Tiga bulan untung setengah juta

Posted on 20 November 2008. Filed under: Finance, Kareer, Kerjaya, Pelan Perniagaan, peluang perniagaan, Pendapatan Aktif, Pendapatan Pasif, Plan Perniagaan | Tags: , , , , , , |

Oleh FUAD HADINATA YAACOB
hadinata@hmetro.com.my
>Profil

NAMA: Karl Iskandar Awang
USIA: 35 tahun

LAHIR: 28 Julai 1973 di Pekan, Pahang

JAWATAN: Pengasas dan Pengarah Urusan Overseas Delight Group of Companies

ANAK SYARIKAT:

1) Overseas Delight Sdn Bhd (Perisian komputer dan latihan)

2) TagerMedia Sdn Bhd (Blogstarz.My)

3) Maca International Sdn Bhd (e-shopping)

4) Boss Management Resources (Latihan perniagaan dan motivasi)

5) Overseas Do Work Solution (Rakan perniagaan bisnes)

NAMA ISTERI: Zuhainis Lazim

ANAK-ANAK: 1) Izzul Amaris, 7 tahun

2) Rifky Affiqal, 16 hari

PENDIDIKAN:

1) Sekolah Rendah Kebangsaan Ahmad, Pekan

2) Sekolah Menengah Kebangsaan Ahmad, Pekan

3) Ijazah Sarjana Muda Pengurusan Perniagaan University of California Los Angeles (UCLA)

4) Ijazah Sarjana Pentadbiran Perniagaan UCLA

HOBI: Membaca dan melayari internet

ANDAI disamakan perkembangannya dengan seorang bayi yang baru berusia dua setengah bulan, pergerakannya hanya mampu mengiring atau paling pantas pun meniarap.

Namun, apabila situasi itu diterjemahkan kepada syarikat TagerMedia Sdn Bhd (TMSB) yang ‘lahir’ pada 31 Ogos lalu, keupayaannya melebihi jangkaan malah tidak melambangkan usia sebenar.

Mereka pantas berjalan dan semakin laju berlari dengan pengenalan laman web Blogstarz.My – platform pertama di dunia mengetengahkan Blog dan jaringan perniagaan internet yang dilayari atau mencecah 500,000 hit dari seluruh dunia setiap hari.

Pengenalannya hampir tiga bulan lalu berjaya menarik 1,000 blogger baru untuk turut serta malah syarikat berjaya mencatat keuntungan mencecah RM500,000 sebulan melalui pakej blogger dan pengiklanan.

Menariknya, kewujudan TMSB yang mempunyai modal berbayar RM5 juta membuktikan keupayaan dan kejayaan syarikat diasaskan anak muda berusia 35 tahun dari Pekan, Pahang, Karl Iskandar Awang.

TMSB adalah anak syarikat Overseas Delight Group of Companies yang berpengalaman lapan tahun dalam dunia teknologi maklumat (IT) sejak ditubuhkan pada 2001. Selain TMSB, syarikat diasaskan Iskandar itu mempunyai empat anak syarikat lain yang berkaitan internet.

Mungkin bunyinya ‘gempar’, ada lima anak syarikat selain dalam tempoh singkat berjaya memperoleh hasil hampir setengah juta ringgit sebulan namun bagi Karl Iskandar atau Iskandar, ia bukan mustahil.

“Pada awalnya saya memperkenalkan blog ini untuk membantu mereka yang tidak arif mengenai dunia IT tetapi lama kelamaan ia boleh ‘buat duit’.

“Selain boleh mencari kenalan di seluruh dunia, blog ini juga memberi pendapatan sampingan seperti menjual barangan atau perkhidmatan, komisen daripada pengenalan blogger, menjual lot pengiklanan atau menganjurkan pertandingan kuiz seperti SMS (khidmat pesanan ringkas).

“Paling menarik, dalam tempoh setengah jam, mereka yang tidak tahu IT sudah boleh memahami dan memiliki blog sendiri, semudah A,B,C,” katanya.

Pendapatan syarikat selain jumlah blogger dan hit yang semakin bertambah saban hari antara berita menarik didengar namun siapa tahu di sebalik semua itu, Iskandar bersama rakan kongsi, Ramdhan Ismail, 31, melalui tempoh memeritkan.

Meninggalkan anak isteri di rumah sebaliknya berkampung di pejabat berhari-hari, mengenal pasti kelemahan yang wujud selain menjadikan internet ‘teman istimewa’ setiap hari antara cabaran dan pengorbanan dilalui kedua-duanya.

“Kami bertemu secara tak sengaja di internet pada 2005, Ramdhan pakar dalam perisian IT dan saya pula dalam latihan dan pemasaran IT. Idea timbul apabila kesukaran untuk belajar IT.

“Jadi, saya terfikir mengapa tiada cara mudah untuk belajar dan pertemuan dengan Ramdhan membuka jalan apabila kami pada 2006 menjadi rakan kongsi seterusnya membuat kajian serta penyelidikan selama dua tahun sebelum lahirnya Blogstarz.My,” katanya.

Sebelum serius membangunkan laman web Blogstarz, Iskandar terbabit dalam pelbagai kerjaya antaranya perbankan, hartanah dan perhotelan.

Dalam melayari kehidupan, Iskandar pernah mengalami zaman kejatuhan seiring dengan kegawatan ekonomi pada 1997 ketika dia bekerja di sebuah syarikat hartanah. Beberapa rumah dan kereta tergadai kerana hendak membayar hutang.

Malah, kehidupan yang dulunya selesa, bertukar sekelip mata sehingga dia terpaksa menyewa di rumah rakan berikutan rumah yang ada terpaksa digadaikan.

“Saya pulang ke Malaysia pada 1994 selepas tamat belajar di Amerika Syarikat (AS) dan mendapat kerja di sebuah bank. Selepas enam bulan, saya berhenti dan bekerja pula dengan sebuah syarikat hartanah.

“Pada masa itu, memang boleh buat duit namun apabila kegawatan ekonomi berlaku pada 1997, saya turut terkena tempiasnya sehingga terpaksa menjual rumah dan kereta.

“Selepas itu, saya menyewa di rumah rakan selama setahun sebelum berhenti dan bekerja di sebuah hotel dalam bidang pengurusan,” katanya.

Selepas dua tahun mengutip pengalaman di hotel, Iskandar mengambil keputusan berhenti kerja untuk membuka syarikat pembinaan laman web. Melalui syarikat itu, beliau menganjurkan kelas IT dan pernah memiliki 100 pelajar pada satu masa.

Setahun kemudian, Overseas Delight Group of Companies yang terbabit dalam industri laman web dan perisian ditubuhkan sehingga Iskandar menemui Ramdhan pada 2005 sebelum bekerjasama mewujudkan Blogstarz.My Ogos lalu.

“Bukan mudah untuk saya perkenalkan dunia internet yang ketika itu boleh dikatakan baru di negara ini tetapi sudah lama dipraktikkan di negara luar khususnya AS. Daripada situ, wujud idea untuk memudahkan seseorang melayari internet dan gabungan idea dengan Ramdhan berjaya menghasilkan Blogstarz ini,” katanya.

Berdasarkan pengalaman Iskandar, perniagaan bukan perkara baru bagi dirinya malah semangat berniaga itu diwarisi daripada moyang yang juga peniaga berasal dari Kampar, Sumatera.

Ketika usia 12 tahun, Iskandar bekerja di pasar malam menjual murtabak dengan pendapatan RM10 semalam. Wang yang ada digunakan untuk perbelanjaan sekolah selain membantu adik-beradik lain.

Sebagai abang sulung daripada sembilan beradik (kakak sebelumnya), anak kepada pasangan Awang Daru dan Rahani Mohamad itu dididik untuk hidup berdikari.

“Hidup keluarga saya sederhana, ayah bekerja sebagai posmen manakala emak suri rumah. Jadi peluang bekerja dengan orang di pasar malam tidak saya lepaskan kerana selain dapat bantu adik-adik, duit ini juga untuk perbelanjaan sekolah saya,” katanya yang bekerja dari darjah enam hingga tingkatan lima.

Meskipun dilahirkan dalam keluarga besar, itu tidak menjadi halangan Iskandar untuk mencatat kecemerlangan dalam akademik sehingga berjaya melanjutkan pelajaran ke AS.

“Saya tidak pernah terfikir ada pada tahap ini sekarang namun bersyukur dengan rezeki yang dikurniakan-Nya,” katanya.

Advertorial: BlogStarz.My taraf antarabangsa

LAMAN web BlogStarz.My mendapat sambutan menggalakkan dari seluruh negara serta negara jiran seperti Singapura, Brunei dan Indonesia.

Ia berdasarkan jumlah hit ke laman blog dan portal yang diterima BlogStarz.my mencecah 500,000 hit setiap hari dengan carta kedudukan BlogStarz di seluruh dunia menaiki anak tangga dari kedudukan 25 juta ke 1 juta dalam tempoh kurang dua bulan, merujuk kepada penyedia carta web dunia, http://www.alexa.com.
Pengarah Urusan TagerMedia Sdn Bhd, Karl Iskandar Awang atau lebih dikenali sebagai Iskandar berkata, BlogStarz menyediakan platform pembangunan blog yang mudah, cepat dan mampu memberi pendapatan lumayan hingga ratusan ringgit sehari.

Ia melalui perniagaan sendiri yang diiklankan di laman blog penulis atau komisen pengenalan blogger, selain menjual lot pengiklanan dan servis khidmat pesanan ringkas (SMS) mahupun menganjurkan pertandingan SMS seperti kuiz dan “Info On Demand.”

Yang menarik perhatian ialah komisen ClickShare yang memberi pulangan sehingga 80 peratus kepada blogger mengikut status keahlian. Komisen ClickShare ialah perkongsian daripada keuntungan pengiklanan yang diperoleh oleh BlogStarz secara keseluruhan melalui syarikat pengiklanan gergasi di internet.

Sementara itu, menurut Pengarah Eksekutif TagerMedia Sdn Bhd, Ramdhan Ismail, memandangkan sambutan memberangsangkan, BlogStarz melancarkan “Ads by BlogStarz”, di mana ia membuka ruang kepada syarikat di Malaysia atau usahawan untuk meletakkan iklan di portal blogstarz dan di blog ahli blogstarz.

Dengan statistik memberangsangkan setiap hari hingga mencecah ribuan pengunjung, pengurusan BlogStarz yakin pihak pengiklan akan mendapat pulangan memuaskan, sama ada daripada teknik penjenamaan produk mahupun peningkatan jualan.

Kos permulaan hanya serendah RM100 bagi setiap 10,000 “impression” dan pelbagai jenis iklan yang interaktif juga disediakan dengan kos berpatutan.

Iskandar turut menyatakan, pengurusan Blogstarz berterima kasih kepada semua Master Center, penyokong BlogStarz dan Blogger kerana kerjasama mereka membawa Blogstarz ke tahap sekarang, walaupun ia belum dilancarkan secara rasmi.

Pelancaran Blogstarz dijangka dilakukan pada 1 Januari 2009 dan pada masa sama syarikat turut melancarkan Blogstarz Market Place untuk blogger menjual barangan atau perkhidmatan.

“Saya bersyukur dengan sambutan diterima dan bertekad memastikan BlogStarz akan berjaya sebagai platform berguna untuk semua,” katanya.

Bercerita mengenai kelebihan BlogStarz.my dalam membantu blogger, Iskandar berkata, ia bukan hanya dalam penyediaan platfom perniagaan kepada mereka, malah membantu dalam penyenaraian nama dan perniagaan mereka sebagai Blogger BlogStarz di enjin carian utama seperti Google dengan hanya mengambil masa kurang tiga hari.

Ini adalah kombinasi pengalaman pemasaran internet Iskandar bersama Ramdhan yang arif mengenai selok belok enjin carian atau lebih dikenali sebagai “Search Engine Optimizer (SEO)” sejak lebih lapan tahun yang banyak membantu mereka dalam perancangan BlogStarz.

“Jika anda menyertai kami, nama anda mahupun perniagaan pasti tersenarai di enjin carian dengan pantas. Ini bermakna maklumat perniagaan anda boleh dicapai semua orang tanpa had sempadan setiap masa dan ia akan membantu perniagaan anda berkembang dengan lebih pesat” kata Iskandar.

Untuk menjadi Blogger melalui BlogStarz, pelanggan boleh memilih pakej bersesuaian, daripada RM99 sebagai Blogger biasa; RM297 sebagai Associate; RM693 sebagai Manager dan RM1,485 sebagai Presiden.

Pakej itu berbeza daripada segi jumlah kredit SMS yang diperoleh, jumlah iklan teks yang boleh dibuat, jumlah kata kunci SMS (SMS Keyword) bagi menjalankan perniagaan SMS dan peratusan keuntungan Clickshare yang diperoleh.

Peluang perniagaan sebagai Master Center bermodalkan RM3,399; State Centre (RM25,000) dan Regional Centre (RM50,000) juga dibuka kepada sesiapa yang berminat, di mana potensi keuntungan sangat lumayan dan latihan lengkap kepada semua Blogger dan Center juga disediakan.

“Yang saya nampak, masyarakat kita bukan tidak pandai atau berkebolehan dalam perniagaan, tetapi kurang pengetahuan dan pendedahan mengenai teknik pemasaran bagi mempromosi produk dan perkhidmatan ke pasaran lebih meluas.

“Justeru, saya mengambil peluang ini untuk mengajak orang ramai tampil dan sertai pakej ditawarkan untuk mengiklankan barangan, berkongsi pendapat serta bertukar informasi mengenai perniagaan mereka, seterusnya membina pasaran, ” katanya.

Iskandar berkata, selain dapat berhubung di alam siber, orang ramai boleh menggunakan Blogstarz sebagai kemudahan untuk berhubung dan belajar antara satu sama lain.

Katanya, dengan teknologi BlogStarz yang canggih itu, rugi jika kepakaran disediakan tidak dimanfaatkan sebaik mungkin, khususnya Bumiputera.

Merujuk kepada bantuan teknikal dan latihan disediakan BlogStarz, Ramdhan menyatakan, di portal utama BlogStarz menyediakan ruangan forum perbincangan di mana banyak topik dibincang dan diberi tunjuk ajar bagaimana menghasilkan blog menarik, cara memasukkan kandungan blog dan cara servis BlogStarz, terutama sistem SMS dan ruangan iklan teks.

Katanya, orang ramai tidak perlu bimbang mengenai langkah mudah yang patut diikuti sepanjang pendaftaran kerana caranya sungguh mudah.

“Langkah pertama ialah anda mesti mendaftar dengan melayari laman web kami iaitu http://www.blogstarz.my sebagai Blogger. Seterusnya anda boleh memilih untuk menyertai pakej ditawarkan dan membuat pembayaran di akaun Maybank 564548120343.

“Langkah kedua, anda mesti menghantar salinan slip pembayaran melalui faks ke 03-92849977 atau e-mel kepada admin@blogstarz.my.

“Langkah ketiga, anda akan menerima SMS pengaktifan blog dalam masa selewat-lewatnya 24 jam pada hari bekerja dan anda boleh menggunakan blog anda serta-merta,” katanya.

Untuk mendaftar sebagai Blogger melalui SMS, orang ramai hanya perlu taipkan STARZSTREGUSERNAMEE-MAIL dan SMS ke 32300.

Untuk menghadiri taklimat Blogstarz, sila daftar melalui SMS, taipkan STARZSTDAFTARNAMA LOKASI dan SMS ke 32300.

Mereka yang berminat juga boleh berhubung dengan Nazif Mansor di talian 012-9072143 atau datang terus ke pejabat TagerMedia Sdn Bhd di No: 20-1 Jalan 1/76D, Desa Pandan, 55100 Kuala Lumpur.

Mereka juga boleh menghubungi talian 03-92859977 dan faks ke 03-92849977. Pelanggan juga boleh hubungi Hotline 1-300-88-9977.

Make a Comment

Leave a Reply

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

One Response to “Tiga bulan untung setengah juta”

RSS Feed for Canggih Laksana Comments RSS Feed

menariknya…wau wee..


Where's The Comment Form?

Liked it here?
Why not try sites on the blogroll...

%d bloggers like this: