KENYATAAN RASMI KOPERASI TAQWA MALAYSIA BERHAD BERHUBUNG LAPORAN AKHBAR

Posted on 15 January 2009. Filed under: HYIP | Tags: , , , , , , , , |


KENYATAAN RASMI KOPERASI TAQWA MALAYSIA BERHAD BERHUBUNG LAPORAN AKHBAR
Pada 17.12.08 dan 18.12.08 telah disiarkan beberapa laporan berita akhbar tempatan (online dan cetakan biasa) yang mendakwa bahawa segala aktiviti Koperasi Taqwa Malaysia Berhad telah digantung dan akaun Koperasi juga telah dibekukan oleh pihak berkuasa susulan daripada siasatan oleh Suruhanjaya Koperasi ke atas Koperasi Taqwa Malaysia Berhad pada 16.12.2008. Selain itu, melalui laporan akhbar yang disiarkan pihak media terbabit telah menggambarkan atau mendakwa bahawa siasatan tersebut dijalankan akibat daripada aktiviti berunsurkan skim cepat kaya telah dijalankan oleh Koperasi Taqwa Malaysia Berhad.Ambil perhatian bahawa Koperasi Taqwa Malaysia Berhad dengan ini MEMBERI NOTIS bahawa sehingga ke tarikh penyataan ini dibuat, Koperasi Taqwa Malaysia Berhad TIDAK PERNAH menerima sebarang notis dari mana-mana pihak berkuasa dan/atau TIDAK ADA sebarang arahan rasmi yang dikeluarkan berkenaan dengan pembekuan akaun Koperasi atau arahan untuk penggantungan segala aktiviti Koperasi atau tindakan perlucutan jawatan Ahli Lembaga Pengarah Koperasi yang dilantik.

SELANJUTNYA HARAP MAKLUM bahawa tanpa prasangka kepada siasatan yang sedang dijalankan, pihak Koperasi menyangkal setiap dakwaan mengenai penglibatan Koperasi secara langsung dalam aktiviti haram atau aktiviti yang bercanggah dengan mana-mana undang-undang di Malaysia. Sebaliknya kami berpendapat bahawa siasatan tersebut dijalankan kerana ianya dapat membantu pihak berkuasa yang berkaitan dalam meneruskan pendakwaannya terhadap pihak ketiga yang merupakan pihak yang sebenarnya dalam pembabitan aktiviti haram tersebut yang kini masih lagi berjalan di Mahkamah. Malah pihak koperasi juga sentiasa menawarkan kerjasama kami kepada pihak berkuasa terbabit dalam mengumpulkan segala bukti pendakwaannya.

Koperasi juga telah membuat satu laporan polis di Balai Polis Sentul, Kuala Lumpur pada hari ini (18.12.08) diatas dakwaan palsu tersebut dan seterusnya meminta pihak media yang bertanggungjawab memohon maaf secara terbuka kepada kami.

AMBIL PERHATIAN bahawa pihak koperasi memandang serius segala dakwaan yang telah disiarkan kerana ianya telah memberi impak yang besar dan negatif terhadap koperasi dan juga pengurusannya, dan juga menyebabkan terjejasnya aktiviti perniagaan koperasi pada masa ini. Malah ianya juga telah menimbulkan rasa panik dan kekhuatiran serta salah tanggapan kepada anggota-anggota kami.

Maka pihak pengurusan Koperasi Tawa Malaysia Berhad dengan ini memberi NOTIS supaya menghentikan segala dakwaan palsu dan tidak benar tersebut, dan tindakan undang-undang juga akan diambil kepada mana-mana pihak yang ingkar dan juga pihak yang telah menyebarkan kenyataan palsu dan tidak benar tersebut.

Diperbuat pada 18hb Disember, 2008

Sekian, terima kasih.

Yang Benar,

Azmi bin Ramli

Bendahari Kehormat

Koperasi Taqwa Malaysia Berhad.

** Kenyataan Akhbar ini telah difakskan kepada media elektronik dan media cetak utama pada 18/12/2008.

Kemaskini pada 23-12-2008

Make a Comment

Leave a Reply

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Liked it here?
Why not try sites on the blogroll...

%d bloggers like this: