Penubuhan Tabung Perusahaan Mikro Berjumlah RM200 juta

Posted on 4 November 2008. Filed under: Banking, Finance, Perbankkan | Tags: , , , |

The Central Bank of Malaysia logo.

Image via Wikipedia

Ref No: 11/08/01

Embargo: Untuk Siaran Segera

Penubuhan Tabung Perusahaan Mikro

Berjumlah RM200 juta

Bank Negara Malaysia mengumumkan pelancaran Tabung Perusahaan Mikro berjumlah RM200 juta bagi meningkatkan akses kepada pembiayaan bagi perusahaan mikro yang berdaya maju dalam keadaan persekitaran perniagaan semasa yang semakin mencabar. Memandangkan sebilangan besar PKS di Malaysia merupakan perusahaan mikro, akses kepada pembiayaan yang mencukupi bagi segmen perniagaan ini amat perlu bagi membolehkan mereka  menyumbang kepada  pembangunan ekonomi negara.

Bank Negara Malaysia akan menyalurkan dana kepada perusahaan mikro melalui skim Pembiayaan Mikro yang sedia ada. Kini, terdapat sembilan institusi kewangan yang menyertai skim ini. Skim Pembiayaan Mikro telah berjaya membantu lebih daripada 40,000 perusahaan mikro sejak ia dilancarkan pada tahun 2006. Di bawah skim Pembiayaan Mikro, perusahaan mikro yang berdaya maju boleh mendapatkan pembiayaan mikro sehingga RM50,000 untuk modal kerja  atau untuk perbelanjaan modal. Pembiayaan mikro di bawah skim ini tidak memerlukan sebarang cagaran, hanya dokumen yang minimum, dan diluluskan dan dikeluarkan dengan cepat. Pembiayaan Mikro ini boleh didapati di lebih 2,600 cawangan dan wakil/ejen institusi kewangan yang menyertainya, yang mempamerkan Logo Pembiayaan Mikro Kebangsaan.  Insitusi kewangan yang menyertai skim ini akan menentukan kadar faedah atau kadar keuntungan yang akan dikenakan dan permohonan adalah tertakluk kepada proses kelulusan pinjaman institusi kewangan pembangunan yang biasa.

Untuk keterangan lanjut, perusahaan mikro boleh menghubungi mana-mana cawangan dan wakil/ejen institusi kewangan yang menyertai skim ini yang mempamerkan Logo Pembiayaan Mikro Kebangsaan, atau berhubung dengan  BNMTELELINK di talian 1-300-88-5465

Bank Negara Malaysia
4 November 2008

Nota Tambahan untuk Media:

Institusi Kewangan yang Menyertai Skim Pembiayaan Mikro

Bank Perdagangan dan Bank Islam
1. Alliance Bank Malaysia Berhad
2. AmBank (M) Berhad
3. CIMB Bank Berhad
4. EONCAP Islamic Bank Berhad
5. Public Bank Berhad
6. United Overseas Bank (Malaysia) Berhad

Institusi Kewangan Pembangunan
7. Bank Kerjasama Rakyat Malaysia Berhad
8. Bank Pertanian Malaysia Berhad (Agrobank)
9. Bank Simpanan Nasional

Definisi Perusahaan Mikro

Majlis Pembangunan PKS Kebangsaan mendefinisikan perusahaan mikro seperti yang berikut:

Sektor Perkilangan dan Sektor Perkhidmatan Berkaitan Perkilangan Sektor Pertanian Asas dan Sektor Perkhidmatan
Perniagaan yang mempunyai:

  • Jualan tahunan yang kurang daripada RM250,000; atau
  • Pekerja sepenuh masa yang kurang daripada lima orang.
Perniagaan yang mempunyai:

  • Jualan tahunan yang kurang daripada RM200,000; atau
  • Pekerja sepenuh masa yang kurang daripada lima orang.

Definisi di atas boleh juga didapati di pautan berikut dalam Portal SMEinfo: http://www.smeinfo.com.my

Reblog this post [with Zemanta]

Make a Comment

Leave a Reply

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Liked it here?
Why not try sites on the blogroll...

%d bloggers like this: