Restoran terapung (Dinner In The Sky)

Posted on 23 August 2009. Filed under: Pelan Perniagaan, peluang perniagaan, Pendapatan Aktif, Plan Perniagaan | Tags: |

Makan malam sambil terapung di udara Cetak
Ditulis oleh Admin
Isnin, 20 Julai 2009 17:12

AMIENS – Sebuah restoran di sini menawarkan pengalaman unik menikmati makan malam sambil terapung di udara pada ketinggian lebih 48 meter, lapor sebuah akhbar semalam.

Pelanggan-pelanggan diminta memakai tali pinggang keledar pada kerusi masing-masing sebelum restoran itu diangkat ke udara menggunakan sebuah kren.

Mereka akan dilayan oleh beberapa pelayan manakala seorang cef di tengah restoran itu akan memasak pesanan pelanggan.

Walaupun menawarkan pengalaman makan malam yang menakutkan, restoran dimiliki sebuah syarikat tempatan, Dinner In The Sky, di sini mengenakan bayaran mahal mencecah £13,000 (RM75,933) untuk satu majlis makan malam.

Pihak pengurusan pula menasihatkan pelanggan mereka supaya tidak menjatuhkan sudu atau pinggan mangkuk ke bawah. – Agensi

Dari : Ozzay, ‘ Wacana Merentas Minda’

Read Full Post | Make a Comment ( None so far )

Liked it here?
Why not try sites on the blogroll...