Archive for May, 2009

tempat tahanan mangsa along (dirantai 2 bulan)

Posted on 28 May 2009. Filed under: Finance, Pelaburan, Pelan Perniagaan, Perbankkan | Tags: , |

Dirantai 2 bulan

Oleh Shanty Nur Shaffizan Shafee

SUBANG JAYA: Mereka hanya diberi sebuku roti untuk sajian selama seminggu manakala air diteguk daripada air paip tandas ketika dikurung dalam lokap buatan sendiri antara 17 hari hingga dua bulan akibat gagal melunaskan hutang along.

Dengan bilik sebesar tiga meter persegi, kaki, tangan dan leher ketiga-tiga mangsa along itu turut dirantai bagaikan binatang.

Begitulah nasib tiga lelaki terbabit yang terpaksa menjalani hukuman dalam lokap buatan sendiri yang dibina di tingkat bawah sebuah rumah kedai empat tingkat di Jalan PBS 14/2, Perindustrian Bukit Serdang di sini, selepas gagal melunaskan pinjaman berkenaan.

Malah, ketika ditahan dalam lokap umpama Penjara Guantanamo di Cuba itu, semua ‘banduan’ terbabit diseksa dengan kaki, tangan dan leher dirantai pada sebatang tiang dalam dua lokap berkeluasan tiga meter persegi setiap satu.

Bagaimanapun, seksaan yang dijalani tiga lelaki terbabit berakhir semalam apabila diselamatkan sepasukan polis.

Wartawan dan jurugambar yang diberi kebenaran memasuki tempat tahanan mangsa along itu terhidu bau busuk teramat sangat berikutan lokap itu dibina tanpa saluran udara dan keadaan lembap serta berlumut.

Sebaik ternampak media merakam gambar mereka, dua lelaki dalam satu lokap menutup muka masing-masing.

Seorang lagi yang dikenali sebagai Lim kelihatan sebak apabila mengetahui dia berjaya diselamatkan pihak berkuasa.

Berdasarkan panjang rantai itu, mereka hanya boleh bergerak hingga ke tandas saja.

Ketika ditemui, ketiga-tiga mereka dalam keadaan lemah dengan kesan lebam seluruh badan akibat dipukul dan dirotan apabila membuat bising atau cuba menarik perhatian orang ramai di luar bangunan rumah kedai itu.

Lim, 49, yang tidak keberatan untuk ditemubual wartawan, menyatakan dia ditahan di situ sejak dua bulan lalu, manakala dua lagi peminjam masing-masing lebih sebulan dan 17 hari.

Katanya, dia meminjam RM1,500 daripada along sebulan sebelum ditahan dan setakat ini melangsaikan RM500.

“Namun, awal April lalu, kumpulan along datang ke rumah saya untuk menuntut baki hutang, tetapi saya tiada wang dan meminta mereka berjumpa waktu petang di sebuah pasar raya di Semenyih, Selangor.

“Dalam pertemuan itu, saya memaklumkan tidak mampu membayar hutang menyebabkan konco along menculik dan menahan saya dalam lokap ini.

“Sepanjang ditahan, saya dirantai pada kaki, tangan dan leher serta dipukul setiap hari. Tindakan itu dibuat bagi menyeksa saya dan dengan cara itu, saya akan melunaskan hutang mereka,” katanya yang menangis akibat tidak tahan diseksa.

Dia berkata, setiap seorang hanya diberi sebuku roti untuk sajian selama seminggu manakala air minuman diambil daripada air paip tandas.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Gombak, Asisten Komisioner Abdul Rahim Abdullah, berkata bertindak atas laporan kehilangan seorang daripada mangsa berkenaan, polis berjaya menahan dua ahli sindiket along di hadapan bank di Desa Jaya Kepong, kira-kira jam 11 pagi semalam.

Katanya, kedua-dua suspek berusia 29 dan 33 tahun itu kemudian menunjukkan tempat ketiga-tiga lelaki berkenaan ditahan.

“Dalam serbuan itu, polis menemui bilik kecil di bahagian belakang premis berkenaan yang diubah suai menjadi dua lokap berasingan.

“Bagaimanapun, polis gagal membuka pintu besi terbabit dan terpaksa meminta bantuan bomba kerana tidak mempunyai peralatan untuk memotong besi,” katanya ketika ditemui di tempat kejadian, semalam.

Selepas pintu besi itu dibuka, polis menemui ketiga-tiga mangsa dalam keadaan lemah dengan masing-masing dirantai dalam dua lokap berkenaan.

Menurut Abdul Rahim, siasatan awal mendapati mangsa pernah dilaporkan hilang oleh keluarga masing-masing di Kajang, Gombak dan Segamat, Johor.

“Kami percaya suspek mengambil kesempatan menggunakan kekerasan melampau walaupun hutang mangsa difahamkan antara RM1,500 dan RM4,000.

“Semua mangsa dibawa ke Hospital Serdang untuk menerima rawatan. Kes disiasat mengikut Seksyen 342 Kanun Keseksaan kerana membuat kurungan secara salah dan Seksyen 384 Kanun Keseksaan kerana pemerasan,” katanya.

Ketua Polis Daerah Subang Jaya, Asisten Komisioner Zainal Rashid Abu Bakar berada di tempat kejadian.

Anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Seri Kembangan mengambil masa kira-kira dua jam untuk membuka pintu besi lokap terbabit dengan menggunakan mesin pemotong besi.

Mangsa pertama diselamatkan kira-kira jam 6.30 petang selepas pihak bomba memotong rantai besi di tangan, kaki dan lehernya manakala dua lagi mangsa keluar kira-kira 10 minit kemudian sambil diiringi pasukan perubatan.

sumber berita dari : http://www.hmetro.com.my/

Advertisements
Read Full Post | Make a Comment ( None so far )

Pengarah syarikat Mirza didakwa jalankan perniagaan tanpa lesen

Posted on 28 May 2009. Filed under: AROUND SABAH, Banking, Finance, FOREX, HYIP, Kerjaya, MLM, Pelaburan, Pelan Perniagaan, peluang perniagaan, Pendapatan Aktif, Pendapatan Pasif, Perbankkan, Plan Perniagaan, POLITIK | Tags: , , , , , , , |

Pengarah syarikat Mirza didakwa jalankan perniagaan tanpa lesen

28th May, 2009

KOTA KINABALU: Dua pengarah sebuah syarikat perniagaan jualan langsung dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini kelmarin terhadap pertuduhan menjalankan perniagaan tan-pa lesen yang sah.

Dua pengarah Syarikat Gemilang Mirza Sdn Bhd itu, Ag Ajis Pg Mat Salleh, 30, dan Ag Binting Pg Mat Salleh @ Pg Jual, 46, yang diwakili peguam Ram Singh mengaku tidak bersalah terhadap pertuduhan itu.

Syarikat itu didakwa menerima deposit daripada orang awam antara 15 April tahun lepas dan 13 Jan tahun ini di Lot 14, Blok C, Papar Century Plaza, Papar, kira-kira 50km dari sini, tanpa lesen yang sah.

Pertuduhan itu dibuat mengikut Seksyen 6 (4) Akta Bank dan Institusi-Institusi Kewangan 1989 (Akta 372) yang memperuntukkan hukuman denda tidak melebihi RM10 juta atau 10 tahun penjara atau kedua-duanya.

Hakim Ummu Kalthom Abdul Samad menetapkan 19 hingga 21 Jan tahun depan untuk perbicaraan kes itu.

Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya Hazri Haris berkata pihak pendakwaan akan memanggil 25 saksi dalam kes itu.

Sementara itu, dua pengarah syarikat itu turut dihadapkan ke satu lagi Mahkamah Sesyen di sini bagi pertuduhan menerima deposit daripada orang awam tanpa lesen yang sah di tempat dan pada masa yang sama.

Kedua-dua mereka mengaku tidak bersalah terhadap pertuduhan itu.

Hakim Ismail Brahim membenarkan kedua-dua kes itu dibicarakan bersama.

Beliau juga membenarkan kedua-dua tertuduh masing-masing diikat jamin RM100, 000 dengan dua penjamin dan mengarahkan pasport antarabangsa masing-masing diserahkan kepada mahkamah.

Local


Direct selling company, two directors charged

28th May, 2009 KOTA KINABALU: A direct selling company and two of its directors were yesterday charged in the Sessions Court with receiving deposits from public worth more than RM23 million without having a licence, an offence under the Banking and Financial Institutions 1989.

Gemilang Mirza Sdn Bhd and the directors Ag Ajis Pg Mat Salleh, 30 and his elder brother, Ag Binting Pg Mat Salleh, 46, from Kampung Benoni, Papar denied the wrongdoing.

They will be tried on Jan 19-21 next year. They face a fine of up to RM10 million or a jail term of up to 10 years or both, if convicted.

The offence framed under Section 25 (1) of the Banking and Financial Institutions Act 1989 allegedly took place at Lot 14, Block C, Papar Century Plaza, Papar between April 15, 2008 and Jan 13, this year.

In the charge, the company, Ag Ajis and Ag Binting were accused with receiving deposits from members of the public without having a valid licence granted under Section 4 (4) of the Banking and Financial Institution Act 1989.

Bank Negara prosecuting officer, Hazri Haris proposed a RM300,000 bail deposited under a single surety for each of the accused.

Ram Singh representing both men said the bail was excessive and had proposed to the court three land titles, which according to his clients are valued at RM650 million plus a concrete house in one of the lands.

“This can be used to secure both of their attendance should they failed to turn up for the hearing,” he said adding that as both of them are locals, they have no reason to abscond.

“Ag Ajis only has RM5,000 at the moment and Ag Binting is married with two children. He is the breadwinner of the family, all his brothers and sisters are depending on him,” he said adding that both men had given their cooperation to Bank Negara after their premise with products were raided on Jan 16.

Judge Ismail Brahim released Ag Ajis and Ag Binting on a RM100,000 bail with a land title of not less than RM100,000 or cash deposited under two local sureties.

Hazri had earlier on proposed before Sessions judge Ummu Kalthom Abdul Samad for a joint trial for both directors and the company. Ram and Hazri also confirmed that the deposit-taking allegedly came to the tune of more than RM23 million.

http://www.newsabahtimes.com.my/

Read Full Post | Make a Comment ( None so far )

Top 200 Universities

Posted on 26 May 2009. Filed under: Kareer, Kerja Kosong, Kerjaya, kursus |

QS.com Asian University Rankings 2009

Top 200 Universities

 

 

2009 rank School Name Country

Source: QS Quacquarelli Symonds (www.qs.com
Copyright © 2004-2009 QS Quacquarelli Symonds Ltd.
Click here for copyright and limitations on use.

1 University of HONG KONG Hong Kong
2 The CHINESE University of Hong Kong Hong Kong
3 University of TOKYO Japan
4 HONG KONG University of Science and Tech… Hong Kong
5 KYOTO University Japan
6 OSAKA University Japan
7 KAIST – Korea Advanced Institute of Scie… Korea, South
8 SEOUL National University Korea, South
9 TOKYO Institute of Technology Japan
10= National University of Singapore (NUS) Singapore
10= PEKING University China
12 NAGOYA University Japan
13 TOHOKU University Japan
14 Nanyang Technological University (NTU) Singapore
15= KYUSHU University Japan
15= TSINGHUA University China
17 Pohang University of Science and Technol… Korea, South
18 CITY University of Hong Kong Hong Kong
19 University of TSUKUBA Japan
20= HOKKAIDO University Japan
20= KEIO University Japan
22 National TAIWAN University Taiwan
23 KOBE University Japan
24 University of Science and Technology of … China
25 YONSEI University Korea, South
26 FUDAN University China
27 NANJING University China
28 HIROSHIMA University Japan
29 SHANGHAI JIAO TONG University China
30= Indian Institute of Technology Bombay (I… India
30= MAHIDOL University Thailand
32 ZHEJIANG University China
33 KOREA University Korea, South
34 Indian Institute of Technology Kanpur (I… India
35 CHULALONGKORN University Thailand
36 Indian Institute of Technology Delhi (II… India
37 WASEDA University Japan
38 The HONG KONG Polytechnic University Hong Kong
39 Universiti Malaya (UM) Malaysia
40 National TSING HUA University Taiwan
41 CHIBA University Japan
42 EWHA WOMANS University Korea, South
43 National CHENG KUNG University Taiwan
44 SUNGKYUNKWAN University Korea, South
45 NAGASAKI University Japan
46 HANYANG University Korea, South
47 National YANG MING University Taiwan
48 TOKYO Metropolitan University Japan
49 Indian Institute of Technology Madras (I… India
50 University of INDONESIA Indonesia
51 Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) Malaysia
52 SHOWA University Japan
53 KUMAMOTO University Japan
54 YOKOHAMA NATIONAL University Japan
55 YOKOHAMA CITY University Japan
56 OKAYAMA University Japan
57 KYUNG HEE University Korea, South
58 PUSAN National University Korea, South
59 GIFU University Japan
60 University of DELHI India
61 SOGANG University Korea, South
62 KANAZAWA University Japan
63= Indian Institute of Technology Roorkee (… India
63= OSAKA CITY University Japan
63= Universitas GADJAH MADA Indonesia
63= University of the PHILIPPINES Philippines
67 TOKYO University of Science (TUS) Japan
68 GUNMA University Japan
69 Universiti Sains Malaysia (USM) Malaysia
70 TIANJIN University China
71 National SUN YAT-SEN University Taiwan
72 National TAIWAN University of Science an… Taiwan
73 Hong Kong BAPTIST University Hong Kong
74 National CHIAO TUNG University Taiwan
75 XI’AN JIAOTONG University China
76 DE LA SALLE University Philippines
77 National CENTRAL University Taiwan
78 NIIGATA University Japan
79 OCHANOMIZU University Japan
80 BANDUNG Institute of Technology (ITB) Indonesia
81 CHIANG MAI University Thailand
82= KYUNGPOOK National University Korea, South
82= Universiti Teknologi Malaysia (UTM) Malaysia
84 Ateneo de MANILA University Philippines
85 THAMMASAT University Thailand
86 TOKAI University Japan
87 MIE University Japan
88 CHONNAM National University Korea, South
89 KAGOSHIMA University Japan
90 Universiti Putra Malaysia (UPM) Malaysia
91 CHANG GUNG University Taiwan
92 INHA University Korea, South
93 TOKYO University of Agriculture and Tech… Japan
94 TONGJI University China
95 SOUTHEAST University China
96 HITOTSUBASHI University Japan
97 CHONBUK National University Korea, South
98 AJOU University Korea, South
99 CHUNGNAM National University Korea, South
100 University of PUNE India
Read Full Post | Make a Comment ( None so far )

RAKAN NIAGA

Posted on 26 May 2009. Filed under: Agro Biz, Francais, Franchise Opportunities, Kareer, Kerjaya, Pendapatan Aktif, Pendapatan Pasif, Plan Perniagaan |

Pembiayaan kepada usahawan baru dan sedia ada untuk menjalankan perniagaan berdasarkan usahasama pengusaha dan TEKUN Nasional secara berpakej


Aktiviti 
Perniagaan berpakej seperti produk kecantikan, makanan sejuk beku, pusat tuisyen dan lain-lain jenis perniagaan yang akan ditentukan:

Syarat Kelayakan Asas
• Bumiputera dan berumur 18 – 65 tahun.
• Mempunyai lesen perniagaan/ permit / daftar perniagaan yang sah.
• Terlibat secara langsung dan sepenuh masa dalam perniagaan/projek
• Satu pembiayaan untuk satu isi rumah.
• Tidak mempunyai rekod perniagaan yang tidak baik
• Pembiayaan perniagaan sedia ada tidak melebihi RM20,000.00

Syarat Tambahan
Syarat-syarat tambahan bagi pembiayaan TEKUN Rakan Niaga akan ditetapkan berdasarkan kepada MOU/perjanjian dengan pengusaha terlibat bagi sesuatu pakej pembiayaan.

Jumlah Pembiayaan
Pembiayaan yang ditawarkan adalah di antara RM500.00 hingga RM50,000.00

Tempoh Pembiayaan dan Kaedah Bayaran Balik
Tempoh pembiayaan adalah di antara 6 bulan hingga 5 tahun. Bayaran balik pembiayaan akan dibuat sebulan sekali bergantung kepada persetujuan peminjam

Keterangan Lanjut
Pembiayaan ini hanya melibatkan program kerjasama di antara TEKUN Nasional dengan pembekal/syarikat yang dilantik sahaja. Pemohon boleh mendapatkan maklumat lanjut mengenai program pembiayaan ini dengan menghubungi Ibu Pejabat TEKUN Nasional

Senarai Rakan Niaga (klik disini)

sumber dari laman web rasmi TEKUN

Read Full Post | Make a Comment ( None so far )

Kampung kembar

Posted on 24 May 2009. Filed under: AROUND SABAH | Tags: |

Kampung kembar

DI SEBALIK lokasinya yang terpencil di Kerala, Kampung Kodinhi menjadi perhatian seluruh dunia kerana memiliki keunikan tersendiri.

DI SEBALIK lokasinya yang terpencil di Kerala, Kampung Kodinhi menjadi perhatian seluruh dunia kerana memiliki keunikan tersendiri.

Ketika pakar perubatan masih cuba mencari jawapan, penduduk kampung itu terus mengalami peningkatan populasi berganda kerana kadar kelahiran anak kembar di situ hampir enam kali lebih tinggi berbanding kadar seluruh dunia.

Di Kodinhi, lebih 220 pasangan kembar di lahirkan di kalangan 2,000 keluarga yang menetap di kampung itu.

Pakar perubatan melawat ke situ untuk menjalankan penyelidikan, tetapi setakat ini belum ada sebarang jawapan diperoleh.

Pada tahun lalu saja, 15 pasangan kembar dilahirkan daripada 300 kes kelahiran dan jumlah itu dijangka meningkat lebih tinggi tahun ini.

Sebanyak 60 pasangan kembar dilahirkan di Kodinhi dalam tempoh lima tahun lalu dan kadarnya didapati meningkat setiap tahun.

Doktor tempatan dan pengkaji kembar, Dr Krishnan Sribiju, menghabiskan masanya sejak dua tahun lalu bagi memahami apa sebenarnya berlaku di kampung terpencil itu.

Katanya, walaupun 220 pasangan kembar direkodkan, dia yakin jumlah sebenar jauh lebih tinggi daripada angka itu.

“Berdasarkan pengalaman perubatan saya, kira-kira 300 hingga 350 pasangan kembar dilahirkan di seluruh Kodinhi,” katanya.

Selain itu, kata Dr Krishnan, isu yang perlu lebih difahami ialah mengapa jumlah kelahiran bayi kembar di situ semakin meningkat dari setahun ke setahun.

Katanya, dia percaya jumlah pasangan kembar di Kodinhi meningkat dua kali ganda hanya dalam tempoh 10 tahun lalu.

Sementara itu, penduduk Kampung Kodinhi berkata, fenomena kembar itu mula berlaku sejak tiga generasi atau 60 hingga 70 tahun lalu.

Justeru, Dr Krishan teruja membincangkan kesan saintifik terhadap penduduk kampung berkenaan.

Tanpa peralatan mencukupi bagi menganalisis butiran biokimia, Dr Krishnan memang tidak mampu menjelaskan mengapa fenomena itu berlaku.

“Bagaimanapun, saya rasa ia ada kena mengena dengan amalan pemakanan mereka, bukan faktor genetik,” katanya.

Di sebalik kemungkinan itu, Dr Krishnan, 40, melihat ada potensi membantu pasangan yang tidak mendapat anak.

Dia juga menolak kemungkinan fenomena kembar di Kodinhi dipengaruhi pencemaran, kerana tahap kesihatan bayi terbabit adalah sempurna,

“Apa saja faktor yang menyebabkan kadar kelahiran kembar di Kodinhi boleh dimanfaatkan,” katanya.

Walaupun ada banyak faktor menyebabkan seseorang wanita melahirkan bayi kembar, kata Dr Krishnan, keadaan di Kodinhi unik kerana beberapa faktor.

“Antaranya, jumlah kelahiran kembar di sini adalah kira-kira 45 kes bagi setiap 1,000 kelahiran berbanding empat bagi 1,000 kelahiran di kalangan penduduk Asia Selatan.

“Kaedah rawatan IVF (In vitro fertilisation) juga bukan sesuatu yang lazim kerana kos tinggi berbanding di Barat,” katanya.

Dalam kes biasa, katanya, pasangan kembar selalunya dilahirkan wanita berusia tetapi di Kodinhi, ibu pasangan kembar berusia di antara 18 dan 20 tahun.

Faktor lain yang menarik perhatian Dr Krishnan adalah bentuk fizikal ibu bayi kembar.

“Secara purata pasangan kembar dilahirkan wanita setinggi 1.61 meter tetapi wanita di Kodinhi hanya 1.52 meter,” katanya.

Di kalangan penduduk setempat, mereka menggelar Kodinhi sebagai ‘bandar kembar’, selain menubuhkan Persatuan Kembar dan Saudara-mara (Taka).

Presidennya, Puallani Bhaskaran, berkata persatuan itu ditubuhkan untuk mendaftar dan memberi sokongan kepada pasangan kembar serta keluarga masing-masing.

Mempunyai sepasang anak kembar lelaki, Puallani, 50, berkata adalah wajar penduduk kampung yang kembar itu disatukan di bawah satu persatuan bagi memperjuangkan kepentingan mereka.

“Kehadiran anak kembar memberi kekangan kewangan kepada keluarga, selain aspek perubatan yang rumit,” katanya.

Justeru, katanya, Taka boleh mendidik dan memberi sokongan kepada penduduk Kodinhi menghadapi pelbagai cabaran semasa.

Di bawah Taka, 220 pasangan kembar – berusia di antara sebulan hingga 65 tahun – didaftarkan sebagai ahli, manakala 30 permohonan masih diproses.

Jika ibu bapa pasangan kembar diambil kira, keanggotaan Taka melebihi 600 orang.

Ia ditubuhkan secara rasmi pada Disember tahun lalu.

Bagi anak Puallani, Anu Bhaskaran, menjadi anak kembar bukan sesuatu yang aneh kepadanya.

“Apabila di sekolah rendah, ada 30 hingga 40 pelajar kembar di situ,” katanya.

Menurut Anu, 16, dia berasa istimewa dan unik kerana menjadi sebahagian daripada fenomena di Kodinhi.

“Paling menyeronokkan, anak kembar boleh mengelirukan rakan dan guru,” kata saudara Anu, Abhi.

Kadar kelahiran kembar seiras yang tinggi di Kodinhi – dan kebanyakannya berusia di bawah 20 tahun – juga membuka ruang lebih besar untuk berlaku kesilapan.

“Kami selalu mengenakan guru dengan bertukar identiti di depannya,” kata Shahala yang baru berusia lima tahun.

Di sekolah rendah, katanya, kadang-kadang dia bertukar kelas dengan pasangan kembarnya untuk menimbulkan kekeliruan.

Sehingga penjelasan saintifik ditemui, Dr Krishnan perlu terus menjalankan penyelidikan untuk memahami fenomena kembar di Kodinhi.

Pada masa sama, jumlah pasangan kembar di kampung itu akan terus bertambah dari semasa ke semasa. — Agensi

sumber dari my metro

Read Full Post | Make a Comment ( None so far )

Liked it here?
Why not try sites on the blogroll...