Archive for March, 2011

Syarikat FOREX Gulung Tikar, Pelabur Gigit Jari

Posted on 10 March 2011. Filed under: AROUND SABAH |

MASALAH para pelabur Malaysia yang menggigit jari dalam dagangan mata wang asing (forex) kelolaan sebuah firma milik rakyat negara itu di sini, kini menjadi perbualan hangat di ruang siber.

Maki hamun, tohmahan, sumpah seranah dan kutuk mengutuk menjadi bahan utama dalam sekitar 20 blog yang berasal dari Kuala Lumpur itu.

Sasaran utama mereka ialah pemilik syarikat GECS Limited, Encik Fauzi Abdullah, 38 tahun tidak dapat dikesan keberadaannya selepas masalah yang melanda skim kelolaannya disiarkan menerusi satu siri laporan bermula April tahun lalu.

Sebelum gulung tikar dan menutup pejabatnya di tingkat 16 High Street Centre, nama firmanya dikenali sebagai Metz Global Pte Ltd yang didaftarkan di sini.

Dagangan forex kelolaannya, yang menawarkan dividen 10 hingga 15 peratus sebulan, sebelum ini adalah atas nama firma GECS Limited yang didaftarkan di kepulauan British Virgin Island.

Dagangan forex itu menarik sekitar 1,000 pelabur yang dipercayai melabur sekitar RM22 juta ($10 juta) bagi ‘cepat kaya’ kerana terpikat dengan dividen 10 hingga 15 peratus sebulan tang ditawarkan.

Para pelabur terdiri daripada pelbagai lapisan – orang biasa, penjaja, pegawai kerajaan, orang kenamaan daripada pangkat Dato’ hingga Tan Seri.

Pemeriksaan Berita Harian mendapati banyak blog itu memuat turun bulat-bulat laporan berjudul Pengarah firma ‘lesap’, pejabat gelap-gelita yang disiarkan Berita Harian pada 7 Mei tahun lalu.

Dalam blog CariGold.com, seorang pengunjung, Zayed, bertanya: ‘Mana lawyer niiii…… pi la upah lawyer kat Singapore… saman GECS…. upah Karpal Singh pun okkkk….

‘Undeng-undeng Singapore sangat hebat!!!!!!!! apa lagi…’

Seorang lagi pengunjung, Hafizuka berkata: ‘Tak bangga ke ada anak Melayu cam Encik Fauzi yang mampu buka GECS dan Metz Global dan bagi pulangan 10 hingga 15 peratus setiap bulan!’

Azam Gamat dalam forum CariGold pula berkata: ‘Punah duit aku RM10,000 nak kumpul bertahun-tahun, tapi nak hilang sekelip mata. Aduh!! nasib-nasib!!’

Rata-rata mereka menyifatkan dagangan kelolaan firma tersebut sebagai satu skim cepat kaya – bukan skim pelaburan tulen.

Namun, tiada seorang pun warga Singapura yang menyertai dagangan forex tersebut – kesemuanya rakyat Malaysia.

Seorang lagi pengunjung forum CariGold yang hanya dikenali sebagai Bijakasb berkata: ‘Orang Singapura tu pandai… dia orang dah tahu mana ada jalan short cut nak kaya. -BHS

 

Read Full Post | Make a Comment ( None so far )

Kereta mengkuang

Posted on 10 March 2011. Filed under: AROUND SABAH |

Whoots! Hairan ada, lawak pun ada bila nengok gambar-gambar yang kami terima melalui emel ni. Yer la, tiba-tiba je nengok kereta mengkuang. Haruslah ‘jakun’ sekejap dibuatnya kan.

Tertanya-tanya juga samada kereta mengkuang ni boleh guna atau tak? Boleh drive ke tak? Atau ianya dibuat untuk hiasan sajork. Huhu.. Apa-apa pun, jom layan lagi gambar kat bawah ni.

 

Read Full Post | Make a Comment ( None so far )

Waspada: Virus Komputer Yang Membawa Rakannya Bersama

Posted on 10 March 2011. Filed under: AROUND SABAH |

Print

Virus komputer yang satu ini amat unik. Tidak hanya mengganggu komputer mangsanya, virus tersebut juga punya senjata pemusnah yang lebih berbahaya. Jika komputer seseorang disambungkan ke internet, virus tersebut bakal memuat-turun virus lain.

Hebatnya, nama dan jenis virus yang di-download berbeza-beza untuk setiap komputer target baik dari nama maupun ukurannya. Hal inilah yang menyebabkan banyak program antivirus sekalipun sulit untuk melakukan deteksi dan pembersihan. Jika fail tersebut berhasil di download, maka secara automatik akan di aktifkan di komputer dan melakukan serangkaian kod jahat yang sudah ditanam di dalam tubuhnya.

Secara umum virus golongan trojan/backdoor ini cukup merepotkan. Ia akan selalu melakukan koneksi ke internet untuk memanggil alamat website yang sudah ditentukan yang akan ditampilkan secara terus menerus sehingga mengakibatkan komputer menjadi lambat. Pada saat diakses virus ini akan menginjeksi file yang mempunyai ekstensi EXE, DLL, dan HTM/HTML baik berupa file program maupun file system Windows sehingga diperlukan langkah pembersihan khusus.

Ciri dan gejala

Antivirus mendeteksi virus ini sebagai Win32.Siggen.8 sedangkan untuk file-file lain dikenali sebagai Trojan.Packed.21232, Trojan.Hotrend.34 atau Trojan.Starter.1602 sehingga disebut W32/Ramnit (Win32.Siggen.8). Berikut beberapa ciri dan gejala jika komputer terinfeksi virus W32/Ramnit (Win32.Siggen.8)

1. Akan menampilkan aplikasi Internet Explorer yang berisi penawaran atau iklan pelaburan, game dan program-program promosi (terkadang menampilkan iklan porno) dalam jumlah yang banyak secara terus menerus selama komputer terkoneksi internet sehingga menghabiskan banyak bandwidth untuk iklan yang ditampilkan dan mengakibatkan akses internet menjadi lambat.

2. Icon Removable media (USB Flash) berubah menjadi icon Folder.

3. User tidak dapat mengakses USB Flash dengan menampilkan pesan “Access is denied”

4. Muncul pesan “Compressed (zipped) Folders” pada saat mengakses Flash disk

5. Muncul banyak fail dengan nama fail “Copy of Shortcut to (1).lnk” s/d “Copy of Shortcut to (4).lnk” di USB Flash.

6. Salah satu hal yang unik dan membuat virus ini sangat mudah aktif dan sulit dibasmi adalah setiap kali pengguna melakukan klik kanan, selain menampilkan menu klik kanan, secara tidak langsung pengguna komputer juga menjalankan virus ini.

Untuk menyebarkan dirinya, ia akan menggunakan USB Flash dengan memanfaatkan ciri autorun Windows.

Cara membersihkan

Seperti yang sudah dijelaskan bahwa virus ini akan menginjeksi fail yang mempunyai ekstensi EXE, DLL dan HTM/HTML baik file program maupun file system Windows. Oleh kerana itu sebaiknya pembersihan dilakukan pada mode DOS.

Untuk mempermudah pembersihan silahkan gunakan Windows Mini PE Live CD (silakan search di Internet). Kemudian download tools Dr.Web CureIt! dan sebaiknya dilakukan di komputer yang tidak terinfeksi virus. Agar tools Dr.Web CureIt! tidak terinfeksi, sebaiknya di ZIP dan di-password.

1. Agar pembersihan dapat dilakukan optimal, sebaiknya scan semua HDD termasuk USB Flash maupun HDD eksternal, hal ini disebabkan virus ini akan memasukkan beberapa fail di USB Flash atau HDD eksternal.

2. Sebelum melakukan pembersihan sebaiknya sekat fail duplikat virus dengan menggunakan ciri “Software Restriction Policies”. Ciri ini hanya ada pada sistem operasi Windows XP Pro, Vista, 7, Server 2003 dan Server 2008 dengan cara sebagai berikut:

· Klik menu [Start]

· Klik [Run]

· Pada dialog box RUN, ketik SECPOL.MSC kemudian klik tombol [OK]

· Setelah muncul layar “Local Security Policy”, klik kanan menu “Software Restriction Policies” dan klik “Create New Policies” atau “New Software Restriction Policies” jika menggunakan Windows Vista/7

· Kemudian klik kanan pada menu “Additional Rules”, kemudian pilih “New Hash Rule…”

· Kemudian akan muncul layar “New Hash Rule”. Pada kolom ”File Hash”, klik tombol [Browse] dan tentukan salah satu file duplikasi virus yang mempunyai icon ”Folder” dengan ukuran 105 KB (contoh C:-Windows-Explorermgr.exe) kemudian klik tombol [Open]. Pada kolum ”Security Level”, pilih [Disallowed]. Kemudian klik tombol [OK]

3. Hubungkan USB Flash dan HDD eksternal ke komputer.

4. Gunakan Dr Web Live CD untuk membasmi virus ini dengan sempurna. Silakan download software tersebut di alamat http://www.freedrweb.com/livecd/?lng=en

Anda disarankan untuk selalu mendownload Dr Web Live CD yang baru setiap kali ingin menggunakan untuk membersihkan dan membasmi virus. Jika anda menggunakan DR Web Live CD yang lama, maka definisi virus yang terkandung di dalam CD tersebut akan mengikuti saat terakhir anda download Dr Web Live CD tersebut.

Alternatif lain adalah anda menggunakan software antivirus Dr Web berbayar yang didistribusikan oleh virusICU http://www.virusICU.com.

a. Setelah software Dr.Web LiveCD berhasil di download, burn kedalam CD/DVD
b. Hubungkan USB Flash dan HDD eksternal ke komputer
c. Booting komputer melalui CD/DVD ROM
d. Kemudian akan muncul layar “Welcome to Dr.Web LiveCD”
e. Pilih “Dr.Web LiveCD (Default)” kemudian tekan tombol “Enter” pada keyboard
f. Tunggu beberapa saat sampai muncul interface Dr.Web LiveCD yang akan menampilkan aplikasi “Dr.Web Scanner” secara automatik. Dr.Web Scanner ini berfungsi untuk melakukan pemeriksaan terhadap komputer anda dari kemungkinan adanya virus.
g. Untuk Scan HDD, pada layar “Dr.Web Scanner” pilih lokasi Drive yang akan di periksa dan pastikan anda check list opsi “Scan subdirectories” agar Dr.Web dapat melakukan pemeriksaan terhadap direktori dan subdirektori agar pembersihan lebih optimal.
Jika layar Dr.Web Scanner tidak muncul klik ganda icon “Dr.Web Scanner” yang terdapat pada Desktop.
h. Kemudian klik tombol [Start] untuk memulai proses pemeriksaan (scan)
i. Tunggu beberapa saat sampai proses scan selesai dilakukan. Jika ditemukan adanya virus, Dr.Web akan memaklumkan file yang terinfeksi dan jenis virus yang menginfeksi pada kolom informasi virus yang tersedia.
j. Klik tombol [Select All] untuk memilih semua objek/file yang akan di bersihkan atau Anda dapat menentukan file mana saja yang akan Anda bersihkan dengan check list pada pilihan yang tersedia
k. kemudian klik tombol [Cure] untuk membersihkan file yang telah terinfeksi virus
l. Tunggu sampai proses pembersihan selesai dilakukan
m. Scan ulang komputer untuk memastikan komputer bersih dari virus
n. Restart komputer.

 

Read Full Post | Make a Comment ( None so far )

Jadi bilioanir jual laman web

Posted on 10 March 2011. Filed under: AROUND SABAH |

LONDON – Seorang usahawan Internet, Andrew Mason, 29, bakal mengikuti jejak langkah pengasas laman sosial Facebook, Mark Zuckerberg, 26, dengan menjadi bilionair apabila dia bersetuju untuk menjual laman web beliau kepada enjin carian Internet, Google, lapor sebuah akhbar semalam.

Mason dikatakan bersetuju untuk menjual laman web bernama Groupon itu kepada Google dengan harga £4.1 billion (RM20.2 billion).

Beliau sebelum ini turut dilaporkan menolak tawaran daripada sebuah lagi enjin carian Internet, Yahoo kerana ia hanya menawarkan sebanyak £1.3 billion (RM6.4 billion) untuk membeli laman web terbabit.

Laman web yang telah dibina sejak dua tahun lalu itu telah menawarkan sebanyak 1,000 peluang pekerjaan di tempat kelahiran Mason iaitu Chicago, Amerika Syarikat selain digunakan oleh 2.5 juta pengguna di Britain.

Bagaimanapun kerana kelebihan yang ditawarkan seperti diskaun pembelian tiket wayang dan pelbagai barangan lain melalui Internet sehingga 90 peratus, jumlah pelayar kini semakin bertambah sebanyak 10 peratus setiap minggu.

Bagaimanapun, ia masih tidak boleh menyaingi Facebook kerana laman sosial itu kini bernilai £32 billion (RM158.1 bilion). – Agensi

 

Read Full Post | Make a Comment ( None so far )

Dana Rakyat 1Malaysia Diwujudkan Untuk Bantu Pengguna Mendapat Hak Di Mahkamah

Posted on 10 March 2011. Filed under: AROUND SABAH |

KUALA LUMPUR, 8 Mac (Bernama) — Dana Rakyat 1Malaysia akan menanggung kos guaman bagi membantu pengguna yang berjaya mendapat tuntutan di Tribunal Tuntutan Pengguna Malaysia tetapi hak itu dicabar di Mahkamah Tinggi oleh peniaga atau pembekal.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata dana itu yang ditubuhkan dengan kerjasama kementerian dengan Majlis Peguam dan Bank Kerjasama Rakyat Malaysia (Bank Rakyat) akan dimulakan dengan peruntukan sebanyak RM10,000.

Dana itu adalah daripada Bank Rakyat dan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM), katanya kepada pemberita selepas menyaksikan upacara menandatangani perjanjian persefahaman antara ketiga-tiga pihak itu di sini pada Selasa.

Majlis Peguam diwakili Presidennya K. Ragunath, Bank Rakyat diwakili oleh Pengarah Urusan Datuk Kamaruzaman Che Mat manakala kementerian diwakili oleh Timbalan Ketua Setiausaha Datuk Daud Tahir.

Ismail Sabri dalam ucapannya pada majlis itu berkata dana itu bertujuan membantu pengguna yang terpaksa menanggung kos guaman yang tinggi antara RM10,000 hingga RM30,000 apabila sesuatu permohonan semakan kehakiman difailkan oleh pihak pembekal atau perkhidmatan.

Ismail Sabri berkata dengan kerjasama ini “pengguna yang kurang kemampuan akan mendapat pembelaan sehingga ke Mahkamah Tinggi, Mahkamah Rayuan dan jika perlu Mahkamah Persekutuan dengan hanya membayar RM5 sahaja.”

Melalui program ini Majlis Peguam akan menyediakan perkhidmatan guaman secara percuma dan Bank Rakyat akan membayar balik kepada Majlis Peguam untuk bayaran fee mahkamah yang dikenakan bagi sesuatu kes melalui dana ini, katanya.

Beliau berkata tindakan ini diambil adalah kerana kira-kira 130 kes daripada 56,415 kes yang difailkan kepada tribunal dibawa ke Mahkamah Tinggi untuk semakan kehakiman.

“Walaupun angka ini kecil, ia tetap merupakan beban kewangan yang besar kepada pengguna,” katanya.

Walau bagaimanapun tribunal itu berjaya menyelesaikan sebanyak 55,603 kes atau 98.56 peratus daripada 56,415 kes yang difailkan, katanya.

Beliau berkata sejak penubuhan tribunal tuntutan itu pada 1999, sebanyak RM257.124 juta nilai tuntutan diterima dan daripada jumlah itu RM142.338 juta bayaran dikeluarkan kepada penuntut.

Selain itu, beliau berkata beberapa penambahbaikan dilakukan ke atas TTPM bagi memenuhi kehendak pengguna termasuk mengurangkan tempoh penyelesaian kes daripada 60 hari pendengaran kepada 40 hari daripada tarikh pemfailan.

Selain memberikan perkhidmatan kepada penduduk luar bandar, dengan membuka tujuh cawangan kecil pada tahun lepas, dan 10 cawangan tahun ini iaitu di Taiping dan Manjung di Perak, Batu Pahat dan Muar di Johor, Port Dickson di Negeri Sembilan, Keningau di Sabah, Kulim di Kedah, Sri Aman di Sarawak serta Gombak dan Kuala Kubu Bharu di Selangor.

Selain mengadakan usahasama untuk mengoptimumkan penggunaan bilik mahkamah iaitu mengguna pakai Mahkamah Buruh, Mahkamah Perusahaan dan Tribunal Tuntutan Pembeli Rumah untuk mendengar dan memutuskan kes-kes pengguna.

“Ini akan menjimatkan perbelanjaan, kos penginapan dan lain-lain kos sampingan bagi pengguna yang ingin memfailkan kes mereka di TTPM,” katanya.

— BERNAMA

 

© 2011 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara.

PenafianDasar PrivasiDasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA

Read Full Post | Make a Comment ( None so far )

Rahsia Memborong di China

Posted on 10 March 2011. Filed under: AROUND SABAH |

Rahsia Memborong di China – Kenapa Pentingnya Usahawan Memborong dari Sumber ? Memborong adalah satu cabang dalam perniagaan yang sangat penting bagi usahawan. Sama pentingnya seperti bidang pemasaran.

Jika anda membeli satu produk dengan harga RM 200 dan menjualnya dengan harga RM 300. Anda mendapat RM 100 keuntungan hasil dari pemasaran yang dilakukan.

Namun jika anda juga mengambil berat mengenai pemborongan. Barangan yang anda beli dengan harga RM 200 itu tadi mungkin dapat dibeli dengan harga hanya RM 100. Dan jika anda menjualnya dengan harga sama RM 300. Keuntungan anda sudah berganda menjadi RM 200.

Jadi pemborongan adalah juga satu bidang yang dapat meningkatkan jurang keuntungan anda.

Jika anda seorang usahawan yang berkecimpung dalam bidang jual-beli barangan, anda tidak boleh mengelak dari memborong dari sumber.

Sumber ini bermaksud, tempat sesuatu barangan itu dibuat. Pada masa kini, China adalah kilang kepada dunia. Hampir 60-70 % barangan disekeliling kita ini diperbuat dari China.

Saya pernah ke India, Thailand dan Vietnam untuk melihat potensi memborong dari sana, tetapi saya agak kecewa.

India tidak mempunyai infrastruktur yang memudahkan usahawan untuk memborong di sana. Walaupun harganya boleh setanding China, namun dari segi kualiti dan design nya agak tidak menepati pasaran di Malaysia.

Di Vietnam dan Bangkok pula, pasaran borongnya agak kecil dan terhad. Harganya pula jauh lebih mahal jika nak dibandingkan dengan China.

Jadi China adalah pilihan utama yang paling sesuai dan menepati pasaran kita. Orang Cina di Malaysia dan usahawan seluruh dunia sudah lama meneroka pasaran ini. Namun usahawan Melayu masih berteka-teki untuk meneroka pasaran ini.

Memborong di China bukanlah sesuatu yang sukar. China adalah sebuah negara moden yang terbuka dan terdapat ramai penjual di sana yang menanti untuk melayani anda.

Satu perkara yang menarik di China adalah polisi kerajaan China yang menyediakan kompleks-kompleks yang dibina khas untuk usahawan asing datang memborong di China. Kompleks-kompleks ini diasingkan mengikut jenis produk, samada kasut, jam tangan, baju, kain/fabrik, alat permainan, perabot, barangan hotel dan hardware mempunyai plaza memborongnya yang tersendiri.

Namun perlu juga diakui, China adalah sebuah negara yang berlain dari segi cara berniaga, budaya, bahasa, mindset, sejarah dan ekonomi. Untuk lebih berjaya dalam pemborongan kita perlu belajar memahami iklim setempat negara ini.

Kenapa Memborong dari China ?

1. Murah

Barangan di China adalah yang termurah di dunia. Namun pemborongan bukanlah bermakna anda ke China sekali, berjumpa dengan penjual di sana sekali dan ini jaminan anda untuk mendapat harga murah.

Harga murah yang sebenar akan didapati selepas anda beberapa kali berurusan dengan mereka. Mereka di China lebih menumpukan kepada peniaga yang ingin berurusan untuk jangka masa panjang dan dalam kuantiti yang banyak.

Dengan margin keuntungan yang tinggi, anda akan dapat lebih banyak keuntungan, dengan lebih banyak keuntungan, anda dapat mengembangkan perniagaan anda. Anda juga boleh bersaing dengan pesaing anda dari bangsa lain dengan sama rata.

Terdapat senario di mana usahawan merungut dengan pesaingnya yang menjual dengan harga yang lebih rendah dari harga modal yang diperolehi dari usahawan ini. Sebenarnya itu bukan keadaannya, keadaannya adalah, pesaing itu mengambil barangan dari sumber, manakala usahawan ini mengambil barangan ini dari pembekal/orang tengah.

2. Pilihan yang luas

Di China, pilihan yang ditawarkan oleh peniaga di sana tersangat luas. Cuba bayangkan jika anda ingin memborong dari Yiwu. Jika anda berhenti selama 2 minit di sebuah kedai, anda perlukan tempoh 3 tahun untuk menghabiskan semua kedai-kedai yang ada.

Dengan pilihan yang banyak seperti ini, anda boleh menjadikan perniagaan anda lebih kreatif dan anda boleh menepati kehendak pasaran dan pelanggan anda. Anda tidak lagi perlu bergantung kepada barangan yang dilonggokkan oleh pembekal anda di Malaysia.

Contohnya jika anda seorang pengusaha butik, anda boleh memilih kain yang anda ingin letakkan di butik anda dari jutaan pilihan yang ada. Namun jika anda mengambil dari orang tengah, anda hanya dapat menjual apa yang dibekalkan. Lagi teruk pula jika pembekal ini juga menjual barangan yang sama kepada pesaing anda. Tidakkah mempunyai pilihan ini satu kelebihan bagi perniagaan kita ?

3. Kualiti Barangan Yang Semakin Baik

“Made in China” sudah menjadi satu trademark untuk barangan murah dan berkualiti rendah. Tetapi ramai tidak tahu menahu bahawa jenama-jenama besar seperti Adidas, Nike, Reebok, Puma, Timberland dan Apple juga menghasilkan barangan mereka di China.

Jadi di China sebenarnya terdapat barangan yang berkualiti rendah dan barangan berkualiti tinggi juga. Kita sebagai pemborong adalah penentu untuk memilih barangan yang berkualit tinggi atau yang berkualiti rendah mengikut kesesuaian pasaran kita.

4. Teknologi Tinggi

Barangan di China juga sekarang semakin tinggi kualitinya. Persaingan yang tinggi di Chna dan meningkatnya permintaan dari pasaran seluruh dunia, menjadikan pembekal di China mencari jalan untuk menjadi lebih kreatif dengan meningkatkan teknologi barangan yang dikeluarkan.

Barangan baru seperti telefon bimbit mempunyai ciri-ciri yang jauh lebih baik daripada ciri-ciri yang ada pada telefon jenama besar walaupun harganya jauh lebih rendah. Dalam masa beberapa tahun lagi pula, kualiti dan teknologi di China akan menjadi lebih baik dari apa yang dicipta di negara barat.

Jadi ini adalah peluang yang baik bagi usahawan Malaysia untuk menjadi pendahulu pasaran. Usahawan yang menjadi pendahulu pasaran, adalah usahawan yang bakal mendapat keuntungan yang paling tinggi sebelum sesuatu pasaran menjadi tepu dengan persaingan. Jadi usahawan perlu mengarap peluang untuk menjadi pendahulu pasaran.

Oleh: shahabudeenjalil (tranungkite)

 

Read Full Post | Make a Comment ( None so far )

Liked it here?
Why not try sites on the blogroll...