Dr Mahathir syor kerajaan tubuh kumpulan pemikir

Posted on 28 October 2008. Filed under: POLITIK | Tags: , |

LANGKAWI: Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad, semalam mencadangkan kepada kerajaan supaya menubuhkan kumpulan pemikir dan pemantau bagi mencari kaedah menyelamat negara daripada menghadapi krisis ekonomi dunia sekarang.

Beliau berkata, kumpulan pemikir itu seharusnya disertai pakar ekonomi dan berbincang serta mengumpul data memberi cadangan penyelesaian kepada kerajaan.

“Kita jangan menganggapkan kesan krisis itu tidak akan melanda negara ini sedangkan banyak negara di dunia terbabit,” katanya pada sidang media selepas memberi ucaptama Persidangan Perkhidmatan Awam di sini.

Mengenai persidangan perwakilan Umno Bahagian Langkawi pada Sabtu lalu yang mengusulkan beliau kembali menyertai Umno, Dr Mahathir berkata, beliau hanya akan menyertai semula parti itu selepas peralihan kuasa Mac tahun depan.

“Saya akan kembali selepas peralihan kuasa Mac depan dengan syarat kawan-kawan saya akan bersama kembali menyertai,” katanya. – Bernama

Reblog this post [with Zemanta]

Make a Comment

Leave a Reply

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Liked it here?
Why not try sites on the blogroll...

%d bloggers like this: