Rahsia Memborong di China

Posted on 10 March 2011. Filed under: AROUND SABAH |

Print
ShareThis

Rahsia Memborong di China – Kenapa Pentingnya Usahawan Memborong dari Sumber ? Memborong adalah satu cabang dalam perniagaan yang sangat penting bagi usahawan. Sama pentingnya seperti bidang pemasaran.

Jika anda membeli satu produk dengan harga RM 200 dan menjualnya dengan harga RM 300. Anda mendapat RM 100 keuntungan hasil dari pemasaran yang dilakukan.

Namun jika anda juga mengambil berat mengenai pemborongan. Barangan yang anda beli dengan harga RM 200 itu tadi mungkin dapat dibeli dengan harga hanya RM 100. Dan jika anda menjualnya dengan harga sama RM 300. Keuntungan anda sudah berganda menjadi RM 200.

Jadi pemborongan adalah juga satu bidang yang dapat meningkatkan jurang keuntungan anda.

Jika anda seorang usahawan yang berkecimpung dalam bidang jual-beli barangan, anda tidak boleh mengelak dari memborong dari sumber.

Sumber ini bermaksud, tempat sesuatu barangan itu dibuat. Pada masa kini, China adalah kilang kepada dunia. Hampir 60-70 % barangan disekeliling kita ini diperbuat dari China.

Saya pernah ke India, Thailand dan Vietnam untuk melihat potensi memborong dari sana, tetapi saya agak kecewa.

India tidak mempunyai infrastruktur yang memudahkan usahawan untuk memborong di sana. Walaupun harganya boleh setanding China, namun dari segi kualiti dan design nya agak tidak menepati pasaran di Malaysia.

Di Vietnam dan Bangkok pula, pasaran borongnya agak kecil dan terhad. Harganya pula jauh lebih mahal jika nak dibandingkan dengan China.

Jadi China adalah pilihan utama yang paling sesuai dan menepati pasaran kita. Orang Cina di Malaysia dan usahawan seluruh dunia sudah lama meneroka pasaran ini. Namun usahawan Melayu masih berteka-teki untuk meneroka pasaran ini.

Memborong di China bukanlah sesuatu yang sukar. China adalah sebuah negara moden yang terbuka dan terdapat ramai penjual di sana yang menanti untuk melayani anda.

Satu perkara yang menarik di China adalah polisi kerajaan China yang menyediakan kompleks-kompleks yang dibina khas untuk usahawan asing datang memborong di China. Kompleks-kompleks ini diasingkan mengikut jenis produk, samada kasut, jam tangan, baju, kain/fabrik, alat permainan, perabot, barangan hotel dan hardware mempunyai plaza memborongnya yang tersendiri.

Namun perlu juga diakui, China adalah sebuah negara yang berlain dari segi cara berniaga, budaya, bahasa, mindset, sejarah dan ekonomi. Untuk lebih berjaya dalam pemborongan kita perlu belajar memahami iklim setempat negara ini.

Kenapa Memborong dari China ?

1. Murah

Barangan di China adalah yang termurah di dunia. Namun pemborongan bukanlah bermakna anda ke China sekali, berjumpa dengan penjual di sana sekali dan ini jaminan anda untuk mendapat harga murah.

Harga murah yang sebenar akan didapati selepas anda beberapa kali berurusan dengan mereka. Mereka di China lebih menumpukan kepada peniaga yang ingin berurusan untuk jangka masa panjang dan dalam kuantiti yang banyak.

Dengan margin keuntungan yang tinggi, anda akan dapat lebih banyak keuntungan, dengan lebih banyak keuntungan, anda dapat mengembangkan perniagaan anda. Anda juga boleh bersaing dengan pesaing anda dari bangsa lain dengan sama rata.

Terdapat senario di mana usahawan merungut dengan pesaingnya yang menjual dengan harga yang lebih rendah dari harga modal yang diperolehi dari usahawan ini. Sebenarnya itu bukan keadaannya, keadaannya adalah, pesaing itu mengambil barangan dari sumber, manakala usahawan ini mengambil barangan ini dari pembekal/orang tengah.

2. Pilihan yang luas

Di China, pilihan yang ditawarkan oleh peniaga di sana tersangat luas. Cuba bayangkan jika anda ingin memborong dari Yiwu. Jika anda berhenti selama 2 minit di sebuah kedai, anda perlukan tempoh 3 tahun untuk menghabiskan semua kedai-kedai yang ada.

Dengan pilihan yang banyak seperti ini, anda boleh menjadikan perniagaan anda lebih kreatif dan anda boleh menepati kehendak pasaran dan pelanggan anda. Anda tidak lagi perlu bergantung kepada barangan yang dilonggokkan oleh pembekal anda di Malaysia.

Contohnya jika anda seorang pengusaha butik, anda boleh memilih kain yang anda ingin letakkan di butik anda dari jutaan pilihan yang ada. Namun jika anda mengambil dari orang tengah, anda hanya dapat menjual apa yang dibekalkan. Lagi teruk pula jika pembekal ini juga menjual barangan yang sama kepada pesaing anda. Tidakkah mempunyai pilihan ini satu kelebihan bagi perniagaan kita ?

3. Kualiti Barangan Yang Semakin Baik

“Made in China” sudah menjadi satu trademark untuk barangan murah dan berkualiti rendah. Tetapi ramai tidak tahu menahu bahawa jenama-jenama besar seperti Adidas, Nike, Reebok, Puma, Timberland dan Apple juga menghasilkan barangan mereka di China.

Jadi di China sebenarnya terdapat barangan yang berkualiti rendah dan barangan berkualiti tinggi juga. Kita sebagai pemborong adalah penentu untuk memilih barangan yang berkualit tinggi atau yang berkualiti rendah mengikut kesesuaian pasaran kita.

4. Teknologi Tinggi

Barangan di China juga sekarang semakin tinggi kualitinya. Persaingan yang tinggi di Chna dan meningkatnya permintaan dari pasaran seluruh dunia, menjadikan pembekal di China mencari jalan untuk menjadi lebih kreatif dengan meningkatkan teknologi barangan yang dikeluarkan.

Barangan baru seperti telefon bimbit mempunyai ciri-ciri yang jauh lebih baik daripada ciri-ciri yang ada pada telefon jenama besar walaupun harganya jauh lebih rendah. Dalam masa beberapa tahun lagi pula, kualiti dan teknologi di China akan menjadi lebih baik dari apa yang dicipta di negara barat.

Jadi ini adalah peluang yang baik bagi usahawan Malaysia untuk menjadi pendahulu pasaran. Usahawan yang menjadi pendahulu pasaran, adalah usahawan yang bakal mendapat keuntungan yang paling tinggi sebelum sesuatu pasaran menjadi tepu dengan persaingan. Jadi usahawan perlu mengarap peluang untuk menjadi pendahulu pasaran.

Oleh: shahabudeenjalil (tranungkite)

 

Make a Comment

Leave a Reply

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Liked it here?
Why not try sites on the blogroll...

%d bloggers like this: