Minyak turun lagi

Posted on 28 October 2008. Filed under: Banking, Finance, Pelaburan, Perbankkan | Tags: , , |

Oleh Sariha Mohd Ali dan Azida Shaharuddin
bhnews@bharian.com.my


Datuk Shahrir Abdul Samad

Dijangka tak melebihi 15-20 sen elak pengusaha rugi

PEKAN: Kerajaan akan menurunkan lagi harga minyak akhir bulan ini tetapi tidak akan melebihi 15 sen bagi petrol dan 20 sen bagi diesel berikutan penurunan harga minyak dunia ketika ini yang sehingga kelmarin turun kepada AS$62 (RM221.34) setong.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Shahrir Abdul Samad, berkata penurunan sebanyak itu dilakukan bagi mengelakkan sebarang kerugian mendadak khasnya di kalangan pengusaha stesen minyak.

“Kita tak mahu penurunan harga yang tinggi hingga menjejaskan pengusaha stesen minyak di seluruh negara,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan pameran Minggu Kesedaran Kewangan di Pusat Konvensyen Antarabangsa Persada Johor di sini, semalam.Katanya, harga petrol dan diesel akan dikurangkan secara berperingkat sehingga ke paras harga yang berpatutan kepada pengguna.

Sementara itu, di KUANTAN, Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak berkata, Majlis Ekonomi yang dipengerusikan Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi akan bermesyuarat pada waktu terdekat untuk membuat keputusan mengenai harga minyak itu.

Datuk Seri Najib Razak

“Langkah itu selaras janji kerajaan yang akan menurunkan harga minyak supaya ia melambangkan harga sebenar pasaran minyak dunia.

“Kabinet sudah memberi mandat kepada Majlis Ekonomi yang dipengerusikan Perdana Menteri untuk membuat keputusan dan ini bermakna, jika harga minyak dunia semakin menurun, maka harga minyak tempatan juga akan melambangkan penurunan harga itu,” katanya.

Ketika ditanya sama ada harga petrol dan diesel akan diturunkan ke paras bawah RM2, Najib sambil ketawa berkata: “Tunggu dululah (pengumuman harga baru itu). Setakat ini, kita tidak boleh beritahu bila ia akan turun tetapi akan berlaku dalam masa terdekat ini.

“Mungkin hujung bulan ini tetapi tertakluk kepada bila mesyuarat Majlis Ekonomi itu dan tunggulah berapa harga yang akan diturunkan kelak,” katanya selepas menyampaikan sumbangan kepada 180 bakal haji Parlimen Pekan, di kediamannya di sini, semalam.

Harga minyak dipam turun tiga kali sejak Ogos lalu iaitu pada 23 Ogos, 24 September dan kali terakhir 15 Oktober. Harga petrol Ron97 turun dari RM2.70 seliter kepada RM2.55, RM2.45 dan RM2.30 manakala petrol Ron92 dari RM2.62 seliter kepada RM2.40, RM2.30 dan RM2.20. Diesel pula turun dari RM2.58 seliter kepada RM2.50, RM2.40 dan RM2.20.

Tiga bulan lalu harga minyak adalah AS$147 setong berikutan kelembapan ekonomi global yang menyebabkan permintaan terhadap sumber tenaga semakin berkurangan.

Ditanya mengenai trend penurunan harga petrol dan diesel ini dilihat tidak menjurus kepada penurunan harga barang, Najib berkata, kerajaan sedang mengambil beberapa langkah untuk mengatasi perkara itu.

Beliau berkata, setakat ini, sudah ada pengeluar bersetuju menurunkan harga beberapa barangan atau produk yang akan diumumkan dalam tempoh sehari dua ini.

Ketika berucap, Najib berkata, kerajaan akan terus menjana pembangunan hingga ke luar bandar walaupun menghadapi banyak cabaran akibat krisis kewangan dunia yang berlaku sekarang.

Beliau berkata, Malaysia mampu bertahan walaupun keadaan semakin tidak menentu, malah yakin mencatat pertumbuhan ekonomi lima peratus pada tahun ini.

“Malah, mengikut perkiraan Dana Kewangan Antarabangsa (IMF), kita boleh mencapai pertumbuhan ekonomi 4.8 peratus tahun depan tetapi kita akan kaji semula unjuran itu.

“Jadi, saya akan memberi beberapa langkah lebih terperinci berhubung usaha mengelakkan negara daripada terjerumus dalam kemelesetan ekonomi pada penggulungan hujah di Parlimen, 4 November ini.

“Selain itu, rakyat juga digesa berbelanja secara berhemah dan memanfaatkan setiap ringgit yang ada sebaik-baiknya,” katanya.

ANY KOMEN ?

SUMBER DARI BH

Reblog this post [with Zemanta]

Make a Comment

Leave a Reply

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Liked it here?
Why not try sites on the blogroll...

%d bloggers like this: