Dana Rakyat 1Malaysia Diwujudkan Untuk Bantu Pengguna Mendapat Hak Di Mahkamah

Posted on 10 March 2011. Filed under: AROUND SABAH |

KUALA LUMPUR, 8 Mac (Bernama) — Dana Rakyat 1Malaysia akan menanggung kos guaman bagi membantu pengguna yang berjaya mendapat tuntutan di Tribunal Tuntutan Pengguna Malaysia tetapi hak itu dicabar di Mahkamah Tinggi oleh peniaga atau pembekal.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata dana itu yang ditubuhkan dengan kerjasama kementerian dengan Majlis Peguam dan Bank Kerjasama Rakyat Malaysia (Bank Rakyat) akan dimulakan dengan peruntukan sebanyak RM10,000.

Dana itu adalah daripada Bank Rakyat dan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM), katanya kepada pemberita selepas menyaksikan upacara menandatangani perjanjian persefahaman antara ketiga-tiga pihak itu di sini pada Selasa.

Majlis Peguam diwakili Presidennya K. Ragunath, Bank Rakyat diwakili oleh Pengarah Urusan Datuk Kamaruzaman Che Mat manakala kementerian diwakili oleh Timbalan Ketua Setiausaha Datuk Daud Tahir.

Ismail Sabri dalam ucapannya pada majlis itu berkata dana itu bertujuan membantu pengguna yang terpaksa menanggung kos guaman yang tinggi antara RM10,000 hingga RM30,000 apabila sesuatu permohonan semakan kehakiman difailkan oleh pihak pembekal atau perkhidmatan.

Ismail Sabri berkata dengan kerjasama ini “pengguna yang kurang kemampuan akan mendapat pembelaan sehingga ke Mahkamah Tinggi, Mahkamah Rayuan dan jika perlu Mahkamah Persekutuan dengan hanya membayar RM5 sahaja.”

Melalui program ini Majlis Peguam akan menyediakan perkhidmatan guaman secara percuma dan Bank Rakyat akan membayar balik kepada Majlis Peguam untuk bayaran fee mahkamah yang dikenakan bagi sesuatu kes melalui dana ini, katanya.

Beliau berkata tindakan ini diambil adalah kerana kira-kira 130 kes daripada 56,415 kes yang difailkan kepada tribunal dibawa ke Mahkamah Tinggi untuk semakan kehakiman.

“Walaupun angka ini kecil, ia tetap merupakan beban kewangan yang besar kepada pengguna,” katanya.

Walau bagaimanapun tribunal itu berjaya menyelesaikan sebanyak 55,603 kes atau 98.56 peratus daripada 56,415 kes yang difailkan, katanya.

Beliau berkata sejak penubuhan tribunal tuntutan itu pada 1999, sebanyak RM257.124 juta nilai tuntutan diterima dan daripada jumlah itu RM142.338 juta bayaran dikeluarkan kepada penuntut.

Selain itu, beliau berkata beberapa penambahbaikan dilakukan ke atas TTPM bagi memenuhi kehendak pengguna termasuk mengurangkan tempoh penyelesaian kes daripada 60 hari pendengaran kepada 40 hari daripada tarikh pemfailan.

Selain memberikan perkhidmatan kepada penduduk luar bandar, dengan membuka tujuh cawangan kecil pada tahun lepas, dan 10 cawangan tahun ini iaitu di Taiping dan Manjung di Perak, Batu Pahat dan Muar di Johor, Port Dickson di Negeri Sembilan, Keningau di Sabah, Kulim di Kedah, Sri Aman di Sarawak serta Gombak dan Kuala Kubu Bharu di Selangor.

Selain mengadakan usahasama untuk mengoptimumkan penggunaan bilik mahkamah iaitu mengguna pakai Mahkamah Buruh, Mahkamah Perusahaan dan Tribunal Tuntutan Pembeli Rumah untuk mendengar dan memutuskan kes-kes pengguna.

“Ini akan menjimatkan perbelanjaan, kos penginapan dan lain-lain kos sampingan bagi pengguna yang ingin memfailkan kes mereka di TTPM,” katanya.

— BERNAMA

 

© 2011 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara.

PenafianDasar PrivasiDasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA

Make a Comment

Leave a Reply

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Liked it here?
Why not try sites on the blogroll...

%d bloggers like this: