Archive for November, 2018

Terkini. Grow Asia Capital hanyalah satu skim penipuan pelaburan, Ponzi dipenghujung tahun 2018.

Posted on 30 November 2018. Filed under: AROUND SABAH |

Modus Operandi pelaburan di Grow Asia Capital yang amat berjaya menjebak ramai para pelabur:

– Bersandarkan perniagaan penanaman, borong dan eksport Durian Musang King (yang mana boleh dilihat permintaan dan harga jualan durian jenis ini amat tinggi di Sabah).

– Pemilikan beribu-ribu ekar tanah yang mengkhusus dengan tanaman buah durian di seluruh Malaysia.

– Punya cawangan syarikat di Thailand, Singapura.

– Syarikat sedang berusaha untuk disenaraikan ke Bursa Saham Kuala Lumpur pada tahun hadapan.

– Sistem Log-in bagi para pelabur yang kemas, bersistematik, mudah difahami, mesra pengguna.

– Butiran ROI (Return On Investment) yang jelas, mudah difahami dan arahan, panduan dari admin syarikat berkenaan tarikh tarikh pembayaran, penerimaan ROI dari pelbagai bank.

– Pendaftaran ahli baru yang cepat dan mudah (segalanya di hujung jari sahaja seperti perbankan Internet, screen shot, verification melalui whatsapp), berserta insentif yang cukup mengujakan (komisen tajaan sehingga level 3 yang mempercepat kan lagi pulangan pelaburan)

– Pelaburan ahli baru yang sangat efisien (hari ini join, besok dah mula terima ROI di akaun bank pilihan masing masing).

– Perkiraan pelaburan untuk balik modal dengan pelaburan RM 6k cuma mengambil masa 20 hari waktu bekerja!!. Hari selepasnya adalah keuntungan pelaburan.

(Tidak ada lagi mana mana syarikat, sistem pelaburan lain yang mampu menawarkan pulangan wang pelaburan yang segera, efisien seperti Grow Asia Capital, Hari hari syarikat bank in ke akaun anda!!)

Kronologi kegagalan sistem ini dari berfungsi seperti yang sepatutnya dan menjadi skim penipuan adalah seperti di bawah ini,

 

Antara isi kandungan laporan polis yang dibuat oleh salah seorang pelabur Grow Asia Capital.

Pada hujung bulan 10 Oktober 2018, semasa saya berada di ______ telah membuat 1 pelaburan melalui Grow Asia Capital melalui penama Oriel (010-9565898) , stanley ( 016-9533254) melalui 2 akaun CIMB Grow Asia Capital bernombor 8603423261 dan Corousell Capital Malaysia 8603080426.

Pelaburan dibuat mengikut pilihan pakej dengan tempoh pulangan mengikut harian waktu bekerja (detail disertakan) dan segala perjalanan transaksi pelaburan ada pada website yang disediakan kepada pelabur setelah membayar pakej pelaburan.

Setelah melabur lebih kurang 1 bulan lebih pulangan yang dijanjikan telah dapat dengan konsisten dimana pulangan dibayar terus pada akaun bank pelabur. Pada 16hb November 2018 ,

Syarikat ini mula mempunyai masalah pembayaran Pulangan Pelaburan dan pda 19 NOV 2018 pihak syarikat melalui Oriel dan Stanley memaklumkan bahawa pembayaran ditangguhkan atas sebab-sebab masalah akaun , dimana pihak bank sedang menyiasat akaun syarikat dan akan beroperasi semula seperti biasa pada 27/11/2018.
Namun sehingga sekarang penama di atas telah gagal dihubungi dan website sistem juga telah dimatikan dan saya gagal untuk melayari website tersebut. Saya dan para pelabur lain risau kerana penama diatas gagal dihubungi dan telah mematikan telepon bimbit.

Dan kami merasa curiga dan tertipu.
Maklumat awal yang saya perolehi bahawa satu akaun atas nama syarikat Corousell yang digunakan untuk transaksi urusniaga telah membuat pengeluaran semua wang yang ada dan telah dibuat oleh penama:

Muhammad Jazrul Bin Abdul Aziz.(Mykad no. 890111-12-5453 )

dan Wan Mohd Khairul Ambia Bin Ibrahim.

(Mykad no. 820903-05-5357) dipercayai untuk melesapkan diri.

Kami mendapati kami semua tertipu dengan nama samaran Oriel sebagai Muhmmad Jazrul Bin Abdul Aziz dan Stanley Sebagai Wan Khairol Ambia Bin Ibrahim.

Dengan ini saya/kami juga mohon pihak PDRM menyiasat keatas Pegawai Bank yang bertugas dalam transaksi pengeluaran wang dalam jumlah yang besar berkaitan penama syarikat dan orang yang disyaki diatas kerana disyaki bersubahat.

Pada hari ini ju juga,saya telah mendapat maklumat bahawa mereka juga telah membuka satu scam iaitu HABOUR MALL yang menggunakkan akaun atas nama Jazrul Bin Abdul Aziz.

Laporan ini dibuat untuk tindakan pihak PDRM dan rujukan Mahkamah.

Latest update:

Penipu pelaburan ‘durian Musang King’ dicekup
Wan Faizal Ismayatim

GAMBAR hiasan
wfaizal@nstp.com.my

POLIS menahan seorang lelaki disyaki dalang penipuan pelaburan ‘durian Musang King’ membabitkan kerugian hampir RM850,000.

Lelaki tempatan berusia 25 tahun berasal dari Kota Belud itu ditahan Bahagian Siasatan Jenayah Komersial (BSJK) Ibu Pejabat Polis Daerah Kota Kinabalu di Telipok Square di sini, pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu, Asisten Komisioner Habibi Majinji berkata, suspek ditahan susulan laporan polis daripada seorang mangsa yang membuat bayaran sebanyak RM12,000 dalam pelaburan itu melalui sebuah syarikat.

Katanya, syarikat itu menawarkan pelaburan ‘Durian Musang King’ melalui iklan di WhatsApp yang menjanjikan pulangan sehari sebanyak RM720 selama 78 hari.

“Mangsa tertarik dengan ganjaran dijanjikan lalu membayar RM12,000 pada 11 November lalu ke dalam akaun bank milik sebuah syarikat, namun mangsa hanya dapat pulangan RM3,600 dan selepas itu tiada bayaran diterima.

“Mangsa diberitahu oleh wakil syarikat melalui aplikasi Telegram bahawa sistem syarikat dalam proses naik taraf dan tidak dapat membuat bayaran kepada pelabur.

“Bagaimanapun, mangsa berasa pihak syarikat berkenaan telah menipu dan membuat laporan polis untuk tindakan lanjut,” katanya menerusi kenyataan hari ini.

Habibi berkata, dengan penahanan suspek, pihaknya dapat menyelesaikan 52 laporan polis yang diterima oleh Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Sabah dengan anggaran kerugian RM848,719 setakat hari ini,” katanya.

Beliau berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan kerana menipu dan orang ramai dinasihatkan berhati-hati dengan individu atau sindiket yang menawarkan perniagaan pelaburan dengan janji pulangan lumayan.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 30 November 2018 @ 10:14 PM

2018 © Harian Metro.
New Straits Times Press (M) Bhd.

https://www.hmetro.com.my/node/399622/amp

Read Full Post | Make a Comment ( None so far )

Pelaburan Pakej terbaru dari Syarikat Grow Asia Capital

Posted on 13 November 2018. Filed under: AROUND SABAH |

Sekadar berkongsi untuk pelaburan di *GROWASIA CAPITAL*

*PAKEJ *RM350 – XO pendapatan harian Rm12.25x 66 hari- total kita dapat *RM808.50*

*PAKEJ RM1250*
*RED PRAWN*
*pendapatan harian RM50x 69 hari. Total kita dapat *RM3450*

*PAKEJ RM3000*
*GOLDEN PHOENIX*
*Pendapatan harian RM135 x 72 hari – total kita dapat *RM9720*

*PAKEJ RM6000*
*MUSANG KING*
*pendapatan harian RM300 x 75 hari – total kita dapat *Rm22,500*

*PAKEJ 12,000*
*MUSANG EMAS*
*pendapatan harian RM720 X 78 hari – total kita dapat RM56,160*

*RETURN OF INVESTMENT/ ROI akan dimasukkan terus ke akaun Bank anda pada setiap hari*

Nota kaki:

*1. Send us your details*

Registration ⚠⚠⚠⚠⚠

FULL NAME
BANK NAME
BANK ACCOUNT NUMBER
USERNAME
EMAIL
PHONE NUMBER
IC NUMBER
DATE OF BIRTH
ADDRESS
*2. Bank In Company*
🛑 CIMB Carousell Capital 8603080426
*3. Send me your bank in slip & I will activate it*

4. Username & Password will be sent

*www.GrowAsiaCapitalMalaysia.com *

Welcome to be one of Grow Asia Capital Malaysia big family! 👩‍👩‍👧‍👧👨‍👨‍👧‍👧

https://wasap.my/60198612758

 

 

 

 

Read Full Post | Make a Comment ( None so far )

Liked it here?
Why not try sites on the blogroll...