AWAS: Penipuan Dalam Perniagaan Internet

Posted on 24 August 2009. Filed under: HYIP, Pelan Perniagaan, peluang perniagaan, Plan Perniagaan |

Seramai 11 individu terpaksa berputih mata apabila kerugian lebih RM15,000 akibat diperdaya seorang wanita ‘misteri’ yang menyamar kononnya membekal dan menjual barangan kosmetik berjenama dengan harga murah di Internet.

Difahamkan, wanita berusia 20-an itu mensasarkan remaja terutama di sekitar Lembah Klang sebagai mangsa kerana menganggap golongan berkenaan amat mengutamakan kecantikan wajah dan tubuh.

Wanita berkenaan dipercayai memburu mangsa melalui sebuah laman web berbentuk forum yang turut membincangkan isu kecantikan dan kesihatan termasuk menjual produk kosmetik berjenama.

Sejurus mangsa dikenal pasti, wanita yang menggunakan nama samaran ‘Kucing Comel’ itu menawarkan beberapa jenis barangan kosmetik dengan harga agak murah berbanding harga sebenar di pasaran.

Mangsa yang bersetuju kemudian diminta memasukkan wang dalam akaun bank diberi wanita berkenaan dan perlu menunggu antara dua hingga tiga minggu untuk proses penghantaran produk dipesan.

Bagaimanapun, sejurus memperoleh wang mangsa, wanita penipu terbabit terus menghilangkan diri dan gagal dikesan.

Perbuatan itu didedahkan 11 mangsa Kucing Comel ketika ditemui di Biro Pengaduan Awam MCA di sini, semalam.

Seorang daripada mereka, Cheong Wai Loon, 29, berkata dia mengenali wanita itu ketika menyertai forum berkenaan di laman web www.jbtalks.cc (JB forum) pada 4 Mei lalu.

“Pada waktu itu, saya bersetuju membeli barangan kosmetik ditawarkan Kucing Comel kerana mahu menghadiahkan kepada kekasih saya selain tertarik dengan harganya yang agak murah.

“Wanita itu meminta saya memasukkan wang RM2,600 ke akaun bank diberi dan memberitahu barangan terbabit akan diperoleh dalam masa dua atau tiga minggu,” katanya.

Menurut Cheong yang juga jurujual, selepas puas menunggu, barangan yang dijanjikan tidak sampai ke rumahnya lalu segera membuat laporan di Balai Polis Wangsa Maju untuk tindakan lanjut.

Sementara itu, Ketua Biro Aduan MCA, Datuk Michael Chong, berkata pihaknya akan mengumpul semua laporan polis dibuat mangsa dan menyerahkannya kepada Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Bukit Aman untuk tindakan lanjut. –Harian Metro

Make a Comment

Leave a Reply

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Liked it here?
Why not try sites on the blogroll...

%d bloggers like this: