Archive for March, 2010

Mercedes-Benz SLS AMG available in Malaysia for RM1,999,999!

Posted on 29 March 2010. Filed under: Pelan Perniagaan |

Mercedes-Benz SLS AMG available in Malaysia for RM1,999,999!

For that 2 million buckaroos with a ringgit change you get a 6.2 liter V8 producing 571 PS at 6,800rpm and 792Nm of torque at 4,750rpm. The motor is a M156 massaged to be extra special installed in the SLS, rechristened the M159. It gets a new intake system, revised valves and cams, and a dry sump instead of a wet sump. On the inside, there’s plenty of real metal and dead cow, Mercedes-Benz Malaysia assures.

The car you see above is the first right hand drive SLS AMG in the world and it’ll be on display rotation at various locations and showrooms in Malaysia. Look after the jump for photos and a video from the preview this morning.

sls-amg-21
sls-amg-30
sls-amg-33
sls-amg-23
sls-amg-04
sls-amg-20
sls-amg-18
sls-amg-26
sls-amg-36
sls-amg-31
sls-amg-34
sls-amg-28
sls-amg-02
sls-amg-17
sls-amg-14
sls-amg-24
sls-amg-06
sls-amg-11
sls-amg-09
sls-amg-27
sls-amg-03
sls-amg-01
sls-amg-25
sls-amg-32
sls-amg-22
sls-amg-10
sls-amg-05
sls-amg-12
sls-amg-13
sls-amg-37
sls-amg-16
sls-amg-07
sls-amg-35
sls-amg-19
sls-amg-38
sls-amg-08
sls-amg-29
sls-amg-15
Read Full Post | Make a Comment ( None so far )

Bank perlu kebenaran mahkamah untuk tarik kereta

Posted on 29 March 2010. Filed under: Banking |

2010/03/28

KUALA LUMPUR: Pindaan Akta Sewa Beli 1967 yang akan dibuat bakal menyaksikan institusi kewangan dan perbankan perlu mendapatkan kebenaran mahkamah terlebih dahulu sebelum bertindak menarik kenderaan pengguna yang gagal menjelaskan ansuran bulanan mereka. 

Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, berkata pindaan itu dibuat bagi melindungi pengguna terutama apabila berhadapan dengan penarik kereta yang bertindak ganas dan sewenang-wenang menarik kenderaan mereka.

“Isu tukang tarik kereta yang bertindak ganas dan tidak mengikut undang-undang menyebabkan pengguna berada dalam ketakutan apabila berhadapan dengan mereka dan tindakan mereka ini pula dibenarkan oleh pihak institusi kewangan. “Jadi kita akan pinda akta ini, bagi memperkenalkan peraturan yang lebih ketat dan tarik kereta hanya boleh dilakukan selepas mendapat kebenaran mahkamah,” katanya kepada pemberita selepas melancarkan Program Juara Rakyat “Bulan Agensi Kerajaan” Bahagian Wangsa Maju di sini hari ini. 

Bagaimanapun, beliau berkata kebenaran mahkamah itu mungkin hanya diberi kepada pengguna atau peminjam yang sudah menjelaskan lebih dari satu pertiga daripada jumlah keseluruhan pinjaman yang dibuat. 

“Kalau kurang dari satu per tiga, orang ini mungkin memang tidak berminat atau memang ada niat untuk tidak membayar, jadi kita tidak akan melindungi orang macam ini,” katanya. 

Beliau berkata, deraf pindaan itu yang akan diluluskan Jabatan Peguam Negara dijangka diterima pihaknya dalam minggu ini sebelum dibentang di Parlimen untuk bacaan kali pertama. 
“Kita mahu cepat, kalau boleh saya mahu bacaan kali kedua juga dilakukan dalam tahun ini, supaya pindaan akta ini dapat dikuatkuasakan dan dilaksanakan dengan segera bagi melindungi pengguna,” katanya. 

Ismail Sabri berkata, selepas pindaan itu dibentang dan diluluskan di Parlimen, pihaknya akan mengadakan perbincangan dengan institusi kewangan bagi memperkenalkan peraturan pinjaman terutama prosedur menarik kenderaan. 

Selain itu, Ismail Sabri berkata Akta Anti Keuntungan Berlebihan yang akan diperkenalkan akan membolehkan kerajaan mengambil tindakan undang-undang terhadap peniaga yang menaikkan harga sesuatu barang tanpa sebab munasabah. 

“Contohnya, apabila H1N1 menular dalam negara, peniaga mengambil peluang menaikkan harga topeng mulut, dari 50 sen kepada RM5, ini yang kita cuba elak. 

“Sekarang ini kita tidak ada undang-udang untuk menyekat, tapi apabila akta ini diperkenal, peniaga boleh dikenakan tindakan jika menaikkan harga barang sesuka hati,” katanya. – Bernama 


Read Full Post | Make a Comment ( None so far )

50,000 kena tipu

Posted on 29 March 2010. Filed under: Finance, HYIP, Pelaburan, Pelan Perniagaan, peluang perniagaan, Pendapatan Aktif, Plan Perniagaan |

Oleh Rohaniza Idris roha@bharian.com.my

2010/03/28

Pelabur rugi lebih RM100 juta sertai pelaburan sejak dua tahun lalu

KUALA LUMPUR: Kira-kira 50,000 pelabur kerugian lebih RM100 juta kerana menyertai pelaburan penternakan cacing, lintah, sarang burung layang-layang, lembu dan kafe ala kopitiam di seluruh negara sejak dua tahun lalu. Menggunakan status syarikat skim berkepentingan, lima syarikat terbabit dipercayai menyalahgunakan lesen perniagaan masing-masing, walaupun berdaftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM). Pengarah Kanan Penguatkuasaan SSM, Mohammad Redzuan Abdullah, berkata dua daripada syarikat itu sudah didakwa dan beberapa lagi akan dihadapkan ke mahkamah tidak lama lagi. Katanya, satu daripada lima syarikat berkenaan, Island Red Cafe Franchise Sdn Bhd sudah didakwa di Mahkamah Majistret Ampang atas tiga pertuduhan menipu dan memperdayakan pelabur membabitkan pelaburan RM16 juta. Baru-baru ini, SSM menyerbu Hadhari Cattle Industry Sdn Bhd dan Hadhari Agro Holding Sdn Bhd kerana dipercayai mempengaruhi orang awam untuk melabur dalam skim ‘Projek Pembangunan Usahawan’. Difahamkan, pelabur skim itu tidak menerima pulangan seperti dijanjikan pengurusan syarikat berkenaan. Mohammad Redzuan berkata, modus operandi lima syarikat berkenaan ialah menawarkan saham serendah RM1,000 seunit dan menjanjikan pulangan sehingga 10 kali ganda daripada nilai pelaburan, selain insentif lain seperti kupon makanan, pakej pelancongan dan kad diskaun. Ada syarikat menawarkan pakej pembayaran pelaburan secara ansuran bulanan untuk menarik lebih ramai menyertai skim mereka, malah sesetengah syarikat menggunakan kaedah perniagaan pelbagai peringkat (MLM) dengan pelbagai strategi pemasaran, termasuk menggunakan selebriti dan VIP. Serentak itu, SSM kini memburu syarikat yang menganjurkan skim pelaburan sedemikian atau menyalahgunakan skim berkepentingan, terutama dalam sektor pertanian dan inovasi baru. Beliau berkata, sepanjang tahun lalu, SSM menerima 90 aduan membabitkan skim pelaburan berkepentingan dan daripada jumlah itu, 60 adalah syarikat yang tidak tahu mereka melanggar peraturan skim berkepentingan serta diberi notis sebelum mematuhi mengikut peraturan ditetapkan SSM. “Bagaimanapun, kebanyakan daripada 60 syarikat itu mengambil keputusan menutup operasi dan tidak meneruskan skim berkepentingan, sebaliknya meneruskan perniagaan seperti biasa mengikut Akta Syarikat 1965. “Selain itu, 10 syarikat dikenal pasti degil dan meneruskan skim berkepentingan. Notis sudah dikeluarkan dan ada yang meminta diberi tempoh untuk mematuhi syarat ditetapkan. “Bagi yang masih ingkar, kita sudah mengumpulkan bukti dan saksi untuk mendakwa mereka di mahkamah,” katanya. Beliau berkata, Polis Diraja Malaysia (PDRM) turut menerima aduan kes itu, tetapi sukar bertindak kerana kekurangan bukti sebelum menyalurkan maklumat kepada SSM bagi membolehkan tindakan diambil. Selain polis, SSM bekerjasama dengan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) serta Bank Negara jika kes membabitkan aktiviti pengambilan deposit haram atau melanggar peraturan Akta Bank dan Institusi Kewangan 1989 (Bafia), Suruhanjaya Sekuriti (SC) dan Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani. Beliau berkata, ramai pelabur tidak mengetahui skim berkepentingan hanya boleh dijalankan syarikat berstatus berhad (Bhd), bukannya syarikat sendirian berhad (Sdn) atau berstatus syarikat perniagaan tunggal. “Syarikat yang menganjurkan skim berkenaan perlu mempunyai prospektus, surat ikatan amanah antara pelabur dengan syarikat dan terma serta pemegang amanah syarikat. Jika ketiga-tiga syarat tidak dipenuhi, pelabur tidak wajar menyertai skim kepentingan ini,” katanya. Beliau mendedahkan kebanyakan syarikat yang menganjurkan skim berkepentingan berdaftar dengan SSM, namun statusnya sebagai syarikat sendirian berhad tidak melayakkannya menganjurkan skim itu. Justeru, katanya, pengguna perlu menyemak dengan SSM jika ditawarkan mana-mana pelaburan skim berkepentingan untuk mengetahui status syarikat yang menganjurkan skim pelaburan itu. “SSM memandang berat kes ini kerana mahu melindungi kepentingan pelabur, terutama berpendapatan rendah atau mereka yang melabur menggunakan wang pencen, gratuiti, wang simpanan dan pelaburan dalam Amanah Saham Bumiputera (ASB),” katanya.

Read Full Post | Make a Comment ( None so far )

Liked it here?
Why not try sites on the blogroll...