Awang Binting Pangiran Mat Salleh (Mirza Gemilang)

Posted on 1 November 2008. Filed under: Finance, HYIP, Pelaburan, Pendapatan Pasif | Tags: , , , , , |

Bekas konduktor usahawan berjaya

AWANG Binting Pangiran Mat Salleh menunjukkan produk minyak rambut dan makanan kesihatan yang diperbuat daripada sarang burung keluaran Gemilang Mirza Sdn. Bhd. di Papar, baru-baru ini.



PAPAR 31 Okt. – Impian seorang bekas konduktor bas, Awang Binting Pangiran Mat Salleh, 45 untuk memiliki sebuah syarikat sendiri akhirnya tercapai selepas melalui pelbagai rintangan dan dugaan dalam bidang perniagaan.

Kalau dahulu pendapatannya hanya sekitar RM270 sebulan, kini beliau boleh berbangga kerana mempunyai pendapatan antara RM50,000 hingga RM100,000 sebulan.

Berpegang kepada prinsip, jujur, amanah dan ikhlas, Awang Binting yang berkelulusan Diploma Pengurusan membuktikan bahawa tiada yang mustahil untuk mencapai kejayaan.

Berkat usaha gigih dan tidak pernah mengenal erti putus asa, beliau menubuhkan Gemilang Mirza Sdn. Bhd. pada 2007 yang mengeluarkan produk perubatan, kesihatan dan keperluan harian.

Katanya, dalam usaha membangunkan perniagaannya berbagai dugaan telah dilalui termasuk pernah ditipu dan sebagainya.

Bagaimanapun, katanya, naik dan jatuh dalam perniagaan merupakan perkara biasa, malah pengalaman itu semakin mematangkan jiwa serta memberikan kekuatan semangat.

Apa yang agak menarik mengenai Gemilang Mirza ialah syarikat itu digerakkan oleh 10 adik-beradik.

Awang Binting sebagai pengasas dan pengarah urusan, berjaya menyakinkan sembilan adik-beradiknya untuk bersatu dalam perniagaan itu.

“Bidang perniagaan adalah warisan keluarga kami. Ayah saya Pangiran Mat Salleh Pengiran Piut adalah pengusaha buah tembikai yang terkenal di Sabah.

Menggalakkan

“Memang sejak kecil, kami adik-beradik telah didedahkan dengan perniagaan, lagi pun Rasulullah s.aw. sendiri menggalakkan kita berniaga dengan bersabda bahawa sembilan daripada 10 sumber rezeki ialah melalui perniagaan.

“Perniagaan juga dapat menyatukan kami adik beradik. Kejayaan saya bersama Waheeda Trading sebelum ini menyakinkan adik-beradik saya untuk menyertai Gemilang Mirza,” katanya.

Katanya, memiliki dan menjual produk berjenama sendiri menjadi impiannya apabila dia mula bergelar usahawan lapan tahun lalu.

Bagi Awang Binting, kelahiran produk-produk sendiri Mirza Max Cream, Sabun Muka Lavender, Tonik Rambut, Losyen Halia, Sarang Burung, Pegaga Madu dan Mirza Cafe memberi kepuasan tersendiri kepada dirinya.

“Ini hanyalah permulaan kepada episod baru dalam perniagaan saya, namun memiliki produk keluaran sendiri menjadikan sebahagian impian saya telah dicapai.

“Selebihnya saya harus berusaha untuk menempatkan produk-produk keluaran Gemilang Mirza setara dengan jenama lain dalam pasaran,” katanya.

Menurutnya, kelebihan lebih 24 produk yang dihasilkan oleh syarikatnya ialah mempunyai kualiti tinggi, bersih dan selamat digunakan.

Katanya, setiap produk akan melalui kajian dan penyelidikan bagi memastikan sentiasa bermutu tinggi dan selamat.

Dalam pada itu, Awang Binting berkata, anugerah cemerlang TEKUN Nasional yang diterimanya pada Ogos lalu merupakan pengiktirafan bermakna kepadanya untuk terus berusaha membangunkan lagi perniagaan.

Justeru itu katanya, dia berazam mengembangkan lagi perniagaannya ke seluruh dunia serta membariskan lebih banyak produk pada masa hadapan.

“Kami merancang untuk mengeluarkan lebih banyak produk, antara produk terbaru yang akan dilancarkannya ialah Mirza Rice pada bulan depan.

“Selain itu saya berhasrat menambah lebih banyak cawangan di negeri ini dan Semenanjung dan pada masa ini Azom Gemilang Marketing telah dibuka di Kuala Lumpur.

Sementara itu katanya, kejayaan yang dikecapinya tidak membuatkan dia alpa mengenai tanggungjawabnya membantu golongan memerlukan.

Justeru katanya, beliau pasti akan memperuntukkan keuntungan yang diperolehinya kepada pihak yang memerlukan seperti Persatuan Kebajikan Islam Sabah dan sebagainya.

“Dalam perniagaan kita tidak boleh melupakan masyarakat, oleh itu kita menekankan dan menitikberatkan aspek amal pahala dunia akhirat.

“Saya juga merancang untuk mewujudkan Yayasan Mirza Nur Wahedah bagi membantu masyarakat tidak bernasib baik, ibu tunggal dan fakir miskin,” katanya.

Selain itu, katanya beliau turut membuka peluang kepada sesiapa sahaja yang berminat menceburi perniagaannya dengan menjadi pengedar atau pun turut serta melabur.

Sumber : http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2008&dt=1101&pub=Utusan_Malaysia&sec=Sabah_%26_Sarawak&pg=wb_01.htm

Produk Gemilang Mirza dapat sambutan baik


SEBAHAGIAN artis dan DJ yang menjayakan Konsert dan Rumah Terbuka Aidilfitri Muzik FM-Gemilang Mirza di Dewan Baru Masyarakat Papar Sabah, baru-baru ini.


PAPAR 31 Okt. – Gemilang Mirza Sdn. Bhd. (Gemilang Mirza) menaruh keyakinan produk keluarannya mendapat sambutan daripada pengguna tempatan.

Pengarah Urusannya, Awang Binting Pangiran Mat Salleh berkata, ini kerana produk yang dihasilkannya bukan sahaja mempunyai kualiti setanding dengan produk luar, malah lebih murah berbanding produk lain.

“Walaupun sedar persaingan pasaran bagi produk kesihatan dan kecantikan begitu sengit, namun saya yakin produk keluaran Gemilang Mirza akan mendapat tempat di hati pengguna.

“Memang banyak produk seumpama itu di pasaran namun ruang masih ada. saya yakin dengan kualiti produk yang kami keluarkan serta harganya yang lebih murah berbanding produk syarikat lain, produk Mirza akan diterima ramai.

“Bagi saya harga yang murah adalah keutamaan kami kerana kami mahu ramai orang mampu membelinya.

”Untungnya mungkin kecil tetapi bila jumlah jualan besar, kami akan memperolehi keuntungan seperti orang lain, ” katanya ketika ditemui di sini baru-baru ini.

Menurutnya dua produk terasnya iaitu Maxcream dan tonik rambut mampu menyumbangkan sumbangan jualan yang memberangsangkan dan menguasai pasaran.

Katanya, kedua-dua produk berkenaan bukan sahaja dijual dalam harga yang murah malah telah terbukti keberkesanannya.

“MaxCream adalah krim untuk lelaki yang mahu menambah kehebatan dan keperkasaan. Daripada pengalaman kami mengedar krim sebegini, ia mendapat sambutan hebat di kalangan lelaki.

“Tonik rambut pula amat berkesan untuk pelbagai masalah rambut seperti keguguran rambut, beruban, kegatalan kulit kepala, kelemumur dan lain-lain lagi,” ujarnya.

MaxCream dijual pada harga RM39.90, manakala Tonik Rambut pada harga RM33.90.

http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2008&dt=1101&pub=Utusan_Malaysia&sec=Sabah_%26_Sarawak&pg=wb_03.htm

Reblog this post [with Zemanta]

Make a Comment

Leave a Reply

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Liked it here?
Why not try sites on the blogroll...

%d bloggers like this: