Archive for February, 2012

Skim Amanah Rakyat (Sara) 1Malaysia:

Posted on 9 February 2012. Filed under: AROUND SABAH, Banking, canggihlaksana, Finance, HYIP, Pelaburan, peluang perniagaan, Pendapatan Aktif | Tags: |

Skim Amanah Rakyat (Sara) 1Malaysia:

Borang permohonan dan syarat boleh didapati di laman web ini:
http://www.sara1malaysia.com.my/n_index.php
(klu redirect, its mean laman tuh sesak dah)
Sekadar perkongsian pemahaman – Borang tersebut hendaklah di saksikan oelh ketua Jabatan , Syarikat anda berkhidmat, jika peniaga salinan penyata bank selama 3 bulan berturut2, segala salinan ic (bagi suami maupun isteri) dan salinan surat beranak (bagi setiap tanggungan) di sahkan benar oleh majkian.
1- setelah selesai serahkan di kaunter 4 panel bank yang ditetapkan.
2- kelulusan akan dimaklumkan pada anda dalam masa 2 minggu dari tarikh penghantaran borang.
3- Jika permohonan diluluskan pehak bank akan membuka 2 akaun atas nama anda (1 akaun Amanah Saham 1 Malaysia dan satu lagi akaun pinjaman di bank tersebut).
4- pada setiap bulan pelaburan dari pinjaman ini akan anda terima dalam bentuk tunai di akaun A S 1 M tersebut sebanyak RM 134.00 dan wang ini anda boleh keluarkan dan digunakan untuk membuat pembayaran ke akaun pinjaman di bank pilihan anda dengan bayaran sebanyak RM 84.00 sebulan.
5- Baki lebihan dari keuntungan dalam pelaburan A S 1M dan pembayaran pinjaman adalah sebanyak RM 50.00 (RM 134 – 84.00 = RM 50.00).. boleh di ambil atau anda biarkan sahaja di dalam akaun A S 1M tersebut (dengan andaian wang tersebut tidak di usik anda akan perolehi wang tunai bersih sebanyak RM 3000.00 pada tahun ke 5) dan ini belum termasuk wang pelaburan yang dipinjamkan kepada anda sebanyak RM 5,000.00 tersebut.
6. Tetapi… Jika anda tidak membuat pembayaran atau lewat membayar bagi pinjaman A S 1 M ini di Bank pilihan anda mengikut tarikh pembayaran yang ditetapkan, anda adalah tidak layak untuk mendapat RM 134.00 tersebut.. !!!

sumber berita : http://www.facebook.com/allatiffhm

Read Full Post | Make a Comment ( None so far )

Sejarah Tulisan Times New Roman

Posted on 9 February 2012. Filed under: AROUND SABAH |

Kalau sebut je pasal tulisan Times New Roman mesti kebanyakkan korang tahu..Sebabnya tulisan atau yang korang selalu panggil ‘font’ tu merupakan tulisan wajib dan sering kali dipakai dalam dunia komputer..Tapi, pernah tak kita terfikir untuk tahu tentang sejarah penciptaan huruf jenis Times New Roman ni? Bagi korang yang berminat nak tahu tu, hari ni mungkin hari bertuah korang, meh baca kat bawah ni =D

Huruf ini direka dan dicadangkan oleh seorang lelaki berbangsa Inggeris yang bernama Stanley Morrison. Beliau lahir pada tanggal 6 Mei 1889 di Wanstead, England. Stanley bermula sebagai seorang lelaki yang tidak memiliki apa-apa pengetahuan tentang percetakan, namun lama-kelamaan beliau banyak memegang posisi penting dalam dunia tersebut. Pengetahuannya yang banyak dalam bidang tipografi diperolehi sejak beliau menjadi anggota percetakan di The Pelican Press.

Cintanya kepada Tuhan membuatnya banyak membaca buku-buku agama, bahkan karya tipografinya yang pertama juga ditujukan untuk gereja. Setelah keluar dari The Pelican Press, beliau bekerja untuk Cloister Press di Manchester. Banyak rekaan terbaiknya dihasilkan ketika beliau bekerja di situ. Lebih-lebih lagi, karyanya banyak mencerminkan latar belakang gereja Katolik. Perkara ini boleh dilihat pada ilustrasi dan pelbagai dekorasi yang beliau gunakan. Oleh kerana beliau sangat benci akan peperangan, gerakan anti-perangnya membuatkan beliau dipenjara selama empat tahun (1914-1918).

Berasal dari suratkhabar “Times”


Selama lebih kurang 30 tahun (1929-1960) Stanley Morrison menjadi konsultan huruf untuk akhbar The Times di London. Pada tahun 1931, beliau berkata pada Times, ”The Times merupakan akhbar yang telah memiliki pelanggannya sendiri, kita memerlukan sebuah huruf yang tidak sama dengan barang dagangan pada umumnya, huruf itu harus baik pada dasarnya, namun juga mencerminkan kekuatan dari garis, konsistensi, dan ekonomi bagi The Times”.

Kerana kata-katanya itulah, 3 Oktober 1932 menjadi hari perkenalan jenis huruf “Times” di khalayak ramai, kerana pada hari itu untuk pertama kalinya akhbar The Times dicetak dengan menggunakan jenis huruf yang mempunyai identiti akhbar itu sendiri. Stanley Morisson bukan lah satu-satunya manusia yang berada di sebalik kejayaan huruf tersebut. Beliau juga dibantu oleh rakannya yang bernama Victor Lardent sebagai orang yang bertanggungjawab mereka rancangan huruf ini.

Huruf bernama ‘Times’ ini dengan cepat menjadi sangat popular pada masa itu, banyak digunakan di akhbar, majalah, mahupun buku laporan tahunan perniagaan. Huruf ini didaftarkan patennya di The Monotype Corporation di England, namun ia juga turut didaftarkan di syarikat paten Linotype di Amerika, kerana akhbar The Times banyak mendaftarkan paten dari produk-produknya ke Linotype. Akhirnya, pada tahun 1945, The American Linotype Company mendaftarkan nama dagang ”Times Roman” secara berasingan, bukan sebagai sebahagian dari The Times ataupun Monotype. Di sinilah terjadinya perbezaan nama untuk penggunaan huruf ini dalam komputer. Linotype dan perniagaan-perniagaan di bawah labelnya seperti Adobe dan Apple Macintosh menggunakan nama ”Times Roman”, sedangkan Monotype dengan perniagaan-perniagaan di bawah labelnya seperti Microsoft menggunakan nama “Times New Roman”.

Pada era 80-an, Monotype mereka semula huruf Times New Roman dan menyatakan bahawa huruf yang direka semula ini jauh lebih baik daripada Times Roman yang dimiliki Linotype. Disebabkan tidak mahu mengaku kalah, pada tempoh waktu yang berdekatan, Adobe-Linotype juga telah melancarkan siri baru huruf Times, yang sudah tentu mereka nyatakan sebagai huruf yang baru dan juga jauh lebih baik berbanding huruf milik Monotype. Pada dasarnya, sebahagian atau mungkin seluruh pengguna huruf ini tak akan menyedari atau bahkan tidak mempunyai masalah antara keduanya walaupun huruf-huruf tersebut dicetak dengan sangat jelas dengan ukuran 10 pt dan dalam resolusi tinggi 300 dpi.

Selepas berbagai pertentangan di atas, terbukti bahawa Stanley Morrison telah berjaya mencipta huruf yang bagus dengan ciri khasnya yang tersendiri sehingga jenis huruf ini terus dikenang dan digunakan oleh semua orang hingga ke saat ini. Beliau meninggal dunia pada 11 Oktober 1967 di London, England.

p/s: kebanyakkan dari kita lebih kenal ‘font’ News Time Roman daripada pereka nya, betul tak?

Read Full Post | Make a Comment ( None so far )

1,000 pekerja Facebook jadi jutawan

Posted on 9 February 2012. Filed under: AROUND SABAH |

1,000 pekerja Facebook jadi jutawan

BY : AMEKAW

SEBAHAGIAN daripada pekerja Facebook yang bakal menjadi jutawan menjadi penghias dokumen tawaran IPO dikemukakan Facebook Inc kepada Suruhanjaya Sekuriti dan Saham AS.

LOS ANGELES: Mereka menghabiskan masa bertahun-tahun untuk merancang pengembaraan serba mewah, mengimpikan memandu kereta sport paling mahal dan menetap di apartmen serba lengkap di California.

Kini, ketika proses pengapungan bernilai RM15 bilion Facebook di pasaran saham semakin hampir, sekurang-kurangnya 1,000 pekerja rangkaian sosial berpangkalan di Menlo Park itu akan bakal menjadi jutawan.

Semalam, Facebook mengemukakan kertas kerja kepada pihak berkenaan untuk penawaran penyenaraian awam (IPO) paling ditunggu-tunggu sejak langkah sama dilakukan Google pada 2004.

Tindakan itu dijangka menjadikan syarikat sangat berjaya itu bernilai sehingga RM300 bilion.

Syarikat yang mempunyai 3,000 pekerja itu berharap dapat menyenaraikan Facebook di bawah simbol FB di Pasaran Saham New York atau Pasaran Saham Nasdaq.

Dalam peraturan difailkan kepada Suruhanjaya Sekuriti dan Saham, Facebook Inc membayangkan harapannya untuk mengumpul sehingga AS$5 bilion (RM15 bilion) melalui IPO berkenaan dan ia adalah rekod baru untuk syarikat teknologi di pasaran saham selepas Google mencatatkan nilai RM5.73 bilion pada 2004.

Ia menjadi perubahan besar terhadap syarikat yang dijelaskan pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif Facebook Inc, Mark Zuckerberg, dalam dokumen berkenaan sebagai “pada peringkat awal tidak dicipta untuk menjadi syarikat.” “Ia dibangunkan untuk menyempurnakan misi sosial – bagi menjadikan dunia lebih terbuka dan saling berhubung,” katanya.

Zuckerberg juga menyatakan, mereka menanam budaya unik dan pendekatan pengurusan dikenali sebagai “Kaedah Penggodam.” “Ungkapan ‘penggodam’ diberi gambaran negatif secara berlebihan dalam media sebagai seseorang yang menceroboh komputer.

“Hakikatnya, penggodaman bermaksud membina sesuatu dengan pantas atau mencuba batasan kemampuan diri,” katanya.

Dokumen dikemukakan Facebook Inc juga mendedahkan beberapa fakta penting firma banyak berahsia itu, selain kawalan ketat Zuckerberg ke atas pelbagai aspek pengurusan syarikatnya.

Ketika semua pihak menyangka setiap penutur berbahasa Inggeris memiliki akaun Facebook, sebenarnya rangkaian itu baru meneroka 60 peratus pasaran di Amerika Syarikat, Britain dan paling popular di Chile, Turki dan Venezuela.

Dokumen itu menyatakan, mereka menyasarkan China kini mengharamkan Facebook sebagai pasaran besar selanjutnya, tetapi ragu mampu menyediakan dasar tapisan diterima kerajaan negara berkenaan. – DM

sumber: hmetro.com.my

Read Full Post | Make a Comment ( None so far )

Penyerang Sensasi Malaysia Safee Sali : Gaji Paling Mahal (RM118,000 Sebulan) Untuk Kontrak 2 Tahun Bernilai RM2 Juta ++

Posted on 9 February 2012. Filed under: Kerjaya | Tags: |

Tahniah kepada Ketua Pasukan Pelita Jaya dan penyerang sensasi Malaysia, Safee Sali kerana baru sahaja menyambung kontrak yang cukup lumayan. Mungkin ramai yang tak terfikir pemain bola sepak Malaysia mampu mencapai pencapaian sebegini rupa.

Tetapi tiada yang mustahil, jika ada kalangan bola sepak Malaysia yang berusaha bersungguh-sungguh, ditambah mempunyai semangat dan keazaman ibarat jelmaan lagenda bola sepak Malaysia, Allahyarham Mokhtar Dahari.

Dan kami fikir sememangnya Safee Sali berhak memperolehinya hasil usaha keras beliau selama ini. Sebelum ini teka-teki mula timbul apabila pemain bola sepak Malaysia yang sekarang sedang berkelana di Jakarta, Indonesia, Safee Sali  bakal disunting pasukan Johor. Tawaran?

  • gaji bulanan bernilai AS$15,000 (RM45,752) oleh Persatuan Bola Sepak Negeri Johor (PBNJ)
  • berbanding gaji bulanan Safee Sali sebelum ini juga bersama pasukan Pelita Jaya sekitar AS$1o,000 (RM30,400)

Safee Sali (Pelita Jaya) : Tawaran Kontrak Baru 2 Tahun Bersama Kelab Pelita Jaya FC

  1. bonus tetap perlawanan
  2. rumah
  3. kenderaan
  4. pemandu peribadi
  5. cukai dibayar oleh kelab
  6. tiket pergi balik ke Kuala Lumpur yang disediakan oleh Kelab
  7. penghormatan sebagai Ketua Pasukan Pelita Jaya FC

Kelebihan Lain Yang Bakal Dinikmati Safee Sali Selama Bersama Kelab Pelita Jaya FC:

  • safee sali pelita jaya Safee Sali (Pelita Jaya) : Gaji Paling Mahal (RM118,000 Sebulan) Untuk Kontrak 2 Tahun Bernilai RM2 Juta ++Safee Sali akan mendapat ‘commercial endorsement’ bagi pelbagai jenama & produk di seluruh Indonesia
  • Imej Safee Sali akn digunakan untuk tujuan pengiklanan dan pemasaran.
  • Safee Sali diberi peluang bermain dengan mana-mana kelab milik penuh Pelita Jaya Cronusapabila peluang dan ruangnya tiba dan bergantung kepada tempoh pendaftaran yang ditetapkan oleh liga di negara-negara tersebut. Antara kelab yang dimiliki penuh oleh Pelita Jaya Cronus selain Pelita Jaya FC di Indonesia ialah Brisbane Roar FC di Australia yang akan bermain di AFC Champions League 2012, CS Vise di Belgium, kelab divisi 2 di Liga Belgium dan SAD Uruguay sebuah kelab pembentukan pemain remaja di Uruguay
  • Pelita Jaya juga mempunyai hubungan yang amat akrab dengan beberapa kelab lain di dunia seperti 5 kelab di liga Brazil yang antaranya adalah Flamengo FC dan beberapa kelab di Eropah terutama di Belanda yang antaranya ialah Ajax Amsterdam FC serta Leicester City FC

sumber berita : http://beritasemasa.com

Read Full Post | Make a Comment ( None so far )

Ferrari bernilai RM100 juta !!!

Posted on 8 February 2012. Filed under: AROUND SABAH |

LONDON: Sebuah kereta Ferrari dijual dengan harga $20 juta (RM100 juta), menjadikannya kereta paling mahal di Britain. Ia satu daripada 39 model kereta siri 250 GTO yang dibuat dari 1962 hingga 1964. Kereta berkenaan dipercayai dijual oleh pengumpul kereta Ferrari, Jon Hunt yang membelinya pada 2008 dengan harga $15.7 juta, rekod dunia ketika itu. Hunt yang mengasaskan agensi hartanah Foxtons sebelum menjualnya dengan harga $370 juta pada 2007, menjual Ferrari buatan 1963 itu pada harga $20.2 juta, mencatatkan keuntungan sebanyak $4.5 juta dalam masa hanya tiga tahun. Kereta yang bernombor plat 5095 itu dilengkapi enjin V12 dan mampu mencapai kelajuan 287 kilometer sejam. Harga baru kereta itu pada 1963 ialah $6,000, sama harga dengan sebuah rumah berkembar pada 1960-an. Ferrari 250 GTO itu kini adalah kereta kedua termahal di dunia selepas kereta Bugatti keluaran 1936 yang dijual pada harga $26 juta pada 2010.


– Agensi sumber: hmetro.com.my

Read Full Post | Make a Comment ( None so far )

Liked it here?
Why not try sites on the blogroll...