Apa kata wakil Gemilang Mirza ?

Posted on 1 November 2008. Filed under: Banking, Finance, HYIP, Pelaburan, Pendapatan Pasif, Perbankkan | Tags: , , , |

The Central Bank of Malaysia logo.

Image via Wikipedia

Khamis, Oktober 30

Ahli-ahli GM harap bersabar.

Pihak-pihak yang berkenaan sudahpun dihubungi berikutan berita yang tersiar di dalam akhbar Daily Express 29.10.2008. Antaranya, Bank Negara Malaysia (BNM), Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM), dan Wartawan Daily Express Encik Kassim Sangi (di 0198117525).

Menurut sumber berita ; Pihak SSM juga terkejut dengan apa yang tersiar di akhbar tempatan Daily Express pada 29.10.2008. Kenyataan penulis jelasnya telah menimbulkan kesulitan bagi pihak GM.. Pengarah SSM mencadangkan agar Syarikat Gemilang Mirza, membuat kunjungan hormat ke SSM untuk bertukar-tukar pendapat dan berbincang lebih lanjut.

BNM di bahagian siasatan pula menasihati pihak Syarikat GM supaya bersabar dengan tindakan pihak-pihak tertentu yang mahu menjatuhkan Syarikat Gemilang Mirza. BNM turut berharap agar Syarikat terus beroperasi seperti biasa.

Encik Kassim Sangi juga telah dihubungi berkenaan laporan beliau di dalam akhbar..Menurutnya, ada beberapa aduan awam dari Kawasan Papar sebab itulah diletak tajuk tu “Dari Papar”. Nasihatnya pula,kiranya Syarikat itu sah perniagaannya dan ada surat dan lesen dari mana-mana Jabatan / BNM atau pihak berwajib, bolehlah membuat kenyataan balas dalam media bagi membuktikan syarikat itu beroperasi secara sah di sisi undang-undang. Itu saja kenyataannya

Dalam dunia perniagaan, lebih-lebih lagi perniagaan yang berkonsepkan “rakan kongsi”, memanglah banyak halangan,cabaran dan risikonya. Halangan inipun kadang-kadang berpunca daripada perasaan hasad dengki bangsa kita sendiri. Oleh itu marilah kita bersama-sama berusaha memupuk semangat perpaduan kaum,bangsa dan agama di kalangan ahli.kita boleh memajukan perniagaan ini bersama dan mendapatkan hasilnya bersama..Jujur,ikhlas dan semakin akrab, Teruskan bersabar dan berdoa..Begitulah yang kita inginkan melalui Gemilang Mirza..

“Berniaga Sambil Beramal”.

Rabu, Oktober 29

Sensasi atau Spekulasi ?

Daily Express 29.10.2008, telah mencetus kebimbangan dan keraguan di kalangan ahli. Sebabnya kenyataan dan berita daripada wartawan Kassim Sangi berkenaan penyiasatan pihak berwajib terhadap sebuah syarikat berkonsep perkongsian modal di Papar. Walaupun tidak menyebut nama syarikat tapi tempiasnya jelas secara tidak langsung terkena pada Syarikat Gemilang Mirza. Saya sendiri telah cuba menghubungi Saudara Kassim Sangi,Wartawan Daily Express (016 8117525) untuk meminta penjelasan beliau. Setelah berkali-kali menghubungi, saya terima jawapan yang sama. “The number you have dial is not in service”.

Untuk pengetahuan ahli, GM sudah membuat laporan polis pada 21.10.2008, setelah dimaklumkan ada individu dan syarikat yang cemburu dengan kejayaan GM,menyebar fitnah, membuat spekulasi bahkan menggunakan nama syarikat untuk kepentingan mereka. Pengarah GM sendiri menyatakan, tidak akan teragak-agak menyaman pihak terbabit paling kurang RM3 juta.
Modus operandi mereka,”mengambil kesempatan mengaut keuntungan”.

Apa pun ,pihak GM memberi jaminan bahawa syarikat yang dimaksudkan dalam akhbar bukan Syarikat Gemilang Mirza Sdn Bhd..Jika anda masih ragu,sila hubungi pihak Syarikat atau Pengarah sendiri untuk kepastian.Banyak desas desus yang kita dengar sejak pagi tadi dan sedikit sebanyak melemahkan semangat ahli yang mula mempersoalkan kepercayaan mereka terhadap syarikat. Janganlah kerana laporan akhbar tersebut membuatkan tidur anda tidak lena malam ni..Link kepada Syarikat untuk sebarang persoalan.

Kita menghormati etika kewartawanan, sebagai penyalur berita kepada masyarakat,yang tepat,jujur dan berdasarkan fakta yang benar.Kita faham tugas mereka.Saya amat berharap En. Kassim Sangi dapat memberi penjelasan dengan lebih baik kepada 30,000 ahli GM..Ada banyak berita sensasi di luar sana, yang menurut hemat saya memerlukan khidmat kewartawanan untuk dikupas…Sensasi,..Spekulasi..Atau.. Untuk Publisiti..

Reblog this post [with Zemanta]

Make a Comment

Leave a Reply

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Liked it here?
Why not try sites on the blogroll...

%d bloggers like this: