Biro Pengantaraan Kewangan (BPK)

Posted on 14 January 2009. Filed under: Banking, Finance, FOREX | Tags: , , , , , , , , , , , |

Laman Utama > Mengenai kami > Pengenalan


:: Pengenalan

Biro Pengantaraan Kewangan (BPK) adalah sebuah badan bebas yang ditubuhkan bagi membantu menyelesaikan pertikaian di antara anda dengan penyedia perkhidmatan kewangan anda di kalangan ahli-ahli BPK.

BPK menyediakan satu saluran yang percuma, cepat, mudah dan cekap untuk anda mengemukakan pertikaian sebagai alternatif kepada penyelesaian melalui mahkamah. Pertikaian tersebut mungkin berkaitan dengan Perbankan/Kewangan ataupun Insurans dan Takaful

Laman Utama > Perkhidmatan Kami

:: Bagaimana boleh kami bantu?

SKOP

Semua aduan, pertikaian dan tuntutan selain daripada yang tedapat dalam senarai pengecualian. Kes-kes yang yang diterima meliputi, antara lain, pertikaian yang berikut :

  • Pinjaman Peribadi atau Pembiayaan Peribadi-i
  • Pinjaman Perumahan atau Pembiayaan Perumahan-i
  • Mesin Teler Automatik (ATM)
  • Mesin Simpanan Tunai
  • Kad Kredit/Caj atau Kad Kredit –i/Caj-i
  • Sewa Beli atau Sewa Beli-i
  • Akaun Simpanan atau Akaun Simpanan-i
  • Akaun Semasa atau Akaun Semasa-i
  • Deposit Tetap atau Akaun Pelaburan Am-i/
    Khas-i/Spesifik-i
  • Kiriman Wang
  • Perbankan Elektronik
  • Perbankan Internet

Bagi pertikaian yang melibatkan insurans dan takaful, BPK boleh membantu menyelesaikan pertikaian di antara pemegang polisi, pemegang sijil atau pihak yang membuat tuntutan dengan syarikat insurans atau pengendali takaful mereka mahupun pihak ketiga.

BIDANG KUASA

Bagi aduan, pertikaian atau tuntutan yang melibatkan kerugian kewangan, amaun yang dituntut tidak boleh melebihi :

Berkaitan dengan perbankan/kewangan :

RM100,000 (kecuali bagi kes penipuan yang melibatkan instrumen pembayaran, kad kredit, kad caj, kad ATM dan cek yang melibatkan amaun tidak melebihi RM25,000)

Berkaitan dengan insurans/takaful :

RM200,000 (Insurans/takaful motor dan kebakaran) RM100,000 (lain-lain) RM5,000 (kerosakan harta pihak ketiga)

PENGECUALIAN

BPK tidak akan mempertimbangkan aduan, pertikaian atau tuntutan mengenai penentuan harga umum, dasar produk/perkhidmatan ahli, keputusan kredit (kelulusan, penolakan dan penjadualan semula pinjaman), kes-kes penipuan (selain daripada kes-kes penipuan yang melibatkan instrumen pembayaran, kad kredit, kad caj, kad ATM dan cek bagi amaun tidak melebihi RM25,000), kes-kes yang melebihi had masa yang dibenarkan oleh undang-undang atau enam tahun dan kes-kes yang telah dibawa atau dirujuk ke mahkamah dan/atau penimbangtaraan.

IMPAK

Keputusan BPK wajib dipatuhi oleh penyedia perkhidmatan kewangan tetapi pengadu tidak wajib mematuhinya

Laman Utama > Aduan

:: Bagaimana membuat aduan?

Bagaimana Membuat Aduan Terhadap Penyedia Perkhidmatan Kewangan :

Laman Utama > Soalan Lazim

Senarai soalan lazim :

  1. Apakah peranan BPK?
  2. Adakah BPK mengenakan bayaran bagi perkhidmatannya?
  3. Bolehkah saya merujuk aduan saya terus kepada BPK tanpa terlebih dahulu merujuk kepada penyedia perkhidmatan kewangan terbabit?
  4. Sekiranya saya masih tidak berpuas hati dengan keputusan BPK terhadap aduan saya, apakah tindakan seterusnya yang boleh saya ambil?
  5. Bagaimanakah BPK boleh dihubungi untuk maklumat lanjut?

Laman Utama > Pautan

:: Pautan-pautan Utama yang Berkaitan

(Kami sering menyemak semua pautan ke laman web luar, namun kami tidak dapat memberi jaminan terhadap laman-laman web tersebut serta tidak bertanggungjawab terhadap kandungannya)

Maklumat Ahli

Ahli-ahli BPK adalah seperti yang di bawah. Anda boleh mendapatkan maklumat mengenai ahli-ahli BPK dengan mengklik pautan di bawah :

Penafian
Hakcipta © Biro Pengantaraan Kewangan.
Semua Hakcipta Terpelihara.

Make a Comment

Leave a Reply

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

2 Responses to “Biro Pengantaraan Kewangan (BPK)”

RSS Feed for Canggih Laksana Comments RSS Feed

[…] Original post by canggihlaksana […]

[…] Business News wrote an interesting post today onHere’s a quick excerpt Laman Utama > Mengenai kami > Pengenalan […]


Where's The Comment Form?

Liked it here?
Why not try sites on the blogroll...

%d bloggers like this: