu emas paun, emas kelantan dan emas sembilan hanya boleh menerima mengikut penilaian semasa. Pengusaha juga dilarang menerima barang kemas yang rosak dan tidak bermutu bagi mengelakkan kemungkinan lelongan tidak laku.

7.3

Dalam menentukan nilai marhum, batu-batu permata seperti berlian, delima, zamrud dan logam tidak diambilkira. Batu-batu permata ini perlu dikeluarkan dari barang kemas. Pengusaha hanya perlu menolak berat batu-batu berkenaan secara anggaran.

7.4

Pengusaha adalah dinasihatkan/digalakkan untuk meminta surat/resit akuan belian daripada penggadai untuk menentukan jenis emas dan bukti pemilik serta juga sebagai bandingan ke atas penilaian Pengusaha ke atas barang gadaian tersebut.

7.5

Barang gadaian hendaklah milik sendiri, pasangan, ibu bapa atau yang terdekat. Surat kebenaran menggadai perlu diserahkan jika barang gadaian bukan milik sendiri

7.6

Barang gadaian tersebut mestilah wujud semasa urusniaga gadaian

7.7

Jumlah maksimum pinjaman bagi setiap gadaian yang boleh diberi ialah 60% atas nilai marhum atau maksimum RM 5, 000.00

8.

Objektif Ar-Rahnu

8.1

Menyediakan alternatif kepada masyarakat umum terutama orang Melayu yang berpendapatan rendah dalam memenuhi keperluan wang tunai secara segera atau modal untuk perniagaan.

8.2

Menghapuskan unsur ‘riba’ yang dijalankan oleh kedai pajak gadai konvensional.

8.3

Menawarkan satu lagi alternatif sistem kewangan secara Islam berdasarkan syariah kepada pengunjung kedai pajak gadai.

9.

Sumber Dana/Modal Operasi

9.1

Dana/modal operasi disediakan oleh pelabur.

9.2

Peruntukan dana bagi sesebuah kaunter SAR ialah RM1.5 juta (bagi kaunter sederhana).

10.

Dana Dan Tahun Kewangan

Dana dan tahun kewangan perlu mengikut ciri-ciri berikut :-

10.1

Satu dana khas hendaklah diwujudkan untuk pengurusan kewangan operasi Ar-Rahnu ini.

10.2

Tahun kewangan bagi Dana Ar-Rahnu hendaklah mengikut tahun kewangan bagi koperasi.

11.

Marhun Barang Gadaian.

Barang kemas iaitu emas yang mempunyai standard ketulenan yang tidak kurang dari 75.0% (18.0 karat) yang boleh digadaikan kepada pihak Penguasa SAR dan boleh dijualbeli, dengan syarat ianya mestilah hak milik pemohon, pasangan, ibu bapa atau orang terdekat dan barang emas tersebut wujud semasa urusniaga gadaian.

12.

Had dan Margin Pinjaman.

12.1

Seseorang penggadai dibenarkan membuat gadaian lebih daripada sekali dalam satu masa pada hari yang sama dengan jumlah terkumpul pinjaman untuk satu transaksi tidak melebihi RM5,000.00.

12.2

Jumlah pinjaman terkumpul hendaklah tidak melebihi RM 25 000.00 tidak termasuk upah simpan.

12.3

Jumlah maksimum pinjaman bagi setiap gadaian ialah tidak melebihi atau sehingga 60%  daripada nilai marhum barang kemas tersebut.

13.

Had Kuasa Meluluskan

13.1

Had kuasa meluluskan adalah diberi kepada individu seperti berikut :-

Pihak Diberi Kuasa

Jumlah Pinjaman

Ketua Pentaksir

Sehingga RM 5,000.00

Penaksir I
Atau

Penaksir Gantian I

Sehingga RM 5,000.00

Penaksir II
Atau

Penaksir Gantian II

Sehingga RM 5,000.00

13.2

Had kuasa meluluskan pinjaman kedua dan seterusnya untuk penggadai yang sama atau meluluskan lanjutan tempoh adalah sepertimana had kuasa meluluskan yang dinyatakan di atas secara berasingan.

13.3

Jumlah pinjaman diberi bagi setiap gadaian hendaklah dalam gandaan yang genap sepuluh ringgit ke bawah.

13.4

Ketua Penaksir diberi kuasa budi bicara untuk menambah jumlah pinjaman sebanyak maksimum 5% lagi atas jumlah kelayakan sebenar bagi tujuan menggenapkan jumlah kelayakan tersebut ke seratus ringgit berikutnya. Walaubagaimanapun, jumlah pinjaman termasuk tambahan (penggenapan) tersebut tidak boleh melebihi jumlah maksimum RM 5,000.00 yang telah ditetapkan bagi setiap gadaian.

14.

Tempoh Gadaian.

14.1

Tempoh maksimum gadaian yang diberikan adalah selama 6 bulan.

14.2

Jika penggadai gagal menebus dalam tempoh tersebut, pihak kaunter boleh memberi tempoh kelonggaran penebusan untuk 2 bulan lagi tanpa permohonan daripada peminjam. Di peringkat ini, pemimjam tidak semestinya membayar upah simpan.

14.3

Jika Penggadai masih juga tidak menebus dalam tempoh kelonggaran, tempoh gadaian boleh dilanjutkan untuk tempoh maksimum 2 bulan lagi dengan syarat penggadai membuat permohonan melanjutkan tempoh dan menjelaskan upah simpan pada tempoh gadaian yang asal dan tempoh kelonggaran selama 8 bulan.

14.4

Sekiranya tiada permohonan untuk lanjutan tempoh atau upah simpan tidak dibayar, kaunter hendaklah meneruskan tindakan lelongan selepas tempoh maksimum 10 bulan.

15.

Pembaharuan Semula Pinjaman.

Penggadai adalah dibenarkan untuk menggadai semula barang gadaian yang sama dengan pinjaman dan upah simpan yang lama dijelaskan secara pelarasan dengan pinjaman baru.

16. Kes Polis

16.1

Sekiranya barang emas yang digadaikan melibatkan kes polis dan perlu diserahkan kepada pihak berkuasa, penaksir hendaklah mendapatkan dokumen berkaitan untuk direkodkan. Surat penyerahan disediakan oleh Penaksir. Akaun Penerimaan barang-barang emas hendaklah ditandatangani oleh orang yang diberi kuasa oleh pihak Pejabat Berkuasa Poli untuk mengambil gadaian yang menjadi barang kes

16.2

Untuk mendapatkan kembali wang yang telah dikeluarkan bagi barang yang ada kes polis, pihak pengurusan Ar-Rahnu boleh mengambil tindakan sivil terhadap penggadai

17. Tanggungjawab Pemegang Gadaian Berkenaan Dengan Marhum

17.1

Pemegang gadaian adalah bertanggungjawab ke atas kehilangan atau kerosakan sesuatu marhum sama ada kehilangan atau kerosakan itu disebabkan oleh kebakaran atau lain-lain.

17.2

Sesuatu marhum yang telahbinasa atau rosak oleh kerana atau akibat kebakaran atau lain-lain, nilai marhum itu hendaklah bagi maksud pampasan kepada penggadai itu dikira berdasarkan jumlah taksiran marhum semasa digadai

17.3

Kesemua barang-barang emas yang ada dalam simpanan termasuk kunci emas hendaklah dilindungi takaful (all risks, money in transit, money in premise, negligence, fire, hteft, guarantee and valuables-in-coverage) mengikut jumlah nilaiannya.

18. Kod Akaun

18.1

Pengusaha SAR akan menyediakan kod akaun bagi pinjaman untuk tujuan statistik jantina atau bangsa

18.2

Segala rekod dan perakuanan pinjaman pajak gadai Islam termasuk lejar am hendaklah dikendalikan secara berasingan.

19. Upah Simpan

19.1

Upah simpan adalah dikira berdasarkan nilai marhum dan tempoh bilangan bulan gadaian ditebus. Kadar upah simpan adalah seperti berikut :-

Nilai Marhum (RM)

Kadar Upah Simpan Bagi Nilai Setiap RM 100.00

Kurang 510

RM 0.60 sebulan

510 dan lebih

RM 1.00 sebulan

19.2

Pengiraan upah simpan adalah dibuat pada tarikh gadaian ditebus menggunakan formula tersebut:

US

=

NM

x

K

x

T

100

US = Upah Simpan

NM = Nilai Marhun

K    = Kadar

T    = Tempoh (bulan)

19.3

Bagi maksud pengiraan upah simpan ke atas barang gadaian yang bernilai kurang dari RM 100.00, nilai marhum hendaklah diambil kira sebagai RM 10.00

19.4

Tempoh genap bulan bagi setiap gadaian adalah dikira berdasarkan tarikh ulang bulan gadaian dibuat. Bagi maksud pengiraan upah simpan, tempoh dilalui yang genap sebulan adalah dikira sebagai sebulan.

20. Proses Penebusan

Penggadai atau pemilik hendaklah dimaklumkan melaui surat bagi perkara-perkara berikut :-

20.1

Notis pertama akan diberi dalam tempoh empat belas (14) hari sebelum tarikh matang 6 bulan untuk memaklumkan bahawa tempoh gadaiannya tamat

20.2

Notis kedua akan dihantar sehari selepas tarikh matang 6 bulan untuk memaklumkan bahawa tempoh gadaiannya telah dilanjutkan selama 2 bulan lagi

20.3

Notis ketiga akan diberi dalam tempoh empat belas (14) hari sebelum tarikh kelonggaran 2 bulan matang untuk memaklumkan bahawa tempoh kelonggaran akan tamat

20.4

Notis keempat akan dihantar sehari selepas tarikh kelonggaran matang, menuntut supaya barang gadaian ditebus dalam masa tujuh (7) hari atau upah simpan bagi 8 bulan dibayar

20.5

Notis kelima akan dihantar empat belas (14) hari sebelum tarikh genap 10 bulan meminta barang gadaian ditebus

21. Marhum Yang Tidak Ditebus Dalam Tempohnya

Notis kelima dan terakhir akan diberi sehari selepas amat tempoh notis keempat, meningatkan bahawa barang gadaian akan dijual secara tender jika tidak ditebus dalam masa (14) hari. Untuk memastikan notis tersebut telah diterima oleh penggadai, pengusaha dikehendaki menghantar notis tersebut melalui surat berdaftar atau dengan tangan. Bayaran sebenar surat berdaftar hendaklah dikenakan kepada penggadai. Untuk itu, pengusaha hendaklah mencatatkan jumlah sebanr bayaran surat berdaftar tersebut ke dalam Kad Kawalan peminjam bagi memudahkan tuntutan dibuat

22. Kematian /Hilang Upaya Kekal

22.1

Apabila penggadai telah meninggal dunia atau hilang upaya kekal, Penaksir/Pegawai diberi kuasa untuk meluluskan tempoh lanjutan sesuatu gadaian untuk jangkamasa tidak melebihi dua (2) bulan tanpa meminta keluagra/penggadai untuk berbincang mengenai urusan gadaiannya.

22.2

Wakil atau keluarga perlulah mengemukakan sijil kematian penggadai atau kesahihan hilang upaya kekal penggadai semasa membuat penebusan barang gadaian.

22.3

Sekiranya waris dan keluarga tidak dapat menebus gadaian tersebut dalam tempoh gadaian. Penaksir/ Pegawai atas budi bicaranya boleh melanjutkan tempoh penebusan tidak melebihi dua bulan tanpa perlu menjelaskan upah simpan yang asal dan tanpa mengenakan upah simpan bagi tempoh lanjutan.

22.4

Sekiranya waris dan keluagra penggadai bersetuju supaya barang emas penggadai dilelong selepas tamat tempoh gadaian atau tempoh lanjutan gadaian, baki lelongan hendaklah diserahkan kepada waris atau keluarga penggadai setelah ditolak jumlah pinjaman, upah simpan dari tarikh gadaian sehingga tarikh penggadai disahkan mati atau hilang upaya kekal dan kos perkhidmatan.

23. Kehilangan Surat Akuan Gadaian

23.1

Penggadai dikehendaki mengisi Surat Pengakuan Kehilangan Surat Akuan Gadaian dan hendaklah memtikan sestem atau disahkan oleh Pesuruhjaya sumpah. Dokumen tersebut hendaklah diserahkan kepada Pesuruhjaya Sumpah/Majistret.

23.2

Pentaksir dikehendaki membuat salinan Surat Akuan Gadaian dari salinan kaunter dan dicop “Diakui Salinan Sah”

23.3

Simpan semula Surat Akuan Gadaian di tempat asal.

23.4

Pentaksir boleh meneruskan proses penebusan seperti setelah mengeluarkan salinan yang telah disahkan.

24. Notis Jualan Lelongan

Notis terakhir kepada penggadai akan dihantar selepas tamat tempoh simpanan 6 + 2 (8 bulan) atau 6 + 2 + 2 (10 bulan) bertujuan memberitahu panggadai sama ada menebus atau mencari pembeli untuk menjelaskan akaun tersebut.   Untuk memastikan notis tersebut telah diterima oleh penggadai, notis akan dihantar melalui surat berdaftar atau dengan tangan.

25. Lelongan

25.1

Ringkasan Prosedur

25.1.1

Jualan Tender Terbuka

25.1.2

Mengemukakan permohonan tender

25.1.3

Menentukan tender yang berjaya

25.1.4

Jualan tender tertutup

25.1.5

Urusan selepas lelongan

25.2

Proses Terperinci

25.2.1

Jualan Tender Terbuka

i

Sekiranya gadaian tersebut masih tidak ditebus selepas bulan kelapan atau kesepuluh, Penaksir hendaklah mengadakan jualan tender terbuka kepada umum dan diikuti dengan jualan secara tender tertutup kepada syarikat-syarikat bumiputera tang dikenalpasti sekiranya jualan secara tender kepada umum masih berbaki tidak dapat dijual

ii

Penaksir perlu menyenaraikan nombor siri gadaian yang akab dibuat lelongan termasuklah menilai semula mutu ketulenan dan mencatatkan disetiap item barang yang hendak dilelongkan seperti :-

(a)

Mutu ketulenan

(b)

Berat

(c)

Jenis

(d)

Ciri-ciri item

iii

Berpandukan kepada mutu ketulenan emas yang telah diuji semula, nilai marhum dikira untuk setiap unit barang mengikut harga emas semasa pasaran.

iv

Harga rezab ditentukan untuk setiap unit barang tersebut dan dilekatkan tag harga yang mempamerkan mutu dan berat.

v

Asas pengiraan untuk menentukan harga rezab adalah seperti berikut :-

BUTIRAN

TUGAS

TINDAKAN

Lelongan 1

(Tender Terbuka)

Menentukan harga asas/harga rezab debgab membolehkan pengurangan 20% dari nilai marhum yang akan dibuat untuk lelongan

Penaksir

Lelongan 2

(Tender Tebuka)

Menentukan harga asas/harga rezab dengan membolehkan pengurangan 10% daripada harga asas lelongan 1

Penaksir

Lelongan 3

(Tender Terbuka)

Menawarkan harga terbuka kepada Syarikat Bumiputra yang dikenalpasti. Harga asas yang minimum ialah = Baki Pinjaman + Upah Simpanan + Lain-lain kos

Pihak Pengurusan Ar-Rahnu

vi

Kaunter Operasi Ar-Rahnu yang akan menjalankan urusan lelongan hendaklah mengeluarkan Notis Pemberitahuan  kepada orang ramai mengenai jualan/lelongan yanag dilansungkan. Notis boleh ditampal di tempat-tempat awam ataupun disiarkan di akhbar-akhbar tempatan.

vii

Pameran barang-barang lelongan kepada umum hendaklah dalam tempoh 1 minggu. Tarikh pameran dan lelongan adalah ditetapkan oleh kaunter operasi dengan memeberi pemakluman dan mendapat persetujuan dari Pihak Pengurusan Ar-Rahnu.

viii

Kunci almari di pameran dipegang oleh 2 orang penaksir yang dipertanggungjawabkan didalam sesuatu kaunter operasi

25.2.2

Mengemukakan Permohonan Tender

i

Semasa tempoh pameran, pemohon boleh menggunakan permohonan masuk tender terbuka. Pemohon juga perlu mengemukakan satu Borang Tender yang berasingan untuk setiap barang kemas yang ingin dibelinya.

ii

Borang tender yang lengkap telah diisi hendaklah dimasukkan ke dalam sampul surat sebelum dihantar ke kaunter SAR untuk dibuat pemilihan untuk tender yang berjaya.

iii

Bayaran perkhidmatan sebanyak RM 3.00 akan dikenakan ke atas setiap borang permohonan.

25.2.3

Menentukan Tender yang Berjaya

i

Setelah tempoh pameran tamat, Jawatankuasa tender kaunter operasi yang terdiri daripada wakil dari Pihak Pengurusan Ar-Rahnu, Penaksir kanan akan menetukan permohonan yang berjaya.

ii

Penaksir hendaklah meyediakan Surat Tawaran untuk dihantar kepada pemohon yang berjaya.

iii

Bayaran secara tunai atau cek hendaklah dibuat dalam tempoh 7 hari dari tarikh surat dihantar. Bagi bayaran cek, penyerahan barang kemas dilakukan setelah cek berkenaan lunas. Penaksir hendaklah menyerahkan barang kemas kepada pelanggan dan memintanya menyemak barang kemas tersebut sebelum menerimanya. Setelah pelanggan berpuashati, Penaksir perlu mendapatkan tandatangan pelanggan di Surat Akuan Penerimaan Barang Kemas Lelongan

iv

Penaksir hendaklah mencatatkan hasil jualan di Borang Penebusan/Lelongan dan Buku Rekod Jualan Tender. Borang Penebusan/Lelongan hendaklah ditandatangani oleh Penaksir dan Penaksir Kanan setelah urusniaga selesai.

v

Surat hendaklah dihantar kepada penggadai untuk memaklumkan bahawa barang gadaiannya telah dijual secara tender dan meminta penggadai mengambil lebihan sekiranya ada atau menjelaskan kekurangan harga jualan sekiranya ada. (setelah sitolak jumlah pinjaman, upah simpan dan lain-lain kos sebenar).

vi

Sekiranya masih ada barang yang tidak habis dilelong, Penaksir akan meneruskan Lelongan 2.

vii

Kesemua kos yang terlibat di dalam pengiklanan dan kos-kos lain yang terlibat akan diagih-agihkan mengikut purata kepada penggadai-penggadai yang terlibat berasaskan kepada nilai marhum setiap transaksi gadaian.

viii

Setelah agihan dibuat, jumlah pendapatan tersebut akan didebitkan ke dalam akaun Pengusaha Ar-Rahnu

25.2.4

Jualan Tender Tertutup

i

Pihak Pengurusan Ar-Rahnu hendaklah mengenal pasti nama-nama syarikat berdaftar yang menjalankan perniagaan emas serta dan pemborong emas terpakai untuk dipilih menjadi panel bagi membeli barang emas yang hendak dilelongkan dalam tender tertutup yang akan diadakan.

ii

Syarikat-syarikat ini hendaklah yang telah terlibat dengan perniagaan dan pemborongan emas selama tidak kurang dari 6 bulan.

iii

Penaksir hendaklah menghantar surat jemputan/tawaran kepada syarikat-syarikat yang dipilih untuk menyertai tender tertutup yang akan diadakan di kaunter operasi di mana lelongan dibuat.

iv

Jualan tender tertutup hendaklah diadakan dua (2) minggu selepas selesai jualan tender tertutup ataupun bergantung kepada kaunter operasi berkenaan mengikut kesesuaian masa dan jumlah barang yang akan dilelongkan.

v

Pameran diadakan selama 3 hari dan syarikat-syarikat yang dipilih oleh mengemukakan borang permohonan berserta bayaran deposit untuk sebahagian daripada jumlah tender yang dikemukakan.

vi

Jumlah deposit ini akan dipulangkan bagi tender yang tidak berjaya dan akan diambil kira sebagai sebahagian daripada bayaran tender bagi yang berjaya.

vii

Penaksir dan juga Pihak Pengurusan Ar-Rahnu dibenarkan menerima apa-apa harga yangtelah ditawarkan oleh syarikat-syarikat tersebut semasa manjalankan lelongan tertutup bagi kes barang-barang yang tidak bermutu atau rosak.

25.2.5

Selepas Lelongan

i

Sekiranya baki lelongan adalah dalam bentuk tunai, ia hendaklah dikreditkan ke dalam Akauan Pelbagai Sipemiutang Ar-Rahnu sehingga penggadai membuat tuntutan. Sebagai kawalan, Penaksir hendaklah menyediakan Daftar Pemiutang Ar-Rahnu.

ii

Sekiranya baki lelongan adalah dalam bentuk barang kemas, baki barangan ini akan diikat dengan “tag” dan disimpan di dalam sampul barang gadaian mengikut nombor siri gadaian tersebut dan diasingkan daripada barang-barang yang masih belum dilelong/barang emas lain sehingga penggadai membuat tuntutan.

iii

Baki lelongan ini hendaklah direkodkan ke dalam Daftar Baki Barangan Kemas Selepas Lelongan dan daftar ini perlu dikemaskini oleh penaksir.

iv

Penaksir hendaklah menghantar surat kepada penggadai supaya penggadai membuat tuntutan ke atas baki (tunai/barang kemas)tersebut.

v

Sekiranya hasil lelongan tidak dapat menampung baki pinjaman, kaunter operasi berkenaan hendaklah menuntut supaya penggadai menjelaskan kekurangan tersebut. Sementara itu, jumlah kekurangan ini hendaklah didebitkan ke Akaun Pelbagai Penghutang Ar-Rahnu. Penaksir perlu mencatatkan daftar siberhutang ke dalam Daftar Penghutang Ar-Rahnu.

vi

Daftar Pemiutang dan Penghutang (Ar-Rahnu) hendaklah dikemaskini dari semasa ke semasa apabila terdapat tuntutan dan lelongan baru atau pembayaran dari penggadai.

Reblog this post [with Zemanta]

Make a Comment

Leave a Reply

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Liked it here?
Why not try sites on the blogroll...

%d bloggers like this: