Jaga jadi tauke landskap

Posted on 28 October 2008. Filed under: Uncategorized | Tags: , , , |

Oleh Rohaniza Idris
roha@bharian.com.my



BERMULA
dengan bekerja sambilan di tapak semaian milik rakan, kini Pak Jab
mempunyai tiga nurseri- iaitu dua di Sungai Buloh dan satu di Sungai
Petani
, Kedah.

Bidang semaian tanaman mengubah hidup Pak Jab sekeluarga

KIRA-KIRA 37 tahun lalu beliau tidak pernah terfikir bahawa
bidang semaian tanaman yang diceburi boleh mengubah hidupnya sekeluarga
sehingga mampu meraih pendapatan mencecah jutaan ringgit.

Itulah yang berlaku kepada Md Rejab Hasanudin, 66, seorang
bekas pengawal keselamatan sekolah di Kampung Melayu, Sungai Buloh yang
kini mengusahakan syarikat landskap, Rumpun Damai Nursery.


Md Rejab yang lebih dikenali sebagai Pak Jab adalah
antara perintis landskap di kampung berkenaan sehingga menjadikan
kawasan sekitar Sungai Buloh dan Kota Damansara dikenali sebagai bandar
nurseri, tempat kunjungan peminat seni hias laman.

“Saya hanya ‘jaga’ atau ‘guard’ di sekolah rendah ketika
mula-mula menceburi bidang semaian. Saya berguru dengan Isa Bulat,
orang pertama yang membuka nurseri di Sungai Buloh.

“Pada awalnya, saya hanya bekerja dengan Isa secara sambilan
pada siang hari untuk menambah pendapatan manakala pada malam saya
bertugas menjadi jaga di sekolah,” katanya yang kini mempunyai tiga
tapak semaian, dua di Sungai Buloh dan satu di Sungai Petani, Kedah.

Menyingkap rahsia kejayaannya itu, Md Rejab berkata, pada mulanya
beliau tidak nampak bagaimana tapak semaian boleh memberikan pendapatan
tambahan kepada keluarganya.

“Mula-mula dulu, saya tanya Isa, mengapa dia menanam pokok
yang tidak mendatangkan hasil seperti buah-buahan. Saya tidak nampak
pokok yang berbunga dan berdaun ini boleh memberi duit.

“Selepas diterangkan Isa bahawa pokok bunga turut membuka
rezeki kerana dibeli pihak berkuasa tempatan (PBT) untuk landskap
bandar baru dan kilang perusahaan, baru saya faham. Selepas itu, saya
mengambil kursus semaian Jabatan Perhutanan yang dibuka kepada
kakitangan kerajaan pada masa itu,” katanya.

Berbekalkan ilmu dan pengalaman yang dikutip selama sembilan
tahun bekerja sambilan di Nurseri Sungai Buloh milik Mohd Isa, Md Rejab
akhirnya mengambil keputusan membuka tapak semaian sendiri pada 1980.


Bermula dari situ, beliau terus mengembangkan perniagaannya dan kini
menjadi kontraktor landskap untuk projek besar milik kerajaan, pihak
berkuasa tempatan (PBT), swasta dan orang perseorangan.

Antara projek besar yang diusahakan syarikatnya ialah
landskap untuk projek di bawah Arkib Negara dan Institut Perundangan
dan Kehakiman Malaysia di Bangi.

Terkini, syarikatnya yang mempunyai 10 pekerja tetap itu
melakukan kerja landskap untuk Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL)
menerusi Projek Mengindahkan Sungai Gombak dengan kontrak jutaan
ringgit bagi tempoh tiga tahun.

Selain menjadi kontraktor landskap, syarikatnya juga menjadi
pembekal pokok untuk landskap di Universiti Utara Malaysia (UUM) dan
Universiti Sains Malaysia (USM) menerusi cawangan syarikatnya di Kedah.

Menceritakan pengalamannya, beliau berkata, pada peringkat
awal, agak sukar untuk menjual hasil tapak semaian tetapi dengan
bantuan Isa, beliau banyak mendapat kontrak kerajaan dan swasta.

“Pernah satu ketika, projek landskap yang dilaksanakan musnah
akibat banjir. Saya menanggung rugi kerana selain pokok musnah, saya
terpaksa menanam pokok baru yang kosnya ditanggung saya sendiri.

“Dalam projek besar, kita biasanya ada perjanjian dan risiko
akibat bencana alam adalah ditanggung pihak syarikat, maka mahu atau
tidak, kerja mesti diteruskan. Oleh itu, walaupun pendapatan sedikit,
saya lebih berminat melaksanakan projek jangka pendek dan
kecil-kecilan.

“Pendapatan yang sikit ini sebenarnya yang membawa kepada keuntungan lebih besar dan segera,” katanya

Selain menjual semaian dan membuat projek landskap untuk orang
perseorangan, syarikatnya mula dikenali dan kini menawarkan pelbagai
perkhidmatan lain termasuk menjual aksesori taman, membuat kolam, wakaf
dan pegola.

Menganggap perniagaan yang diusahakan sebagai ibadah selain
tempat mencari rezeki, beliau mengakui tidak pernah menjadikan syarikat
lain yang ada di Kampung Melayu itu sebagai saingan tetapi rakan kongsi
untuk bekerjasama dan mencari pendapatan bersama.

“Di kampung ini ada 18 kontraktor landskap dan nurseri tetapi
kami semua bekerjasama bukannya bersaing. Jika syarikat saya terlalu
banyak kontrak dan merasakan tidak mampu melaksanakannya, saya akan
minta bantuan rakan lain, begitu juga sebaliknya.

“Malah, pada satu ketika Jawatankuasa Kemajuan dan
Keselamatan Kampung (JKKK) mencadangkan setiap rumah di kampung ini
membuat semaian kecil-kecilan untuk menjadi pembekal kecil kepada
syarikat landskap besar yang ada,” katanya

Kini, selain menjadi kontraktor landskap, Md Rejab, bapa
kepada tiga cahaya mata dan enam cucu ini menjadi rujukan mereka yang
ingin membuka tapak semaian serta menceburi bidang landskap.

Malah, nurseri miliknya juga menjadi tempat pelajar institusi pengajian tinggi (IPT) membuat latihan praktikal industri.

Profil

Md Rejab Hasanudin

Umur: 66 tahun

Anak: 3 orang berusia antara 26 hingga 35 tahun

Asal: Kampung Simpang Tiga Pasir, Merbuk, Kedah

Pendidikan: Darjah Enam Sekolah Kebangsaan Pusat Merbuk, Kedah

Anugerah : Johan Pertandingan Nurseri Terbaik 2004

Profesion: Ahli Perniagaan – Kontraktor Landskap dan Pesara Pengawal Keselamatan, Kementerian Pelajaran.

Aktiviti:

  • Pengerusi Tetap Umno Cawangan Kampung Melayu, Sungai Buloh
  • Ahli Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung, Kampung Melayu, Sungai Buloh
  • Presiden Kelab Badminton Veteran, Kampung Melayu, Sungai Buloh
  • Presiden Kelab Bola Sepak, Kampung Melayu, Sungai Buloh
  • Presiden Pasar Malam, Kampung Melayu, Sungai Buloh
  • Yang Dipertua Khairat Kematian Surau Kampung Melayu, Sungai Buloh
  • KATA ORANG : YANG MEMBOLEHKAN BELIAU LEBIH MAJU ADALAH LINK YANG BELIAU ADA DALAM MEMEGANG BANYAK JAWATAN NGO. CONNECTION MESTI ADA LINK MESTI KUAT BETULKAH NI???

    Reblog this post [with Zemanta]

    Make a Comment

    Leave a Reply

    Please log in using one of these methods to post your comment:

    WordPress.com Logo

    You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

    Twitter picture

    You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

    Facebook photo

    You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

    Google+ photo

    You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

    Connecting to %s

    One Response to “Jaga jadi tauke landskap”

    RSS Feed for Canggih Laksana Comments RSS Feed

    assalamualaikum…. sy ingin bekerja…. sebagai praktikal staff di syarikat ini… ape yg mesti sy buat, sy dari akedemi binaan malaysia.. wilayah tengah di kuala lumpur….. no fon sy 0126439735/0172722915 mohd firdaus


    Where's The Comment Form?

    Liked it here?
    Why not try sites on the blogroll...

    %d bloggers like this: