Macam macam jaa peraturan..

Posted on 1 November 2008. Filed under: Uncategorized |

Perokok terkejut peraturan baru

Oleh Umi Nadirah Abdul Rahman
bhnews@bharian.com.my


RAMAI masih tidak menyedari kaki lima kompleks beli-belah diisytiharkan sebagai kawasan larangan merokok, berkuat kuasa semalam. Gambar ini dirakamkan di pusat beli-belah Bangsar Village, Kuala Lumpur.

Larangan di kaki lima bantu usaha bendung tabiat merokok di tempat awam

KUALA LUMPUR: Orang ramai termasuk warga kota masih tidak menyedari semua kaki lima kompleks membeli-belah termasuk restoran dan kafe terbuka di luar premis berkenaan diisytiharkan sebagai kawasan larangan merokok, berkuat kuasa semalam.

Tinjauan Berita Harian mendapati, orang ramai khususnya perokok terkejut dengan penguatkuasaan larangan berkenaan, manakala yang lain menyatakan persetujuan dengan langkah kerajaan terbabit sebagai usaha mengekang tabiat buruk berkenaan.

Pesara guru, Malik Ibrahim, 67, dari Johor Bahru, berkata langkah kerajaan mengenakan peraturan itu untuk membendung tabiat merokok di tempat awam harus dipuji bagi mengawal gejala tidak sihat berkenaan khususnya di kalangan golongan muda serta pelajar sekolah.

“Larangan merokok di kawasan kompleks membeli belah patut dipuji kerana ia bukan saja dapat mengekang budaya merokok di kalangan pelajar sekolah, malah ia turut dilihat sebagai usaha menuju ke arah negara bersih dan bebas penyakit,” katanya yang juga seorang perokok.

Isterinya, Rosnah Sani, 64, berkata tindakan kerajaan tepat pada masanya memandangkan budaya merokok di tempat awam semakin berleluasa sedangkan ia tidak elok kerana boleh mempengaruhi muda mudi dan kanak-kanak.

“Saya sangat setuju dengan larangan ini kerana sekurang-kurangnya ia membuat orang ramai sedar tentang kepentingan menjaga kesihatan mereka sendiri seterusnya diharap dapat mengurangkan gejala merokok.

“Begitupun, saya rasa langkah terbaik mengekang budaya ini adalah dengan mengharamkan terus jualan rokok di negara ini selain memberi tumpuan kepada usaha meletak lebih banyak papan tanda di tempat yang tidak dibenarkan untuk merokok,” katanya.

Menteri Kesihatan, Datuk Liow Tiong Lai, semalam mengumumkan semua kaki lima kompleks membeli-belah termasuk restoran dan kafe terbuka di luar premis berkenaan diisytiharkan sebagai kawasan larangan merokok, berkuat kuasa serta-merta.

Mereka yang didapati merokok di kawasan berkenaan boleh dikompaun maksimum RM5,000 atau denda RM10,000 atau penjara dua tahun jika sabit kesalahan.

Guru dari Sungai Petani, Kedah, G Sivanesan, 52, berkata orang ramai harus memandang serius dan menghormati peraturan itu serta berusaha untuk tidak merokok di kawasan tidak dibenarkan selain mempergiatkan penguatkuasaan terhadap pesalah.

“Mereka yang tidak merokok lebih terdedah kepada bahaya penyakit berbanding perokok. Justeru, saya melihat langkah kerajaan ini amat baik dan orang ramai patut menghargainya supaya kita sama-sama mempunyai negara dan penduduk sihat,” katanya.

Pelajar, Mohd Eizzuddin Zamri, 18, berkata kerajaan sepatutnya memberi sedikit masa kepada perokok seperti dirinya untuk membiasakan diri dengan larangan baru itu selain menyediakan lebih banyak kawasan merokok di tempat awam.

Pengusaha kedai telefon bimbit, Yap Sing Hong, 31, berkata larangan yang dikenakan tidak wajar kerana merokok di luar kompleks beli belah tidak mempunyai kaitan dengan pendedahan bahaya kesihatan kepada orang ramai.

Pembantu kedai kasut, Juliana Dahlan, 21, berkata kerajaan harus memikirkan alternatif lain untuk menempatkan mereka yang merokok jika terus ingin melaksanakan arahan berkenaan.

“Sememangnya ini adalah tidak adil kepada perokok seperti kami kerana larangan yang dilakukan tidak patut dijalankan dan saya berpendapat ia patut dibiarkan seperti biasa,” katanya.

PS : AGAK AGAK DI MANA TEMPAT LAGI PEROKOK NAK RELEASE TENSION ?

A = DALAM TANDAS (DAH ADA LARANGAN JUGA KAH?)

B = TANGGA KESELAMATAN. ( CCTV PULA DAH)

C = TEPI BANGUNAN. YANG INI BELUM ADA UNDANG2 LAGI..

SUMBER DARI : http://www.bharian.com.my/Current_News/BH/Thursday/Nasional/20081029230629/Article/

Reblog this post [with Zemanta]

Make a Comment

Leave a Reply

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Liked it here?
Why not try sites on the blogroll...

%d bloggers like this: