KERETA CANGGIH

Posted on 1 November 2008. Filed under: Uncategorized |

Kereta pintar

Oleh Mohd Razlan Salleh
mrazlan@hmetro.com.my

KENDERAAN bergerak sendiri secara automatik? Memang pelik tetapi Mercedes-Benz B170 membuktikan teknologi boleh merealisasikan impian manusia.

KENDERAAN bergerak sendiri secara automatik? Memang pelik tetapi Mercedes-Benz B170 membuktikan teknologi boleh merealisasikan impian manusia.

Kenderaan ini dilengkapi teknologi yang membolehkan ia memasuki petak meletak kenderaan secara automatik.

Justeru, tidak hairan model ini menjadi pilihan pemandu wanita.

Model B170 dipertontonkan kepada umum di Pameran Motor Geneva dua tahun lalu dengan gaya yang elegan, segar dan kelas tersendiri.

Model ini meneruskan kecemerlangan A-Class yang dicipta untuk anak muda golongan berada.

Tetapi, menerusi model B, martabatnya dipertingkatkan menjadi kereta touring mewah keluarga bersantai dan rekreasi tanpa tolok bandingnya.

Sekilas pandang, model ini ‘kelahiran semula’ A-Class, tetapi B-Class adalah model baru sepenuhnya.

Ia adalah jentera untuk Mercedes-Benz menembusi pasaran kenderaan pelbagai guna (MPV) kompak tourer mewah.

B170 mempunyai ruang barang mencukupi, memadai untuk sebuah keluarga walaupun kelihatan kecil dan comel.

Bagaimanapun, saiznya sama besar atau lebih besar daripada sebuah model sedan Jepun.

Reka bentuk luaran jentera ini memperlihatkan ketelitian pengeluar Jerman termasuk bahagian lampu depan serta belakang bergaya selain logo bintang bucu tiga menghiasi gril hadapan.

Pandangan sisi jentera ini menggabungkan garisan tubuh seksi dan ia selari dengan konsep lampu depan serta belakangnya.

Garis ranggi menjalar yang jelas dari sisi terus ke depan dan bersepadu dengan lampu utama memang menarik perhatian berbanding model Mercedes-Benz lain yang lebih kepada gaya eksklusif.

Kelebihan membezakan model B dan A pada jarak gandarnya lebih panjang iaitu 2,778 milimeter yang memberikannya gaya lebih ranggi dan agresif.

Melihat ruang dalaman model ini, penulis tidak terasa seperti memasuki sebuah kenderaan kompak, malah lebih terarah kepada sedan sport mewah.

Panel pemuka, pemegang pintu dan kerusi bersalut kulit hitam menjurus kepada aspirasi kenderaan sporty dan kepantasan.

Segala aksesori dalaman, bahagian papan pemuka selain panel meter digital dengan punat kawalan berpusat pada sisi panel pintu direka penuh gaya.

Sama seperti model sebelumnya, B170 dilengkapi sistem audio dengan penukar enam cakera dan akses kawalan telefon bimbit dengan mengaktifkan teknologi ‘bluetooth’.

Kerusi belakang boleh diubah laras untuk memberikan ruang kargo lebih luas.

Sebaik memulakan perjalanan, B170 memberikan jarak pemandangan yang jelas sebab ia tinggi seperti SUV mini manakala kerusi pemandu dan penumpang hadapan boleh dilaras tinggi atau rendah.

Dari segi kuasa, jentera ini dengan enjin 1.7 liter membuatkan jentera ini terasa agak berat dengan daya tujahan agak perlahan tetapi sebaik mendapat momentum, ia memang seronok dipandu.

Sistem gantungan memang mantap menerusi aturan gandar Parabolic di belakang dan topang MacPherson di depan memberikan keseimbangan antara keselesaan dan kemantapan kendalian.

Memasuki petak meletak kereta bukan masalah bagi model ini. Pemandu hanya perlu menunggu ‘signal’ pada panel meter sebelum menekan butang bagi membolehkan ia memasuki petak dengan sendiri.

Tetapi sistem ini hanya berfungsi ketika mahu memasuki petak meletak kenderaan sisi dan amat berguna dan menjimatkan tenaga.

Pemandu hanya perlu mengawal brek manakala selebihnya hanya diserahkan kepada jentera.

Apa yang pasti, B170 model menjimatkan minyak dan NVH (bunyi, getaran dan kekasaran) yang boleh dipuji.

Transmisi CVT Autotronic tujuh kelajuan yang dibekalkan padanya amat menyeronokkan dan pemandu boleh mengawalnya secara manual dengan mengalihkan tombol gear ke kiri atau kanan.

Prestasi enjin berkenaan mampu menghamburkan kuasa maksimum 116hp pada 5500rpm dengan tork maksimum 155Nm pada 3500-4000rpm.

Kesimpulannya, ‘huruf B memang lebih baik daripada huruf A’. B170 boleh ditakrifkan sebagai sebuah jentera ‘beautiful’ (cantik) dengan gaya dan kelas yang tersendiri.

SPESIFIKASI

Mercedes-Benz B170

Enjin: Empat silinder sebaris lapan injap 1699cc

Kuasa maksimum: 116hp @ 5500rpm

Tork maksimum: 155Nm @ 3500-4000rpm

Transmisi: CVT Autotronic (tujuh kelajuan preset)

Ciri Keselamatan: ASR, ESP, ABS, BAS

Harga: RM215,888

Tayar Dicadangkan: ContiSportContact 2 205/55 R16 91W

Reblog this post [with Zemanta]

Make a Comment

Leave a Reply

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Liked it here?
Why not try sites on the blogroll...

%d bloggers like this: