Archive for August, 2009

One-stop Job centre for Government and private sectors in Sabah

Posted on 28 August 2009. Filed under: AROUND SABAH, Kareer, Kerja Kosong, Kerjaya, kursus, peluang perniagaan |

Job Portal's Banner

Sabah Job Centre (SJC), One-stop Job centre for Government and private sectors in SabahSJC serves as the integrated hub for Government, Private sectors and citizens, for employment opportunities, jobseeker’s resumes, career information and advice, training courses, continous professional development (CPD) programs. SJCN is the offical website forSabah State Government to broadcast articles, statistics and discussions regarding employment trends in Sabah

We connect jobseekers and employers together with using one of the various channels below:

A. Job Centre. Be physically present at the Job Centre. Here is the location map

B. Call in using 1-300-88-2010 to the Call Centre for assistance

C. Submit e-mail on enquiries

D. SMS (if it is decided to be included in the initial implementation)

E. Web chat Click here to connect you to have live web chat with our call center

F. Fax

Advertisements
Read Full Post | Make a Comment ( None so far )

Putera Arab tempah pesawat RM1.68b

Posted on 24 August 2009. Filed under: canggihlaksana, Finance, Pendapatan Aktif |

Cetak
Ditulis oleh Admin
Sabtu, 06 Jun 2009 20:11

LONDON – Sebuah pesawat gergasi Airbus A380 yang berharga £300 juta (RM1.68 bilion) direka khas untuk seorang kerabat diraja dari Asia Barat, lapor sebuah akhbar semalam.

Namun, apabila pengubahsuaian pesawat itu siap tiga tahun lagi, ia bakal menjadi jet peribadi terbesar di dunia.

Pemilik sebenar pesawat tersebut masih belum diketahui tetapi Putera Al-Waleed bin Talal dari Arab Saudi disebut-sebut membuat tempahan itu.

Reka bentuk dalaman pesawat itu direka oleh firma Design Q yang beribu pejabat di Worcestershire, Britain.

Antara kemudahan yang terdapat dalam pesawat itu ialah tempat menyimpan sebuah kereta, dewan konsert, bilik mesyuarat dan sebuah bilik solat yang mempunyai tikar sembahyang menghadap ke arah Kaabah.

Ia turut dilengkapi dengan sebuah zon rehat, sebuah bilik mandi yang mempunyai seni bina Turki dan ruang yang membolehkan penumpang melihat pemandangan di bawah lantai pesawat seperti hutan, gunung serta laut.

Pesawat itu pada kebiasaannya mampu membawa sebanyak 600 penumpang. – Agensi

Read Full Post | Make a Comment ( None so far )

Jambatan 240 tahun ditawar RM9.1j

Posted on 24 August 2009. Filed under: canggihlaksana |

Cetak
Ditulis oleh Admin
Isnin, 08 Jun 2009 12:05

OXFORDSHIRE – Jambatan Swinford Toll yang merentasi Sungai Thames, Britain dan berusia 240 tahun di sini kini menunggu pemilik baru dengan harga jualan £1.63 juta (RM9.1 juta), lapor sebuah akhbar semalam.

Bakal pemilik baru jambatan itu akan memperoleh pendapatan sebanyak £100,000 (RM558,919) setahun menerusi kutipan tol.

Berdasarkan satu akta Parlimen yang diluluskan ketika ia dibina pada 1767, semua pendapatan diperoleh menerusi jambatan itu akan dikecualikan cukai pendapatan.

Jambatan itu dibina pada abad ke-18 oleh Earl of Abingdon IV dengan kos kira-kira £5,000 (RM27,946) bagi membawa haiwan ternakan melintasi Sungai Thames.

Keluarga Earl of Abingdon menjadi pemilik jambatan itu sehingga 1985 apabila seorang bekas juruterbang pengebom tentera Britain, Graham Smith membelinya pada harga £275,000 (RM1.5 juta).

Namun, Smith meninggal dunia pada 2001 ketika berumur 83 tahun menyebabkan dua anak lelaki dan seorang anak perempuannya memutuskan untuk menjual jambatan itu.

Pengurus jambatan itu, Paul Batty tinggal di sebuah rumah tanpa membayar sewa dan mempunyai lima kakitangan sambilan untuk mengutip tol dari pukul 7 pagi hingga 9 malam pada setiap hari. – Agensi

Read Full Post | Make a Comment ( None so far )

Moyang 90 tahun dapat diploma

Posted on 24 August 2009. Filed under: Kareer, Uncategorized |

Cetak
Ditulis oleh Admin
Isnin, 08 Jun 2009 12:39

CHICAGO – Seorang wanita yang berumur 90 tahun dan pernah tercicir daripada persekolahan kerana mahu membantu keluarga ketika Zaman Kemelesetan Besar kini memperoleh diploma sekolah tinggi.

Wanita itu, Eleanor Benz meninggalkan Sekolah Tinggi Lake View di sini pada 1936 untuk bekerja.

Beberapa dekad kemudian, dia berpindah ke Gurnee dan kini mempunyai 15 anak, 54 cucu dan 37 cicit.

Benz turut mengikuti kelas menaip dan akaun pada waktu malam. Namun, baru-baru ini wanita itu memberitahu salah seorang anak perempuannya bahawa dia tidak pernah menghabiskan sesi pembelajaran di sekolah tinggi.

Benz berkata, kegagalan menghabiskan pembelajaran itu merupakan satu kekecewaan yang besar. Anak-anaknya bertindak menghubungi sekolah itu.

Sekolah itu kemudian memutuskan untuk mengeluarkan diploma buat Benz. Pada minggu lalu, ketika ulang tahun kelahirannya yang ke-90, keluarga wanita itu memberinya diploma dan gaun serta topi berumbai untuk pelajar yang menamatkan pengajian pada 1936. – AP

Read Full Post | Make a Comment ( None so far )

Terbuang wang RM3.4juta dalam tilam

Posted on 24 August 2009. Filed under: Banking |

Cetak
Ditulis oleh Admin
Khamis, 11 Jun 2009 17:34

BAITULMAQDIS – Seorang wanita Israel secara tidak sengaja membuang sebuah tilam yang mengandungi wang hampir AS$1 juta (RM3.4 juta) di dalamnya.

Berikutan kelalaian itu, wanita tersebut bertindak melakukan pencarian di beberapa kawasan tapak pelupusan sampah di sini semalam.

Wanita tersebut berkata, dia bertindak membuang tilam lama itu selepas menghadiahkan sebuah tilam baru kepada ibunya pada Isnin lalu.

Dia mula mengingati bahawa terdapat wang yang disimpan di dalam tilam buruk itu kelmarin.

“Saya bangun pagi dan menjerit apabila saya mengingati wang itu,” kata wanita dari Tel Aviv itu.

Dia kemudian mencari tilam itu tetapi ia sudah dibawa oleh pengumpul sampah.

Usaha mencari di tiga tempat pelupusan sampah turut gagal menemui tilam itu.

Wanita tersebut menyatakan wang hampir AS$1 juta itu mengandungi mata wang dolar Amerika Syarikat (AS) dan Israel.

Dia enggan menjelaskan cara wang itu berjaya diperolehinya.

“Itulah sahaja wang yang saya ada di dunia ini,” kata wanita tersebut.

Pengurus sebuah pusat pelupusan sampah, Yitzhak Borba memberitahu kakitangannya membantu wanita itu mencari wang tersebut.

Menurutnya, tilam itu sukar untuk dicari di celah-celah 2,500 tan sampah yang tiba pada setiap hari. Borba berkata, tahap keselamatan yang tinggi mampu mengelak pencari harta berharga tidak akan mengunjungi pusat pelupusan itu.

Wanita itu berkata, wang berkenaan disimpan dalam tilam kerana dia pernah mengalami pengalaman yang traumatik ketika berurusan dengan bank. – AP

Read Full Post | Make a Comment ( None so far )

Kanak-kanak 6 tahun jinakkan ular

Posted on 24 August 2009. Filed under: canggihlaksana, Kareer, Kerja Kosong, Kerjaya, Pelan Perniagaan, peluang perniagaan, Pendapatan Aktif, Plan Perniagaan |

Cetak
Ditulis oleh Admin
Jumaat, 12 Jun 2009 08:06

NEW DELHI – Suku kaum Vadi di India mengajar anak-anak mereka menjadi penjinak ular tedung sebagai warisan turun temurun, lapor sebuah akhbar semalam.

Suku kaum itu yang menetap di negeri Gujerat, selatan India mewajibkan kanak-kanak lelaki mempelajari tentang haiwan berbisa itu selama 10 tahun sebelum boleh menjadi seorang penjinak ular sepenuh masa.

Budak lelaki akan meneruskan tradisi kaum Vadi menjinak ular dengan menggunakan seruling manakala kanak-kanak perempuan pula diajar tentang kaedah menjaga haiwan itu semasa saudara lelaki atau suami mereka tiada.

Seorang gadis kaum Vadi yang berusia enam tahun, Rekha Bae diajar mengenai cara bermain dengan ular tedung ketika dia baru berusia dua tahun.

“Seawal usia tersebut, kanak-kanak kaum Vadi sudah diajar cara turun temurun untuk menjinak ular sehingga mereka bersedia memainkan peranan dalam masyarakat kami,” kata ketua penjinak ular, Babanath Mithunath Madari, 60.

Menurutnya, ular-ular tersebut terutamanya spesies tedung akan dipelihara selama tujuh bulan sebelum dibebaskan ke habitat asal mereka.

“Kami dianggap tidak menghormati ular tersebut jika menyimpannya lebih lama. Haiwan itu diberi makan herba khas untuk membuang bisanya,” ujar Babanath. – Agensi

Read Full Post | Make a Comment ( None so far )

Kafe tertinggi di United Kingdom

Posted on 24 August 2009. Filed under: canggihlaksana, Pelan Perniagaan, peluang perniagaan, Plan Perniagaan |

Cetak
Ditulis oleh Admin
Sabtu, 13 Jun 2009 17:19

LONDON – Kafe yang tertinggi di United Kingdom (UK) dibuka semula kepada orang awam semalam setelah menjalani pengubahsuaian dengan kos mencecah £8 juta (RM45.87 juta), lapor sebuah akhbar semalam.

Ia yang terletak di puncak Gunung Snowdown, Wales pada ketinggian 1,112 meter itu diubah suai atas arahan pewaris pertama takhta Britain, Putera Charles yang tidak berpuas hati dengan keadaan strukturnya pada masa itu ketika melawatnya lima tahun lalu.

Struktur baru itu kini dibina kukuh untuk menahan keadaan cuaca melampau selain dilengkapi dinding gelas yang menawarkan pemandangan indah kepada para pengunjung.

Kafe itu terletak dalam bangunan yang diberi nama Hafod Eryri.

Ia turut memiliki sebuah kedai dan pusat pendidikan. – Agensi

Read Full Post | Make a Comment ( None so far )

Derma susu badan lawan kanser bapa

Posted on 24 August 2009. Filed under: canggihlaksana, Franchise Opportunities, Kareer, Kerja Kosong, Kerjaya, Pelan Perniagaan, peluang perniagaan, Plan Perniagaan |

Cetak
Ditulis oleh Admin
Ahad, 14 Jun 2009 16:19

SEORANG wanita dari Bristol sanggup mendermakan susu badannya kepada bapanya semata-mata untuk membantu orang tuanya itu melawan barah. Georgia Browne, 27, dilaporkan berbuat demikian lebih sebulan lalu.

Georgia memerah susu lebih selepas menyusukan bayi lelakinya sebelum dihantar ke rumah ibu bapanya di Wiltshire. Bapanya, Tim Browne, 67, kemudian mencampurkan susu itu dengan susu biasa untuk dijadikan sarapan pagi harian.

Hasilnya, imbasan terkini menunjukkan daya ketahanan lelaki itu semakin baik dan kanser yang dihidapinya sedang pulih. Georgia memberitahu, beliau mendapat idea unik itu setelah menonton sebuah dokumentari TV mengenai kebaikan susu badan.

“Keluarga saya berfikiran terbuka dan tidak berasa pelik dengan idea ini. Ibu dan suami saya menyokong biarpun pada awalnya kelihatan kelakar. Ayah juga sempat bergurau dengan beritahu rakan-rakannya,” kata Georgia.

Dokumentari yang ditontonnya itu memaparkan pesakit kanser prostat dari Amerika Syarikat yang sembuh hasil meminum susu badan.

Tertarik dengan idea tersebut, dia kemudian berbincang dengan bapanya. Tim didiagnosis menghidap barah pada Julai 2007 dan mengalami ketumbuhan berulang selepas pembedahan.

Idea susu badan itu juga mendapat sokongan doktor Tim biarpun penyelidikan sebelum cuma membuktikan susu itu sesuai melawan kanser dihidapi kanak-kanak. – Agensi

Read Full Post | Make a Comment ( None so far )

Robot ular ciptaan Israel

Posted on 24 August 2009. Filed under: canggihlaksana, Pelan Perniagaan, peluang perniagaan, Plan Perniagaan | Tags: |

Cetak
Ditulis oleh Admin
Khamis, 18 Jun 2009 07:14

JERUSELAM – Israel merancang membangunkan robot ular untuk tujuan penyamaran dan pengintipan bagi kegunaan tentera negara ini.

Ular robot sepanjang dua meter itu dicipta menyerupai pergerakan ular sebenar, boleh menjalar di gua-gua, terowong dan celah-celah bangunan yang dipercayai menjadi lokasi musuh dan penjenayah.

Pada masa yang sama, ular robot itu boleh mengesan imej dan bunyi serta pergerakan. Maklumat yang dikesan itu kemudian dihantar kepada unit kawalan yang diselia oleh askar-askar pengintip dari sebuah peranti komputer riba.

Ular robot itu mempunyai sendi bagi memudahkan ia bergerak dikawasan yang sempit.

Ular robot itu juga mampu membengkokkan badannya untuk melihat rintangan melalui kamera yang terdapat di bahagian kepalanya.

Rekaan terbaru ini akan digunakan oleh tentera Israel untuk membantu dan menyelamat mangsa-mangsa runtuhan bangunan.

Menurut Chennel 2, Pasukan Pertahanan Israel (IDF) merancang membangunkan ular robot ini bagi tujuan pertempuran dan juga boleh mengangkut bahan letupan. – AP

Read Full Post | Make a Comment ( None so far )

sumpah pocong

Posted on 24 August 2009. Filed under: ceramah agama, perpaduan | Tags: |

Ketua kampung takut sumpah pocong Cetak
Ditulis oleh Admin
Sabtu, 20 Jun 2009 17:45
YOGYAKARTA – Seorang ketua kampung di Kabupaten Sleman di sini, Marsihono bin Atmo Wiarjo tidak datang untuk berikrar sumpah pocong bagi menafikan dia melakukan perbuatan keji seperti meminta seorang penduduk wanita melakukan hubungan seks dengannya, lapor sebuah akhbar semalam.
Majlis bersumpah itu diadakan selepas waktu solat Jumaat di pekarangan Masjid Alfalah, Kampung Jumeneng II, Desa Margolulyo, Kecamatan Seyegan, Selman.
Sebelum ini dia menyatakan kesediaan untuk melakukan sumpah pocong itu menyebabkan ribuan penduduk menghadiri majlis itu. Sumpah pocong pada kebiasaannya dilakukan ketika tubuh seseorang dibalut dengan kain kapan seperti jenazah orang yang sudah meninggal dunia.
Mereka yang bersumpah pocong akan disertai dengan saksi dan dilakukan di masjid. Apabila keterangan seseorang yang bersumpah pocong tidak benar, orang yang bersumpah itu akan mendapat laknat daripada Tuhan. Dalam majlis sumpah pocong ketua kampung itu, seorang tokoh agama, Rois Mujiharyono diberikan tugas mengetuainya. Dua bangku kayu dan dua kain kapan telah dibentangkan termasuk satu kitab al-Quran dan surat pengakuan sudah disediakan untuk majlis itu. Namun, Marsihono tidak tampil ketika Rois memanggil namanya untuk melakukan sumpah pocong.
Dua pemuda kemudian secara sukarela datang ke rumah ketua kampung itu bagi memintanya datang menghadiri sumpah itu. Apabila dua pemuda itu tiba, kakak ketua kampung itu menyatakan adiknya sudah keluar rumah pada waktu pagi. Berikutan itu, majlis tersebut dibatalkan tetapi Rois berkata : “Saudara kepala dukun ternyata tidak memiliki jiwa perwira. Justeru, dia mengaku dan benar-benar melakukan tindakan tercela itu.” Rois menyatakan sumpah pocong itu dilakukan selepas satu pertemuan diadakan pada Selasa lalu yang dihadiri oleh ketua kampung tersebut. – Agensi
Read Full Post | Make a Comment ( None so far )

Tidak disambar petir kerana iPod

Posted on 24 August 2009. Filed under: canggihlaksana, Uncategorized | Tags: |

Cetak
Ditulis oleh Admin
Sabtu, 20 Jun 2009 17:27

ESSEX – Seorang remaja perempuan di sini iaitu Sophie Frost terselamat kerana petir yang menyambar iPod miliknya tidak menyebabkan badannya terbakar, lapor sebuah akhbar semalam.

Remaja yang berusia 14 tahun itu sedang berteduh di bawah sebatang pokok kerana hujan dengan gajet itu digantung pada lehernya ketika petir dengan kekuatan 300,000 volt menyambarnya.

Bagaimanapun, Sophie hanya mengalami luka kecil dan rambutnya berbau hangit apabila kilat itu mengalir melalui wayar fon kepala yang tergantung pada pakaian seragam sekolahnya dan tidak mengenai organ penting dalam badannya.

“Saya tidak mengingati apa yang berlaku tetapi semua orang menyatakan saya bernasib baik kerana iPod itu mengalihkan petir daripada mengenai badan saya,” katanya ketika dirawat di sebuah hospital di sini.

Ibunya berkata: “Doktor-doktor menyatakan dia terselamat kerana iPod. Sophie bernasib baik kerana tidak memakai fon kepala ketika kejadian. Dia mungkin tidak akan terselamat jika memakai fon kepala,” katanya. – Agensi

Read Full Post | Make a Comment ( None so far )

Soalan Bukan Islam Untuk Orang Islam, Tentang Agama Islam

Posted on 24 August 2009. Filed under: AROUND SABAH, canggihlaksana, ceramah agama, Hari Raya Aidil Fitri, surau flat km.5 |

Sewaktu Nabi Muhammad saw wafat, telah disempurnakan agamamu (Islam). Semua persoalan akan ada jawapannya, hanya ilmu di dada penentu jawapan apa yang perlu diberi.

1) Nama Nabi Isa as disebut 25 kali dalam Al-Quran, tetapi berapa kali nama Nabi Muhammad saw disebut dalam Al-Quran? Nama Nabi Muhammad saw hanya disebut 5 kali sahaja di dalam Al-Quran. Manakala nama Nabi Isa as disebut 25 kali. Mengapa? Kerana Al-Quran diwahyukan pada Nabi Muhammad saw, sebab itu nama Nabi Muhammad saw jarang disebut. Al-Quran diturunkan bukan semata-mata untuk memapaparkan kisah Nabi Muhammad saw tapi adalah sebagai panduan perjalanan hidup umat Islam.

2) Nama Nabi Isa disebut lagi banyak dari nama Nabi Muhammad saw dalam Al-Quran, tentu sahaja Nabi Isa lebih hebatkan? Soalan sebaliknya, dalam Bible, nama syaitan lebih banyak dari nama Nabi Isa, jadi siapa lagi hebat? Syaitan @ Nabi Isa? Sebenarnya Allah tidak bezakan tentang kehebatan nabi dan rasulNya. Walaubagaimanapun, Allah Maha mengetahuinya.

3) Dalam Islam percaya yang Nabi Isa as diangkat ke langit, sedangkan Nabi Muhammad saw wafat. Jadi, bila Nabi Isa as dibawa ke langit, tentu sahaja nabi Isa itu Tuhan kan ? Dalam banyak2 kaum, hanya kaum Nasrani sahaja yang telah salah anggap tentang nabi yang diutuskan kepadanya sebagai Tuhan (Nabi Isa). Sedangkan, dalam Bible juga yang ade menyatakan bahawa Jesus (Nabi Isa) berkata “siapa yang taat pada Allah akan masuk Syurga, siapa yang menganggap Jesus sebagai tuhan akan masuk neraka.

4) Dalam Islam, Nabi Muhammad saw adalah Nabi terakhir. Tapi, di akhir zaman nanti Nabi Isa as akan turun. Kenapa tidak dikatakan Nabi Isa as yang terakhir? Nabi Muhammad saw adalah nabi terakhir berdasarkan tahun kelahirannya. Perumpamaan : Jika anak bongsu meninggal dunia, sedangkan anak sulong masih hidup, hakikat yang tidak akan berubah ialah anak sulong tetap sulong.

5) Nabi Isa as disembah sebagai anak Tuhan kerana dianggap mulia sebab lahirtanpa bapa. Kita jawab seperti ini, antara ibu dan anak, mana yang lagi mulia? Tentu ibu kan ? Jadi, kenapa orang Kristian tidak sembah Mariam je? Kan Mariam ibu, tentu lagi mulia. Nabi Adam juga lahir tanpa bapa, malah tanpa ibu juga merupakan manusia pertama, kenapa tidak disembah Adam sahaja? Jawapan lengkap ada dalam Surah Imran, ayat 59.

6) Jika baca tafsir, Allah berfirman sekejap guna ‘Aku’, sekejap guna ‘Kami’Kenapa? ‘Kami’ kan lambang ‘Tuhan + Mariam + Anak Tuhan (Isa)’ ? Al-Quran diturunkan dalam bahasa Arab, ‘aku’ kata jamaknya ‘kami’ yang menggambarkan tentang ‘Allah dan keagunganNya’ .

7) Orang Sikh Punjabi bertanya, kenapa Islam perlu potong rambut? Bukankah rambut itu anugerah tuhan yang perlu disimpan? Kita jawab dengan soalan ini, kuku juga anugerah tuhan, kenapa orang Sikh Punjabi potong kuku?

8) Sami Budha vegetarian bertanya, kenapa Islam suruh bunuh binatang untuk dimakan? Kan zalim kerana bunuh hidupan bernyawa? Sains telah buktikan, sayur dan pokok turut ade nyawa. Malah, apabila kita basuh tangan pun, ade banyak nyawa kuman yang kita bunuh. Itu tidak kejam? Bila kita bunuh (sembelih sebenarnya) 1 ekor lembu, sebenarnya kita telah selamatkan banyak nyawa manusia.

9) Sami Budha menjawab ” Bunuh sayur dosa kecil sebab sayur kurang deria, bunuh binatang dosa besar” Kita jawab seperti ini, habis tu, kita cuma berdosa kecil je la jika bunuh orang yang pekak, buta, bisu hanya kerana dia tidak ade deria?

10) Sami Budha menjawab lagi “Jika kita bunuh sayur, sayur akan tumbuh balik” Kita jawab lagi “habis tu, awak makan lah ekor cicak kerana ekor cicak akan tumbuh semula selepas putus”

11) Sami Budha berkata lagi “makan binatang akan dapat banyak penyakit” Kita jawab ,”Penyakit datang kerana kita makan banyak. Bukan kerana makan binatang. Allah suruh makan secara sederhana. Lagipun, Allah dah beri gigi taring dan gigi kacip untuk manusia makan binatang dan sayuran…” Eleh, tembakau dan dadah pun dari tumbuhan juga kan ? Lagi besar penyakitnya kan ? Lembu yang ragut rumput hari2 pun boleh jadi lembu gila. Sebenarnya, tak kesah pun kalau kita tak nak makan daging, tapi jangan lah cakap haram apa yang telah Allah halalkan untuk kita.

12) Kan babi itu ciptaan Allah, kenapa Islam tak makan babi? Sebab bukan semua ciptaan Allah adalah untuk dimakan.

13) Islam cakap Hindu sembah berhala tetapi Islam hari2 sembah Kaabah. Islam bukan sembah Kaabah, tapi Kaabah itu adalah Kiblat untuk satukan umat. Dalam Islam dah sebut, siapa sembah Kaabah akan masuk neraka kerana Islam Sembah Allah, kaabah Cuma kiblat. Perlu tahu bezakan. Bukti, orang yg sembah berhala tidak akan pijak berhala, tapi orang Islam pijak Kaabah untuk melaungkan azan. Orang Hindi tak akan pijak gambar berhala tapi orang Islam hari2 pijak gambar Kaabah (sejadah). Jika ada gambar Kaabah diletak di KLCC, orang Islam tetap solat menghadap Kaabah di Mekah kerana itu kiblat kita untuk sembah Allah… Bukan sembah Kaabah!

14) Kenapa perlu ikut nabi Muhammad saw kerana nabi dan rasul sebelum baginda kan betul2 juga? Nabi sebelum Nabi Muhammad saw diutus untuk kaum dan zaman tertentu sahaja. Sedangkan Nabi Muhammad saw diutus untuk semua kaum dan sepanjang zaman.

Soalan2 yg nyatakan di atas, sebenarnya memang benar2 di tanya oleh orang bukan Islam secara spontan pada orang Islam… mereka bertanya bukan kerana hendak tahu, tapi kerana hendak membuatkan orang Islam yg ilmu hanya ala kadar berasa was2 dengan Islam dan akhirnya orang Islam akan berasa was2 dengan agama yang dianutinya. Jadi jawapan yg disampaikanpun tak perlu panjang2 cukup sekadar ringkas dan padat. Aku hanya menyampaikan sahaja. Segala kekurang dan salah silap harap diperbetul dan dimaafkan…

WALlahua’lam

Read Full Post | Make a Comment ( None so far )

usahawan cendawan

Posted on 24 August 2009. Filed under: Agro Biz, canggihlaksana, Franchise Opportunities, Kareer, Kerjaya, Pelaburan, Pelan Perniagaan, peluang perniagaan, Pendapatan Aktif, Pendapatan Pasif, Perladangan, PERTANIAN | Tags: |

Ketahui Rahsia Bagaimana Menjadi Seorang Usahawan Cendawan Yang Berjaya Dari Rumah!

Mudah dipelajari, kos rendah, permintaan tinggi, dan mudah dilakukan oleh sesiapa sahaja!

Daripada: Amirul Hafiz Mastam

Salam sejahtera para pembaca sekalian…

Mahukah anda ketahui rahsia bagaimana menjadi seorang usahawan cendawan yang berjaya? Adakah anda memiliki sedikit ruang yang cukup untuk membina kandang ayam atau batas sayur di belakang rumah? Tahukah anda bahawa ruang kecil di belakang rumah anda ini cukup berharga kerana mampu menjana pendapatan sampingan sebanyak RM1000 ke atas sebulan?

Kemungkinan anda sudah biasa membeli sepeket cendawan di pasaraya Giant atau Jusco dengan harga RM4.00 ke RM5.00. Dalam satu paket cendawan tiram tersebut cuma terdapat lebih kurang 10 ke 15 helai cendawan sahaja dan beratnya cuma dalam lingkungan 400g sahaja. Jika anda membina sendiri

Kalau anda ingin tahu harga sekilogram bagi cendawan tiram ialah RM10. Dan harga bagi sebongkah (tempat cendawan tiram ditanam) ialah dalam purata RM1.40 sehari. Bayangkan jika anda memiliki 100 bongkah maka pendapatan sehari anda ialah RM140. Oleh sebab permintaan terhadap cendawan ini kurang di pasaran maka harga sekilogram bagi cendawan tiram boleh mencecah RM15. Tidakkah anda mahu mempelajari bagaimana mengusahakan cendawan tiram sendiri dari rumah?

Mengapa Harus Memilih Menjadi Usahawan Cendawan?

KOS RENDAH – Anda boleh memulakan perniagaan cendawan dengan kos serendah RM200
KEUNTUNGAN TINGGI – Harga sekilogram cendawan tiram ialah RM10-RM15. Dalam sebulan anda dapat menjana RM2000 jika ada 50 bongkah.
PERMINTAAN TINGGI – Anda bakal dapat menjual cendawan dengan mudah kerana permintaannya tinggi. Tempat di mana anda boleh jual dinyatakan dalam panduan.
RISIKO RENDAH – Mengusahakan penanaman cendawan tidak berisiko tinggi kerana ia mudah dijaga dan tidak mudah dijangkiti perosak. Cendawan tumbuh dengan segar setiap hari.

Jika anda seorang PENGANGGUR, mengapa harus berdiam diri dan membuang masa di rumah? Bukankah baik jika anda melakukan sesuatu perniagaan? Kerajaan sendiri menggalakkan semua orang menceburi bidang keusahawanan pertanian. Jadi inilah masanya, bina kerjaya dengan pertanian. Anda mengatur masa sendiri tanpa ada bos mengarah-arahkan anda melakukan kerja. Anda berminat dan bersedia untuk menjadi usahawan cendawan?

Inilah yang anda perlukan sekarang…

MEMPERKENALKAN

Ebook format PDF setebal 130 mukasurat (hanya dibaca di komputer menggunakan perisian Adobe Acrobat Reader sahaja)

Ebook ini penuh dengan informasi dan ilustrasi langkah demi langkah bagaimana memulakan bisnes cendawan. Ini adalah skrin shot kandungan ebook ini

Dapatkan ebook ini di sini sekarang!

Apa Kata Mereka?

Hasil kajian dan penelitian pakar, pelbagai teknologi moden direka untuk memudahkan manusia dalam meningkatkan kualiti hidup.

Sektor pertanian juga berkembang seiring dengan perkembangan teknologi. Pelbagai kaedah moden digunakan untuk membantu petani dan juga produk yang boleh dihasilkan. Jika 5 tahun dulu kalau orang bela cacing sah orang kampung fikir dia memang kaki pancing yang fanatik sekali tetapi sekarang orang bela cacing kompos untuk tujuan pasaran persolekan.

Kita boleh membuat kerja-kerja pertanian moden ini secara sambilan atau sepenuh masa untuk menambahkan pendapatan. Siapa sangka hanya sebuah bilik di rumah teres boleh membuat kerja-kerja pertanian seperti membela cacing atau menanam cendawan.

Jika dahulu cendawan hanya popular dan hanya dimakan oleh orang kampung sahaja tetapi cendawan telah dikenalpasti oleh pakar perubatan mempunyai pelbagai khasiat yang tinggi seperti :

• Mengandungi Schizophyllan iaitu bahan dalam ubat antitumor dan kanser.
• Membantu meningkatkan sistem imuniti tubuh.
• Anti radangan.
• Anti bakteria.
• Anti parasit.
• Melindungi hati.

Produk cendawan juga telah dipelbagaikan seperti dalam bentuk kapsul, campuran kopi, suplement kesihatan, kerepek cendawan,cendawan goreng dan bermacam lagi.

Ini menunjukkan luasnya pasaran cendawan dan peluang untuk sesiapa yang pandai mengambil kesempatan menambah duit poket atau boleh dijadikan sumber utama kerana hasilnya lumayan.

Saya bercerita pasal cendawan selain rindu lama tak makan sup cendawan di jalan seelong, Senai tetapi ialah untuk berkongsi satu link dengan anda.

Kepada mereka yang ingin menceburi perniagaan penanaman cendawan, saudara Amirul
ada membuat satu PANDUAN LENGKAP menjadi usahawan cendawan. Buku ini berharga RM30 sahaja dan mungkin Amirul akan menaikkannya pada bila-bila masa sahaja.

Harganya sangat murah jika dibandingkan jika kita mengikuti kursus-kursus yang di adakan di mana-mana. Anda boleh belajar menjadi usahawan cendawan sambil minum air kopi.

Jika tidak guna pada hari ini, mana tau anda sudah penat kerja makan gaji atau ditawarkan VSS di kemudian hari.

Blalang
http://isuhangat.blogspot.com

Tahniah buat Amirul Hafiz di atas penghasilan ebook usahawan cendawan yang cukup berinformasi, panduan yang lengkap beserta gambar dan video, padat dengan teknik dan tip menjalankan bisnes cendawan dan juga video khusus untuk penanaman cendawan, penyediaan beg cendawan, proses penyediaan media dan tapis habuk kayu dengan lebih praktikal.

Tak rugi membelinya, ilmu dan teknik yang didedahkan memberi banyak manfaat kepada mereka yang ingin menjadi usahawan cendawan yang benar-benar berjaya di Malaysia…!

Fahmy (Admin)
http://www.rahsiaebiz.com

Usahawan Cendawan yang ditulis oleh Amirul Hafiz. Ebook ini bakal menggegarkan dunia usahawan pertanian, kerana pertama kalinya panduan sebegini diterbitkan dalam bahasa Melayu versi digital!

Siapa yang patut beli buku ini?

Ebook ini sesuai untuk sesiapa sahaja. Namun menurut penulis buku ini, panduan ini amat sesuai untuk suri rumah yang bosan duduk di rumah dan penganggur yang kini sedang kesempitan mencari wang. Amat sesuai kerana modal yang diperlukan bagi memulakan perniagaan ini serendah RM50!
Apa yang anda akan dapat dengan ebook ini?

Berformatkan PDF sebanyak 130 muka surat ini, ebook ini penuh dengan panduan dan ilustrasi bagaimana anda ingin memulakan perniagaan cendawan secara langkah demi langkah.

Bagi saya, perniagaan cendawan ini merupakan peluang terbaik bagi kita di luar sana yang ingin menjana pendapatan di kala ekonomi kita yang semakin gawat. Perniagaan ini sangat berbaloi kerana modalnya tak begitu besar, namun permintaan dan potensi untuk mendapat keuntungan adalah sangat tinggi!

Ops.. sebelum saya terlupa, di websitenya juga ada menyediakan preview mengenai ebook secara percuma. Nah, anda kena dapatkan ebook ini sekarang!

Payen83
http://freejer.com/

PERCUMA!!!

“Download ebook Preview Usahawan Cendawan sekarang juga!”

Masukkan First Name dan Email anda sekarang dan klik butang “Download Now” untuk muat turun laporan ini serta merta…

First Name:

Email Utama:

* First Name ialah nama pertama anda. Contohnya, jika nama penuh anda ialah Ali Bin Abu, maka First Name anda ialah Ali.

Di dalam ebook ini anda akan dapat mempelajari cara-cara memulakan bisnes cendawan dengan betul. Ebook ini boleh dianggap seperti kitab rujukan ilmu anda dalam mencipta kejayaan bisnes cendawan. Anda bakal mengetahui

Ebook ini memang padat dan lengkap dengan informasi memulakan bisnes cendawan. Dijamin anda dapat mula sekarang juga!

BONUS EKSKLUSIF

BONUS JIKA ANDA MEMBELI HARI INI

Bonus #1: Video Manual Cendawan

Semudah 1-2-3 cara penanaman cendawan yang diceritakan dalam video manual cendawan ini. Bernilai RM47

Bonus #2: Video Proses Penyediaan Beg Cendawan

Adalah penting menyediakan beg cendawan dengan betul agar cendawan tidak rosak, Video ini menunjukkan Proses penyediaan beg cendawan yang betul. Bernilai RM67

Bonus #3: Video Proses Penyediaan Media

Menyedia media sendiri lebih menjimatkan, lihat bagaimana Video tutorial Cara menyediakan media. Bernilai RM67

Bonus #4: Video Proses Tapis Habuk Kayu

Bagaimana rupa proses tapis habuk kayu? Ia ditujukkan dalam video proses tapis habuk kayu. Bernilai RM47

Apa Kata Mereka?

Saya merasakan ebook ini patut dibeli kerana ebook ini lengkap dengan video-video juga. Ebook ini juga tidak bosan walaupun pengisian agak banyak kerana terdapat pelbagai gambar berwarna. Saya rasa tak rugi membuat pelaburan untuk produk ebook ini untuk jangka panjang

Sipenglipur Lara
http://www.sipenglipurlara.com
http://www.mercuniaga.com

Sebuah ebook yang mempunyai pengisian yang mantap dan berkesan…Senang dibaca dan mudah difahami…Bab yang paling saya suka ialah bab pemasaran…ia mengajar cara-cara pemasaran yang betul dan teknik “rahsia marketing” dalam perniagaan cendawan

Lowkey
http://www.gempakbox.net

Terbukti pertanian bukan sahaja boleh dikomersilkan, malahan ilmunya boleh diterap dalam perniagaan secara online, ebook usahawan mengajar bagaimana internet membantu dalam memasarkan produk usahawan cendawan yang dihasilkan! Dan ia jelas membantu para bakal usahawan cendawan dalam memaju serta meluaskan networking mereka!Ebook Usahawan memang seharusnya dimiliki!

Mirlme (Admin)
http://www.rindok.com

Bonus-bonus ini sahaja sudah cukup LENGKAP dapat membantu anda memulakan perniagaan cendawan sendiri di rumah. Apa lagi yang kurang jika panduan berbentuk EBOOK dan VIDEO disediakan bagi anda memulakan perniagaan cendawan sendiri? Tiada yang kurang! Anda pasti berpuas hati. Dijamin!

JAMINAN KAMI

Sebagai jaminan kepada anda, saya berikan 30 hari jaminan pulangan wang sekiranya anda tidak berpuas hati dengan ebook ini dan gagal mengaplikasikan teknik yang diajar.

DAPATKAN EBOOK INI SEKARANG!

HARGA CUMA

RM30

Harga Promosi Untuk HARI INI sahaja!

Pembelian anda dijamin selamat di laman web ini. Anda boleh membeli walau pun pada tengah malam atau waktu subuh. Tempahan tetap diterima. Jika anda masih ragu-ragu dan ingin bertanya sebelum membeli, saya alu-alukan anda menghubungi saya melalui email usahawancendawan@gmail.com

Perniagaan mudah dan menguntungkan di rumah dengan hanya menjadi USAHAWAN CENDAWAN!

Klik Segera Untuk Mendapatkan Panduan Ini!

Ya Hafiz, saya ingin mendapatkan ebook Usahawan Cendawan sekarang juga dan saya faham akan diberikan jaminan pulangan wang dalam masa 30 hari. Bawa saya ke laman tempahan sekarang juga!

Semoga Berjaya,

Daripada

Amirul Hafiz Mastam

P.S: Jangan berfikir panjang lagi, perniagaan cendawan memang menguntungkan! Kerajaan sendiri menggalakkan usahawan bumiputera menceburi bidang ini. Permintaan terhadap cendawan adalah tinggi di pasaran. Dijamin boleh dijadikan sumber pendapatan tetap jika anda benar-benar mengaplikasikan teknik Usahawan Cendawan!

Join Affiliate | Order Sekarang

Read Full Post | Make a Comment ( None so far )

AWAS: Penipuan Dalam Perniagaan Internet

Posted on 24 August 2009. Filed under: HYIP, Pelan Perniagaan, peluang perniagaan, Plan Perniagaan |

Seramai 11 individu terpaksa berputih mata apabila kerugian lebih RM15,000 akibat diperdaya seorang wanita ‘misteri’ yang menyamar kononnya membekal dan menjual barangan kosmetik berjenama dengan harga murah di Internet.

Difahamkan, wanita berusia 20-an itu mensasarkan remaja terutama di sekitar Lembah Klang sebagai mangsa kerana menganggap golongan berkenaan amat mengutamakan kecantikan wajah dan tubuh.

Wanita berkenaan dipercayai memburu mangsa melalui sebuah laman web berbentuk forum yang turut membincangkan isu kecantikan dan kesihatan termasuk menjual produk kosmetik berjenama.

Sejurus mangsa dikenal pasti, wanita yang menggunakan nama samaran ‘Kucing Comel’ itu menawarkan beberapa jenis barangan kosmetik dengan harga agak murah berbanding harga sebenar di pasaran.

Mangsa yang bersetuju kemudian diminta memasukkan wang dalam akaun bank diberi wanita berkenaan dan perlu menunggu antara dua hingga tiga minggu untuk proses penghantaran produk dipesan.

Bagaimanapun, sejurus memperoleh wang mangsa, wanita penipu terbabit terus menghilangkan diri dan gagal dikesan.

Perbuatan itu didedahkan 11 mangsa Kucing Comel ketika ditemui di Biro Pengaduan Awam MCA di sini, semalam.

Seorang daripada mereka, Cheong Wai Loon, 29, berkata dia mengenali wanita itu ketika menyertai forum berkenaan di laman web www.jbtalks.cc (JB forum) pada 4 Mei lalu.

“Pada waktu itu, saya bersetuju membeli barangan kosmetik ditawarkan Kucing Comel kerana mahu menghadiahkan kepada kekasih saya selain tertarik dengan harganya yang agak murah.

“Wanita itu meminta saya memasukkan wang RM2,600 ke akaun bank diberi dan memberitahu barangan terbabit akan diperoleh dalam masa dua atau tiga minggu,” katanya.

Menurut Cheong yang juga jurujual, selepas puas menunggu, barangan yang dijanjikan tidak sampai ke rumahnya lalu segera membuat laporan di Balai Polis Wangsa Maju untuk tindakan lanjut.

Sementara itu, Ketua Biro Aduan MCA, Datuk Michael Chong, berkata pihaknya akan mengumpul semua laporan polis dibuat mangsa dan menyerahkannya kepada Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Bukit Aman untuk tindakan lanjut. –Harian Metro

Read Full Post | Make a Comment ( None so far )

Honouring the best of the blogosphere

Posted on 24 August 2009. Filed under: canggihlaksana, GOOGLE, peluang perniagaan | Tags: , , |

Nuffnang Asia Pacific Blog Awards
Dear Nuffnangers,

In conjunction with our second anniversary, Nuffnang and our title sponsor, Pringles, is proud to present the first ever Asia Pacific Blog Awards, held in Uniquely Singapore.

The blog awards is held to recognize the excellence of renowned bloggers from the Asia-Pacific region.

Honouring the best of the blogosphere, we will be running one month of open nominations and one month of voting.

This will eventually culminate in a GRAND Gala Dinner in Singapore.

400 bloggers and guests from all over the region will be transported and accomodated at our expense.

They will walk the red carpet being for once, at the other end of the camera, entertained by a celebrity host + top local and regional acts, dining with class and enjoying what Singapore has to offer in a full day exclusive programme!

Visit awards.nuffnang.com to find out more and nominate your favourite bloggers!

The inaugural Nuffnang Asia-Pacific Blog Awards starts now!

This is the crucial first step of nominating your favourite bloggers in Asia-Pacific. You can nominate any blogger as long as they originate from this region, click here for the full list of Asia Pacific countries.

You may nominate the same blogger for multiple categories. Each category will have 5 finalists, handpicked by a distinguished panel and revealed on 23rd of September 2009.

Nuffnang.com is putting the power in your hands to tell us who deserves to be nominated for these 12 categories:

Best Blog Shop
Best Food Blog
Best Fashion Blog
Best Parenting Blog
Best Travel Blog
Best Geek Blog
Best Celebrity Blog
Best Entertainment Blog
Best Original Blog Design
Most Influential Blog
Best Hidden Gem
Region’s Best Blog (Not open for nomination)
Nominate Now!
Read Full Post | Make a Comment ( None so far )

Laporan bedah siasat Jacko bocor

Posted on 24 August 2009. Filed under: AROUND SABAH | Tags: |

Cetak
Ditulis oleh Admin
Selasa, 30 Jun 2009 07:57

LOS ANGELES – Keputusan bedah siasat yang dibocorkan kepada media menunjukkan Raja Pop, Michael Jackson amat kurus dan kepalanya hampir botak, lapor sebuah akhbar semalam.

Berat badan Michael yang mesra dengan panggilan Jacko ketika masih hidup ialah 50.8 kilogram dan perutnya hampir kosong kecuali mengandungi beberapa pil yang sudah larut.

Menurut keputusan bedah siasat itu, pinggul, peha dan bahunya dipenuhi dengan kesan jarum dipercayai akibat suntikan ubat penahan sakit.

Dia yang meninggal dunia ketika berumur 50 tahun memakai rambut palsu ketika dia didatangi anggota-anggota perubatan, kata laporan itu.

“Dia kurus kering, rambutnya gugur dan dia tidak menjamah makanan tetapi pil ketika meninggal dunia,” kata satu sumber yang rapat dengan penyanyi itu kepada media.

Jacko meninggal dunia pada Khamis lalu di rumah yang disewanya di sini selepas diberikan ubat penahan sakit oleh doktor peribadinya.

Dia meninggal dunia selepas degupan jantungnya terhenti.

Menurut laporan bedah siasat itu: “Kesan suntikan terdapat di seluruh tubuhnya dan kecacatan itu disebabkan oleh pembedahan plastik yang dilakukan sejak bertahun-tahun lalu.

“Terdapat empat suntikan baru di sekitar jantungnya, kemungkinan daripada percubaan untuk mengepam adrenalin ke dalam jantung untuk menghidupkannya,” kata laporan itu.

Tiga daripada suntikan itu sudah menembusi dan merosakkan dinding jantungnya manakala suntikan keempat di tulang rusuk.

Menurut laporan bedah siasat itu lagi, beberapa tulang rusuknya patah ketika usaha menyelamatkannya dilakukan pada Khamis lalu.

Penyanyi itu mempunyai lebam misteri di bahagian lutut dan tulang kering serta di belakang badannya kemungkinan menunjukkan dia pernah terjatuh.

Terdapat parut di kulitnya dekat telinga kirinya dan bahagian itu botak sepenuhnya. Parut itu mungkin wujud berikutan kemalangan ketika dia menjalani penggambaran iklan Pepsi pada 1984.

Dalam penggambaran itu, rambutnya terbakar.

Keluarga Jacko meminta bedah siasat kedua dilakukan selepas bedah siasat pertama tidak menunjukkan bahawa dia meninggal dunia kerana perbuatan khianat. – Agensi

Read Full Post | Make a Comment ( None so far )

Dapat lihat semula kerana gigi dalam mata

Posted on 24 August 2009. Filed under: Uncategorized |

Cetak
Ditulis oleh Admin
Ahad, 05 Julai 2009 07:52

EMPAT tahun lalu, Martin Jones berkahwin dengan Gill tanpa dapat melihat isterinya dengan jelas kerana kedua-dua matanya buta.

Kedua-dua mata Jones buta selepas dia terlibat dalam kemalangan ketika bekerja di England lebih sedekad lalu.

Namun, dia dapat melihat semula selepas satu pembedahan bagi menanam sebatang gigi dilakukan di mata kanannya.

Selepas pembedahan itu, dia buat pertama kalinya dapat melihat wajah isterinya.

“Dia (Gill) seorang yang hebat dan menawan. Saya seolah-olah tidak dapat percaya apabila dapat melihat wajahnya buat pertama kali,” kata Jones yang berumur 42 tahun.

Dia dapat melihat semula selepas menjalani pembedahan di Klinik Mata Sussex di Brighton yang dikendalikan oleh Dr. Christopher Liu.

Dalam pembedahan itu, sebatang gigi Jones dicabut dan dibentuk semula supaya ia boleh dijadikan alat penyokong kanta buatan manusia yang diletakkan di dalam matanya. – Agensi

Read Full Post | Make a Comment ( None so far )

Mesin ATM keluar wang ‘bonus’

Posted on 24 August 2009. Filed under: canggihlaksana | Tags: |

Cetak
Ditulis oleh Admin
Rabu, 19 Ogos 2009 15:05

LONDON – Orang ramai mendapat ‘durian runtuh’ apabila sebuah mesin teler automatik (ATM) di pasar raya Tesco di Hounslow, barat London mengeluarkan wang tunai dua kali ganda daripada jumlah yang diminta, lapor sebuah akhbar semalam.

Orang ramai berpusu-pusu berbaris untuk mengeluarkan wang selepas ‘berita baik’ itu tersebar dalam masa hanya beberapa minit pada Khamis lalu.

Pihak pengurusan pasar raya segera menutup mesin itu hanya lima jam selepas menyedari masalah teknikal tersebut.

Namun seorang jurucakapnya berkata, mereka tidak akan meminta semula wang berlipat ganda yang ‘dicuri’ oleh para pelanggan.

“Saya orang keempat ketika beratur sebelum seorang lelaki di depan sekali menelefon rakannya dan memberitahu, ATM itu mengeluarkan wang dua kali ganda daripada jumlah diminta,” kata seorang pengunjung, Imran Mirza.

“Ini betul-betul kes ‘beli satu percuma satu’. Saya mendapat tambahan £20 (RM116) apabila meminta pengeluaran £20,” tambahnya.

Menurut lelaki tersebut, berita mengenainya tersebar luas dan dalam masa kurang sejam, lebih 50 orang beratur untuk mendapat wang tunai percuma.

Kesilapan ATM itu menyebabkan pasar raya tersebut mungkin kerugian beribu-ribu pound.

Kes serupa berlaku pada Januari lalu apabila ramai pelanggan beratur hingga lewat malam di luar sebuah pasar raya di Wales untuk mengeluarkan wang berganda dari sebuah ATM. – Agensi

http://www.ozzay.com/index.php?option=com_content&view=article&id=645:mesin-atm-keluar-wang-bonus&catid=41:berita-dunia

Read Full Post | Make a Comment ( None so far )

Tg Aru pony races to end by September

Posted on 24 August 2009. Filed under: AROUND SABAH | Tags: |

Published on: Saturday, August 01, 2009

Kota Kinabalu: Pony racing is expected to commence at the Tambalang racecourse in Tuaran by the end of September.

A long-term plan has been worked out to ensure members benefit fully when racing activities are shifted from Tanjung Aru to Tambalang, said incumbent Royal Sabah Turf Club (RSTC) Chairman Datuk Golkhan Hasbollah.

He said racing activities had to be moved to Tambalang as the Government had acquired 4.21 acres of the RSTC land in Tanjung Aru for the extension of the Kota Kinabalu International Airport (KKIA) runway.

He explained that all the stables would be affected by the extension of the runway and that the remaining land in Tanjung Aru would not be sufficient for racing activities.

Therefore, he said the club had approached the State Government to allow RSTC to use the Tambalang Racecourse and after several rounds of meetings the management committee managed to convince the Government to relocate racing activities to Tuaran.

Speaking to reporters, Friday, Golkhan said the State Government had instructed Diriwan Corporation, which is presently renting the racecourse, to proceed with renovation works in due course at their own expense.

“Diriwan has, in principle, agreed and promised to renovate and complete the works within two months before RSTC moves to Tambalang to continue racing activities there,” he said.

In Tambalang, the betting system would also be improved while a new system called off-course betting would be introduced for the benefit of the Tanjung Aru punters so that they can bet and watch the races from a live telecast.

Golkhan said the 149-acre Tambalang racecourse, being an international standard racecourse, needed very capable people to work within the club and at the same time improve racing standards in Sabah.

Towards this end, the management committee has a long term plan to develop Tambalang with the support of the State Government.

“We believe my group has the capability to improve racing activities for the benefit of the members and punters,” he said.

In response to the statement by former RSTC Deputy President Datuk David Chong that it would be illegal for the club to hold the election of office bearers first before its AGM on Aug 3, he said:

“It is not true. We believe he did not attend the last annual meeting on Nov. 20, 2007 at the Tanjung Aru racecourse when the life and full members passed a resolution to hold the election and then meeting, respectively, as published in the Annual General Meeting Agenda.”

Golkhan said the resolution was passed following requests from members, particularly elderly members who did not want to wait for a long time to cast their votes.

“The resolution was submitted to the Registrar of Societies (RoS) and had been accepted.” In the meantime, he confirmed that his line-up consists of Mohd Hamdin Abidin, Yap Chee Ming, Lim Lean Lai, Peter Han Bat Fong, Tiu Fui Khiong, Ang Chi Khiung, Aven Lim Yuk Yin and Chaw Khing Hong.

He urged all teams to work for the benefit of the club and members and not make personal attacks in the run-up to the club office bearers’ election.

“I wish all the candidates good luck,” he said, appealing to all members to attend the meeting scheduled for 3pm to 7pm at the Grand Ballroom, Pacific Sutera on Aug. 3.

The RSTC has 296 full and life members who are eligible to take part in the election.

© Copyright 2009 Sabah Publishing House Sdn. Bhd.

Read Full Post | Make a Comment ( None so far )

Troli Tenom

Posted on 24 August 2009. Filed under: AROUND SABAH |

Oleh Hassan Omar
hassanomar@bharian.com.my

9 kampung putus hubungan: 2,000 penduduk sukar pasarkan hasil pertanian dan sayur-sayuran di pekan Tenom

JIKA di bandar, masyarakat mudah menikmati pengangkutan persendirian atau awam. Hakikatnya nun di pelosok pedalaman, pengangkutan adalah antara rencam kehidupan yang amat memeritkan.

Bagi penduduk di pedalaman Tenom, Sabah, kereta api diesel yang beroperasi sejak 1970 adalah nadi kehidupan mereka setiap kali mahu ke pekan Tenom. Kereta api yang menggunakan enjin Hitachi 5101 milik Jabatan Kereta Api Negeri Sabah (JKNS) itu adalah satu-satunya pengangkutan awam yang membawa mereka keluar dari kawasan dikelilingi hutan.

Setiap kali kereta api memulakan perjalanan dari Stesen Kereta Api Tenom ke Stesen Kereta Api Beaufort sejauh 49 kilometer, penduduk kampung di sepanjang landasan berkenaan tidak melepaskan peluang untuk menggunakannya untuk ke pekan Tenom atau Beaufort.

Bagaimanapun, tragedi pada jam 3 petang, 9 April 2008 menyebabkan mereka tidak lagi menikmati perkhidmatan itu. Dua terbunuh manakala 24 lagi cedera, termasuk tiga parah apabila kereta api yang mereka naiki terjunam ke dalam Sungai Padas di Kampung Tenom Lama.

Selama enam bulan, mereka tidak dapat menaiki kereta api berikutan kerja membaik pulih landasan yang dilaksanakan JKNS.

Penduduk kampung di sepanjang landasan dari Stesen Kereta Api Tenom-Kampung Rayoh terpaksa menggunakan troli untuk berulang alik ke pekan Tenom.

Dalam tempoh itu, mereka terpaksa berjalan setiap kali ingin ke pekan Tenom atau Beaufort. Bagaimanapun, berdasarkan rayuan penduduk, JKNS memulakan semula perkhidmatan kereta api dari dua arah, iaitu Stesen Kereta Api Tenom-Kampung Rayoh dan Stesen Kereta Api Beufort-Kampung Halogilad.

Bagaimanapun, mereka sekali lagi dihimpit kesukaran apabila JKNS menghentikan perkhidmatan kereta api Stesen Kereta Api Tenom-Kampung Rayoh berikutan tebing Sungai Padas mengalami hakisan teruk akibat banjir pada Disember lalu.

Landasan yang bergerak seiring dengan tebing Sungai Padas perlu dibaik pulih, manakala tebing sungai yang terhakis perlu diperkukuh melalui kerja pembaikan.

Sejak Januari lalu hingga kini, kira-kira 2,000 penduduk di sembilan kampung terpaksa mencari alternatif pengangkutan untuk membawa hasil pertanian seperti getah, pisang, koko dan pelbagai jenis sayur-sayuran untuk dipasarkan di pekan Tenom.

Penduduk terpaksa mengangkat troli ketika melalui landasan yang terputus dan dibaik pulih untuk pulang ke rumah mereka di Kampung Stesen Pangi.

Terdesak dengan ketiadaan alat pengangkutan, mereka menggunakan kreativiti sendiri dengan membina troli untuk digerakkan di landasan kereta api.

Penduduk Kampung Tenom Lama, Masisilau, Pangi Seberang, Motolob, Stesen Pangi, Kelandos, 78, 75 dan Rayoh yang terputus hubungan dengan dunia luar, terpaksa menggunakan troli untuk ke pekan Tenom.

Meskipun terpaksa bermandi peluh dan menahan lenguh, penduduk yang rata-ratanya hidup di bawah paras kemiskinan terpaksa mencipta troli diperbuat daripada papan berukuran 2.17 x 2.17 meter dengan jarak antara roda dengan roda 0.89 meter untuk menyambung kehidupan.

Di atas troli itulah, mereka menujah kayu ke tanah untuk membolehkan troli meluncur di landasan bagi perjalanan di antara tiga hingga 15 kilometer (km) dari Stesen Kereta Api Tenom ke destinasi terakhir iaitu Kampung Rayoh.

Mereka tidak pernah menikmati kemudahan jalan berturap, apatah lagi jalan raya. Dengan mengumpul kudrat empat kerat, mereka menguatkan tekad menolak troli dengan peluh menyimbah di bawah terik matahari.

Bagi perjalanan dari Stesen Kereta Api Tenom ke sembilan kampung itu, mereka mengerah tenaga selama kira-kira dua jam meniti landasan menuruni bukit. Keperitan itu kian menghimpit setiap kali mereka mendaki bukit sebelum tiba di pekan Tenom dalam tempoh tiga jam.

Perit-jerih mendaki bukit menyebabkan mereka terpaksa turun dari troli untuk menolak alat pengangkutan itu. Setiap kali bertembung dengan pengguna troli dari arah bertentangan, diplomasi dan kesabaran tahap tertinggi dituntut supaya tiada yang berkecil hati.

Pengguna troli yang tidak membawa barang, penumpang anak kecil atau warga emas, harus mengalah untuk turun dari troli dan mengangkat papan beroda itu bagi memberi laluan kepada pengguna lain.

Dengan troli itulah, mereka membawa getah keping atau sekerap, selain hasil pertanian yang lain ke pekan Tenom. Selesai menjual getah atau hasil pertanian, lazimnya mereka membeli barangan makanan untuk dimuatkan di atas troli.

Keringat yang membasahi tubuh setiap kali menolak troli adalah rencam kehidupan masyarakat jauh di pedalaman Tenom. Walaupun terpaksa mengharungi kesukaran dan penderitaan, hidup mesti diteruskan. Jauh di sudut sanubari mereka mengharapkan agar kerja membaiki landasan oleh JKNS segera disiapkan.

Hak Cipta Terpelihara 2009 – Berita Harian Sdn. Bhd.

Read Full Post | Make a Comment ( None so far )

Kelebihan buah kurma

Posted on 24 August 2009. Filed under: Hari Raya Aidil Fitri, Pelan Perniagaan, peluang perniagaan, Pendapatan Pasif, Perladangan, PERTANIAN, Plan Perniagaan |

Oleh Rohaniza Idris
roha@bharian.com.my

Ia baik untuk diet, malah kandungan zatnya dapat membantu dalam perubatan

RAMADAN datang lagi. Buah kurma atau tamar pastinya menjadi pilihan umat Islam di seluruh dunia sebagai juadah untuk berbuka puasa.

Populariti kurma mengatasi hidangan lain ketika berbuka puasa dan buah ini menjadi makanan utama Nabi Muhammad SAW yang diteladani umat Islam zaman berzaman.

Umat Islam dianjurkan berbuka puasa dengan buah kurma sebaik terbenamnya matahari kerana ia perkara yang disunatkan.

Selain bulan puasa, biasanya masyarakat Melayu Islam sering dihadiahkan kurma oleh jemaah yang baru pulang dari mengerjakan ibadat haji di Makkah.

Menjadi makanan wajib di Asia Barat, kurma menurut ensiklopedia Wikipedia dipercayai berasal di sekitar Teluk Parsi dan ditanam sejak zaman kuno dari Mesopotamia hingga prasejarah Mesir, kira-kira 4,000 tahun Sebelum Masihi. Bukti arkeologi pula menunjukkan kurma mungkin berasal dari timur Arab dalam 6,000 tahun Sebelum Masihi.

Buah ini kemudian dibawa pedagang Arab ke Asia Selatan, Asia Tenggara, utara Afrika dan Sepanyol yang mana orang Sepanyol memperkenalkan buah ini ke Mexico dan California pada 1765.

Tarikh sebenar kurma dibawa ke Malaysia tidak diketahui tetapi ia dipercayai diperkenalkan pedagang Arab yang datang berniaga dan berdakwah ketika zaman kerajaan Kesultanan Melayu Melaka.

Pengusaha kurma terkemuka di negara ini, Datuk Yusuf Taiyoob, berkata setiap tahun permintaan terhadap kurma meningkat dan biasanya syarikatnya membawa masuk kira-kira 3,000 hingga 4,000 tan dari beberapa negara seperti Iran, Iraq, Mesir, Tunisia, Emiriah Arab Bersatu (UAE) dan Afrika Selatan.

Beliau yang juga pemilik dan Pengarah Urusan Yusuf Taiyoob Sdn Bhd, berkata biasanya stok dibawa masuk dua bulan sebelum Ramadan bagi memudahkan urusan pemasaran dan pengagihan kepada pemborong dan wakil jualan di seluruh negara.

“Syarikat kami bukan hanya membawa masuk kurma untuk pasaran tempatan, tetapi juga menjadi pembekal utama untuk pasaran di Singapura, Thailand, Indonesia dan Brunei.

Tahun ini, gudang kami yang lebih besar baru dibuka, jadi jumlah stok lebih banyak berbanding pada tahun sebelumnya,” katanya.

Beliau menjelaskan harga kurma bagi sambutan Ramadan kali ini meningkat sedikit, namun beliau masih mengekalkan harga untuk pasaran tempatan dengan kadar lama.

“Ada beberapa negara pembekal kurma menjual lebih mahal dari tahun lalu tetapi untuk pasaran Malaysia kita masih mengekalkan harganya.

Namun, beberapa bekalan kurma segar yang banyak dijual seperti tahun lalu tidak dapat dipasarkan tahun ini kerana bekalan berkurangan.

“Musim menuai kurma biasanya pada September dan Oktober. Jadi, tahun ini kita kurangkan membawa masuk kurma segar kerana kos membawanya menggunakan kargo udara mahal. Kita jangka stok baru yang lebih segar akan sampai awal September nanti,” katanya yang menguasai 50 peratus pasaran kurma di negara ini.

Penolong Pengarah, Bahagian Zat Makanan, Bahagian Pembangunan Kesihatan Keluarga, Kementerian Kesihatan, Surainee Wahab, berkata kurma atau nama botani Phoenix dactylifera mengandungi zat besi, kalsium, fosforus, sodium, potasium, kalsium, vitamin B1, vitamin B2, beta karotena serta niasin.

“Buah kurma amat sesuai untuk dijadikan hidangan berbuka puasa kerana kandungan tenaganya yang tinggi dapat mengembalikan paras gula yang rendah dalam darah kepada paras yang normal.

“Amalan berbuka puasa yang baik ialah dengan mengambil tiga biji kurma yang kaya dengan tenaga, serat, vitamin dan mineral.

Kemudian diikuti dengan setengah cawan jus buah-buahan. Selepas itu bolehlah mengambil satu mangkuk kecil sup sayur berserta dengan satu atau dua keping roti.

“Bagi mereka yang menghidapi kencing manis, buah kurma boleh diambil sebagai makanan pertama untuk berbuka puasa. Namun begitu, mereka perlu mengawal pengambilannya. Mereka boleh mengambil tiga biji kurma tetapi perlu mengehadkan pengambilan makanan serta minuman manis yang lain,” katanya.

Kurma baik untuk diet pemakanan, malah, kandungan zatnya dapat membantu dalam perubatan (mempunyai tenaga pembersihan) dan estringen pada masalah usus yang dapat mengatasi masalah sembelit dan gangguan usus kronik.

Ia juga dapat digunakan dalam masalah sakit kerongkong, selesema dan demam, juga dikatakan penawar mujarab dalam perubatan tradisional untuk mengatasi masalah insomnia, selain mempunyai pelbagai khasiat lain.

Oleh kerana kurma kaya dengan unsur zat besi dan kalsium, ia sesuai untuk wanita sama ada ketika hamil atau selepas bersalin. Jus kurma dapat mengurangkan tumpah darah, menguatkan rahim serta berkesan meredakan tekanan darah tinggi.

Kandungan zat besi yang terkandung pada buah berkenaan juga menyebabkan wanita berpantang sesuai mengambilnya sebagai hidangan tanpa keraguan. Bagi ibu yang mempunyai masalah kekurangan susu, ia dapat diatasi dengan memakan buah kurma sekali gus menggalakkan pertambahan kandungan susu.

Kurma juga membantu melancarkan perjalanan darah, menghindari barah, merawat buah pinggang, mencuci hati dan membantu mengurangkan pengaliran darah ketika kelahiran. Berperanan dalam pertumbuhan kanak-kanak, pembentukan darah dan sum-sum tulang.

Antara kajian lain dijalankan membuktikan kurma antara makanan paling pantas diproses sebagai bekalan tenaga, selain berkhasiat membantu memanaskan badan, mencergaskan otak dan tubuh badan, mencergaskan minda kanak-kanak. Justeru, ia sangat sesuai untuk perut kosong, memberikan tenaga dan menyegarkan kisaran penghadaman.

Dilaporkan 100 gram kurma segar mengandungi sumber vitamin C yang diperlukan badan dan membekalkan 230 kalori untuk tenaga (960 kJ). Oleh kerana kurma mengandungi sedikit air, ia masih pekat walaupun sudah kering.

Bermakna dengan memakan kurma, badan mendapat tenaga mencukupi walaupun hanya dimakan sebiji dan segelas air. Oleh sebab itulah ada individu yang memilih berbuka puasa dengan hanya sebiji kurma dan badan sudah berupaya mendapat tenaga kembali selepas sehari suntuk berpuasa.

Kini, kurma bukan hanya dimakan umat Islam tetapi menjadi pilihan pelbagai masyarakat dunia yang hidangkan dalam pelbagai resipi serta juadah. Dengan ada reka cipta dalam dunia masakan, kurma boleh dinikmati pelbagai cara dan tidak lagi hanya dimakan sebagai buah semata-mata. Pakar masakan mula menjadikan kurma sebagai bahan pilihan dalam resipi yang dicipta.

Selain digabungkan dengan coklat, manisan dan agar-agar, kurma menjadi ramuan dalam kek, biskut dan jem yang menjadi menu tidak kira bagi sarapan, makan tengah hari, minum petang dan makan malam. Peniaga juga memberi wajah baru kepada kurma dengan membuang biji dan digantikan dengan badam, dipakej dengan cara yang menarik dan kemas.

Malah, kini kurma menjadi bahan utama dalam hamper yang dihadiahkan kepada kawan-kawan, kenalan, saudara mara serta rakan niaga terutama menjelang Ramadan.

Read Full Post | Make a Comment ( None so far )

Gigi pasang siap

Posted on 24 August 2009. Filed under: canggihlaksana, Pelan Perniagaan, Plan Perniagaan |

Oleh Hafizah Iszahanid
hafiza@bharian.com.my

Implan gigi rekaan anak tempatan lebih mesra pengguna kerana prosedur ringkas dan tanpa pembedahan

SEKALI pandang, ia tidak ubah seperti skru biasa yang mungkin dianggap ramai sebagai tiada keistimewaannya. Namun inilah ‘penyelamat’ kepada pelbagai masalah yang dialami ramai – gigi rosak sehingga terpaksa dicabut, sukar mengunyah makanan dan paling penting, boleh menjejaskan ketrampilan seseorang gara-gara kehilangan gigi.

Inilah keunikan gigi tiruan atau implan gigi Novella Ultima yang direka sekumpulan penyelidik diketuai Presiden Persatuan Pergigian Implan Malaysia, Dr Firdaus Hanapiah.

Lebih membanggakan, implan gigi menerusi penyelidikan selama setahun itu adalah hasil titik peluh anak tempatan yang sekali gus menjadikannya implan gigi pertama Malaysia yang dikomersialkan. Walaupun belum dilancarkan sepenuhnya dan hanya akan berada di pasaran dalam tempoh dua bulan dari sekarang, implan gigi itu sememangnya mencuri tumpuan ketika pembentangan kertas kerja mengenainya dibuat pada Seminar Persatuan Implan Pergigian Malaysia (MOIA) di Pulau Pinang, baru-baru ini.

Hakikatnya, tiada pengganti gigi yang terbaik apabila ia patah atau perlu dicabut tetapi alternatif terbaik yang ada adalah menerusi kaedah menanam implan gigi.

Di seluruh dunia misalnya, ada 250 pengeluar implan dengan setiap satunya mendakwa mereka adalah yang terbaik. Namun, pengiktirafan terbaik itu sebenarnya datang dalam bentuk pakej, reka bentuk implan yang mesra pengguna, kejayaan klinikal dan kejayaan pasaran.

Dr Firdaus menunjukkan implan Novella Ultima direka dengan keutamaan menjana integrasi gusi dan tulang.

Malah sehingga kini, kebanyakan implan yang ada di pasaran tempatan, adalah buatan luar negara.

Jika diamati, implan gigi juga bukanlah baru dalam perubatan pergigian, sebaliknya ia sudah diperkenalkan sejak 1960-an. Lalu apakah istimewanya implan gigi buatan Malaysia ini berbanding produk implan gigi yang lain?

Dr Firdaus berkata, Novella Ultima berharga lebih murah berbanding implan konvensional, ia juga lebih ‘mesra pengguna’ selain prosedur pemasangannya yang ringkas. Berbanding produk sedia ada yang membabitkan pemasangan implan gigi dua keping, Novella Ultima sebaliknya cuma satu keping.

“Novella Ultima ini dihasilkan dengan keutamaan menjana integrasi gusi dan tulang, sekali gus menguatkan kawasan gusi yang dipasang dengan implan,” katanya.

“Kebanyakan mereka yang memasang implan, memilih implan pasang segera kerana ia mudah dan pemasangan gigi kekal juga dapat dibuat lebih cepat berbanding prosedur lain,” katanya.

Dr Firdaus berkata, implan pasang segera menjadi pilihan 70 peratus pengguna. Namun, mereka yang mengalami masalah gusi (seperti gusi berdarah) atau tulang rapuh tidak boleh menggunakan prosedur ini. Ini kerana tulang gusi mungkin tidak cukup kuat atau nipis untuk menampung implan dan gigi kekal yang dibuat daripada porselin.

Jelasnya, ada perbezaan antara implan Novella Ultima dengan implan konvensional. Pertamanya, implan gigi yang ada sekarang kebanyakannya adalah implan dua keping (two piece implant). Justeru, apabila implan ditanam pada tulang gusi, pengguna akan memakai gigi palsu untuk tidak mencatatkan penampilan dan menutup implan yang ditanam.

Bagaimanapun, dari segi fungsinya, gigi palsu tidak praktikal. Ia mengehadkan keupayaan pengguna untuk mengunyah, menyiat dan menggigit makanan.

Namun, menerusi implan satu keping (one piece implant) Novella Ultima, sebaik implan ditanam, gigi sementara yang dibuat khas mengikut acuan gusi pengguna dan boleh berfungsi sebaik selesai prosedur. Pengguna boleh menikmati makanan sejuk atau panas tanpa risau akan menjejaskan gigi sementara.

“Implan konvensional juga menggunakan skru. Tugasnya pemasangannya agak rumit. Skru digunakan bagi menguatkan tulang gusi kerana implan dikhuatiri bergoyang dan tidak cukup kuat menampung implan dan gigi kekal,” kata Dr Firdaus.

Namun, berdasarkan penyelidikan yang dibuat sendiri oleh Dr Firdaus mendapati, jika tulang gusi kuat dan implan titanium dikasarkan buatannya, ia boleh menekan kawasan gusi terbabit dan mejadikannya terlekat kuat pada gusi.

Dari segi rekaan pula, jika dulu di tepi leher implan konvensional ada lebihan yang diruncingkan bagi menyangkut implan pada gusi, tetapi pada implan baru ini lebihan itu dibuat berbentuk empat segi bagi menguatkan lagi tautannya pada gusi.

Disebabkan implan berfungsi sebagai alternatif gigi asal yang rosak, panjang implan adalah berdasarkan panjang akar gigi yang akan diganti. Umumnya akar gigi orang dewasa adalah antara lapan hingga 15 milimeter dengan lebar antara 3.3 mm hingga 6 mm.

‘Fungsi kuat menyamai gigi kekal’

DIREKA berdasarkan konsep implan pasang segera (immediate loading procedure), memungkinkan pembedahan gusi tidak diperlukan. Prosedur begini memudahkan pesakit dan menjadi antara pilihan utama pengamal perubatan pergigian.

Implan pasang segera bermaksud implan yang ditanam sejurus selepas gigi yang perlu diganti itu, dibuang. Manakala prosedur implan tertunda dan prosedur implan lewat pula mengambil masa sekitar tiga minggu selepas gigi dicabut sebelum pemasangan implan berkenaan.

Menerusi prosedur pasang segera, gusi yang ditanam implan kemudiannya diacu dengan acuan gigi bagi mendapat bentuk dan ukuran gigi yang tepat. Proses ini bagi membolehkan gigi sementara dihasilkan dan dipasang di atas implan. Selepas prosedur itu, pesakit sudah boleh meneruskan aktiviti harian termasuk menikmati pelbagai hidangan makanan.

Apa yang istimewa, gigi sementara yang dipasang di atas implan Novella Ultima ini boleh berfungsi seperti biasa. Pengguna boleh mengunyah dan menggigit makanan tanpa perlu risau.

Dalam tempoh sembilan minggu, gigi sementara itu dikeluarkan dan sekali lagi acuan pada gusi dibuat dan kali ini untuk mendapatkan ukuran dan bentuk gigi kekal. Dalam masa lima lima ke tujuh hari kemudian, gigi kekal dipasang dengan disimen pada implan.

Pemasangan implan gigi

Langkah pertama: Meletakkan implan. Sebaik gigi yang perlu diganti itu dibuang, pesakit dibius. Doktor akan menanam implan terus ke tulang rahang. Tiada pembedahan gusi diperlukan.

Langkah kedua: Penggunaan gigi sementara. Selepas implan dipasang, doktor gigi akan mengacu rahang bagi menghasilkan gigi ganti kekal (permanent crowning). Doktor gigi akan membentuk gigi sementara (bagi menutup implan) yang membantu penampilan anda sementara gigi kekal dipasang.

Langkah ketiga: Meletak gigi ganti kekal. Selepas sembilan minggu, tulang gusi semakin kuat berintergrasi dengan implan. Gigi sementara diganti dan gigi kekal diletakkan. Kekuatan dan fungsinya hampir sama dengan gigi kekal.

Info
Implan gigi

  • Gigi alternatif seperti implan sudah dimulakan sejak ribuan tahun lalu. Peradaban pra-kolumbia Maya sudah memulakannya sebelum Per-Ingvar Brånemark (bapa pergigian moden dunia) memulakan penyelidikan tentang implan titanium 1,350 tahun selepas itu.
  • Uniknya, Brånemark bukan pun doktor gigi. Sebaliknya, pakar bedah ortopedik dari Sweden yang mendapati titanium dan tisu hidup boleh berinteraksi dengan baik. Penemuan itu sebenarnya dibuat secara tidak sengaja!
  • Implan gigi tidak sama dengan gigi palsu. Implan bertindak sebagai akar kepada gigi yang hilang. Ia akan ditanam dalam gusi sebelum gigi yang diperbuat daripada porselin dilekatkan di atasnya. Implan boleh digunakan sama ada untuk tulang gusi atas atau bawah. Implan boleh bertindak menganti sebatang gigi atau sebarisan gigi dalam masa yang sama. Namun, pemasangan implan tidak boleh melebihi 11 batang.
  • Ada beberapa jenis implan dan antara yang popular ialah implan menyerupai akar (root shape implant) dan implan satu keping (one piece implant).
  • Hak Cipta Terpelihara 2009 – Berita Harian Sdn. Bhd.

    Read Full Post | Make a Comment ( None so far )

    Standing tall

    Posted on 24 August 2009. Filed under: canggihlaksana | Tags: |

    Sutyagin House, Arkhangelsk, Russia
    Standing tall
    Photo courtesy of REX Features
    http://www.worldarchitecturenews.com/index.php?fuseaction=wanappln.projectview&upload_id=914

    I see no planners…..

    This imposing building is believed to be the world’s tallest wooden house rising 13 floors to reach 144ft. The house is also crumbling, incomplete and under threat of demolition from city authorities who are eager to end Nikolai Sutyagin’s 15 year project. Driven to inspiration by his formative years spent in a Soviet communal flat, Sutyagin felt lonely living by himself. Building began in 1992 and was only going to reach two stories high, however, convinced by a trip to see wooden houses in Japan and Norway, he decided he had not used enough roof space efficiently enough and decided to keep building. He firstly added three floors, but was not keen on the outcome, so he added more floors and just kept goind, he calls the finished project a “happy accident”. For the one-time gangster, who has spent four years in jail on racketeering charges, Nikolai Sutyagin’s home is certainly different. Not only would his house be a perfect love nest, but it could even accommodate the 18 executives of his construction company. Now penniless Sutyagin lives in four poorly heated rooms at the bottom of his wooden log cabin with his wife. Many neighbours consider the building a monstrosity, others feel it is a glorified barn, fire hazard and eyesore but Sutyagin is determined to save his building and has erected a roof around the second floor that he says allows him to claim that everything above is decoration.

    Note the lookout tower for those pesky planners….

    Read Full Post | Make a Comment ( None so far )

    Bayi dalam perut buat isyarat V

    Posted on 23 August 2009. Filed under: Tunas Jiran, Uncategorized |

    Bayi dalam perut buat isyarat V Cetak
    Ditulis oleh Julieza Hayati
    Jumaat, 10 Julai 2009 07:21
    LONDON – Caroline Barnes yang bakal menjadi ibu terkejut apabila mendapati anak dalam kandungannya membuat isyarat keamanan atau V ketika dia membuat imbasan di sebuah hospital, lapor sebuah akhbar semalam.

    Ibu yang berumur 35 tahun dari Dulwich, tenggara London itu berkata: “Seorang jururawat tidak dapat menahan ketawa. Bayi itu memberi isyarat V sepanjang tempoh imbasan itu dibuat.”

    Isyarat itu pernah dibuat oleh Winston Churchill yang turut membawa maksud kemenangan ketika beliau menjadi Perdana Menteri Britain pada era Perang Dunia Kedua.

    Tunang Caroline iaitu Dave Wright berkata: “Kami tidak kisah apakah jantina anak kami. Namun kami perlu mengajarnya beberapa tingkah laku yang baik.” – Agensi

    Ozzay, ‘ Wacana Merentas Minda’

    Comments
    Read Full Post | Make a Comment ( None so far )

    Hamil selepas berenang di kolam

    Posted on 23 August 2009. Filed under: perpaduan, Uncategorized |

    Hamil selepas berenang di kolam Cetak
    Ditulis oleh Admin
    Jumaat, 10 Julai 2009 18:14
    WARSAW – Seorang wanita Poland bertindak menyaman sebuah hotel di Mesir setelah mendakwa anak gadisnya hamil selepas menggunakan kolam renang di hotel berkenaan, lapor sebuah akhbar semalam.

    Wanita itu, Magdalena Kwiatkowska meminta ganti rugi kerana anak perempuannya yang berumur 13 tahun hamil akibat sperma yang berkeliaran dalam kolam renang.

    “Ibu remaja itu yakin anaknya tidak mengadakan hubungan seks dengan lelaki ketika berada di Mesir.

    “Dia bertekad untuk meneruskan saman tersebut,” kata satu sumber industri pelancongan.

    Pihak berkuasa pelancongan di Warsaw, Poland mengesahkan menerima aduan ganjil itu. – Agensi

    Read Full Post | Make a Comment ( None so far )

    « Previous Entries

    Liked it here?
    Why not try sites on the blogroll...