Tengku Fuazman buktikan karya boleh dihasil tanpa belanja tinggi

Posted on 1 November 2008. Filed under: Finance, Pendapatan Pasif | Tags: , , , , , , |

Tengku Fuazman buktikan karya boleh dihasil tanpa belanja tinggi


TENGKU Fuazman Dinkhalish Maamor bersama hasil ciptaannya, motosikal berenjin kereta, di Kuala Pilah, Negeri Sembilan

ORANGNYA sangat sederhana. Tinggal sendirian di rumah usang yang hanya dilengkapi satu bilik air dan sebuah katil lama. Tidak ada apa yang menarik di rumahnya yang tidak berpintu, malah tidak mempunyai kemudahan elektrik. Namun, kreativitinya mengatasi segala-galanya.

Tengku Fuazman Dinkhalish Maamor sebenarnya bukan peminat motosikal, namun beliau adalah seorang yang suka bertukang dan kerap mencurahkan kreativitinya kepada pelbagai jenis ciptaan. Tidak terhad kepada motosikal, beliau juga gemar membuat perabot, ukiran rumah dan apa saja yang berkonsep pertukangan.

Melihat rumahnya yang sedang dibina di sebelah teratak usangnya kini, beliau melahirkan kreativitinya dengan mendirikan rumah empat tingkat dengan hampir semua dinding dan tiangnya diukir dengan corak kerawang, sama seperti dilakukannya kepada beberapa bahagian motosikal ciptaannya.

Beliau memang berseni. Setiap ciptaannya cukup teliti. Namun, apa yang lebih utama ialah semuanya dilakukan dengan kos minimum, malah jika boleh beliau berusaha untuk langsung tidak mengeluarkan sebarang kos.

Contohnya, rumah yang sedang dibinanya itu hanya bermodalkan tidak sampai RM2,000 kerana kayu digunakan diambil daripada jambatan lama yang diruntuhkan. Perabot yang disiapkan untuk pelanggannya juga diambil daripada sumber sama.

“Saya nak buktikan bahawa sebenarnya apa yang kita nak boleh diperoleh tanpa perlu berbelanja tinggi. Contohnya, jika saya mahukan kereta atau motosikal berkuasa tinggi dengan reka bentuk yang hebat, saya tak perlu beli pada harga mahal. Saya buat sendiri.

“Malah, saya juga ada membuat biola dan gitar menggunakan sumber sama. Jimat dan ia boleh dijual. Apa yang lebih penting, ciptaan itu mesti kreatif dan unik. Banyak rekaan saya dijual di Kuala Lumpur,” katanya.

Beliau tidak kisah membuat apa saja. Apa saja yang orang mahukan, beliau akan cuba membuatnya termasuklah melukis, mengukir kayu, menempa parang dan macam-macam lagi. Apa yang penting, beliau membuatnya bukan untuk keuntungan tetapi demi kepuasan dan suka melihat orang lain puas.

Ciptaannya juga ekstrim. Beliau pernah mencipta sebuah kereta menggunakan empat enjin dengan seluruh casis dicipta sepenuhnya. Pendek kata, hanya enjin dibeli, selebihnya beliau reka sendiri.

“Kereta itu kini ada di Thailand kerana ia mustahil untuk didaftarkan di negara ini. Sama seperti kebanyakan ciptaan ekstrim saya. Ia terpaksa disimpan di Thailand,” katanya.

Sikap rendah diri dan tidak mahukan publisiti memang diakui. Wartawan Berita Harian sendiri pada mulanya amat sukar mendapatkannya untuk ditemu bual, ditambah dengan kesukaran menghubunginya.

“Saya tak pernah ada telefon. Siapa yang nak berurusan dengan saya, datang saja ke sini. Publisiti atau promosi? Tak perlulah, tak penting bagi saya,” katanya sambil tersenyum.

source : http://www.bharian.com.my/Current_News/BH/Monday/Rencana/20081020062302/Article/

Reblog this post [with Zemanta]

Make a Comment

Leave a Reply

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Liked it here?
Why not try sites on the blogroll...

%d bloggers like this: