KENYATAAN RASMI KOPERASI TAQWA MALAYSIA BERHAD BERHUBUNG LAPORAN AKHBAR

Posted on 15 January 2009. Filed under: HYIP | Tags: , , , , , , , , |


KENYATAAN RASMI KOPERASI TAQWA MALAYSIA BERHAD BERHUBUNG LAPORAN AKHBAR
Pada 17.12.08 dan 18.12.08 telah disiarkan beberapa laporan berita akhbar tempatan (online dan cetakan biasa) yang mendakwa bahawa segala aktiviti Koperasi Taqwa Malaysia Berhad telah digantung dan akaun Koperasi juga telah dibekukan oleh pihak berkuasa susulan daripada siasatan oleh Suruhanjaya Koperasi ke atas Koperasi Taqwa Malaysia Berhad pada 16.12.2008. Selain itu, melalui laporan akhbar yang disiarkan pihak media terbabit telah menggambarkan atau mendakwa bahawa siasatan tersebut dijalankan akibat daripada aktiviti berunsurkan skim cepat kaya telah dijalankan oleh Koperasi Taqwa Malaysia Berhad.Ambil perhatian bahawa Koperasi Taqwa Malaysia Berhad dengan ini MEMBERI NOTIS bahawa sehingga ke tarikh penyataan ini dibuat, Koperasi Taqwa Malaysia Berhad TIDAK PERNAH menerima sebarang notis dari mana-mana pihak berkuasa dan/atau TIDAK ADA sebarang arahan rasmi yang dikeluarkan berkenaan dengan pembekuan akaun Koperasi atau arahan untuk penggantungan segala aktiviti Koperasi atau tindakan perlucutan jawatan Ahli Lembaga Pengarah Koperasi yang dilantik.

SELANJUTNYA HARAP MAKLUM bahawa tanpa prasangka kepada siasatan yang sedang dijalankan, pihak Koperasi menyangkal setiap dakwaan mengenai penglibatan Koperasi secara langsung dalam aktiviti haram atau aktiviti yang bercanggah dengan mana-mana undang-undang di Malaysia. Sebaliknya kami berpendapat bahawa siasatan tersebut dijalankan kerana ianya dapat membantu pihak berkuasa yang berkaitan dalam meneruskan pendakwaannya terhadap pihak ketiga yang merupakan pihak yang sebenarnya dalam pembabitan aktiviti haram tersebut yang kini masih lagi berjalan di Mahkamah. Malah pihak koperasi juga sentiasa menawarkan kerjasama kami kepada pihak berkuasa terbabit dalam mengumpulkan segala bukti pendakwaannya.

Koperasi juga telah membuat satu laporan polis di Balai Polis Sentul, Kuala Lumpur pada hari ini (18.12.08) diatas dakwaan palsu tersebut dan seterusnya meminta pihak media yang bertanggungjawab memohon maaf secara terbuka kepada kami.

AMBIL PERHATIAN bahawa pihak koperasi memandang serius segala dakwaan yang telah disiarkan kerana ianya telah memberi impak yang besar dan negatif terhadap koperasi dan juga pengurusannya, dan juga menyebabkan terjejasnya aktiviti perniagaan koperasi pada masa ini. Malah ianya juga telah menimbulkan rasa panik dan kekhuatiran serta salah tanggapan kepada anggota-anggota kami.

Maka pihak pengurusan Koperasi Tawa Malaysia Berhad dengan ini memberi NOTIS supaya menghentikan segala dakwaan palsu dan tidak benar tersebut, dan tindakan undang-undang juga akan diambil kepada mana-mana pihak yang ingkar dan juga pihak yang telah menyebarkan kenyataan palsu dan tidak benar tersebut.

Diperbuat pada 18hb Disember, 2008

Sekian, terima kasih.

Yang Benar,

Azmi bin Ramli

Bendahari Kehormat

Koperasi Taqwa Malaysia Berhad.

** Kenyataan Akhbar ini telah difakskan kepada media elektronik dan media cetak utama pada 18/12/2008.

Kemaskini pada 23-12-2008
Advertisements
Read Full Post | Make a Comment ( None so far )

PERMOHONAN PINJAMAN TABUNG MODAL PUSINGAN (KOPERASI)

Posted on 24 October 2008. Filed under: Finance | Tags: , , , , |


Pinjaman yang ditawarkan

Jenis Pembiayaan

Pinjaman

Tempoh Pembiayaan

1. Pembiayaan Tanpa Cagaran Sehingga RM50,000 Maksimum 5 Tahun
2. Pembiayaan Bercagar RM50,001 hingga RM10,000,000 Maksimum 20 Tahun

Jenis-jenis Pinjaman/ Pembiayaan

  1. Modal Pusingan

    i. Pengguna
    ii. Kerja-kerja Kontrak
    iii. Perkhidmatan
    iv. Ar-Rahnu/ Kredit
  2. Pembangunan Hartanah
    i. Pinjaman Sementara (Bridging Finance)
    ii. Bayaran Premium
    iii. Kos Pembangunan
  3. Pemilikan Harta
    i. Beli Tanah/ Bangunan/ Kilang
    ii. Ubahsuai/ Baikpulih
    iii. Pembinaan Bangunan
  4. Pengangkutan
    i. Pembelian Kenderaan
  5. Asas Tani
  6. Pertanian
  7. Perindustrian
  8. Mesin/ Jentera

Syarat dan Cara Memohon

Koperasi yang layak memohon adalah seperti berikut:-

  1. Berdaftar di bawah Akta Koperasi 1993 dan dikawal selia oleh Suruhanjaya Koperasi Malaysia;
  2. Telah didaftarkan tidak kurang daripada 18 bulan dan akaunnya telah diaudit;
  3. Projek yang akan dilaksanakan adalah berdaya maju (viable);
  4. Pentadbiran dan pengurusan koperasi mematuhi Akta Koperasi 1993, Peraturan Koperasi 1995
    dan Undang-Undang Kecil Koperasi;
  5. Pengurusan perakaunan adalah teratur, kemas kini dan penyata kewangan semasa telah diaudit; dan
  6. Projek yang akan dibiayai memberi manfaat kepada anggota-anggota dan koperasi.

Cara Memohon

Semua permohonan hendaklah dikemukakan kepada pejabat SKM Wilayah yang menyelia koperasi.
Dokumen yang perlu dikemukakan adalah seperti berikut:-

Borang Permohonan Pembiayaan TMP
(Borang ini boleh didapati daripada pejabat SKM Wilayah/ Negeri atau; muat turun di sini)
3 salinan
Cabutan minit Mesyuarat Agung yang meluluskan had maksimum keterhutangan
yang disahkan oleh Lembaga.
3 salinan
Cabutan minit Mesyuarat Lembaga yang meluluskan cadangan untuk memohon
pinjaman/ pembiayaan TMP-SKM yang disahkan oleh Lembaga.
3 salinan
Senarai Anggota Lembaga semasa (seperti kehendak peraturan 17
Peraturan-Peraturan Koperasi 1995) yang disahkan oleh Lembaga.
3 salinan
Cabutan Undang-Undang Kecil Koperasi yang membenarkan Koperasi menjalankan
projek berkenaan yang disahkan oleh Lembaga.
3 salinan
Penyata kewangan lengkap teraudit bagi 3 tahun terakhir. 3 salinan

Penyata terimaan dan bayaran bulanan bagi tahun semasa yang disahkan
oleh Lembaga.

3 salinan
Penyata bank bagi 3 bulan terakhir. 3 salinan
Kertas kerja projek. 5 salinan
Dokumen cagaran (di mana perlu). 3 salinan

Sebarang pertanyaan atau penerangan lanjut berkaitan dengan permohonan boleh dirujuk kepada pegawai
SKM Wilayah yang menyelia koperasi.

Permohonan Yang Tidak Dipertimbangkan

  1. Permohonan pembiayaan untuk membiayai projek yang dilaksanakan oleh anak syarikat koperasi,
    atau pihak lain;
  2. Permohonan pembiayaan untuk tujuan pelaburan dalam saham; dan
  3. Permohonan pembiayaan untuk membiayai projek yang bertentangan dengan Hukum Syariah.

Tujuan Pembiayaan

  1. Untuk membiayai projek ekonomi yang dilaksanakan dan dimajukan oleh koperasi sendiri.
  2. Wang pembiayaan hendaklah digunakan bagi tujuan seperti mana yang diluluskan.
  3. Sebarang perubahan tujuan penggunaan perlu mendapat kelulusan Jawatankuasa
    Kumpulan Wang Amanah TMP terlebih dahulu.

HAK CIPTA 2008 ® SURUHANJAYA KOPERASI MALAYSIA

Reblog this post [with Zemanta]
Read Full Post | Make a Comment ( None so far )

PENUBUHAN KOPERASI

Posted on 24 October 2008. Filed under: Finance | Tags: , , , , , , , , , |

Langkah-langkah yang perlu diambil sebelum memohon pendaftaran koperasi:

1.

Hubungi pejabat SKM berhampiran untuk mendapat keterangan tatacara dan dokumen-dokumen permohonan pendaftaran.

2. Mengemukakan permohonan untuk menubuhkan koperasi.
3. Membentuk sebuah Jawatankuasa Penaja.
4. Mengadakan Mesyuarat Agung Permulaan.
5. Memohon pendaftaran koperasi.

SEBELUM PENDAFTARAN

Mengikut seksyen 6 Akta Koperasi 1993, dokumen-dokumen pendaftaran adalah seperti berikut:-

1. Borang Permohonan
2. Undang-undang kecil
3. Minit Mesyuarat Agung Permulaan

Sila Klik Untuk Muat Turun Borang:

Borang Permohonan Penubuhan Koperasi

Sila muat turun “Adobe Acrobat Reader” untuk membuka dokumen tersebut.

HAK CIPTA 2008 ® SURUHANJAYA KOPERASI MALAYSIA

Reblog this post [with Zemanta]
Read Full Post | Make a Comment ( None so far )

Liked it here?
Why not try sites on the blogroll...