Skim Bantu Pemiutang

Posted on 19 January 2009. Filed under: Finance, Perbankkan, POLITIK | Tags: , , , , , , , , , , |

Ekonomi


19 Januari, 2009 22:51 PM  

Singapura Sedia Skim Bantu Pemiutang

SINGAPURA, 19 Jan (Bernama) — Parlimen Singapura hari ini meluluskan pindaan kepada undang-undang bankrap dengan memperkenalkan skim pembayaran semua hutang bagi mengelak orang yang berhutang daripada diisytihar bankrap, selain membantu meringankan pembayaran hutang mereka.

Skim yang diperkenalkan menerusi Rang Undang-Undang Bankrap (Pindaan) 2009 itu membolehkan orang yang bergaji dan mempunyai hutang tidak melebihi S100,000, menyertai pelan itu dengan pemberi kredit masing-masing, bagi mengelak menjadi bankrap.

Lebih utama lagi, mereka mendapat peluang untuk meneruskan pekerjaan masing-msing, kata Menteri Undang-undang dan Pejabat Amanah Awam dan Insolvensi, yang memperkenalkan pindaan itu.

Bagi membayar hutang menerusi skim itu, orang yang berhutang perlu memotong sebahagian pendapatan bulanan serta membuat penyesuaian gaya hidup.

Jika mereka mematuhi obligasi kewangan itu, dia akan dibebaskan daripada hutang dan memulakan hidup baru, kata kementerian berkenaan.

Kementerian itu juga berkata bagi memastikan kepentingan orang yang berhutang dipelihara, pemegang amanah mesti berpuas hati bahawa pelan pembayaran hutang yang dicadangkan itu cukup ketat dan membuat penyesuaian perlu sebelum meluluskannya.

Tujuannya ialah supaya mereka yang terlibat mendapat manfaat yang lebih baik berbanding apa yang mereka dapat jika diiytiharkan bankrap, katanya.

Jika mereka gagal menjalankan tanggungjawab seperti kerap gagal membayar pinjaman, pemberi redit boleh meneruskan prosidng banrkap ke atasnya.

— BERNAMA

MY WORD : WAKE UP OUR MENTERI (BETTER WE FOLLOW THEM ESPECUALLY OUR AS SABAHAN)

MAYBE NOW ITS THE RIGHT TIME…

MAAF SAYA  CUMA NAK BAGI INFO, TIADA KENA MENGENA DENGAN SAYA PUN  😉

Read Full Post | Make a Comment ( None so far )

Pinggan pakai buang ubi kayu

Posted on 13 January 2009. Filed under: Agro Biz, Kerjaya, Pelan Perniagaan, peluang perniagaan, PERTANIAN, Plan Perniagaan | Tags: , , , , , , , |

Pinggan pakai buang ubi kayu

Oleh Hafizah Iszahanid
hafiza@bharian.com.my

Pinggan pakai buang yang boleh dimakan, dihasilkan daripada ubi kayu.

Hasil
keluaran NHI berbeza dengan pinggan polistrin kerana pinggan ubi kayu
lebih mesra alam dan boleh lupus dalam tempoh 28 hari

UBI kayu memang sinonim di negara ini sebagai pengalas perut
ketika Perang Dunia Kedua. Kini ia lebih popular sebagai makanan ringan
seperti kerepek selain dijadikan kanji memekat kuah masakan.

Di Brazil, tepung ubi kayu digunakan dalam pelbagai jenis
masakan. Ia digoreng, dipanggang dan dipercik dengan santan manakala di
Amerika Syarikat pula, ubi kayu diuli kecil bersaiz dua hingga tiga
milimeter (mm) untuk dijadikan perhiasan seperti mutiara.


‘Resume’ ubi kayu di seluruh dunia memang hebat.
Justeru, tidak hairan apabila sebuah syarikat tempatan, Natures Harmony
Industries Sdn Bhd (NHI) yang menjalankan penyelidikan selama tiga
tahun berjaya menghasilkan pinggan daripada ubi kayu. Lebih unik,
pinggan yang dihasilkan itu boleh dimakan.

Sejak diperkenalkan pada awal Oktober lalu, NHI menerima
banyak pertanyaan daripada orang ramai yang ingin mengetahui
keistimewaan pinggan ubi kayu. Dengan dihasilkan daripada bahan semula
jadi dan mesra alam, pinggan pakai buang ubi kayu memang
ditunggu-tunggu untuk menggantikan pinggan pakai buang yang ada di
pasaran sekarang.

Memang diakui di pasaran sekarang terdapat pelbagai jenama
pinggan pakai buang yang kebanyakannya dihasilkan daripada bahan
buangan. Ada juga yang dihasilkan daripada bahan petroleum. Justeru,
dari segi kesihatan, penggunaan produk itu agak berisiko kerana ia
mungkin merangsang sel barah, lebih-lebih lagi ia mengambil masa antara
120 hingga 80 hari untuk terbiourai.

Doh perlu diuli selama 30 minit.

Pinggan daripada ubi kayu agak berbeza kerana ia lebih mesra alam dan
boleh lupus dalam tanah pada masa lebih cepat, iaitu 28 hari.

Pengarah Urusan NHI, Ramaness Parasuraman, berkata pinggan
daripada ubi kayu bukanlah satu-satunya produk keluaran NHI, sebaliknya
syarikat itu akan menghasilkan mangkuk, sudu, garfu selain bekas
makanan dan talam daging daripada bahan itu mulai tahun depan.

Ramaness berkata, matlamat utama syarikat itu menghasilkan
pinggan ubi kayu bertujuan untuk memberi pilihan produk yang mesra alam
kepada pengguna.

“Pinggan ubi kayu adalah pilihan terbaik bagi kempen cintai
alam sekitar. Ia mudah lupus kerana dibuat daripada bahan semula jadi
selain sisanya boleh dijadikan makanan ternakan,” katanya.

P Ramaness (kanan) berbangga dengan produk pinggan ubi kayu mesra alam hasil penyelidikan selama tiga tahun.

Pinggan ubi kayu memiliki jangka hayat selama dua tahun dan selepas itu
mikrobnya akan lupus secara semula jadi menjadikan saiznya mengecil
daripada saiz sebenar.

Ramaness berkata, syarikat itu menghasilkan pinggan ubi kayu
berasaskan pemerhatian selain pembangunan dan penyelidikan yang
dilakukannya.

“Dulu ubi kayu popular sebagai kerepek. Sekarang, ia boleh
dibangunkan menjadi pinggan sekali gus membantu meningkatkan ekonomi
petani. Penggunaan pinggan ubi kayu juga bersesuaian dengan polisi
sesetengah negara yang menggalakkan produk mesra alam,” katanya.

Beliau berkata, polisi kebanyakan negara barat yang
mengharamkan penggunaan bekas makanan daripada polistrin membuka ruang
kepada produk berkonsepkan mesra alam seperti pinggan ubi kayu.

“Ketika kami membawanya ke Amerika Syarikat buat pertama
kali, ia mendapat sambutan yang sungguh menggalakkan. Malah, kami
menerima tempahan dari sebuah rangkaian hipermarket di negara itu dan
mulai tahun ini kami akan meningkatkan pengeluarannya,” katanya.

Selain Amerika Syarikat, konsep mesra alam pinggan ubi kayu
ini turut menarik perhatian syarikat pengendali kereta api China, iaitu
China Railways Road yang menyediakan ribuan kotak makanan sehari untuk
penumpangnya menggunakan pinggan pakai buang, polistrin.

Bekas makanan itu biasanya sukar diuruskan kerana jumlahnya yang banyak dan mengambil masa lama untuk dilupuskan.

Ramaness berkata, selain mempromosikan produk mesra alam untuk
menembusi pasaran antarabangsa, pengeluarannya pinggan ubi kayu boleh
meningkatkan taraf hidup petani di negara ini yang mengusahakan tanaman
itu.

Ketika ini kebanyakan bekalan ubi kayu yang diperoleh NHI
dibawa masuk dari Thailand. Namun, menjelang tahun depan bekalan mentah
ubi kayu juga dijangka diperoleh dari ladang tempatan seperti Kelantan.

NHI kini beroperasi di Nilai dengan kapasiti pengeluaran
sebanyak 1.5 juta unit sebulan. Oleh kerana sambutan sungguh
menggalakkan daripada pasaran tempatan dan luar negara, NHI akan
memperbesarkan saiz kilang, menambah lima buah mesin yang dibeli dari
Jerman.

Peningkatan taraf kilang dijangka mampu menghasilkan
sekurang-kurangnya 48 juta unit pinggan. Untuk memenuhi permintaan dari
negara luar antaranya Amerika Syarikat dan China, NHI juga
mengalu-alukan mereka yang berminat untuk membuat pelaburan dan menjadi
wakil pengedar.

INFO: Pinggan ubi kayu

  • Pinggan ubi dihasilkan daripada 99 peratus tepung ubi kayu
  • Prosesnya bermula dengan diformulasikan selama 20 minit sebelum diuli dengan mesin uli berbentuk kawah kecil selama 30 minit.
  • Selepas menjadi doh, ia akan dipotong-potong kecil menggunakan mesin pemotong.
  • Setiap satu doh dimasukkan ke dalam acuan membentuk pinggan.
  • Setiap satu doh akan dibakar selama 45 saat pada tahap 220 hingga 240 darjah Celsius.
  • Pinggan yang dihasilkan akan dihantar ke mesin
    pengukur dan pemotong berbentuk saiz pinggan bagi memastikan setiap
    produk memiliki ukuran standard.
  • Pinggan ubi kayu boleh menahan kepanasan hingga 180 darjah Celsius atau selama empat jam sebelum mula mengembang.
  • Bagi makanan sejuk ia boleh bertahan selama sehari.
  • Jika tidak digunakan langsung, ia boleh bertahan selama dua tahun.
  • Bagi memastikan mutu dan kualiti pinggan yang
    dihasilkan, hanya ubi kayu jenis KU 55 saja digunakan. Ini kerana ubi
    kayu jenis ini memiliki kandungan serat yang tinggi.
  • Cetak artikel |
    Hantar pada kawan

    Reblog this post [with Zemanta]

    Read Full Post | Make a Comment ( 2 so far )

    Simpan emas lebih untung

    Posted on 13 January 2009. Filed under: Franchise Opportunities, Pelaburan, Pelan Perniagaan, peluang perniagaan, Pendapatan Pasif, Perniagaan Emas, Plan Perniagaan | Tags: , , , , , , , |

    Simpan emas lebih untung

    Oleh Siti Nur Almizan Aripin
    snur@nstp.com.my

    Etika Emas tawar skim simpanan emas yang menjanjikan pulangan tunai setiap bulan

    MEMBELI emas untuk penyimpanan kedengaran sedikit janggal kerana ramai beranggapan logam kuning keemasan itu lebih terserlah kemewahan dan ketinggian mutunya apabila dipamerkan sebagai perhiasan diri.

    Bagaimanapun, kemelut ekonomi yang melanda dunia menyebabkan ramai mula sedar mengenai kepentingan membeli emas untuk dijadikan asetPelaburan.

    Pemangkin terhadap minat serta trend yang semakin berkembang itu adalah fungsi komoditi itu sebagai penyimpan nilai kalis inflasi dan berdaya tahan terhadap ketidaktentuan ekonomi global yang sedang melanda ekonomi dunia ketika ini.

    Mengapa melabur emas? Jawapannya sangat mudah. Melabur emas bukan sekadar mendapatkan keuntungan ke atas modal tapi juga melindungi nilai aset daripada inflasi dan deflasi.

    Presiden Etika Emas Estet Berhad, Mohd Amin Supian, berkata emas adalah logam berharga yang sentiasa disebut di dalam Tamadun Islam dan peradaban dunia.

    Perkataan emas atau ‘gold’ berasal daripada perkataan Indo-Eropah iaitu kuning yang merujuk kepada logam yang menonjol sifatnya.

    “Seistimewa rupa dan nilainya, emas juga bersifat kekal. Selain melambangkan ketulenan, bernilai tinggi, kedaulatan dan simbol status, emas juga menjadi lambang kemewahan kepada individu atau sesebuah negara yang memilikinya,” katanya.

    Pada 2003, mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamed pernah melihat kebaikan dinar emas sebagai mata wang seragam dan tetap nilai seperti diperkenalkan ketika zaman Rasulullah SAW.

    “Sayangnya ketika itu idea Tun Dr Mahathir agak sukar untuk diterima, dipandang remeh serta dilihat sebagai saingan dan seakan hendak meniru euro dolar Eropah,” katanya.

    MOHD AMIN menunjukkan jonkong emas pelbagai saiz yang dijual untuk skim pelaburan di Etika Emas.

    Bertitik tolak daripada kesedaran mengenai kepentingan menyimpan emas, Mohd Amin dan kumpulannya mengambil inisiatif untuk menubuhkan sebuah syarikat yang menjalankan aktiviti membeli dan menjual emas fizikal 24 karat dengan kualiti 999.9 atau 99.9% tulen.

    Sebagai jaminan, setiap pelanggan yang membeli dan menyimpan emas di Etika Emas ditawarkan emas fizikal iaitu emas sebenar yang boleh dilihat, dipegang dan disimpan sebelum dicagarkan di skim Ar-Rahnu ditawarkan Bank Rakyat.

    Selain itu, Etika Emas yang ditubuhkan dua tahun lalu itu juga turut menawarkan khidmat perundingan kepada pelanggan mengenai cara mengurus aset emas dengan bijak selain koperasi bagi menguruskan sendiri skim pajak gadai emas berlandaskan Syariah atau Ar-Rahnu dengan kelulusan daripada Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM).

    Kata Mohd Amin, selepas mengetahui kehebatan penyimpanan emas, dia melakukan banyak penyelidikan dan pembacaan malah turut berkongsi pengetahuan mengenai penyimpanan emas daripada rakan-rakan yang sudah lama membeli dan menyimpan emas fizikal sebagai pelaburan.

    “Perbezaan antara menyimpan emas fizikal dan emas yang sudah siap diproses (barang kemas, syiling emas) adalah dari sudut keuntungan kerana pembelian jongkong emas membolehkan kita mendapat keuntungan bersih.

    “Emas yang dibeli dalam bentuk barangan kemas atau syiling emas dijual pada kadar 40 peratus tinggi daripada jongkong emas iaitu membabitkan kos buruh. Justeru, jika anda berminat untuk menyimpan emas, jongkong emas lebih digalakkan kerana untung bersih yang dimiliki jika ia dijual lebih tinggi,” katanya.

    Seperti dikatakan Mohd Amin, menyimpan jongkong emas sebagai aset pelaburan juga menggunakan kaedah yang sama seperti jual beli saham dan jual beli mata wang (tidak dibenarkan Bank Negara Malaysia).

    Katanya, pemilik emas mempunyai pilihan sama ada menyimpan sendiri emas milik mereka atau menyimpannya di peti simpanan bank. Jika mereka inginkan wang di saat memerlukan, simpanan emas fizikal berkenaan boleh dijual tapi nilainya akan susut antara 15 hingga 30 peratus daripada harga pasaran.

    “Sebagai alternatif, mereka boleh mendapatkan pinjaman atau modal pusingan pada kadar 50 hingga 65 peratus dengan mencagarkan emas yang dimiliki di pajak gadai konvensional atau pajak gadai Islam, Ar-Rahnu.

    “Emas yang dicagar boleh ditebus atau diambil kembali dengan menunjukkan surat pajakan, kad pengenalan, membayar jumlah prinsipal pinjaman dan upah simpan (Ar-Rahnu) atau faedah (pajak gadai konvensional),” katanya.

    Bagaimanapun, bagi melunaskan sebahagian daripada tanggungjawab sebagai seorang Muslim, Mohd Amin menyimpan impian menjadikan penubuhan Etika Emas sebagai sesuatu yang mendatangkan kebaikan kepada orang ramai dan umat Islam khususnya.

    “Koperasi Etika Emas ditubuhkan bagi membantu orang ramai mendapatkan manfaat daripada program simpanan dan pembelian emas yang dijalankan, seterusnya kita ingin melihat pajak gadai Islam Ar-Rahnu dibuka di seluruh negara.

    “Etika Emas juga ingin melihat pemilikan emas di kalangan golongan muda kerana kami sedar pemilikan emas walaupun di dalam jumlah yang sedikit sebenarnya dapat membantu perkembangan tamadun dan ummah melalui kadar zakat 2.5 peratus setahun yang dikenakan,” katanya.

    Katanya, nilai emas yang tidak menyusut menyebabkan simpanan jongkong emas mendatangkan keuntungan terutama ketika gelora ekonomi melanda dan Mohd Amin juga menyarankan orang ramai supaya membuat simpanan emas fizikal sebagai jaminan masa depan.

    Nilai emas tidak menyusut tapi jika anda perhatikan nilai mata wang mudah mengalami kejatuhan. Tidak keterlaluan dikatakan, di saat negara bergolak mata wang tidak menjanjikan jaminan kesenangan atau pengaruh.

    “Jadikan sayap juruterbang yang diperbuat daripada emas sebagai contoh, jika mereka terhempas dan masih selamat, pin emas itu akan menjadi penyelamat kerana nilai emas dijamin nilainya walau di kalangan Orang Asli,” katanya.

    Selepas dua tahun ditubuhkan, Etika Emas kini berbangga kerana mempunyai 2,600 pelanggan yang membeli dan menyimpan emas fizikal melalui program ditawarkan dan 600,000 keping dinar emas terjual dengan jumlah simpanan emas fizikal sebanyak 1.6 tan.

    “Tahun ini kami mensasarkan lebih ramai penyimpan emas termasuk perseorangan daripada luar negara dengan pertambahan simpanan emas lebih daripada 45 tan. Tapi kami akan pastikan simpanan emas dibuat di dalam negara bertujuan untuk meningkatkan simpanan emas di dalam negara,” katanya.

    Berbeza antara pembelian emas dari Etika Emas dan kedai emas biasa adalah setiap hadiah (pengurangan harga) diberikan di dalam bentuk tunai setiap bulan iaitu pada kadar 30 peratus daripada 100 gram emas yang dibeli selama enam bulan.

    “Selain program pembelian satu jongkong emas, kami juga menawarkan program dua iaitu beli satu dan dipinjamkan satu jongkong daripada Etika Emas ke dalam akaun simpanan untuk menggalakkan mereka membuat tambahan simpanan emas apabila tempoh gadaian pertama tamat.

    “Tapi jika harga emas dunia meningkat, mereka boleh membuat pilihan sama ada hendak menjual atau terus menyimpan jongkong emas yang dimiliki bergantung kepada keperluan,” katanya.

    Info

  • Jongkong emas dijual Etika Emas adalah di dalam kiraan berat 20 kg, 50 kg, 100 kg, 500 kg, 1 kg dan paling berat adalah 12.5 kg.
  • Nilai berat setiap jongkong berkenaan dibuat berdasarkan harga pasaran antarabangsa dan boleh di rujuk melalui laman web http://www.kitco.com atau http://www.wgc.com.
  • Pasaran London menawarkan penjualan segera dan penjualan akan datang untuk emas. Ia ditetapkan oleh Geng Lima yang mewakili pengedar emas serta bank terpengaruh dunia. Geng Lima terdiri daripada ketuanya, N M Rothschild, Societte General, Hongkong Shanghai Bank (HSBC), Scotia Mocatta dan Deutsche Bank.
  • Nilai jual Kijang emas yang dikeluarkan Bank Negara Malaysia (31 Disember 2008) adalah RM3,200 untuk berat 31.10 g (1oz), RM1,630 (15.55 g) dan RM830 (7.775 g).
  • Pelaburan emas terbahagi kepada empat iaitu pelaburan barang kemas, syiling emas, jongkong emas dan dinar emas.

    Fakta

  • Ahli kimia tidak pernah berjaya menghasilkan emas tiruan kerana sifat logam berkenaan sukar ditiru.
  • Sifat emas tulen adalah lembut paling boleh ditempa dan dibentuk.
  • Emas asli boleh disahkan tulen melalui dua cara mudah iaitu apabila digigit, ia meninggalkan kesan lekuk gigi, kedua apabila dibakar atau dicairkan, ia tidak berubah warna.
  • Cetak artikelHantar pada kawan

    Reblog this post [with Zemanta]
    Read Full Post | Make a Comment ( None so far )

    Umpan siapa yang kena

    Posted on 5 November 2008. Filed under: Finance, Uncategorized | Tags: , , , , , , , , , |

    Celcom (Malaysia) Bhd

    Image via Wikipedia

    Oleh Afiq Hanif
    afiq@hmetro.com.my

    KALAU anda memiliki nombor telefon mudah alih bermula 012, rakan akan terus mentafsirkan anda sebagai pelanggan Maxis, begitu juga dengan 019 (Celcom), 016 (DiGi) atau 018 (U Mobile)

    KALAU anda memiliki nombor telefon mudah alih bermula 012, rakan akan terus mentafsirkan anda sebagai pelanggan Maxis, begitu juga dengan 019 (Celcom), 016 (DiGi) atau 018 (U Mobile).

    Nombor talian anda memainkan peranan penting apatah lagi ia digunakan bertahun-tahun dan sudah dikenali rakan atau keluarga.

    Bayangkan ada perkara yang menyebabkan anda kurang berpuas hati dengan penyedia perkhidmatan atau operator anda yang membuatkan perlu bertukar kepada operator lain. Pastinya sukar hendak memaklumkan semua kenalan mengenai nombor baru anda itu.

    Memang mudah kalau penyedia syarikat telekomunikasi menyediakan khidmat pesanan ringkas (SMS) untuk memaklumkan kepada orang lain mengenai pertukaran nombor anda namun ia terhad kepada hubungan yang direkodkan dalam buku telefon saja.

    Ia menyulitkan jika pemilik nombor yang tidak disalin dalam buku telefon bimbit tiba-tiba menghubungi anda di kemudian hari.

    Walaupun ia hanya alasan remeh bagi sesetengah pembaca tapi Kemudahalihan Nombor Mudah Alih (MNP) mampu menyelesaikan kekusutan dengan menyediakan pilihan kepada pengguna telekomunikasi di negara ini.

    Malaysia bukan negara pertama yang menyediakan perkhidmatan MNP. Australia, Hong Kong, Taiwan, Singapura, Pakistan, Belgium, Denmark, Estonia, Itali, Luxembourg, Norway, Portugal, Sepanyol, Sweden, Turki dan Romania sudah memulakannya sejak kebelakangan ini malah ada yang sudah bertahun melakukannya.

    Ketua Pegawai Eksekutif Celcom (Malaysia) Bhd (Celcom), Datuk Seri Shazalli Ramly memaklumkan syarikat telekomunikasi diterajuinya sudah memulakan persediaan rapi menghadapi pelaksanaan MNP itu.

    Beliau berkata, pengguna mempunyai hak bertukar kepada penyedia telekomunikasi lain terutama jika liputan talian tidak menyeluruh.

    “Kami percaya apa yang ditawarkan mampu memenuhi permintaan pelanggan apatah lagi Celcom unggul di hadapan dari segi liputan terjelas, terpantas dan terluas bukan saja di Lembah Klang, malah di seluruh negara,” katanya.

    Shazalli menegaskan, Celcom tiada masalah dari segi liputan dan kebanyakan pengguna berpuas hati dengan tahap perkhidmatannya sekali gus membantu meletakkan Celcom pada kedudukan terbaik untuk kekal menawarkan pilihan bijak kepada mereka.

    Katanya, Celcom melakukan beberapa langkah perlu untuk menarik pengguna di samping menjanjikan perkhidmatan unggul bagi memenuhi keperluan pengguna.

    “Bagaimanapun, MNP bukan hanya terhad kepada keperluan membabitkan kempen dan promosi semata-mata tetapi perlu disusuli perbincangan dan kerjasama teliti antara keempat-empat syarikat telekomunikasi tempatan,” katanya.

    Menurutnya, ia tidak boleh dilakukan bersendirian kerana semua operator perlu menyerah dan menerima data milik pengguna yang mahu menggunakan perkhidmatan MNP.

    “Selain itu, kami sentiasa menjalankan promosi serta menawarkan pakej terbaik kepada pengguna walaupun MNP dilaksanakan atau tidak,” katanya.

    Tambahnya, Celcom akan terus mara ke hadapan bagi memastikan pelanggan sedia ada Celcom kekal dan berpuas hati dengan perkhidmatan yang diterima malah lebih penting bagi syarikat penyedia telekomunikasi ialah pengukuhan rangkaian dan prasarana.

    Sementara itu Ketua Eksekutif DiGi Telecommunications Sdn Bhd (DiGi), Johan Dennelind, menggalakkan orang ramai menukar operator telekomunikasi jika tidak ‘berkenan’ dengan perkhidmatan ditawarkan.

    “Kami percaya DiGi memiliki pakej yang mudah, lengkap dan menyeluruh di samping layanan perkhidmatan pelanggan sempurna,” katanya.

    Johan menjangkakan pengguna pasca bayar adalah segmen paling banyak yang akan menukar perkhidmatan talian mereka melalui MNP dan DiGi sudah bersedia dengan menyediakan pakej tidak menyusahkan kepada pelanggan.

    “MNP adalah tawaran positif dan ia memberi cabaran kepada kami untuk menyediakan yang terbaik kepada pelanggan. Kalau kita dapat menarik satu pelanggan, kita menang namun kalau hilang satu pelanggan bermakna kekalahan diterima,” katanya.

    Menurutnya, tawaran yang diberikan sesebuah operator menjadi ‘jurucakap’ untuk dirinya sendiri sama ada ia mampu mempengaruhi pelanggan atau tidak tapi ia perlu menggembirakan pengguna.

    “Saya amat optimistik apabila MNP terlaksana namun tidak dapat menjangkakan perubahan positif atau negatif dari pelanggan kami,” kata Johan.

    Beliau bagaimanapun tidak menggalakkan orang ramai menukar perkhidmatan operator mereka secara kerap atas alasan mahu menguji MNP kerana ia tidak sihat untuk industri.

    “Kami hanya mahukan pelanggan yang benar-benar menghargai tawaran diberikan syarikat,” ujar Johan.

    DiGi menjangkakan MNP yang diperkenalkan mampu melonjakkan kedudukannya dalam segmen pasca bayar dan prabayar ke tahap lebih baik.

    “Kedudukan ketiga bukan sesuatu yang patut dibanggakan. Melalui MNP, ia mampu memberikan DiGi peluang memperbaiki kedudukan dalam pasaran dengan menyediakan nilai terbaik kepada pelanggan,” katanya.

    Beliau memaklumkan DiGi adalah penyedia perkhidmatan pertama memperkenalkan kadar rata rendah ke semua rangkaian dan segmen iaitu 10 sen seminit.

    “Selain itu, kami tidak mengenakan sebarang yuran kepada pengguna prabayar selain mengekalkan panggilan aktif selama 365 hari tanpa caj tambahan malah untuk pelanggan pascabayar pula akan menikmati pengaktifan percuma tanpa perlu membayar deposit,” katanya

    DiGi kini mula menggerakkan seluruh rakan pengedar dan rangkaian cawangannya di seluruh negara bagi menjalankan kempen dan usaha meyakinkan pengguna mengenai tawaran yang disediakannya bagi perkhidmatan MNP.

    Dalam pada itu, Maxis Communications Bhd berkata pengguna mudah alih yang ingin bertukar operator akan mendapati mereka mudah berbuat demikian di lebih 3,000 lokasi khas kemasukan Maxis di seluruh negara.

    Melalui satu kenyataan dikeluarkan, Maxis memaklumkan langkah itu akan menjadi lebih mudah bagi pelanggan yang berminat dengan pelaksanaan pemindahan tanpa kertas atau ‘online’ di laman webnya, bagi pengguna prabayar dan pasca bayar.

    Inisiatif Maxis itu memudahkan dan menyenangkan pengguna mudah alih melalui proses pemindahan tanpa kertas.

    Pengguna yang ingin menukar kepada Maxis hanya perlu membawa MyKad mereka ke mana-mana 3,000 lokasi pemindahan, termasuk pusat dan pengedar Maxis untuk menikmati proses pendaftaran yang cepat dan dilakukan tanpa kertas.

    “Persaingan melalui MNP hanya untuk kebaikan pengguna. Ia akan memaksa semua operator agar lebih cekap dan kami amat menyokong sistem baru (MNP) ini,” kata Ketua Pegawai Eksekutif Maxis Sandip Das.

    Maxis dilaporkan mempunyai seramai 10,534,000 pelanggan mudah alih di seluruh negara sehingga akhir Jun lalu dengan syarikat itu kini menjadi peneraju pasaran dalam kedua-dua segmen iaitu prabayar dan pasca bayar.

    Turut terbabit dalam usaha menggalakkan perkhidmatan MNPnya ialah U Mobile Sdn Bhd (U Mobile), sebuah syarikat penyedia perkhidmatan mudah alih 3G.

    Sepanjang MNP, U Mobile menyediakan kemudahan kedua-dua pelanggan prabayar dan pasca bayarnya menukar perkhidmatan mudah alih lain kepada pelan kadar U Mobile tanpa yuran pemprosesan dan juga menikmati RM10 dikreditkan kepada akaun baru mereka.

    Ketua Pegawai eksekutif U Mobile Oh-Kwang Jin berkata, ia akan juga memberikan pek prabayar percuma dengan kredit tambah nilai RM10 kepada pelanggan prabayar dan pascabayar yang berjaya dalam permohonan mereka berpindah kepada U Mobile.

    Di samping itu, pelanggan prabayar yang berpindah kepada Pelan Prabayar U Mobile 018 akan menerima 10 SMS percuma bagi setiap penggunaan RM10 sehingga maksimum 110 SMS setiap tambah nilai dalam pakej ditawarkan hingga akhir tahun ini.

    “Kami yakin tawaran baru yang inovatif ini akan menarik pengguna telefon mudah alih mendapatkan lebih banyak nilai dari perkhidmatan dilanggani,” katanya.

    Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) pula memaklumkan hanya nombor yang aktif saja boleh dialihkan. Oleh itu, anda tidak perlu menamatkan talian telefon sedia ada sebelum melakukan pengalihan nombor.

    Terdapat kesulitan bakal dihadapi jika pengguna mempunyai sebarang bil tertunggak atau masih mempunyai kontrak dengan penyedia perkhidmatan telekomunikasi sedia ada.

    Mereka akan menolak permintaan untuk mengalihkan nombor (permintaan dibuat oleh penyedia perkhidmatan telekomunikasi yang baru) jika terdapat masalah di atas.

    Bagi pengguna prabayar, baki kredit mereka akan terhapus sebaik nombor berjaya dialihkan dan baki tidak akan dipindahkan ke penyedia perkhidmatan yang baru.

    Proses pengalihan nombor mengambil masa tidak lebih dari lima hari bagi pengalihan nombor individu manakala pengalihan nombor untuk perniagaan mengambil masa tidak lebih 10 hari dan pengguna akan diberikan kad sim baru sebaik menukar ke talian baru..

    MNP sememangnya memberi kemenangan kepada pengguna dan terpulang kepada pengguna memilih perkhidmatan telekomunikasi terbaik yang mampu memberi pulangan kepada kos.

    Bagaimanapun, pengguna perlu berhati-hati selepas ini kerana anda tidak mengetahui sama ada talian yang dihubungi memiliki operator sama atau tidak. Ia mungkin akan meningkatkan kos tanpa disedari.

    Untuk operator pula, MNP adalah ‘amaran lembut’ agar sentiasa menyediakan perkhidmatan terbaik atau berdepan risiko hilang bisnes pada masa akan datang.

    Reblog this post [with Zemanta]
    Read Full Post | Make a Comment ( None so far )

    DINAR EMAS

    Posted on 4 November 2008. Filed under: Banking, Finance, Perbankkan | Tags: , , , , , , , , , , |

    Former Malaysian Prime Minister, Tun Dr Mahath...

    Image via Wikipedia

    DINAR EMAS

    |
    1. Ramai juga yang bertanya berkenaan Dinar Emas termasuk juga BBC yang mengadakan wawancara dengan saya baru-baru ini.

    2. Apa yang sudah jadi kenyataan yang tidak lagi dapat dinafi oleh negara-negara di dunia ialah sistem kewangan yang ada sekarang sudah gagal untuk diguna dalam ekonomi dan dagangan baik dalam negeri atau antarabangsa.

    3. Keputusan Bretton-Woods selepas Perang Dunia Kedua ialah semua matawang negara di dunia ditentukan nilainya mengikut nilai tukaran dengan matawang Amerika Syarikat.

    4. Tetapi di tentukan juga yang nilai Dolar Amerika ialah sebanyak 35 Dollar untuk satu ouns emas. Ini bermakna secara tidak langsung semua matawang dinilai mengikut sekian banyak emas.

    5. Di masa itu semua matawang adalah kukuh. Tetapi Britain, pada tahun 1966 telah turunkan nilai Pound British. Malaysia telah rugi banyak kerana simpanan (reserve) kita adalah dalam matawang Pound. Pada satu masa Pound yang bernilai Ringgit Malaysia 8.30 telah turun kepada Ringgit Malaysia 3.60.

    6. Kemudian Presiden Richard Nixon membuat keputusan bahawa Dollar Amerika tidak lagi terikat dengan emas. Amerika telah tolak apa yang dipanggil sebagai “Gold Standard“. Amerika juga memutuskan bahawa pasaran akan tentukan nilai Dolar Amerika.

    7. Tetapi negara-negara lain masih percaya akan kekuatan ekonomi Amerika dan meneruskan ikatan nilai matawang mereka dengan Dollar.

    8. Satu lagi keputusan dunia antarabangsa ialah nilai dagangan antarabangsa ditentukan dengan nilai Dollar Amerika dan bayaran juga dibuat dengan Dollar Amerika. Ini menyebabkan permintaan bagi Dollar Amerika menjadi kuat dan sekali gus menjamin nilai Dollar Amerika tidak jatuh walaupun tidak lagi diukur dengan sekian banyak emas.

    9. Pada satu masa dahulu bank besar dibenarkan mencetak dan mengeluarkan “Bank Notes” sebagai wang yang sah dipergunakan. Kemudian pemerintah mengambil alih pengeluaran matawang.

    10. Bank mengeluarkan pinjaman daripada modal dan deposit oleh pelanggan. Kadang-kadang jumlah pinjaman melebihi wang yang ada dalam bank. Tetapi ini dihadkan. Walaupun demikian pinjaman yang dikeluarkan kerap kali jauh lebih banyak dari had yang ditentukan.

    11. Apabila pendeposit mengeluarkan simpanan mereka beramai-ramai maka bank tidak mampu untuk membayar balik kepada pendeposit kerana semua wang telah diberi pinjam bahkan lebih daripada itu. Dalam keadaan ini bank mesti di selamatkan (bail-out) oleh Kerajaan.

    12. Melihat bahawa bank boleh mengeluarkan pinjaman hampir tanpa had (unlimited) maka penyangak pun merancang untuk guna duit bank yang tidak terhad ini untuk meraih keuntungan atas angin. Maka berlakulah dagangan matawang, pinjaman kepada peminjam yang keupayaan membayar tidak terjamin, penjualan pinjaman yang dikeluarkan oleh bank kepada syarikat insurans dan syarikat gadaian (mortgage company) dan lain-lain. Jumlah semua transaksi ini amat besar, bernilai berbilion dolar. Apabila ramai peminjam tidak dapat bayar hutang atau servis hutang, maka mereka yang membeli pinjaman bank dapati mereka akan rugi berbilion dolar.

    13. Dan banyak lagilah penyalahgunaan sistem bank Barat yang dilakukan. Demikian Amerika dengan kekayaannya yang besar sekalipun tidak dapat menampung berbilion dolar kerugian oleh bank, syarikat, insuran, syarikat mortgage, hedge funds, merchant dan investment bank dan lain-lain.

    14. Sesungguhnya sistem bank dan matawang Barat sudah gagal. Dunia harus kaji untuk menggantinya dengan sistem lain termasuk perbankan Islam dan dagangan dengan matawang khusus seperti Dinar Emas.

    15. Tidak seperti duit kertas emas tetap mempunyai nilai dimana-mana dalam dunia. Dinar Emas dicadang hanya untuk menyelesaikan bayaran dagangan antarabangsa.

    16. Apakah ada cukup emas dalam dunia untuk dijadikan wang antrabangsa? Sudah tentu tidak.

    17. Tetapi kita tidak perlu bayar dengan dinar emas sepenuhnya. Memadai jika kita bayar cuma lebihan antara import-eksport antara dua buah negara.

    18. Jika sebuah negara mengeksport 100 juta Dinar kepada sebuah negara lain dan negara itu pula mengeksport kepada negara pertama barangan atau khidmat yang bernilai 110 juta Dinar, maka bayaran yang harus dibuat oleh Bank Negara negara yang pertama hanyalah 10 juta Dinar emas. Jika tidak ada Dinar Emas yang mencukupi maka bayaran boleh dibuat kemudian dengan eksport bernilai 10 juta Dinar.

    19. Kita bukan sahaja boleh ada dagangan antara dua buah negara tetapi antara beberapa buah negara. Sebenarnya bank-bank mengguna cara ini untuk menyelesaikan bayaran cheque kepada beberapa bank yang telah terima dan mengeluarkan bayaran berasas kepada cheque lain-lain bank.

    20. Sudah tentu akan ada banyak masalah pada permulaan. Tetapi pakar-pakar boleh cari jalan untuk selesaikan atau atasi kelemahan sistem Dinar Emas ini.

    21. Bank Negara Malaysia pernah runding dengan sebuah negara lain dan penggunaan Dinar Emas memang boleh dilaksanakan. Tetapi entah kenapa Bank Negara Malaysia tidak dapat menjayakan sistem ini.

    sumber dari : http://test.chedet.com/che_det/

    Reblog this post [with Zemanta]
    Read Full Post | Make a Comment ( None so far )

    Liked it here?
    Why not try sites on the blogroll...