Bugatti RM33 juta

Posted on 15 January 2009. Filed under: Uncategorized | Tags: , |

Bugatti RM33 juta

Bugatti Type 57S Atalante 1937

Bugatti Type 57S Atalante 1937

LONDON: Saudara-mara Dr Harold Carr tergamam apabila mereka membuka garaj yang diwariskan olehnya apabila melihat kereta termahal dunia di dalam ruang tempat letak kereta itu.

Di dalam gudang yang diubah menjadi garaj itu ditemui sebuah kereta Bugatti Type 57S Atalante 1937, satu daripada 17 yang dihasilkan di seluruh dunia.
Mereka lebih tergamam apabila dimaklumkan kereta itu mungkin boleh dilelong hingga RM33 juta.

Carr meninggal dunia tahun lalu pada usia 89. Beliau tidak pernah berkahwin atau memiliki anak. Atas sebab itu beliau meninggalkan garaj itu kepada anak saudara dan anak sepupunya.

Selain kereta Bugatti itu, kereta Aston Martin klasik dan Jaguar E Type ditempatkan di garaj itu. Kereta klasik itu kini menjadi tumpuan utama Pameran dan Jualan Kereta Retromobile Bonhams di Paris.

Kereta Bugatti itu terbiar di dalam garaj itu sejak 47 tahun lalu dan cukai jalan berbayar terakhir adalah pada Disember 1960.

Jika Bugatti itu terjual dengan harga RM16.5 juta Februari ini, jumlah itu adalah 117 kali ganda daripada nilai RM4,922 yang dibayar Carr kepada Jack Barclays pada 1955 dan menjadikan saudara-maranya jutawan segera.

Bugatti Type 57S milik Carr yang memiliki nombor cassis 57502 siap dibuat di kilang Bugatti pada 5 Mei 1937. Kereta ini pada mulanya dibeli oleh juara Perlumbaan 24 jam Le Mans, Earl Howe yang kemudian menjadi koleksi hartawan Northumberland, Lord Ridley pada 1954 dan akhirnya dibeli Carr pada 1955.

Empat daripada kereta ini dipercayai ada di Muzium Automobil Kebangsaan di Mulhouse, Perancis.

Anak saudaranya yang juga jurutera dari Gosforth, Newcastle, berkata mereka terkejut melihat kereta klasik itu.

“Kami tak tahu jenis kereta yang diletakkan di dalam garaj itu. Kami cuma tahu ada kereta, tapi tak tahu jenis apa. Ramai penduduk sebelum ini mendakwa beliau memiliki Bugatti, tapi tiada siapa yang pasti dan pastinya tiada siapa tahu nilainya.

“Berita ini menakjubkan. Nilainya begitu tinggi, tapi ia tidak digunakan selama 50 tahun dan terbiar di dalam garaj itu. Hakikatnya, kereta Bugatti ini adalah kereta super asli kerana ia mampu dipandu selaju 208 kilometer sejam ketika kereta lain hanya boleh bergerak selaju 80 kilometer sejam.

“Kami pastinya teruja dan memastikan wang hasil jualan kereta dibahagi sama rata di antara ahli keluarga. Ada yang menggelar Carr doktor gila, tapi kami tahu beliau pemurah. Meskipun suka menyendiri, beliau sangat baik kepada kami.”

Carr memilih untuk tidak lagi bercampur dengan masyarakat pada hujung usianya dan hanya membenarkan anak saudaranya melawatnya.

Ketika garaj itu dibersihkan, puluhan nota pembeli berminat ditemui di dalamnya.

“Pasti ramai yang tahu kerana beliau menerima surat yang dikirim dari seluruh negara,” kata anak saudaranya.

Jika lelongan itu mencapai sasaran tertinggi, ia bakal menjadi kereta termahal pernah dijual.

Pengarah Jabatan Antarabangsa Boonhams, James Knight, berkata beliau tahu kewujudan kereta itu tapi memilih untuk tidak mendedahkan di mana ia disimpan.

“Ia adalah penemuan paling hebat dan kami di Bonhams bertuah kerana terpilih untuk menguruskan lelongan kereta ini,” katanya.

Knight berkata, kereta Carr yang memiliki enjin asal hanya mempunyai bacaan odometer 26,284 batu.

“Meskipun perlu dibaik pulih, yang pasti ia dibaik pulih ke bentuk asal. Pemilik baru yang akan menyertai senarai pemilik bertuah pasti teruja untuk memulihkannya.

“Hakikatnya mereka bakal mewarisi kereta dari era emas 1930-an,” katanya.

© Hak cipta terpelihara 2008 The New Straits Times Press (M) Berhad

Make a Comment

Leave a Reply

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Liked it here?
Why not try sites on the blogroll...

%d bloggers like this: