KENYATAAN RASMI KOPERASI TAQWA MALAYSIA BERHAD BERHUBUNG LAPORAN AKHBAR

Posted on 15 January 2009. Filed under: HYIP | Tags: , , , , , , , , |


KENYATAAN RASMI KOPERASI TAQWA MALAYSIA BERHAD BERHUBUNG LAPORAN AKHBAR
Pada 17.12.08 dan 18.12.08 telah disiarkan beberapa laporan berita akhbar tempatan (online dan cetakan biasa) yang mendakwa bahawa segala aktiviti Koperasi Taqwa Malaysia Berhad telah digantung dan akaun Koperasi juga telah dibekukan oleh pihak berkuasa susulan daripada siasatan oleh Suruhanjaya Koperasi ke atas Koperasi Taqwa Malaysia Berhad pada 16.12.2008. Selain itu, melalui laporan akhbar yang disiarkan pihak media terbabit telah menggambarkan atau mendakwa bahawa siasatan tersebut dijalankan akibat daripada aktiviti berunsurkan skim cepat kaya telah dijalankan oleh Koperasi Taqwa Malaysia Berhad.Ambil perhatian bahawa Koperasi Taqwa Malaysia Berhad dengan ini MEMBERI NOTIS bahawa sehingga ke tarikh penyataan ini dibuat, Koperasi Taqwa Malaysia Berhad TIDAK PERNAH menerima sebarang notis dari mana-mana pihak berkuasa dan/atau TIDAK ADA sebarang arahan rasmi yang dikeluarkan berkenaan dengan pembekuan akaun Koperasi atau arahan untuk penggantungan segala aktiviti Koperasi atau tindakan perlucutan jawatan Ahli Lembaga Pengarah Koperasi yang dilantik.

SELANJUTNYA HARAP MAKLUM bahawa tanpa prasangka kepada siasatan yang sedang dijalankan, pihak Koperasi menyangkal setiap dakwaan mengenai penglibatan Koperasi secara langsung dalam aktiviti haram atau aktiviti yang bercanggah dengan mana-mana undang-undang di Malaysia. Sebaliknya kami berpendapat bahawa siasatan tersebut dijalankan kerana ianya dapat membantu pihak berkuasa yang berkaitan dalam meneruskan pendakwaannya terhadap pihak ketiga yang merupakan pihak yang sebenarnya dalam pembabitan aktiviti haram tersebut yang kini masih lagi berjalan di Mahkamah. Malah pihak koperasi juga sentiasa menawarkan kerjasama kami kepada pihak berkuasa terbabit dalam mengumpulkan segala bukti pendakwaannya.

Koperasi juga telah membuat satu laporan polis di Balai Polis Sentul, Kuala Lumpur pada hari ini (18.12.08) diatas dakwaan palsu tersebut dan seterusnya meminta pihak media yang bertanggungjawab memohon maaf secara terbuka kepada kami.

AMBIL PERHATIAN bahawa pihak koperasi memandang serius segala dakwaan yang telah disiarkan kerana ianya telah memberi impak yang besar dan negatif terhadap koperasi dan juga pengurusannya, dan juga menyebabkan terjejasnya aktiviti perniagaan koperasi pada masa ini. Malah ianya juga telah menimbulkan rasa panik dan kekhuatiran serta salah tanggapan kepada anggota-anggota kami.

Maka pihak pengurusan Koperasi Tawa Malaysia Berhad dengan ini memberi NOTIS supaya menghentikan segala dakwaan palsu dan tidak benar tersebut, dan tindakan undang-undang juga akan diambil kepada mana-mana pihak yang ingkar dan juga pihak yang telah menyebarkan kenyataan palsu dan tidak benar tersebut.

Diperbuat pada 18hb Disember, 2008

Sekian, terima kasih.

Yang Benar,

Azmi bin Ramli

Bendahari Kehormat

Koperasi Taqwa Malaysia Berhad.

** Kenyataan Akhbar ini telah difakskan kepada media elektronik dan media cetak utama pada 18/12/2008.

Kemaskini pada 23-12-2008
Read Full Post | Make a Comment ( None so far )

100 Koperasi Terbaik

Posted on 18 October 2008. Filed under: Finance, HYIP, Pelaburan | Tags: , , , , , , , , , , |

100 Koperasi Terbaik


Bil. NamaKoperasi
1 BANK KERJASAMA RAKYAT MALAYSIA BERHAD [BANK RAKYAT]
2 KOPERASI PERMODALAN FELDA BERHAD
3 KOPERASI PESERTA-PESERTA FELCRA BERHAD
4 KOPERASI ANGKATAN TENTERA MALAYSIA BERHAD
5 KOPERASI TUNAS MUDA SUNGAI ARA BERHAD
6 KOPERASI KAKITANGAN PETRONAS BERHAD [KOPETRO]
7 KOPERASI SERBAUSAHA MAKMUR BERHAD
8 KOPERASI KEBANGSAAN PERMODALAN TANAH BERHAD
9 ANGKATAN KOPERASI KEBANGSAAN MALAYSIA BERHAD [ANGKASA]
10 KOPERASI KONSUMER MALAYSIA BERHAD
11 KOPERASI PEGAWAI-PEGAWAI KERAJAAN NEGERI KEDAH DARUL AMAN BERHAD
12 KOPERASI KEDAI BUKU UNIVERSITI MALAYA BERHAD
13 KOPERASI BANK PERSATUAN MALAYSIA BERHAD
14 KOPERASI PEKERJA-PEKERJA SHELL MALAYSIA BERHAD
15 KOPERASI UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA BERHAD
16 KOPERASI PEMBANGUNAN DAERAH LANGKAWI BERHAD
17 KOPERASI KOSWIP MALAYSIA BERHAD
18 KOPERASI SERBAGUNA FELDA CHINI SATU BERHAD
19 KOPERASI PESERTA-PESERTA RANCANGAN FELCRA SEBERANG PERAK BERHAD
20 KOPERASI PESERTA-PESERTA RANCANGAN FELCRA GUGUSAN KERANGAI PENAGOH BERHAD
21 KOPERASI PEKEBUN GETAH DAERAH MUAR BERHAD
22 KOPERASI PEGAWAI-PEGAWAI KERAJAAN NEGERI PAHANG DARUL MAKMUR BERHAD
23 KOPERASI SERBAGUNA FELDA SELANCAR DUA BERHAD
24 KOPERASI PEKEBUN GETAH JAJAHAN TANAH MERAH DAN JELI BERHAD
25 KOPERASI TENAGA NASIONAL BERHAD
26 KOPERASI PASAR MELAYU BALING BERHAD
27 KOPERASI FELDA SEBERTAK BERHAD
28 KOPERASI SERBAGUNA KAKITANGAN MAS MALAYSIA BERHAD
29 KOPERASI PESERTA-PESERTA RANCANGAN FELCRA GUGUSAN BUKIT TANDAK BERHAD
30 KOPERASI PENEROKA SUNGAI TENGI BERHAD
31 KOPERASI PEKEBUN KECIL DAERAH SEGAMAT BERHAD [KOPEDAS]
32 KOPERASI GURU-GURU SEKOLAH MALAYSIA BERHAD
33 KOPERASI PERBADANAN KEMAJUAN IKTISAD NEGERI KELANTAN BERHAD
34 KOPERASI UNIVERSITI UTARA MALAYSIA BERHAD
35 KOPERASI PEKEBUN KECIL DAERAH BATU PAHAT BERHAD
36 KOPERASI PESERTA-PESERTA RANCANGAN FELCRA GUGUSAN PANGGONG LALAT BERHAD,
37 KOPERASI UNIKEB BERHAD
38 KOPERASI PENEROKA-PENEROKA FELDA AIR TAWAR 5 BERHAD
39 KOPERASI GURU PULAU PINANG BERHAD
40 KOPERASI FELDA KERTEH SATU KETENGAH JAYA BERHAD
41 KOPERASI PEKEBUN KECIL DAERAH KUALA TERENGGANU BERHAD
42 KOPERASI KAKITANGAN KERAJAAN TERENGGANU (KOKITAB) BERHAD
43 KOPERASI LADANG PEKEBUN-PEKEBUN KECIL MALAYSIA BERHAD
44 KOPERASI PESERTA-PESERTA RANCANGAN FELCRA GUGUSAN GUAL DALAM BERHAD,
45 KOPERASI TELEKOM MALAYSIA BERHAD
46 KOPERASI KAKITANGAN BANK RAKYAT BERHAD
47 KOPERASI JAYADIRI MALAYSIA BERHAD [KOJADI]
48 KOPERASI KAKITANGAN UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA BERHAD
49 KOPERASI MCIS BERHAD
50 KOPERASI KAKITANGAN FELDA BERHAD
51 KOPERASI SERBAGUNA KAKITANGAN BANK PERTANIAN MALAYSIA BERHAD
52 KOPERASI PEMBANGUNAN DAERAH SETIU BERHAD
53 KOPERASI KEMAJUAN TANAH NEGERI JOHOR BERHAD
54 KOPERASI UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA BERHAD
55 KOPERASI PERMODALAN MELAYU NEGERI JOHOR BERHAD
56 KOPERASI PEKEBUN GETAH PASIR MAS BERHAD
57 KOPERASI ANGGOTA-ANGGOTA KERAJAAN BATU PAHAT BERHAD
58 KOPERASI PESERTA-PESERTA FELCRA GUGUSAN SERI BANDI KEMAMAN BERHAD
59 KOPERASI PEKEBUN KECIL DAERAH BANDAR BHARU BERHAD
60 KOPERASI PERMODALAN GURU-GURU DAN KAKITANGAN PERKHIDMATAN PENDIDIKAN MELAYU TERENGGANU (KOMODAL) BERHAD
61 KOPERASI SIMPANG JALONG SUNGAI SIPUT (U) BERHAD
62 KOPERASI ANGGOTA KERAJAAN IPOH BERHAD
63 KOPERASI PEKEBUN KECIL DAERAH LARUT MATANG BERHAD
64 KOPERASI KOSPETA SEMENANJUNG MALAYSIA BERHAD
65 KOPERASI SERBAGUNA PEKERJA FELDA BERHAD
66 KOPERASI PENEROKA FELDA SUNGAI SAYONG BERHAD
67 KOPERASI PEKEBUN KECIL GETAH  MACHANG BERHAD
68 KOPERASI KAKITANGAN BERNAS BERHAD
69 KOPERASI KAKITANGAN PERWAJA BERHAD
70 KOPERASI PERKHIDMATAN PENDIDIKAN MELAYU PAHANG TIMUR BERHAD
71 KOPERASI PEKERJA INTEL BERHAD
72 KOPERASI PEGAWAI-PEGAWAI HUTAN MELAYU NEGERI PERAK (KOOP PEHUMA) BERHAD
73 KOPERASI UNIVERSITI ISLAM ANTARABANGSA MALAYSIA BERHAD
74 KOPERASI KAKITANGAN KERAJAAN DAN BADAN-BADAN BERKANUN TERENGGANU (KOKANUN) BERHAD
75 KOPERASI JABATAN PENJARA  MALAYSIA BERHAD [KOPEN]
76 KOPERASI PENEROKA FELDA LURAH BILUT BERHAD
77 KOPERASI POLIS DIRAJA PULAU PINANG BERHAD
KLUSTER SEDERHANA

Bil. NamaKoperasi
78 KOPERASI PEKEBUN KECIL NEGERI SEMBILAN BERHAD
79 KOPERASI PENEROKA FELDA BUKIT EASTER BERHAD
80 KOPERASI UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA BERHAD
81 KOPERASI PEKEBUN KECIL DAERAH KEMAMAN (KOPKEM) BERHAD
82 KOPERASI SERBAGUNA FELDA TERATAI (JENGKA 21) BERHAD
83 KOPERASI PERMODALAN KELANTAN BERHAD
84 KOPERASI PENEROKA-PENEROKA FELDA MAS BERHAD
85 KOPERASI PESERTA RANCANGAN FELCRA GUGUSAN SAMARAHAN BERHAD
86 KOPERASI POS NASIONAL BERHAD [KOPONAS BERHAD]
87 KOPERASI PELABURAN KAKITANGAN BANK MUAMALAT MALAYSIA BERHAD
88 KOPERASI PENEROKA FELDA LOK HENG BARAT BERHAD
89 KOPERASI SERBAGUNA FELDA BUKIT GOH BERHAD
90 KOPERASI KREDIT DAN PELABURAN KAKITANGAN BANK NEGARA MALAYSIA BERHAD
91 KOPERASI PENEROKA FELDA CHIKU LIMA BERHAD
92 KOPERASI PESERTA-PESERTA RANCANGAN FELCRA GUGUSAN LUBUK SIREH PERLIS BERHAD
93 KOPERASI PEKEBUN KECIL DAERAH KAMPONG GAJAH PERAK BERHAD
94 KOPERASI MUSLIMIN MALAYSIA BERHAD [KOMUS]
95 KOPERASI PEKEBUN KECIL DAERAH KLUANG BERHAD
96 KOPERASI SERBAGUNA FELDA CHINI TIMUR SATU BERHAD
97 KOPERASI PEKEBUN GETAH DAERAH BESUT/SETIU BERHAD
98 KOPERASI PENEROKA-PENEROKA JENGKA 10 (MAWAR) BERHAD
99 KOPERASI PERKHIDMATAN PENDIDIKAN NASIONAL BERHAD
100 KOPERASI PEKEBUN KECIL DAERAH BATANG PADANG SELATAN BERHAD

Read Full Post | Make a Comment ( None so far )

Liked it here?
Why not try sites on the blogroll...