Penyerang Sensasi Malaysia Safee Sali : Gaji Paling Mahal (RM118,000 Sebulan) Untuk Kontrak 2 Tahun Bernilai RM2 Juta ++

Posted on 9 February 2012. Filed under: Kerjaya | Tags: |

Tahniah kepada Ketua Pasukan Pelita Jaya dan penyerang sensasi Malaysia, Safee Sali kerana baru sahaja menyambung kontrak yang cukup lumayan. Mungkin ramai yang tak terfikir pemain bola sepak Malaysia mampu mencapai pencapaian sebegini rupa.

Tetapi tiada yang mustahil, jika ada kalangan bola sepak Malaysia yang berusaha bersungguh-sungguh, ditambah mempunyai semangat dan keazaman ibarat jelmaan lagenda bola sepak Malaysia, Allahyarham Mokhtar Dahari.

Dan kami fikir sememangnya Safee Sali berhak memperolehinya hasil usaha keras beliau selama ini. Sebelum ini teka-teki mula timbul apabila pemain bola sepak Malaysia yang sekarang sedang berkelana di Jakarta, Indonesia, Safee Sali  bakal disunting pasukan Johor. Tawaran?

  • gaji bulanan bernilai AS$15,000 (RM45,752) oleh Persatuan Bola Sepak Negeri Johor (PBNJ)
  • berbanding gaji bulanan Safee Sali sebelum ini juga bersama pasukan Pelita Jaya sekitar AS$1o,000 (RM30,400)

Safee Sali (Pelita Jaya) : Tawaran Kontrak Baru 2 Tahun Bersama Kelab Pelita Jaya FC

  1. bonus tetap perlawanan
  2. rumah
  3. kenderaan
  4. pemandu peribadi
  5. cukai dibayar oleh kelab
  6. tiket pergi balik ke Kuala Lumpur yang disediakan oleh Kelab
  7. penghormatan sebagai Ketua Pasukan Pelita Jaya FC

Kelebihan Lain Yang Bakal Dinikmati Safee Sali Selama Bersama Kelab Pelita Jaya FC:

  • safee sali pelita jaya Safee Sali (Pelita Jaya) : Gaji Paling Mahal (RM118,000 Sebulan) Untuk Kontrak 2 Tahun Bernilai RM2 Juta ++Safee Sali akan mendapat ‘commercial endorsement’ bagi pelbagai jenama & produk di seluruh Indonesia
  • Imej Safee Sali akn digunakan untuk tujuan pengiklanan dan pemasaran.
  • Safee Sali diberi peluang bermain dengan mana-mana kelab milik penuh Pelita Jaya Cronusapabila peluang dan ruangnya tiba dan bergantung kepada tempoh pendaftaran yang ditetapkan oleh liga di negara-negara tersebut. Antara kelab yang dimiliki penuh oleh Pelita Jaya Cronus selain Pelita Jaya FC di Indonesia ialah Brisbane Roar FC di Australia yang akan bermain di AFC Champions League 2012, CS Vise di Belgium, kelab divisi 2 di Liga Belgium dan SAD Uruguay sebuah kelab pembentukan pemain remaja di Uruguay
  • Pelita Jaya juga mempunyai hubungan yang amat akrab dengan beberapa kelab lain di dunia seperti 5 kelab di liga Brazil yang antaranya adalah Flamengo FC dan beberapa kelab di Eropah terutama di Belanda yang antaranya ialah Ajax Amsterdam FC serta Leicester City FC

sumber berita : http://beritasemasa.com

Make a Comment

Leave a Reply

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Liked it here?
Why not try sites on the blogroll...

%d bloggers like this: