20 usahawan luar bandar terima RM400,000

Posted on 6 November 2008. Filed under: Finance, Pelan Perniagaan, Pendapatan Pasif | Tags: , , , , , , , , , , , , , |

Filipino Market, Kota Kinabalu, Sabah, Malaysi...

Image via Wikipedia

BM

20 usahawan luar bandar terima RM400,000 bantuan dari kerajaan

5th November, 2008 KOTA KINABALU: Seramai 20 usahawan luar bandar dari seluruh daerah Sabah telah menerima RM400,000 bantuan dari kerajaan untuk memulakan perniagaan secara kecil-kecilan.

Usahawan yang terpilih menerima bantuan maksima RM20,000 seorang itu di bawah Kementerian Pembangunan Luar Bandar dan Wilayah (KPLBW) itu telah berlangsung baru-baru ini.

Penolong Pengarah Kemajuan Masyarakat (Kemas) Wan Assim Bin Wan Shekh memberitahu wartawan New Sabah Times semasa majlis penutupan Kursus Latihan Bimbingan Usahawan Zon Sabah di Borneo Paradise Beach Hotel kelmarin.

“Dua puluh usahawan yang terpilih dari seluruh daerah Sabah menerima bantuan itu untuk memulakan perniagaan atas bidang perniagaan yang mereka ceburi,” kata Wan Assim.

Kemas telah mengadakan kursus dan berjaya melahirkan berpuluh ribu orang usahawan tempatan terutama mereka yang berasal dari kawasan luar bandar sejak Kemas ditubuhkan pada tahun 1961.

Kerajaan melalui KPLBW akan terus memberi bantuan kepada usahawan yang ingin menceburkan diri dan berjaya dalam bidang keusahawanan dan perniagaan dan keutamaan akan diberkan kepada mereka yang menamatkan pelbagai kursus yang dianjurkan oleh Kemas.

Beliau berkata kemas mengadakan kursus latihan bimbingan usahawan dua kali setahun bertujuan untuk memberi galakan kepada usahawan luar bandar meneceburi bidang perniagaan.

“Bantuan yang diberikan oleh kerajaan bertujuan untuk memperbaiki kehidupan dan pendapatan usahawan luar bandar,” kata Wan Assim.

Dalam ucapannya Wan Assim memberi ga-lakan kepada peserta yang menyertai kursus itu supaya menggunakan pengetahuan yang dipelajari dari kursus yang mereka hadiri dan mengambil tindakan selanjutnya.

“Usahawan luar bandar harus berani menerima cabaran dan mempromosikan produk mereka di pasaran dalam dan luar negeri,” tambah Wan Assim.

Pelbagai jenis kursus dan latihan yang dikendalikan oleh Kemas antara lain ialah kursus menjahit, memproses makanan, kelas menjahit dan lain-lain.

Seramai 48 usahawan lelaki dan wanita termasuk mereka yang sedang dalam latihan kemas menghadiri kursus latihan bimbingan usahawan berkenaan.

SUMBER DARI : http://www.newsabahtimes.com.my/nstweb/fullstory/23177

PS : BAGI BAGILAH KAMI JUGA IDEA MENCURAH DI LAMAN NI…

Reblog this post [with Zemanta]
Read Full Post | Make a Comment ( None so far )

Idea Bisnes: Masalah orang lain sebagai Peluang perniagaan

Posted on 5 November 2008. Filed under: Finance, Pendapatan Pasif | Tags: , , , , , , , |

The Malaysia Day celebration in 1963 featuring...

Image via Wikipedia

DIPETIK DARI LAMAN FORUM BICARA JUTAWAN MALAS NAK EDIT. BACA JELAH MANA TAHU ADA IDEA YANG CANGGIH TERFIKIR NAK DILAKSANAKAN. TULISAN BOLD ADALAH BISNES YANG CANGGIHLAKSANA MUNGKIN?

My “Rich Dad” sebut:

Pelik tengok mahasiswa takde kerja ni. Saya ni berlambak kerjanya… tak cukup tangan nak buat. Apa lah yang student sekarang ni fikir ye?

Untuk para graduan, dan bakal graduan, meh fahamkan konsep ni.

Masalah orang lain adalah peluang perniagaan bagi usahawan

Cuba pk. Dan listkan apakah masalah yang boleh ditukar menjadi menjadi peluang perniagaan.

Kan banyak masalah di Malaysia ni… 😉

Masalah:

1. Minyak Mahal

Cara penyelesaian:
1. Buat research ganti petrol.
2. Kempen pakai basikal ke tempat kerja
3. Tingkatkan kemudahan pengangkutan awam
4. …?

2. Ramai sakit kanser
Cara penyelesaian
1. Cari perubatan alternatif yang boleh ganti kemoterapi.
2. kempen cara hidup sihat
3. …?

Jadikan masalah sebagai peluang untuk kita.

aku punye pendapat plak…cuba jgn guna perkataan “problem”.

melayu kita suka guna perkataan “problem” atau “masalah”.

tanpa sedar, perkataan2 tuh mempunyai negative impak kepada brain kita. brain kita akan automatically register yg benda tuh impossible to solve.

cuba tukar kepada perkataan “challenge”.

the word challenge itself is a positive word. therefore our brain will register all possible solutions to the challenges.


problems that is a challenge for an entrepreneur to solve it
1. petrol’s price
2. cancer
3. garbage [recycle dude!]
4. road traffic [traffic solution dude!]

nak tambah lagi satu. Kat KL ni kan ada banyak kawasan apartment. Orang dok apartment tinggi-tinggi ni kenkadang diorang nak makan, tapi malas dan penat nak turun ke kedai. Itu diorang punya problem lah kan.

Peluang untuk peniaga lah tu. Contohnya buat servis penghantaran. Bisnes camni buat kat rumah pun boleh. Tapi delivery area kenalah dalam kawasan jangkauan kemampuan anda. Tetapkan delivery menu dalam 10 jenis ke. contoh mee goreng, char kue tiow dsb. Contoh area terbaik untuk bisnes macam ni ialah Bandar Tasik Permaisuri (sini 100% apartment & kondo), Kerinchi (sini kawasan lagi padat, duit dimana-mana beb.)

Cara bisnes delivery macam ni sangat poplar kat Korea sejak dulu lagi. Sampaikan diorang boleh hantar Mee Goreng 2 pinggan ke taman tepi sungai tempat couple ber dating. Tak semestinya hantar ke rumah saja. 🙂

Sebelum kita lari dari tajuk saya nak bagi satu contoh seorang kawan grad dari UITM.

Dia ni grad bidang mekanikal. Punya lah cari kerja satu pun tak dapat. Dok menumpang umah abang ipar. Dalam dia duduk-duduk tu sementara belum dapat kerja dia dapat satu idea. Dia beli pam angin, tiub tayar motor, peralatan buka tayar, spanar segala dah sedia ada. Dia ronda sepanjang Federal Highway siang dan malam. Jadilah dia tukang tukar tiub. Tu kerja sementara dia saja lah. Sekarang ni dia dah ada bisnes sendiri dah. Supply spareparts machine.

Ada sorang ni pulak sama gak graduan menganggur tapi dia sebenarnya ‘bukan menganggur’. Dia join satu syarikat MLM menjual produk makanan kesihatan organik. Dia approach makcik-makcik penjaja dan peniaga. Dia tau produk tu sesuai dengan keperluan makcik-makcik tu, makcik-makcik yang ada masalah kesihatan, yang mengalami obesiti dan lain-lain. Sekarang ni sementara dia cari kerja tetap, dia dah dapat imbuhan lebih seribu ringgit sebulan. Makcik-makcik tu jadi downline dia yang aktif. Dia masih belum dapat kerja tapi dah ada pendapatan.

agi saya, peluang perniagaan paling baik ialah yang berasaskan perkhidmatan. modal kecil, yang perlu ialah tenaga kerja.

tetapi graduan hari ni, mana mahu kerja yang tidak glamor, yt tidak dpt pakai tie, opis beraircon dsbnya.

servis perkhidmatan banyak.

contohnya;
1. servis menjaga anak-anak sekolah rendah 7-12 tahun.
hantar anak-anak ni pergi sekolah, ambil dr sekolah, bg mereka lunch, bagi tuition pada mereka, hantar pi sekolah agama, pastikan homework mereka siap, ajar mengaji kat mereka. pendek kata jadi sebagai ‘ibu’ mereka. kalau servis baik, anak mereka selamat, terjaga dan ada perubahan dalam pendidikan – ibu bapa mana yg tidak mahu dengan servis nih.

anda kena fikirkan nak sewa rumah, dan cari 1-2 orang kawan berkongsi berniaga. juga cari modal utk perabut/interior decor.

jgn buat sambil lewa. buat module pembelajaran. set menu yg seimbang. pendek kata, buat cara profesional.

business perkhidmatan ni nampak macam remeh, tp kalau pandai sure dapat duit.

sesuai utk perempuan.

2. business makan yg ditapau. macam chinese selalu buat tu. makanan letak dlm mangkuk tingkat dan hantar ke rumah.

*** business macam ni, mmg nampak cam remeh, tak glamor. tp boleh menjamin keuntungan. tak payah nak beli baju, beg, kasut berjenama .. terpengaruh dengan kawan-kawan. tak pening nak mengadap bos, takyah attend meeting berjam, no datelines, no budget to achieve … tak payah nak keluar duit lunch, duit kopi …. income tax pun tak tahu berapa kita dpt ! tp zakat bayar tau !

situasi:
parents bekerja.
anak ke sekolah kebangsaan.
anak balik ke rumah.
anak ke sekolah agama.

masalah.. ops.. cabaran:
siapa nak tengok kan anak yang balik sebentar tu?
siapa nak beri makan?
tukar kan baju?

penyelesaian aka idea bizniz:
macam taska yang memelihara budak-budak. macam nursery juga.
tapi ini lain. kita nama kan TRANSIT
.

kita jaga. kita beri makan. kita tukar kan baju. kita supervise. anak-anak kepada parents yang bekerja tadi. tidak seperti taska. TRANSIT ini paling lama pun makan masa 1-2 jam saja.
kerja nya tak susah. cuma masak lunch untuk anak-anak ini. selia mereka. mereka akan tukar baju. mandi what so ever. ikut suka mereka.
kemudian. mereka akan keluar ke sekolah petang. sekolah agama. kokurikulum. latihan sukan. atau apa saja. ikut suka mereka jugak la.
dan tugas kita selesai di situ.

menarik?
TRANSIT

masalah 1

kuar pagi kul 6.30 balik kul 5ptg…. kete dah kotor nk basuh dah penat, nk pegi car wash jem plak jalannyer… halaman rumah berselerak x terurus.. rumput dah tinggi2…

tindakan
Perkhidmatan basuh kereta dari rumah ke rumah beserta dgn pakej kemas kawasan rumah.. amacam>??

masalah 2

rumah FLAT… hari2 sampah penuh dalam bakul, nk turun bawah buang ke tong sampah besar jauh.. nk kena turun tangga lagi kalo xde lift, nk kena berjalan kaki lagi ke tong sampah besar… anak2 bising kat atas tak terjaga… tong sampah kalo x dibasuh satu rumah busuk…

tindakan
Perkhidmatan kutip sampah dari rumah ke rumah daily.. kenakan caj rm1 utk buang sampah ke tong sampah beserta dgn membersihkan tong sampah.. semburkan sedikit penyembur lalat.. hanya sekali sehari.. jika satu blok ade 30 rumah, anda telah mendapat rm30 / day..

kalau buat bisness, seperti

pasaraya maya kat tempat masing2 pun baik juga.

order melalui sms atau email .order melalui online ke dan kita terus buat penghantaran mengikut jarak2 tertentu,
kita yang dapat order tu , pi cari kat kedai2runcit yang dapat menawarkan barangan pada harga terendah , so kita buat le penghantaran. tapi sebelum tu suruh lah suri2 rumah tu berdaftar dulu ngan kita dan buat deposite dulu ke untuk safety gakk , dah order tak beli plak nanti kan susah income :-

buatlah delivery charges
mark-up lee sikit but berpatutanlah.

2) bulan puasa dah makin hampir nie

buat bisness yang berasaskan masakan panas2 home delivery. orang bandar nie sibuk , kekdang berbuka kat highway jee, mana sempat masak… buat pakej berbuka dan sahur.. Buat konsep macam di atas gak

orang cina dah lama buat dah,,, mak aku pun buat gak dulu ( masukk banyakk ooo)

salah satu lagi ,,, peluang adalah

tapi yang nie susah lee sikit

kalau dapatlah pajak tanah dari mana tuan tanah, atau ada tanah sendiri.
kenalah buang perasaan malu, dengan cari pertanian.
penanaman kelapa sawit.

kalu dapat 3 ekar tanah pun dah cukup baik baik dah,,,
dah boleh tanam lebih kurang 400 pokok kelapa sawit.
mula2 memang susah, tapi untuk 3 ekar tak lebih 1500.00 modal mula
sewa tanah buat lah cara bayaran bulanan bermula dari hasil dipetik.
nak susah lebih kurang 3 1/5 tahun sebelum hasil mula dikutip berterusan setiap bulan sehingga pokok dah cukup tua.

selepas penanaman anak pokok sawit kita hanya perlu jalankan proses membaja 1 bulan sekali ( 3 hari je dlm sebulan ), meracun 3 bulan sekali ( 2 hari pun cukup dah dalam 3 bulan,

begitulah sehingga 3 1/2 tahun.

apabila mula ambik hasil bagi mereka yang malas laa untuk 100 poko pendapatan adalah lebih kurang 1,500.00 setiap 3 minggu dan berterusan.
(yang dikatakan malas tuu apabila petani tak ambik tahu langsung tentang perkembangan pokok seperti membuang pelepah2 sawit yang tidak diperlukan , malas bagi baja.) kerja-kerja pembersihan itupun baru ambik masa 3-4 hari jer sebulan ada balance 24 hari lagi untuk lepak2.)

bagi mereka yang rajin buat kerja mencantas pelepas dan membaja tu
income mereka boleh mencecah 3,500.00 -4,500.00 setiap 3 minggu. dan berterusan sehingga pokok mampos.

kalu dah malas sangat jadi tokeh upah indon untuk buat kerja2 buang pelepah dan memungut buah.

sebab tuu lah ramai yang kita lihat orang felda tu ramai yang lepak kat kedai kopi,,,, nak susah apa kerja cuma 1 minggu dalam sebulan.

masalah 2

rumah FLAT… hari2 sampah penuh dalam bakul, nk turun bawah buang ke tong sampah besar jauh.. nk kena turun tangga lagi kalo xde lift, nk kena berjalan kaki lagi ke tong sampah besar… anak2 bising kat atas tak terjaga… tong sampah kalo x dibasuh satu rumah busuk…

tindakan
Perkhidmatan kutip sampah dari rumah ke rumah daily.. kenakan caj rm1 utk buang sampah ke tong sampah beserta dgn membersihkan tong sampah.. semburkan sedikit penyembur lalat.. hanya sekali sehari.. jika satu blok ade 30 rumah, anda telah mendapat rm30 / day..

sampai sini dulu…

Yup..this is a good business. A neighbour of my cousin had started this business in Subang Mewah’s apartment. What he does is, he collect RM 10 per apartment for a working day thrash collection b4 12pm excluding public holidays and weekends. He hired an Indonesion for collecting the thrash. After ‘penat korek rahsia’, i’ll reveal the calculation he had done.

Charge per apartment/monthly = RM 10
Total apartment per block=200
No of block = 4
Gross income = RM 8000

Cost : Indonesian x 4 = 600 x 4 = 2400
Fees to the apartment management = 1000
Total profit = RM 8000 – 1000 – 2400 = RM 4600

:thumbsup: dia deal dengan every apartment atau dengan management?

Basically he makes the deal with the management, management approve and give out 2 letter. 1 to be put on the notice board, 2nd for him to ‘jaja’ to each tenant as a proof of approval to collect fees.

There is still maintenance workers, but they only sweeps the floor and take care of the plants. They dont take the garbage.

He’s other cost is a 4 trolley (similar like in carrefour, xcept modified a bit so, that the water wont spill out. But this is a 1 time cost only.

Another thing to look out is, only eye for those apartment with lift. He dont do those with stairs, as it require a lot of travelling to and forth.

A simple ideas with minimum working hours.

Kursus belajar menjahit percuma

Bina sebuah tempat yang lengkap dengan mesin jahit.. (perlu bina kat tempat penduduk ramai)

Kita pulak kena pandai bab2 jahitan sebab kita kena jadi tenaga pengajar. Kalau tak pandai bab2 jahitan, ambil beberapa orang pekerja sebagai tenaga pengajar..

Tulis besar-besar “Kursus belajar menjahit percuma. Tempat terhad”.

Kita terima sesiapa pun yang nak belajar menjahit. Selalunya budak lepasan SPM yang akan masuk.. kita ajar dia, dan kita tak mintak apa2 bayaran.

Beli kain bnyk2, suruh pelajar2 kita tu buat pakaian daripada kain yang kita beli. Dah siap boleh jual..

Lagi satu, kita terima apa2 tempahan yang kita boleh buat.. kita bagi pelajar2 tu buat setiap kerja..

Daripada sini, kita dah bukak kilang pakaian dan tempat tempahan pakaian yang mana kita tak perlu bayar gaji pekerja, kecuali tenaga pengajar..

Dah habis belajar bagi sijik sekali

Kat tempat saya ada yang buat camni. Memang berjaya. Keuntungan lumayan..

Pakaian2 yang pelajar tu jahit tu adalah latihan dia la. Dia buat latihan, kita dapat untung.

emm .. nampak cam senangg .. tapi susahh …
market tu yg pentingg…
kena tgk area kalau nak buka latihan menjahitt.t..
kalau buka kat kawasan perumahan yg mewah … mmg tak leh ..
kalau kawasan luar bandarr… ok sikitt …
kalau kawasan yg jeniss laki bini kejaa… mana ada masa nak belajar menjahittt…
kalau pelajar yg baru belajar menjahit… terus nak jual hasil jahitan …. susah sikit kott … ada yg salah jahitt… ada yg salah gunting….

apa kata…buat kursus jahitan kepada rumah anak-anak yatim atau ibu-ibu tunggal atau org-org susah….buat lah proposal dan bentangkan kepada Jabatan Kemajuan Masyarakat atau KEMAS…pun apa-apa jabatan yg sewaktu dengan nyer…..yg menguruskan diorg tu….bayaran kutip lah dari jabatan tu…amacam??? boleh ker???

Salam,

Hanya dgn membaca tajuk di atas, saya pasti ada yg tersengih sengih, apa taknya, idea ni memang “kotor” tapi hakikatnya, kita semua pernah buat kerja ni dlm rumah sendiri………..

Idea ni bermain di dlm kepala saya kerana kerja ni saya rasa tak ramai yg sanggup buat……..tapi demand utk perkhidmatan ni memang sentiasa ada.

Utk business ni, target market saya ialah org2 sibuk dan juga pejabat2 dimana org gaji/amah mungkin menjadi beban bagi mereka……….jadi dgn hanya mengupah org luar utk cuci tandas lebih cost effective bagi mereka.

Caj perkhidmatan ialah rm20 bagi satu tandas kecil, dan bagi tandas besar yg mempunyai 4-5 stall ialah rm 60.

Apa kata tuan2 semua?

Ada diantara tuan2 puan2 yg buat business cleaning nih? Ceritakan pengalaman anda.

Bagus.. bagus. Jadikan masalah sebagai peluang perniagaan. Cuci jamban low cost high profit. Tapi tengok gak ah market awak. Saya tak de pengalaman tapi awak boleh buat research sket. Biasanya cleaning company tak buat servis cuci jamban je. Diorang buat kemas rumah, kemas laman etc.

Saya pernah majukan kertas kerja perkara ini kepada jabatan ugama islam daerah, jumpa Tok Kadhi, Dia memang mengakui tandas2 mesjid kurang mendapat penyelengaraan sewajarnya.Imej tandas mesjid tak berapa elok dimata pengunjung. Tok Khadi setuju untuk mengeluarkan surat sokongan sahaja kerana tiada bajet, Oleh itu kita perlu berjumpa dgn Iman2 mesjid atau Ajknya dalam daerah beliau utk dptkan tugas tugas pembersihan, itu pun bergantung pada bajet mesjid tersebut. Walaupun tiap2 mesjid mempunyai orang yg membersihkan tandas tapi hasilnya tidak memuaskan kerana kimia dan peralatan mencuci yang tidak lengkap. Kos cuci lubang jamban najis RM10-00. kena pakai battery operated modified drill utk sambung kpd kepala berus bulat,Mesjid biasa nya tiada power plug, dibahagian luar bangunan.Kita bolih service sesuatu mesjid 2 kali setahun utk buang kerak dan lumut. Tak perlu malu, mesjid tempat ibadat, kalau bukan orang islam yg bersihkan siapa lagi?

Aku ada terdengar dulu Dr Fadzilah Kamsah kata….org yg boleh membersihkan tandas adalah org yg :

1) Hilang sifat EGO nyer…
2) Boleh Muhasabah diri
3) Hilang rasa malu (boleh berinteraksi dengan org / boleh berniaga)
4) Syaitan paling benci… rumah dia tuh…

Idea Bisnes: Tadika & Taska

umiafiat

09-04-2006, 08:15 AM

Hai rakan seperjuangan, saya ingin berkongsi 1 idea bisnes.

Adakah anda berminat untuk buat bisnes tadika atau taska?

Percaya atau tidak, saya telah memulakan perniagaan tadika & taska dengan modal tunai RM5,000 dan kredit kad RM3,000. selepas 2 tahun , saya berjaya membuka cawangan ke-2 dan akhir tahun ini, insyaalah akan membuka cawangan ke-3 pula.

Wang bukanlah segala-galanya, tetapi dengan idea kreatif, keyakinan diri dan semangat membara, walaupun bermula dengan modal yang rendah, isyaalah bisnes kita berjaya.

betul tu szeto, bisnes apa pun yang kita buat kita mesti pergi kursus, kena tambah ilmu pengetahuan dalam bidang tersebut, baru kita boleh buat bisnes tu.

kalu ikut pengalaman saya, saya buka dulu tadika atau taska, baca buku berkenaan dengan pendidikan pra sekolah sambil-sambil kat umah sebelum nak tidur, tahu sikit sebanyak pasal pra sekolah, kemudian buat working paper lebih kurang utk kegunaan diri sendiri, survey tempat yang lokasinya agak baik, kemudian terus buka dan buat promosi.

Kursus tu saya pergi selepas 6 bulan kemudian, dapat sijil, baru mula buat pendaftaran dengan jabatan pendidikan.

Percaya atau tidak, saya telah memulakan perniagaan tadika & taska dengan modal tunai RM5,000 dan kredit kad RM3,000. selepas 2 tahun , saya berjaya membuka cawangan ke-2 dan akhir tahun ini, insyaalah akan membuka cawangan ke-3 pula.

Wang bukanlah segala-galanya, tetapi dengan idea kreatif, keyakinan diri dan semangat membara, walaupun bermula dengan modal yang rendah, isyaalah bisnes kita berjaya.

sikit 5000 + 3000 tu…… ko sewa rumah buat taska yer…… mula2 sebulan untung boleh sampai berapa? 1st profit…

Kebetulan saya jumpa forum ni masa cari tips untuk beli rumah. Bagi saya forum ni agak menarik dan bermanfaat. Tahniah semua..

Paling menarik tajuk ni sbb ada kena mengena sikit. Bila tgk je tajuk Tadika & Taska ni terus saya jer daftar. 🙂

Saya berminat untuk mengetahui bagaimana cik/puan umie boleh memulakan perniagaan ni dgn hanya RM11K sahaja sedangkan kawan saya berura2 untuk buat pinjaman dengan mara sebanyak RM50K bagi tujuan yang sama.

Di sini ada beberapa soalan berkaitan:
1- Untuk permulaan berapa pekerja yg diambil bekerja?
2- Jumlah kanak2 yang dijaga ?
3- Dari mana sumber tenaga kerja sbb setahu saya susah org tempatan nak keje kat taska ni sbb gaji kecik (RM400++)
4- Apakah risiko bagi perniagaan ni?
5- Berapa lamakah jangka masa untuk mendapatkan pulangan modal? (RM11K)
6- Perlukan menyediakan latihan bagi pekerja2 di taska?
7- Jika buat perniagaan ni secara sampingan, bagaimana cik umie memantau perjalanan perniagaan ini? Perlukah turun padang setiap hari atau pada hujung minggu sahaja. Atau dilantik seorang penyelia bagi taska tersebut.
8- Bagi tujuan pendaftaran syarikat/perniagaan, berapakah yuran2/kos2 yang perlu disediakan?

Saya berminat untuk mengetahui bagaimana cik/puan umie boleh memulakan perniagaan ni dgn hanya RM11K sahaja sedangkan kawan saya berura2 untuk buat pinjaman dengan mara sebanyak RM50K bagi tujuan yang sama.

Di sini ada beberapa soalan berkaitan:
1- Untuk permulaan berapa pekerja yg diambil bekerja?

UMIAFIAT: ianya bergantung kepada bilangan kanak-kanak dan umur kanak-kanak yang diambil
contohnya:
10 orang kanak-kanak = 1 orang pengasuh taska
4 0rang baby = 1 orang pengasuh

2- Jumlah kanak2 yang dijaga ?

UMIAFIAT: bergantung kepada keluasan bangunan
syarat bangunan mestilah rumah corner lot atau semi D
contoh:
untuk rumah corner lot yang keluasannya 3,500 kaki persegi = 30 – 40 orang kanak-kanak

3- Dari mana sumber tenaga kerja sbb setahu saya susah org tempatan nak keje kat taska ni sbb gaji kecik (RM400++)

UMIAFIAT: buat je iklan dalam surat khabar (metro atau lain-lain), nanti ramailah yang call kita, panggil interview, gaji pekerja begantung pada lokasi tempat, ambil orang tempatan je, jangan indon atau lain-lain.
contoh:
gaji seorang pengasuh area Kuala Lumpur: antara RM500 – RM600 (bergantung kepada pengalaman dan kelulusan mereka)

4- Apakah risiko bagi perniagaan ni?

UMIAFIAT: semua perniagaan ada risikonya. bisnes yang melibatkan nyawa dan keselamatan kanak-kanak seperti ini lagi banyak risikonya. Kebersihan dan keselamatan kanak-kanak perlu diutamakan.
antara risiko lain, kalau gagal berdaftar dengan jabatan kebajikan masyarakat (taska) dan jabatan pedidikan (tadika) adalah satu kesalahan besar.
contoh:
untuk area johor bahru, kita perlu mendapat Kebenaran Merancang (KM) dari pihak Majlis Bandaraya Johor Bahru, kalau takde KM, kita akan di saman kerana menjalankan aktiviti Taska tanpa KM.

5- Berapa lamakah jangka masa untuk mendapatkan pulangan modal? (RM11K)

UMIAFIAT: untuk mendapat pulangan modal, ianya bergantung kepada bilangan kanak-kanak. Kalau 6 bulan pertama overhead sudah lepas, alhamdulillah, nanti adalah profitnya. kerja dulu baru fikir untung!! dan pastikan anda sendiri berpuas hati dengan usaha yang anda curahkan. Ingat, anda bermula dengan modal wang yang rendah, jadi anda perlu tingkatkan modal daya usaha dan tenaga anda berkali-kali-kali-kali ganda. KENA TURUN PADANG SENDIRI.

6- Perlukan menyediakan latihan bagi pekerja2 di taska?

UMIAFIAT: sebelum anda memberi latihan kepada pekerja, pastikan anda sendiri sudah mempunyai ilmu dan pengetahuan terlebih dahulu. Sebelum hantar pekerja kursus, Bos kena pergi kursus, workshop dan seminar dulu.

Golden rule yang pertama nak buat bisnes tadika atau taska, kita kena minat dengan kanak-kanak. kenapa ya? anda akan berhadapan dengan pelbagai karenah kanak-kanak setiap hari, kalau takde perasaan kasih sayang di dalam diri kita kepada mereka sudah tentu kita akan hilang sabar terhadap mereka. bila anda hilang sabar? takut nanti anak orang pula menjadi mangsa anda!

Golden rule yang kedua, mesti ada ilmu pengetahuan dalam bidang tadika / taska. Anda boleh dapat ilmu tersebut dengan membaca banyak buku berkenaan dengan kanak-kanak, kalau ada kursus yang berkaitan, pergi kursus. Walaupun anda takde diploma atau ijazah dalam dunia pendidikan, ini bukan penghalang kerana anda boleh mendapatkan ilmu tersebut melalui bacaan atau pelajari dari pengalaman orang lain. Contohnya saya sendiri, saya berlatarbelakangkan perundangan (LL.B dari UIAM), alhamdulillah saya mampu menguruskan “karier kedua” secara parttime dengan baik.

since umiafiat ni selalu bz meh sya tolong jawabkan… biz tadika & taska ni memang tak memerlukan modal yg besar. ianya bergantung kepada apa yg u nak letak dlm tadika & taska u tu… modal permulaan yg diperlukan sebagaimana berikut sbg contoh kos sewa premis RM900:

Deposit sewa rumah (2 bln) RM1800
Sewa utk bulan semasa RM900
Deposit api & air RM300
TOTAL RM3000

Basic yg perlu ada utk sebuah tadika
1. Kerusi
2. Meja
3. Whiteboard

Yg lain2 seperti komputer, permainan, alat bantu mengajar boleh ditambah sikit2 bila ada lebihan modal. Begitu juga kerusi & meja. Boleh ditambah bila student bertambah.

Additional yg perlu buat utk sesebuah tadika, cat yg berwarna-warni utk premis atau buat mural supaya tadika lebih menarik (Kosnya lebih kurang RM1000). Biz ini mmg tak memerlukan modal yg besar tapi u kena standby modal pusingan yg boleh cover fixed expenses at least utk setahun.

Fixed expenses;
1. sewa premis (RM900)
2.api & air (RM100)
3. gaji cikgu (RM500 x 2)
4. Belanja dapur (kalau tadika u sediakan makan utk budak2) – RM500
TOTAL RM2500

Kenapa mesti ada modal pusingan yg mencukupi utk cover expenses? Sebab intake tadika cuma sekali dalam setahun. Kalau pelajar u cuma 15 org utk tahun pertama ,bergantung pd yuran bulanan yg u kenakan kira la berapa byk yg u kena cover setelah tolak fixed expenses tu? Seperti umiafiat sya rasa kerjaya utama beliau sbg lawyer byk membantu utk menstabilkan biz tadika beliau. Untuk membuka sesuatu perniagaan memang mudah tapi untuk mengekalkannya tidak semudah yg disangka. Anyway, ini pendapat peribadi sya berdasarkan pengalaman sya sendiri. Mohon maaf jika ada yg tak setuju.

Perniagaan tadika dan taska amat berbeza. Antaranya:-

1. perniagaan taska perlu didaftarkan di bawah Jabatan Kebajikan Masyarakat manakala tadika perlu didaftarkan dibawah Jabatan Pelajaran Negeri (unit Swasta).
2. perniagaan taska untuk kanak-kanak berumur 2 bulan – 4 tahun, manakala tadika untuk kanak-kanak berumur 5 tahun hingga 6 tahun.

untuk maklumat asas perniagaan taska anda boleh rujuk blog ini: http://www.mytaska.com/panduantaska

untuk maklumat perniagaan tadika, klik di sini: http://www.blog.mytadika.com

saya ingin berkongsi pengalaman..semoga menjadi iktibar kepada semua bakal2 dan pengusaha taska yang sedia ada.

saya ada 2 org sepupu baru umur 3 tahun dan 5 bln..mak dia keje gomen, yang sedihnya..smlm den pegi melawat mrk semua sbb umah mrk kene pecah masuk dlm masa yg sama den dapat tau yg bongsu tu..kene tahan wad..sbb paru2 berair..sedih betul den negok..budak kecik tu..dada dan melekuk kedalam..mula2..mak dia kata anaknya semput..then bawak gi clinic. xtray rupanya.dah penuh lung ngan air..ayo..kes berat..lung nak kene tebuk..

sblm ni anak tu sihat walafiat, lahir pun sihat baik sempurna..jadik suspect ada kes careless penjagaan masa kat nursery..tak tahula..dah ramai sgt budak dlm nurseri tu…ada kat 30 org..paham2 sendirila..takkan sama org jaga anak sama spt mak ayah jaga anak sendiri..that’s why i suruh my wife resign keje..focus 100% pada anak..tak nak lagi antar anak kat nurseri or babysitter…sbb pengalaman anak sulung saya letak dgn org..rase mcm nak menitik airmata..bila petang masa nak gi amik anak..muram je dia..badan pun lebam..mcm2la..sedih ingat nak besarkan anak kat umah org..so kita yg mana2 ada hati nak bukak taska..nih niat mesti betul jgn pikir nak bt utg atas kehidupan seorang anak.. kita blh make sure ke blh basuh terus berak anak2 tu..kalu mrk berak..kita blh make sure ke, mrk tu dimandikan dengan suhu air yg sepatutnya dimandikan bagi kanak-kanak atau baby. then kita blh make sure semua alatan mainan, pinggan mangkuk pakaian mrk dlm kualiti bersih yg baik..jadi..inilah amanah dan cabaran paling besar yg perlu kita jaga bila mahu bergelar pengusaha taska..kaler2 semeriah mana pun cat di dinding taska anda, namun tak de makna jika disebalik kemeriah cat2 yg colurful tu ada tersimpan kisah sedih seorang anak kecik yg sakit..dek kecuaian dan ketamakan pengusaha taska..

saya tak accuse to anybody.cuma satu peringatan kepada semua..termasuk saya sendiri..asalnya saya nak bukak nurseri gak sbb fikir kita yg dah ada pengalaman letak anak dgn org..rase biarlah kita tubuhkan satu pusat penjagaan yang betul2 jaga anak baru dalam plan2 nak bukak nurseri..skang..dah tak rasa sanggup..tak sanggup takut tak dapat nak pikul amanah yang akan Allah taala tanya..kelak..wallahualam..biar saya berniaga makanan frozen food jerla

Aku memang tengah bengang giler ni..petang tadi aku ambil anak aku umur 2 bulan lebih kat nursery..tengok2 muka dia ada calar calar.budak pengasuh tu cakap kuku anak aku tajam waktu mandi dia calarkan muka sendiri…come on lah…takkan lah tajam gile kuku anak aku sampai luka berdarah,tertoreh lagi dua dua belah pipi.kuku baby ni lembut je…aku kenal la anak aku tiap pagi aku mandikan dia,anak aku aku kenal la….kat bawah tengkuk pun ada.bengang gile aku terus ambik anak aku balik.lepas wife aku check baru perasan yang ada kesan luka dalam mata kanan baby aku…BENGANG NYA AKU..ikut hati esok lepas pi klinik aku buat repot polis je..tapi wife aku lak tak bagi,katanya nanti aniaya kat nursery tu…YANG DEPA ANIAYA ANAK AKU TU???tak kira,esok aku nak gegar gak nursery tu!!:censored:

makcik saya kerja di NURI..
tapi saya xpasti, kalau di luar johor NURI ni ada x?
yang saya tgk penjagaan di NURI ni mmg bagus..
sukatan pelajaran dari spore..
cume ade duit ke tidak jelah nk anta anak ke situ..
half day (12tgh) = RM210
sampai petang = RM420

cerita pasal kebun durian.

masa musim durian beberapa tahun yang lalu. banyak sangat durian. sampai tak terjual.lupa tahun bila..

di kawasan hulu langat selangor. pemilik2 kebun sampai buka offer satu kepala rm 10 makanlah hingga puas durian2 di kebun tu. memang ramai orang dtang. termasuklah pelancong. tapi masa musim durian tu je la. 😀

oo ni idea kebun durian plk ke? erm.. bagus.. bkan musim durian pn xpe.. jd tapak riadah pn boleh..

p/s: masa saya cuti tahun 2005, ikut abah ke kawasan Ternak Ayam Jab. Pertanian Johor kt Kota Tinggi (bandar Tenggara kalau x silap), ada satu dusun mcm2 buah2an milik seorang jutawan. Dia buat dusun tu dua bahagian. Satu bahagian 80% utk dihantar ke kilang, 20% dibuka kepada awam. Orang ramai yg nak masuk, bayar mengikut keikhlasan hati, boleh makan sepuas hati. Sebab duit tu untuk perbelanjaan anak yatim..(sebab tu sebiji durian ade org letak RM50 kat bakul tu)

so saya start dulu lah ye..

1. bukak Sekolah Bisnes untuk kanak2.. Kita ada sekolah agama, tusyen tapi tak ada lagi Sekolah Bisnes. Apa salahnya dibukak satu.. Takpun apa2 sahaja sekolah yang berkaitan dengan kerjaya, seperti sekolah engineer dsbgnya sebagai permulaan untuk menanam minat kanak2 dan pelajar2..

2. Boys and Girls club.. kalau kat amerika dia ni non profit organization.. tapi apa salahnya kalau kita jadikan bisnes.. matlamat dia ialah utk membina semangat kerjasama di kalangan kanak2 dan mahu mengelakkan kanak2 dan remaja dari terjebak dalam gejala sosial.. mak bapak leh hantar anak dia ke kelab nih dengan yuran penyertaan tertentu. maybe dalam tu kita letakkan macam2 program bina diri, motivasi, kelas renang, kelas muzik dll yang boleh menarik minat mak bapak.. utk menarik minat budak2 pulak, kita adakan ruang game playstation, xbox, komputer, internet, komik, bowling dll2 lagi.. mungkin ramai mak bapak yang tak mampu untuk beli semua tu untuk anak mereka, tapi dengan adanya kelab ini diorang semua boleh hantar anak diorang ke sini hanya dengan membayar harga yuran yang rendah setiap bulan..

amacam? menarik tak? hehe.. saya idea melimpah ruah tapi satu pun tak terbuat lagi.. sebab takleh nak tetapkan idea mana yang paling sesuai dengan minat saya..

idea di atas berkait rapat dengan budak2, sebab saya mendapati mak bapak terutamanya yang berkerja tidak mempunyai masa yang banyak untuk melihat anak2 mereka, jadi kalau diorang dapat hantar budak2 tu ke kelab ni sementara diorang habis kerja, insyaAllah diorang tak perlu risau dah.. satu masalah dah dapat diselesaikan.. dan antara sebab lain ialah kerana kita lihat banyak benda ataupun hiburan yang ada seperti pusat bowling snooker dll hanya utk orang dewasa.. kenapa utk budak2 takde? tak adillah kan.. so kesimpulan yang saya dapat buat ialah, bisnes berkaitan budak2 kanak2 dan remaja adalah bisnes yang boleh berkembang pesat satu hari nanti.. 🙂

kedai jual produk berasaskan herba.asyik kedai ubat cha ya nun saja.ginseng.

1. masalah – tiada idea utk belanja isteri makan dekat mana di malam annivesary perkahwinan. tiada idea utk pegi honeymoon yang best2.. tiada idea utk bagi hadiah apa dekat isteri @ awek dll.. berpisah sementara dengan isteri disebabkan kerja dsbgnya.. dll2 lagi masalah berkaitan..
penyelesaian – wujudkan satu bisnes perkhidmatan relationship consultation. kalau nak niche, buatlah utk pasangan yang dah berkahwin sahaja. kalau takmo niche dan nak pelbagai mungkin boleh adakan pakej utk rapatkan hubungan kekeluargaan, dengan mak bapak, saudara mara jauh dsbgnya.

antara yang menarik yang boleh difikirkan ialah servis penghantaran hadiah jarak jauh.. katakan saya di jepun isteri di Malaysia.. saya suruh bisnes ni hantarkan sejambak bunga untuk isteri saya.. 😉 kan best tu.. hehe menarik tak agak2nya?

2. masalah – lapar di tengah2 malam tetapi malas untuk bawak kereta keluar pegi beli makanan di mapler disebabkan takde kawan, takut embun dsbgnya.. balik kerja penat tak larat nak keluar dah..
penyelesaian – wujudkan perkhidmatan order makanan dari rumah di kedai yang dibuka 24jam.. mungkin boleh start dalam kul 11 malam.. senaraikan la siap2 kedai yang dibuka tersebut.. dan senaraikan sekali makanan2 yang ada.. nak senaraikan tu tawarkan sedikit harga kepada peniaga restoran, so anda dapat duit iklan.. jugak anda dapat duit bayaran penghantaran daripada pelanggan.. 🙂 nak lebih general sediakan khidmat pegi ke 7eleven, khidmat belikan rokok, khidmat isikan minyak kereta, khidmat beli majalah.. khidmat photostat malam2 buta.. dsbgnya..

3. masalah – tiada orang nak jaga pet kita masa kita pergi jalan jauh2.. misalnya kucing, anjing, ikan, tikus mondok, kambing kerbau dsbgnya.. kalau tak dibagi makan takut kelaparan dan mati pulak nanti.. takpun nanti dilanggar kereta..
penyelesaian – pet nursery.. sediakan pakej tempoh masa dan makanan tertentu.. so boleh pilih macam2.. dan memudahkan kerja.. better wujudkan di bandar2.. memandangkan orang bandar lagi banyak bela pet.. kalau dah maju nanti, mungkin boleh bukak hospital jugak untuk pesakit2 di kalangan pet2 tu.. idea ini jugak boleh diimplemantasikan untuk pokok2 bunga dan apa2 sahaja yang perlukan jagaan rapi dan belaian kasih sayang (isteri takleh aa)..

4. masalah – malas nak kemas barang utk pindah.. ataupun tak larat nak angkat barang berat2 masa pindah..
penyelesaian – benda ni dah ada kat jepun.. iaitu syarikat pindah randah.. kat malaysia takde lagi rasanya.. dengan khidmat pindah randah mudah ini, tiada lagi masalah terpaksa bercuti utk pindah rumah dan kemas rumah lama.. malah anda boleh pindah pada hari kerja sekalipun.. just telefon syarikat tersebut dan dia setelkan semua..

5. masalah – susah nak bangun pagi @ subuh untuk mereka yang bekerja sampai lewat malam ataupun bimbang terlewat menghadiri appointment penting seperti nak naik flight, pergi meeting dsbgnya..
penyelesaian – sediakan business utk kejut mereka.. maybe dengan cara mencipta alat yang pasti boleh bangun walau macamana keadaan anda tidur sekalipun.. kena buat research lah dulu kan.. kalau services, boleh start dengan telefon dulu sebanyak 10 kali bagi yang jenis degil jugak nak bangun tu.. tapi kalau lagi degil lagi.. anda akan datang ke rumah mereka untuk kejut mereka di rumah.. dengan menekan loceng dsbgnya.. pasti bangun punyalah.. 🙂

ini antara idea bisnes unik yang saya ada

1.bisnes yang menawarkan produk-produk sebagai hadiah sampingan yang digunakan oleh para peniaga untuk menarik pembeli membeli produk mereka.conthnya peniaga ni nak jual pencuci pinggan, jadi kalo beli 3 pencuci dapat percuma satu pinggan.Pinggan tersebut custom made dandibeli oleh peniaga tersebut di kedai saya yang menawarkan produk-produk sebagai hadiah sampingan tersebut.

2. menawarkan iklan di label produk anda.contoh anda mempunyai produk barangan kosmetik.jual sedikit ruang di dalam label produk anda kepada pengiklan2 yang berminat.atau jika anda baru nak berniaga, cari sponsor untuk cover kos pembuatan produk anda dan tawarkan iklan di label produk anda sebagai pulangan

Saya tengah dok pikir-pikir pasal bisnes ekstrak minyak/ pati herba seperti halia, serai wangi, cengkih, kayu manis, jintan, kunyit dan lain-lain. Saya berpendapat bisness ni menguntungkan kerana :

1) Terdapat permintaan yang besar dalam industri makanan, industri kosmetik, industri perubatan, kesihatan dan lain-lain. Boleh eksport ke luar negara seperti eropah sebagai bahan untuk Aromatheraphy dsb.)

2) Tahan lama…. dalam bentuk minyak/pati yang disimpan dalam persekitaran terkawal mungkin boleh tahan lama lebih ari 10 tahun.

Tapi saya perlu lihat dan buat kajian dulu….kajian pasaran, kajian pesaing, kajian produk. Nampak macam best aje….:smartass:

Sy ada bertanya Kem.Pelancongan dulu ttng Homestay, ada lah dikit info utk Bonda.
Fikir2kan, harap bermunafaat.

“PRA SYARAT MENYERTAI PROGRAM HOMESTAY KEBANGSAAN

1.Hadir Krusus asas Homestay anjuran Institut kemahiran Desa (INFRA), Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah

2.Lulus pemeriksaan rumah yang di anjurkan oleh Kementerian Pelancongan / Majlis Tindakan Pelancongan Negeri (MTPN) dengan kerjasama:
a. Persatuan Homestay Malaysia
b. Tourism Malaysia
c. Pihak Berkuasa Tempatan
d. Kementerian Kesihatan
e. JKKK / Penyelaras Homestay , dan

3.Berdaftar dengan Kementerian Pelancongan Malaysia ”

Bila ctc JKKK, ada syarat lagi, tergantung setiap negeri –
saperti ada program lawatan dkawasan berdekatan
bukan jalang2, makang2, tapi aktiviti harian peduduk persekitaran.
Mungkin diKT (pasti ada byk program) ,
macang buat kepok lekor, ikan keringke, sulam kain songkek, cop batik, buat wau bulang
aktiviti pantai, dll
nasib baik lah Bonda byk blh dfikirkn.

Cadangang JKKK, pelawat2 akan makang apa yg Bonda makang,
baru lah orang kata ‘Homestay”

HMM…masih ingat lagi dengan thread ni ? Bonda saje nak share potensinya setelah hampir 3 bulan menceburi bidang nih..

Alhamdulillah, seronok jugak rasanya.. much..much better dari sewakan saje rumah pada orang. Bayangkanlah..kalau sewakan rumah tu pada orang, paling tinggi Bonda cuma boleh dapat RM 500 sebulan. Tapi pas buat homestay nih.. kalau ada orang nak sewa 10 hari sebulan pun, Bonda dah boleh dapat RM 1800 sebulan.. Passive income. Cuma promote sesikit.. then tunggu call.. hantar kunci, pungut duit. Done.

Sesape yang ada rumah lebih tu especially kat lokasi strategik, Bonda advised buat homestay je dari sewakan pada orang secara bulanan.

Kelebihannya :
1) Rumah tak rosak.
2) Duit dapat terjamin dan potensi dapat lebih banyak..
3) Hari-hari yang takde orang guna, kita boleh lepak-lepak kat situ especially utk suami yang merajuk ngan isteri.. :smartass:

Sekarang Terengganu tengah sibuk ngan SUKMA, hampir semua homestay penuh.. Bondanye homestay pun kena booking gak utk 7 pemain golf dari Melaka.. but terpakse tolak.. pasal two of them non muslim..

Alamak.. Bonda terima yang Muslim saja maa.. nama pun PENGINAPAN TERATAK MUSLIM.. he..he..

Musim cuti sekolah akhir bulan 5 ni lagi busy yer… ramai orang kawin..

Yang bestnya buat homestay nih.. kita boleh deal dengan saingan kita.. sebab masa musim tepu.. diorang pun akan tolak customer dia kat kita..
So, kita just bagi dia komisyen sikit. Seronok rasanya pasal boleh bersahabat dengan pesaing sendiri..

Ape pun.. to those yang nak menceburi bidang ni.. Bonda recommend.

Reblog this post [with Zemanta]
Read Full Post | Make a Comment ( 3 so far )

Tengku Fuazman buktikan karya boleh dihasil tanpa belanja tinggi

Posted on 1 November 2008. Filed under: Finance, Pendapatan Pasif | Tags: , , , , , , |

Tengku Fuazman buktikan karya boleh dihasil tanpa belanja tinggi


TENGKU Fuazman Dinkhalish Maamor bersama hasil ciptaannya, motosikal berenjin kereta, di Kuala Pilah, Negeri Sembilan

ORANGNYA sangat sederhana. Tinggal sendirian di rumah usang yang hanya dilengkapi satu bilik air dan sebuah katil lama. Tidak ada apa yang menarik di rumahnya yang tidak berpintu, malah tidak mempunyai kemudahan elektrik. Namun, kreativitinya mengatasi segala-galanya.

Tengku Fuazman Dinkhalish Maamor sebenarnya bukan peminat motosikal, namun beliau adalah seorang yang suka bertukang dan kerap mencurahkan kreativitinya kepada pelbagai jenis ciptaan. Tidak terhad kepada motosikal, beliau juga gemar membuat perabot, ukiran rumah dan apa saja yang berkonsep pertukangan.

Melihat rumahnya yang sedang dibina di sebelah teratak usangnya kini, beliau melahirkan kreativitinya dengan mendirikan rumah empat tingkat dengan hampir semua dinding dan tiangnya diukir dengan corak kerawang, sama seperti dilakukannya kepada beberapa bahagian motosikal ciptaannya.

Beliau memang berseni. Setiap ciptaannya cukup teliti. Namun, apa yang lebih utama ialah semuanya dilakukan dengan kos minimum, malah jika boleh beliau berusaha untuk langsung tidak mengeluarkan sebarang kos.

Contohnya, rumah yang sedang dibinanya itu hanya bermodalkan tidak sampai RM2,000 kerana kayu digunakan diambil daripada jambatan lama yang diruntuhkan. Perabot yang disiapkan untuk pelanggannya juga diambil daripada sumber sama.

“Saya nak buktikan bahawa sebenarnya apa yang kita nak boleh diperoleh tanpa perlu berbelanja tinggi. Contohnya, jika saya mahukan kereta atau motosikal berkuasa tinggi dengan reka bentuk yang hebat, saya tak perlu beli pada harga mahal. Saya buat sendiri.

“Malah, saya juga ada membuat biola dan gitar menggunakan sumber sama. Jimat dan ia boleh dijual. Apa yang lebih penting, ciptaan itu mesti kreatif dan unik. Banyak rekaan saya dijual di Kuala Lumpur,” katanya.

Beliau tidak kisah membuat apa saja. Apa saja yang orang mahukan, beliau akan cuba membuatnya termasuklah melukis, mengukir kayu, menempa parang dan macam-macam lagi. Apa yang penting, beliau membuatnya bukan untuk keuntungan tetapi demi kepuasan dan suka melihat orang lain puas.

Ciptaannya juga ekstrim. Beliau pernah mencipta sebuah kereta menggunakan empat enjin dengan seluruh casis dicipta sepenuhnya. Pendek kata, hanya enjin dibeli, selebihnya beliau reka sendiri.

“Kereta itu kini ada di Thailand kerana ia mustahil untuk didaftarkan di negara ini. Sama seperti kebanyakan ciptaan ekstrim saya. Ia terpaksa disimpan di Thailand,” katanya.

Sikap rendah diri dan tidak mahukan publisiti memang diakui. Wartawan Berita Harian sendiri pada mulanya amat sukar mendapatkannya untuk ditemu bual, ditambah dengan kesukaran menghubunginya.

“Saya tak pernah ada telefon. Siapa yang nak berurusan dengan saya, datang saja ke sini. Publisiti atau promosi? Tak perlulah, tak penting bagi saya,” katanya sambil tersenyum.

source : http://www.bharian.com.my/Current_News/BH/Monday/Rencana/20081020062302/Article/

Reblog this post [with Zemanta]
Read Full Post | Make a Comment ( None so far )

Multi-level marketing unit to remain star performer

Posted on 1 November 2008. Filed under: Uncategorized | Tags: , , , , , , , , , |

Multi-level marketing unit to remain star

performer

Published: 2008/10/30

The multi-level marketing division contributes more than 70 per cent of the group’s total net profit and revenue

HAI-O Enterprise Bhd, a multi-level marketing (MLM) company and a Chinese herbs retailer, expects revenue to grow five per cent this fiscal year, helped mainly by its MLM business.

It almost doubled its revenue to RM373.82 million in the year ended April 30 2008, from RM189.35 million a year ago, thanks to its MLM business which almost tripled to RM281.6 million.

The MLM division contributes more than 70 per cent of the group’s total net profit and revenue and should remain the group’s top performer this year.

“Many people are now looking for a second job and the easiest way is to take up direct selling,” managing director Tan Kai Hee said after the company’s annual general meeting in Kuala Lumpur yesterday.

So far this year, the MLM division has signed up some 2,000 new members every month. It now has 70,000 members, of which one-fifth are active.

The company more than doubled its net profit to RM49.12 million in the last fiscal year, and expects net profit to stay flat.

“Our bottomline will be affected due to weaker ringgit, and higher operating and raw material costs,” said Tan.

Meanwhile, Hai-O’s plans to expand to Indonesia remains “on track”, and is expected to have its presence in Indonesia early next year.

“Currently, we are going through the product registration as well as testing of the computer systems,” said Tan.

Hai-O, which also plans to launch five new health food products by the end of this year, said that all its health food products have met the necessary Health Ministry requirements.

The company, with more than RM50 million cash in hand, said it will also continue to look for good investment opportunities.

“We believe that when there’s crisis, there’s opportunity too. (Nevertheless), we are conservative, and will (only) make investments that benefit our shareholders,” he said.

The company is putting on hold its plan to build a new factory, warehouse and office and will review the plan sometime next year.

sumber dari : http://www.btimes.com.my/Current_News/BTIMES/articles/haio29/Article/

Reblog this post [with Zemanta]
Read Full Post | Make a Comment ( None so far )

We are in the dark: Scrap dealers

Posted on 1 November 2008. Filed under: Uncategorized | Tags: , , , , , , , , , , |

A New Flyer bus that has already been retired ...

Image via Wikipedia

Kota Kinabalu: The Sabah Scrap Metals Recycle Association (SSMRA) regrets the State Local Government and Housing Ministry’s failure to provide it with a guideline on business procedures with Sabah’s sole exporter of scrap metal, Superpanel Sdn Bhd.

Its President, Jennifer Hiew, said with the deadline on the implementation of the new policy on scrap metal on Nov. 1, members have yet to be given any details about Superpanel.

Superpanel, a newly established Government-linked Company (GLC) is a wholly-owned subsidiary of the Sabah Housing and Town Development Authority (SHTDA).

It was appointed as the sole exporter of scrap metals and recyclables in the State following a State Cabinet decision on Aug. 6, this year, as a measure to resolve the serious metal thefts in the State.

A directive was issued to all local authorities in the State on Sept. 26 instructing them to stop renewing existing trading licences and against issuing new ones.

Effective Nov. 1, applicants for scrap metal trading licence must first be registered with Superpanel which also has the power to approve.

“But with only one day before the Nov. 1 deadline, the Ministry has not given us a proper guideline on how we are supposed to work with Superpanel.

“Yet they have proceeded to stop the renewal of our trading licence which has indefinitely put us out of business,” she said in a statement.

According to her, many members were forced to cease operations after they received the notification on Oct. 22, informing them of the Ministry’s directive.

The members “were not only furious but were also upset” because Superpanel could not provide any information about the company’s setup and operating procedure.

Superpanel, during a meeting with SSMRA arranged by City Hall Director-General Datuk Dr Chua Kim Hing Oct. 28, said it was still waiting for instructions from the Local Government and Housing Minister on how to go about dealing with scrap metal dealers.

According to Jennifer, the move to appoint a sole exporter was monopolistic, unfair, cruel and inhumane and contradicted the caring image of the Barisan Nasional (BN).

“The BN Government like any caring government around the world, should by right, strive to assist legitimate businesses during the current economic crisis and depression instead of depriving us at the expense of a privileged few,” she said.

She said the action has far-reaching implications on society as a whole as the majority of those involved in the scrap metal trade are poor and still servicing bank loans.

She claimed the Ministry’s rationale that the sole exporter move was aimed at stopping metal thefts in the State does not hold water and was questionable.

“Can the company (Superpanel) guarantee there will be no more metal thefts after it starts operating?” she asked.

She regretted that the Ministry proceeded with its decision despite strong objections from industry players who had shown their commitment through the establishment of the SSMRA and the “19-points proposals” on how to tackle the thefts.

The SSMRA, she said, questioned the Ministry’s motive for the Superpanel to take full control in the export of scrap metals and other recyclables in the State.

She hoped Chief Minister Datuk Seri Musa Aman would intervene. “If all avenues are exhausted, the association will be considering seeking legal means to address the matter.” The association has 46 members statewide.

Reblog this post [with Zemanta]
Read Full Post | Make a Comment ( None so far )

Kursus Masakan Dan Pemprosesan Makanan Untuk Usahawan Negeri Sabah Siri 2 (2008).

Posted on 31 October 2008. Filed under: Finance | Tags: , , , |

The mixture is kneaded, flattened, and then oi...

Image via Wikipedia

Gambar sekadar hiasan (ini bukan Chef Li aaa)

Atas permintaan ramai, Dato’ Dr Hj Rusly Abdullah (CHEF LI) akan datang lagi ke Likas Square, Kota Kinabalu, untuk meneruskan siri kursus yang ditunggu-tunggu ini! Kali ini dengan tambahan modul baru. Selain mengajar kemahiran beliau juga memberi motivasi, tips dan rahsia untuk berjaya! acalah bukubuku ‘BEST SELLER’ beliau seperti – Jutawan Senyap, Petunjuk Jalan Kekayaan, Biar Kecil Asalkan Berhasil, Orang Kaya Bertaqwa dan Aku Tak Nak Miskin. Anda pasti teruja untuk menemuinya.


Kursus Masakan Dan Pemprosesan Makanan
Untuk Usahawan Negeri Sabah Siri 2 (2008).

Kini Kembali !!!

Tarikh
Sesi
Modul
Subjek
Yuran
16 Nov
Pagi
Nasi Ayam Hainan dan Lemon Chicken
Kenali herba Hainan, Cara panggang ayam Hainan guna Apollo, masak nasi, sup,sos, kicap dan salad. Cara buat lemon chicken dan sesame chicken.
RM250.00
Ptg
Industri Produk Soya
Cara Proses Susu soya, Tau fu fah, Tau Kua (Tauhu Putih) dan fucuk
RM225.00
17 Nov
Pagi
Nasi Lemak dgn 25jenis
lauk-pauk
Pelajari cara masakan cepat, tepat dan jimat 25 jenis lauk pauk seperti rendang,sambal tumis, sambal goreng lodeh, kuzi, kerutub, goreng berlada dll.
RM250.00
Ptg

Aiskrim Colek

Cara memproses aiskrim colek (Scoop) pelbagai warna dan perisa.Sesuai untuk mulakan industri kecil di rumah. Kadar untung melebihi 1000%.
RM225.00
18 Nov
Pagi
Aneka Nasi Katering
Panduan memasak nasi briyani, briyani gam, briyani bakar, nasi hujan panas,
kurma kambing, opor ayam, acar rampai, dalca, ayam beriani dan daging bukhari
RM250.00
Ptg
Yong Tau Fu, Dim Sum & Steamboat
Memproses isi ikan menjadi fishball, fishcake, stuffed vegetable, variasi dim sum,
kuah pedas, kuah hitam, kuah sup dan persediaan steamboat.
RM250.00
19 Nov
Pagi
Nasi Dagang, Nasi
Kerabu & Nasi Ulam
Cara campur beras dagang, cara masak nasi, gulai ikan tongkol, kerutub ayam, cili
sumbat, daging goreng,acar dagang, kerabu kerisek, sambal belacan dan ulaman.
RM250.00
Ptg
Industri Mi Dan Laksa
Cara memproses mi kuning, mi sanggul, Yee Mee dan laksa beras
RM225.00
20 Nov
Pagi
Nasi Kukus, Nasi Bringin
Dan Ayam Goreng
Pelajari 3 jenis ayam goreng serta sos paling laris di KL– Ayam Goreng Rempah, Ayam Mamak dan Ayam USA, nasi kukus , nasi beringin dengan gulai kawah.
RM250.00
Ptg
Industri Rempah,
Belacan dan kerisek
Cara proses serbuk kari, kurma, rempah briyani, rempah sup, kerutub, opor dan cara buat belacan merah, cili boh, cili giling, kerisek kelapa.
RM225.00
21 Nov
Pagi
Aneka Menu Mee
Mi Rebus Johor, Mi Bandung Muar, Mi Kari Ipoh, Char Kue Teow, Mi Kuah Penang, Mi Goreng Mamak, Mi Ketam dan Mi Udang Seberang Perai.
RM250.00
Ptg
Industri Sos dan kicap
Pengeluaran sos cili, sos tomato, sos tiram, mayonaise dan kicap soya.
RM225.00
22 Nov
Pagi
Roti Dan Pastri
Asas pembuatan roti sandwich, roti bun sosej, bun sambal, bun kelapa, bun ubi kentang (Potato), cream puff, Puff Pastry dan croissant
RM250.00
Ptg
Medan Ikan bakar dan aneka nasi goreng
Teknik membuat sos bagan, sos asam, sos nyonya dan cara membakar ikan dan hasilan laut. Nasi goreng China, USA, Kampung , cendawan dan seafood.
RM250.00
23 Nov
Pagi
Aneka Kek Dan Muffin
Asas pembuatan kek, chilled mango Cheese cake, kek kukus, tiramisu,Rolled Dam chiffon, brownies, banana muffin, Chocolate Muffin
RM250.00
Ptg
Sate, Sup, Soto dan
bakso
Cara potong, perap dan cucuk daging sate. Cara buat ketupat dan kuah sate kajang.sebagai tambahan pelajari Soto Madura dan penyediaan bakso sapi.
RM250.00
24 Nov
Pagi
Roti Canai, Murtabak dan
Thosai
Cara uli, perap dan tebar roti canai, roti boom, murtabak dan roti tisu. Cara buat kuah dalca, inti murtabak, jeruk bawang dan sambar. Cara buat thosai
RM250.00
Ptg
Masakan Barat dan
Oriental
Black pepper steak, fish and chip, lamb chop, mushroom soup with garlic bread,Beef teppanyaki, Seafood Teppanyaki, Chicken chop dan continental sauces.
RM250.00
25 Nov
Pagi
Ukiran buah- buahan dan masakan pengantin
Teknik mengukir buah untuk gubahan hidangan VIP dan Pengantin. Menu mewah terpilih: Ikan Raja Sehari, Ingkung Raja, Salad Udang, Gorengan Diraja dgn sos
RM250.00
Ptg
Masakan China
Mongolian Beef Rice, Kowloon Island Rice, Hairpin Prawn, KungFu Noodle, Char H or Fun, Sichuan Fried Fish, Nyonya Dumpling, Claypot Rice and Claypot soup.
RM250.00
26 Nov
Pagi
Fozen Food
Donut, Pau Putih, Karipap Pusing, Samosa, Mini Murtabak, Mini Pizza
RM250.00
Ptg
Masakan Thai & Panas
5 jenis tomyam, kerabu thai, padprik, daging merah, ikan kukus, ikan dgn sos Thai, Ketam masak Chili, kailan ikan masin, Shongkla Chapchai
RM250.00
27 Nov
Pagi
Makanan jajaan
Keropok lekor dan keropok losong dgn sos, apam balik, kuih Jepun, Popia Pulau Pinang (Cara Buat Kulit, Inti dan Sos), Otak-otak Johor.
RM250.00
Ptg
Menu Kopitiam
Cara buat 2 jenis seri-kaya kopitiam, roti bakar arang, telur ½ masak, Roti bakar madu, mi goreng hailam, kari ayam hailam, TehTarik,Tehsi, Cham dan kopi
RM250.00
28 Nov
Pagi
Biskut dan Cookies
Almond London, Tart Gulung Nenas, Orange Coconut Cookies, Hazelnut Cookies, Cherry Rosset, Black Sesame Cookies, Oat Cookies and Bubble Rice Cookies
RM250.00
Ptg
Cincau, Tempe, Taugeh
Cara proses cincau, tugeh, tempe, Jelly Kelapa dan dadih aneka perisa
RM250.00
29 Nov
Pagi
Makanan Tradisional
Bahulu, batang buruk, tumpi, rempeyek, maruku dan kueh gunting.
RM250.00
Ptg
Rojak , Cendol dan Minuman Jajaan
Cara buat kuah dan isi rojak – antaranya masala vade, kueh kelapa, kuih dal, seafood snacks. Cara proses isi cendol dan 5 jenis minuman jajaan.
RM250.00

P/S : SAYA HANYA TOLONG MENGIKLANKAN KURSUS KEPADA SESIAPA YANG BERMINAT TAK DA KENA MENGENAPUN DENGAN COMPANY CHEF LI NI..

Reblog this post [with Zemanta]
Read Full Post | Make a Comment ( None so far )

Cikgu Aron usahawan lintah

Posted on 28 October 2008. Filed under: Agro Biz | Tags: , , , , , , |

ARON Warso menunjukkan tangki ternakan lintah, ikan keli dan belut di halaman rumahnya di Kampung Kota Ayangan, Keningau, Sabah.


KENINGAU 27 Okt. – Kebanyakan mereka yang bersara dalam perkhidmatan awam menganggap sisa waktu yang ada adalah masa untuk berehat daripada kesibukan bekerja.

Namun sikap sedemikian bukan prinsip hidup Aron Warso, 56, iaitu bekas Pengarah Institut Perguruan Keningau yang mengambil peluang sempena persaraannya dalam perkhidmatan awam dengan melibatkan diri secara aktif dalam bidang pertanian dan ternakan.

Menurut Aron, minatnya dalam bidang pertanian dan ternakan mula tersemai semasa masih berkhidmat sebagai penjawat awam melalui pembacaan.

Beliau yang minat membaca mempunyai koleksi 350 buah buku yang berkaitan dengan keusahawanan, pertanian dan ternakan.

Semasa masih dalam perkhidmatan, Aron juga telah mula berjinak-jinak dalam bidang pertanian dan ternakan dengan mengusahakan tanaman sawit dan ternakan lembu tenusu dan pedaging.

Malah, beliau pernah menjalankan ternakan rusa yang merupakan antara yang paling awal diusahakannya dan kini diurus di bawah Projek Wawasan Keluarga.

Rentetan itu juga, beliau pada suatu hari tertarik selepas membaca mengenai industri ternakan lintah, belut, ikan keli dan ikan haruan.

“Setelah mengetahui melalui pembacaan bahawa ternakan lintah mampu memberikan pulangan lumayan, saya mengambil keputusan menceburkan diri secara serius.

”Sebelum itu saya menyertai kursus pembiakan lintah yang diadakan pada 26 Julai lalu di Kota Kinabalu yang dianjurkan oleh sebuah syarikat dari Negeri Sembilan,” katanya.

Selepas mengikuti kursus, Aron tidak menunggu lama apabila memulakan ternakan lintah sebanyak 1,200 ekor yang dilaksanakan secara bersepadu dengan ternakan belut dan ikan keli di halaman rumahnya di Kampung Kota Ayangan.

Projek tersebut dijadikan sebagai Projek Wawasan Keluarga Agrotik di bawah fasa kedua Projek Wawasan Keluarga selepas ternakan rusa.

Aron memberitahu, menternak lintah adalah mudah berbanding dengan ternakan yang lain kerana tidak memerlukan kawasan yang luas serta boleh diternak dalam besin besar.

Makanannya pula adalah rumpai air seperti kiambang dan sebagainya selain darah belut dan ikan keli yang diternak secara bersepadu.

Daripada proses pembiakannya, Aron menjelaskan seekor lintah betina boleh menghasilkan anak 500 ekor dan matang dalam tempoh enam bulan.

Harganya di pasaran kini antara RM80 dan RM150 sekilogram berbanding RM50 pada Januari hingga Mei lalu.

Selain menternak lintah, Aron juga membuat percubaan menternak cacing sebagai satu lagi usaha untuk menambah pendapatan keluarganya.

Sejarah Aron dalam perkhidmatan awam bermula sebagai guru sandaran sebelum masuk Maktab Perguruan pada 1974 dan kemudian menyambung ke peringkat ijazah pada tahun 1982.

Selain memegang jawatan pengetua di beberapa sekolah di Sabah, beliau juga pernah memegang jawatan Pegawai Pelajaran Gabungan Keningau sebelum dilantik Pengarah, Institut Perguruan Keningau.

Saya yakin ternakan lintah mampu memberi pulangan lumayan kerana permintaannya di pasaran amat tinggi pada masa ini berdasarkan kegunaannya untuk rawatan kosmetik,” katanya

Reblog this post [with Zemanta]
Read Full Post | Make a Comment ( None so far )

Ustaz jadi mekanik

Posted on 28 October 2008. Filed under: Uncategorized | Tags: , , |

Oleh Mohd Azis Ngah
azis@bharian.com.my

Mohd Karim berkelulusan Sarjana Muda Syariah kini milik tiga bengkel kenderaan

MUNGKIN takdir, mungkin juga kebetulan. Seorang siswazah berkelulusan Sarjana Muda Syariah Universiti Malaya (UM) pernah memohon melanjutkan pengajian sebagai ustaz menerusi Kursus Perguruan Lepasan Ijazah (KPLI) tetapi ditolak sepanjang tiga tahun berturut-turut.

Niatnya cuma mahu berkongsi sedikit ilmu mendidik anak bangsa. Kegagalan itu mungkin menyebabkan kerjayanya berbeza daripada kelayakan dimiliki selepas bergelar pengusaha dan pemilik bengkel kenderaan.

Agak pelik, ustaz menjadi mekanik kereta, tetapi itulah realitinya kepada anak muda, Mohd Karim Abd Rahman, 32, yang kini mempunyai tiga bengkel membaik pulih kenderaan dikenali sebagai Aeroline Motors Sdn Bhd di Shah Alam dan Klang, Selangor serta di Parit Buntar, Perak.

Walaupun dunia berbeza, tetapi impiannya mendidik tetap diteruskan melalui pendekatan lain iaitu menerapkan nilai murni melalui pengisian pelbagai program rohaniah kepada anak buahnya.

Hujahnya mudah, jika pekerja mempunyai keimanan, pegangan agama kukuh serta mendapat sokongan padu majikan, sudah tentu ia akan menyumbang kepada hasil kerja berkualiti dan murni.

Karim (dua dari kanan) sedang berbincang strategi syarikat bersama pekerjanya.

Atau dalam erti kata mudah, mereka tidak akan tergamak untuk mencuri, menipu dan pada masa sama hatinya cukup tenang serta gembira dengan apa yang mereka lakukan untuk mencari rezeki halal.

“Kami berikan pekerja ilmu, kemahiran berterusan supaya mereka belajar sesuatu. Takkan selamanya mereka mahu menjadi mekanik, sekurang-kurangnya saya mahu menjadikan mereka tauke bengkel.

“Sebab itulah saya kongsi ilmu pengurusan kewangan, pentadbiran kerana mereka sudah pun mempunyai kemahiran. Cara paling mudah ialah meletakkan kepercayaan tinggi kepada mereka menjalankan amanah dan saya cuma memantau, menegur apa yang sepatutnya.

“Setakat ini, alhamdulillah, dua bengkel di Shah Alam dan Parit Buntar sudah pun membuktikan pendekatan itu berjaya. Inilah yang saya impikan, mereka melahirkan ramai Bumiputera berjaya dengan berkongsi kejayaan,” katanya.

Karim menunjukkan kad keahlian Touch N Go Aeroline.

Baginya, berkongsi ilmu mengusahakan bengkel kenderaan sudah memadai untuk menyebarkan ilmu selepas hasratnya menjadi seorang ustaz terbantut. Kini, pendekatan kerja diamalkan berdasarkan konsep 3S iaitu Solat, Syukur dan Sedekah.

Anak bongsu ini pernah bekerja sambilan sebagai ustaz selama dua tahun iaitu setahun ketika menunggu keputusan peperiksaan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) dan setahun selepas mendapat segulung ijazah. Abang dan kakaknya juga kini bergelar ustaz dan ustazah.

“Rezeki saya di sini. Mungkin kuota KPLI yang saya mohon itu sudah ditakdirkan untuk individu lain. Ramai rakan sekuliah saya di UM bekerja sebagai ustaz dan pensyarah.

“Semua ini bukan halangan untuk berjaya dan berkongsi ilmu. Kerjaya dan dakwah Islam sebenarnya bergerak serentak. Saya sedang berusaha mengubah mentaliti pekerja bahawa seorang mekanik tidak semestinya bekerja sebagai mekanik hingga akhir hayat kerana mereka juga boleh berjaya.

“Sebab itu, saya galakkan mereka belajar dan pada masa sama kita kuatkan ikatan kekeluargaan dan jiwa supaya sama-sama mencapai kejayaan. Setiap Khamis, kami secara bergilir-gilir akan menghantar dua pekerja menyertai kuliah agama di Masjid Shah Alam selama dua jam setiap minggu,” katanya.

Mengulas lanjut konsep kerja 3S itu, Karim menegaskan, setiap individu patut bersyukur dengan rezeki dan kemahiran dimiliki tetapi perlu sentiasa berusaha memajukan diri. Paling penting, sentiasa menunaikan zakat kerana ia sebenarnya hak milik individu lain yang berhak.

Disebabkan itu, beliau bersyukur kerana mempunyai pelanggan daripada jabatan kerajaan kerana baginya hasil pendapatan yang diterima akan dipulangkan semula kepada Muslim yang berhak melalui zakat perniagaan yang diagihkan kepada fakir miskin.

“Kitaran itu cukup mudah. Pendapatan yang kami terima daripada jabatan kerajaan akan diagihkan semula kepada pusat zakat. Wang itu akan diagihkan kepada penerima yang berhak. Itu lebih berkat kerana ramai yang akan menerima hikmahnya.

“Saya juga membesar dalam keluarga susah dan menjadi anak yatim ketika berusia lima tahun. Perasaan itu menginsafkan diri untuk maju dan inilah masanya membalas jasa keluarga dan bangsa,” katanya yang pernah membantu menjual nasi lemak di sekolahnya selama beberapa tahun, semata-mata mahu menambah pendapatan ibunya.

Anak felda ini juga pernah melalui zaman sukar apabila mengalami kerugian RM120,000 hinggakan hidupnya tertekan dihimpit bebanan hutang hampir setahun serta sering diancam along yang diupah pembekal barangan kereta.

Namun, beliau menerimanya sebagai asam garam dalam perniagaan sebelum bangkit semula apatah lagi selepas mendapat suntikan modal Perbadanan Usahawan Nasional Berhad (PUNB). Kini, pendapatannya meningkat daripada RM20,000 kepada RM250,000 sebulan.

Selepas lima tahun terbabit dalam perniagaan ini, beliau mensasarkan meningkatkan jualan kepada RM400,000 sebulan dan bercadang membuka tiga lagi cawangan baru di Butterworth, Pulau Pinang dan Nilai, Negeri Sembilan serta Sepang, Selangor.

PROFIL: Mohd Karim A Rahman

  • Tarikh lahir: 24 Disember 1976
  • Asal: Felda Kampung Rahmat, Chalok, Setiu, Terengganu
  • Isteri: Norkhairulizar Abdul Rahman, 31,
  • Anak: M Irfan Daniel, 6; Iffah Nadhirah, 5; M Irfan Danish, 4; dan M Irfan Daewish, 2,
  • Ibu: Esah Mohd Amin, 70,
  • Ayah: Allahyarham Abd Rahman Ibrahim
  • Adik beradik: Anak bongsu daripada tujuh beradik.
  • Bendahari Persatuan Kebajikan Anak Yatim dan Miskin Al-Munirah Klang, SelangorPendidikan:
  • Sekolah Kebangsaan (SK) Kampung Rahmat Chalok
  • Sekolah Menengah Agama (SMA), Setiu, Terengganu (1989-1993)
  • SMA (Atas) Sultan Zainal Abidin, Batu Buruk, Kuala Terengganu (1994-1995)
  • Universiti Malaya – Sarjana Muda Syariah (Siasah Syar’iyyah) – 1996-1999.
  • Reblog this post [with Zemanta]
    Read Full Post | Make a Comment ( None so far )

    Jaga jadi tauke landskap

    Posted on 28 October 2008. Filed under: Uncategorized | Tags: , , , |

    Oleh Rohaniza Idris
    roha@bharian.com.my



    BERMULA
    dengan bekerja sambilan di tapak semaian milik rakan, kini Pak Jab
    mempunyai tiga nurseri- iaitu dua di Sungai Buloh dan satu di Sungai
    Petani
    , Kedah.

    Bidang semaian tanaman mengubah hidup Pak Jab sekeluarga

    KIRA-KIRA 37 tahun lalu beliau tidak pernah terfikir bahawa
    bidang semaian tanaman yang diceburi boleh mengubah hidupnya sekeluarga
    sehingga mampu meraih pendapatan mencecah jutaan ringgit.

    Itulah yang berlaku kepada Md Rejab Hasanudin, 66, seorang
    bekas pengawal keselamatan sekolah di Kampung Melayu, Sungai Buloh yang
    kini mengusahakan syarikat landskap, Rumpun Damai Nursery.


    Md Rejab yang lebih dikenali sebagai Pak Jab adalah
    antara perintis landskap di kampung berkenaan sehingga menjadikan
    kawasan sekitar Sungai Buloh dan Kota Damansara dikenali sebagai bandar
    nurseri, tempat kunjungan peminat seni hias laman.

    “Saya hanya ‘jaga’ atau ‘guard’ di sekolah rendah ketika
    mula-mula menceburi bidang semaian. Saya berguru dengan Isa Bulat,
    orang pertama yang membuka nurseri di Sungai Buloh.

    “Pada awalnya, saya hanya bekerja dengan Isa secara sambilan
    pada siang hari untuk menambah pendapatan manakala pada malam saya
    bertugas menjadi jaga di sekolah,” katanya yang kini mempunyai tiga
    tapak semaian, dua di Sungai Buloh dan satu di Sungai Petani, Kedah.

    Menyingkap rahsia kejayaannya itu, Md Rejab berkata, pada mulanya
    beliau tidak nampak bagaimana tapak semaian boleh memberikan pendapatan
    tambahan kepada keluarganya.

    “Mula-mula dulu, saya tanya Isa, mengapa dia menanam pokok
    yang tidak mendatangkan hasil seperti buah-buahan. Saya tidak nampak
    pokok yang berbunga dan berdaun ini boleh memberi duit.

    “Selepas diterangkan Isa bahawa pokok bunga turut membuka
    rezeki kerana dibeli pihak berkuasa tempatan (PBT) untuk landskap
    bandar baru dan kilang perusahaan, baru saya faham. Selepas itu, saya
    mengambil kursus semaian Jabatan Perhutanan yang dibuka kepada
    kakitangan kerajaan pada masa itu,” katanya.

    Berbekalkan ilmu dan pengalaman yang dikutip selama sembilan
    tahun bekerja sambilan di Nurseri Sungai Buloh milik Mohd Isa, Md Rejab
    akhirnya mengambil keputusan membuka tapak semaian sendiri pada 1980.


    Bermula dari situ, beliau terus mengembangkan perniagaannya dan kini
    menjadi kontraktor landskap untuk projek besar milik kerajaan, pihak
    berkuasa tempatan (PBT), swasta dan orang perseorangan.

    Antara projek besar yang diusahakan syarikatnya ialah
    landskap untuk projek di bawah Arkib Negara dan Institut Perundangan
    dan Kehakiman Malaysia di Bangi.

    Terkini, syarikatnya yang mempunyai 10 pekerja tetap itu
    melakukan kerja landskap untuk Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL)
    menerusi Projek Mengindahkan Sungai Gombak dengan kontrak jutaan
    ringgit bagi tempoh tiga tahun.

    Selain menjadi kontraktor landskap, syarikatnya juga menjadi
    pembekal pokok untuk landskap di Universiti Utara Malaysia (UUM) dan
    Universiti Sains Malaysia (USM) menerusi cawangan syarikatnya di Kedah.

    Menceritakan pengalamannya, beliau berkata, pada peringkat
    awal, agak sukar untuk menjual hasil tapak semaian tetapi dengan
    bantuan Isa, beliau banyak mendapat kontrak kerajaan dan swasta.

    “Pernah satu ketika, projek landskap yang dilaksanakan musnah
    akibat banjir. Saya menanggung rugi kerana selain pokok musnah, saya
    terpaksa menanam pokok baru yang kosnya ditanggung saya sendiri.

    “Dalam projek besar, kita biasanya ada perjanjian dan risiko
    akibat bencana alam adalah ditanggung pihak syarikat, maka mahu atau
    tidak, kerja mesti diteruskan. Oleh itu, walaupun pendapatan sedikit,
    saya lebih berminat melaksanakan projek jangka pendek dan
    kecil-kecilan.

    “Pendapatan yang sikit ini sebenarnya yang membawa kepada keuntungan lebih besar dan segera,” katanya

    Selain menjual semaian dan membuat projek landskap untuk orang
    perseorangan, syarikatnya mula dikenali dan kini menawarkan pelbagai
    perkhidmatan lain termasuk menjual aksesori taman, membuat kolam, wakaf
    dan pegola.

    Menganggap perniagaan yang diusahakan sebagai ibadah selain
    tempat mencari rezeki, beliau mengakui tidak pernah menjadikan syarikat
    lain yang ada di Kampung Melayu itu sebagai saingan tetapi rakan kongsi
    untuk bekerjasama dan mencari pendapatan bersama.

    “Di kampung ini ada 18 kontraktor landskap dan nurseri tetapi
    kami semua bekerjasama bukannya bersaing. Jika syarikat saya terlalu
    banyak kontrak dan merasakan tidak mampu melaksanakannya, saya akan
    minta bantuan rakan lain, begitu juga sebaliknya.

    “Malah, pada satu ketika Jawatankuasa Kemajuan dan
    Keselamatan Kampung (JKKK) mencadangkan setiap rumah di kampung ini
    membuat semaian kecil-kecilan untuk menjadi pembekal kecil kepada
    syarikat landskap besar yang ada,” katanya

    Kini, selain menjadi kontraktor landskap, Md Rejab, bapa
    kepada tiga cahaya mata dan enam cucu ini menjadi rujukan mereka yang
    ingin membuka tapak semaian serta menceburi bidang landskap.

    Malah, nurseri miliknya juga menjadi tempat pelajar institusi pengajian tinggi (IPT) membuat latihan praktikal industri.

    Profil

    Md Rejab Hasanudin

    Umur: 66 tahun

    Anak: 3 orang berusia antara 26 hingga 35 tahun

    Asal: Kampung Simpang Tiga Pasir, Merbuk, Kedah

    Pendidikan: Darjah Enam Sekolah Kebangsaan Pusat Merbuk, Kedah

    Anugerah : Johan Pertandingan Nurseri Terbaik 2004

    Profesion: Ahli Perniagaan – Kontraktor Landskap dan Pesara Pengawal Keselamatan, Kementerian Pelajaran.

    Aktiviti:

  • Pengerusi Tetap Umno Cawangan Kampung Melayu, Sungai Buloh
  • Ahli Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung, Kampung Melayu, Sungai Buloh
  • Presiden Kelab Badminton Veteran, Kampung Melayu, Sungai Buloh
  • Presiden Kelab Bola Sepak, Kampung Melayu, Sungai Buloh
  • Presiden Pasar Malam, Kampung Melayu, Sungai Buloh
  • Yang Dipertua Khairat Kematian Surau Kampung Melayu, Sungai Buloh
  • KATA ORANG : YANG MEMBOLEHKAN BELIAU LEBIH MAJU ADALAH LINK YANG BELIAU ADA DALAM MEMEGANG BANYAK JAWATAN NGO. CONNECTION MESTI ADA LINK MESTI KUAT BETULKAH NI???

    Reblog this post [with Zemanta]
    Read Full Post | Make a Comment ( 1 so far )

    Mat despatch jadi tauke

    Posted on 28 October 2008. Filed under: Uncategorized | Tags: , , , , |

    Oleh Mohd Azis Ngah
    azis@bharian.com.my


    Zamri bersama kakitangan Aero Line.

    Miliki syarikat pengahantaran sendiri, Kumpulan Aero Line

    BAGI kebanyakan pelajar universiti, bekerja sambilan mencari pendapatan sampingan menampung perbelanjaan adalah perkara biasa, namun anak muda kelahiran Merang, Terengganu, Zamri Khamis, 35, pengalaman itu cukup berbeza kerana memberi kesan besar dalam hidupnya.

    Ketika negara dilanda kegawatan ekonomi pada 1997, Zamri melihat satu peluang besar dalam sektor perkhidmatan penghantaran cepat atau ‘courier’ dan terus berusaha keras sehingga berjaya memiliki syarikat sendiri, Aero Line of Companies.

    Semua bukan datang secara mudah kerana bekas ‘mat despatch’ ini terpaksa menempuh pelbagai pahit maung dan cabaran untuk berjaya.

    Bermula kerja sambilan sebagai penghantar surat dengan bayaran elaun RM5 sehari, seterusnya menjalani latihan amali di syarikat yang sama di Pulau Pinang, Zamri bertekad untuk bergerak lebih jauh kerana melihat potensi dalam sektor itu.

    “Lapan tahun saya bekerja menghantar surat dan timbul keinginan kuat untuk membuka perniagaan sendiri berbekalkan pengalaman yang ada. Di sebelah pagi, saya lengkap beruniform ‘mat despatch’ dan petangnya saya mencari pasaran.

    “Saya cukup memahami liku hidup ‘mat despatch’, faham apa masalah mereka sebab itu apabila berjaya membuka perniagaan sendiri, saya masih lagi menghantar surat atau dokumen. Ilmu yang ada perlu dikongsi dengan mereka sebab ia akan sentiasa berkembang.

    “Jika ada masalah dengan pelanggan, saya sendiri akan turun padang. Misalnya berlaku masalah tak jumpa tempat penghantaran, saya akan cabar mereka untuk pergi semula dengan saya dan kami sama-sama bincang bagaimana strategi buat penghantaran tepat dan sistematik.

    “Saya sendiri pernah merasai rekod penghantaran 90 tempat pada satu hari, jadi saya percaya pekerja saya juga boleh buat yang sama jika ikut jadual dan merancang secara sistematik,” katanya yang juga Pengerusi Kumpulan Aero Line of Companies.

    Bermula dengan modal RM30,000 hasil dorongan rakan dan keluarga, beliau membuka perniagaan dengan 10 kakitangan dan kini berdiri teguh apabila kakitangan di bahagian penghantaran bertambah kepada 190 orang di semua 14 cawangan seluruh negara termasuk di Kuching, Sarawak.

    Rahsia kejayaannya cukup mudah kerana beliau sentiasa berpegang kepada konsep jangan tamak, jangan boros atau hemat berbelanja, sentiasa menjaga disiplin kerja serta bijak merancang perbelanjaan syarikat mengikut kemampuan.

    “Saya masih kekalkan disiplin ketika kerja menghantar surat. Tepat 8.30 pagi, saya mesti ada di pejabat kerana saya percaya kepada konsep kepimpinan melalui teladan. Jika ada penghantaran khas pada hujung minggu, saya sendiri akan hantar.

    “Pekerja juga perlukan rehat dan hanya akan bekerja lima hari seminggu, jadi tiada masalah jika saya sendiri buat kerja mereka kerana saya juga sama seperti mereka. Saya juga orang susah,” katanya.

    Selain itu, keinginan kuat untuk mendalami ilmu perniagaan mendorongnya melanjutkan pelajaran dan berjaya memperoleh Sarjana (Master) dalam bidang pengurusan di Universiti Teknologi Mara (UiTM), Shah Alam dan menegaskan, semuanya bertujuan menambah pengalaman walaupun sibuk menguruskan syarikat.

    “Ilmu akan memantapkan pengurusan dan dikongsi dengan pekerja. Sebilangan besar pekerja saya hanya mempunyai pendidikan setakat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), tetapi kini ramai antara mereka yang bersama saya sejak awal penubuhan syarikat sudah dilantik sebagai pengurus atau penolong pengurus.

    “Ada langsung yang tidak pernah sentuh komputer, tetapi kini mereka cukup mahir dalam pelbagai program. Itu yang membanggakan saya kerana berjaya mendidik dan memberikan mereka ilmu. Jika saya boleh berjaya, saya mahu mereka juga berjaya,” katanya.

    Terima caj perkhidmatan RM25 sebulan ketika mula berniaga

    ZAMRI pernah mendapat caj bayaran perkhidmatan hanya RM25 sebulan dari OCBC pada peringkat awal menjalankan perniagaan. Kini, Zamri boleh berbaggga kerana caj bayaran perkhidmatan dari bank itu bertambah kepada RM12,000 sebulan.

    Pelanggan pertamanya ialah RHB yang banyak memberi kepercayaan kepadanya dengan membayar caj bulanan RM1,000 sebulan dan kini meningkatkan perkhidmatan dengan bayaran RM60,000 sebulan.

    Kini, keuntungan tahunan syarikat penghantaran, Aero Line Services Sdn Bhd bagi 2007 merekodkan pendapatan RM3.45 juta dan pendapatan tahun 2008 berakhir September ini, dijangka meningkat kepada RM4.2 juta. Keuntungan kumpulan mencatatkan RM6.5 bagi tempoh sama tahun lalu.

    Pemuda yang masih bujang ini juga pernah menolak tawaran kerja sebagai Pegawai Tadbir dan Diplomatik serta tawaran lumayan dari Petronas dengan alasan, jika syarikatnya ditutup, ia bermakna hampir 200 kakitangannya akan kehilangan kerja.

    Profil:

  • Zamri Khamis
  • Tarikh lahir: 12 Januari 1973
  • Tempat lahir: Merang, Terengganu
  • Anak kedua daripada empat beradik
  • Status: bujang
  • Ayah: Khamis Omar (Allahyarham)
  • Ibu: Khazanah Abdul Hamid, 65.
  • Pendidikan1) Kolej Sultan Abdul Hamid, Alor Star, Kedah

    2) Maktab Rendah Sains Mara (MRSM), Beseri tahun 1990

    3) Matrikulasi Kolej Mara, Kulim, Kedah 1992 / 1993

    4) Universiti Sains Malaysia (USM), Pulau Pinang (1995 – 2000) – Sarjana Muda Pengurusan

    5) Sarjana (Master) dalam Pengurusan Perniagaan – di Universiti Teknologi Mara (UiTM), Shah Alam – 2004.

    Senarai anak syarikat Aero Line of Companies:

  • Aero Line Services Sdn Bhd.
  • Aero Line Boutique Services Sdn Bhd
  • Aero Line Worl Wide Sdn Bhd
  • Aero Line Motor Sdn Bhd
  • Premassa Sdn Bhd
  • Read Full Post | Make a Comment ( None so far )

    Liked it here?
    Why not try sites on the blogroll...