Cikgu Aron usahawan lintah

Posted on 28 October 2008. Filed under: Agro Biz | Tags: , , , , , , |

ARON Warso menunjukkan tangki ternakan lintah, ikan keli dan belut di halaman rumahnya di Kampung Kota Ayangan, Keningau, Sabah.


KENINGAU 27 Okt. – Kebanyakan mereka yang bersara dalam perkhidmatan awam menganggap sisa waktu yang ada adalah masa untuk berehat daripada kesibukan bekerja.

Namun sikap sedemikian bukan prinsip hidup Aron Warso, 56, iaitu bekas Pengarah Institut Perguruan Keningau yang mengambil peluang sempena persaraannya dalam perkhidmatan awam dengan melibatkan diri secara aktif dalam bidang pertanian dan ternakan.

Menurut Aron, minatnya dalam bidang pertanian dan ternakan mula tersemai semasa masih berkhidmat sebagai penjawat awam melalui pembacaan.

Beliau yang minat membaca mempunyai koleksi 350 buah buku yang berkaitan dengan keusahawanan, pertanian dan ternakan.

Semasa masih dalam perkhidmatan, Aron juga telah mula berjinak-jinak dalam bidang pertanian dan ternakan dengan mengusahakan tanaman sawit dan ternakan lembu tenusu dan pedaging.

Malah, beliau pernah menjalankan ternakan rusa yang merupakan antara yang paling awal diusahakannya dan kini diurus di bawah Projek Wawasan Keluarga.

Rentetan itu juga, beliau pada suatu hari tertarik selepas membaca mengenai industri ternakan lintah, belut, ikan keli dan ikan haruan.

“Setelah mengetahui melalui pembacaan bahawa ternakan lintah mampu memberikan pulangan lumayan, saya mengambil keputusan menceburkan diri secara serius.

”Sebelum itu saya menyertai kursus pembiakan lintah yang diadakan pada 26 Julai lalu di Kota Kinabalu yang dianjurkan oleh sebuah syarikat dari Negeri Sembilan,” katanya.

Selepas mengikuti kursus, Aron tidak menunggu lama apabila memulakan ternakan lintah sebanyak 1,200 ekor yang dilaksanakan secara bersepadu dengan ternakan belut dan ikan keli di halaman rumahnya di Kampung Kota Ayangan.

Projek tersebut dijadikan sebagai Projek Wawasan Keluarga Agrotik di bawah fasa kedua Projek Wawasan Keluarga selepas ternakan rusa.

Aron memberitahu, menternak lintah adalah mudah berbanding dengan ternakan yang lain kerana tidak memerlukan kawasan yang luas serta boleh diternak dalam besin besar.

Makanannya pula adalah rumpai air seperti kiambang dan sebagainya selain darah belut dan ikan keli yang diternak secara bersepadu.

Daripada proses pembiakannya, Aron menjelaskan seekor lintah betina boleh menghasilkan anak 500 ekor dan matang dalam tempoh enam bulan.

Harganya di pasaran kini antara RM80 dan RM150 sekilogram berbanding RM50 pada Januari hingga Mei lalu.

Selain menternak lintah, Aron juga membuat percubaan menternak cacing sebagai satu lagi usaha untuk menambah pendapatan keluarganya.

Sejarah Aron dalam perkhidmatan awam bermula sebagai guru sandaran sebelum masuk Maktab Perguruan pada 1974 dan kemudian menyambung ke peringkat ijazah pada tahun 1982.

Selain memegang jawatan pengetua di beberapa sekolah di Sabah, beliau juga pernah memegang jawatan Pegawai Pelajaran Gabungan Keningau sebelum dilantik Pengarah, Institut Perguruan Keningau.

Saya yakin ternakan lintah mampu memberi pulangan lumayan kerana permintaannya di pasaran amat tinggi pada masa ini berdasarkan kegunaannya untuk rawatan kosmetik,” katanya

Reblog this post [with Zemanta]
Read Full Post | Make a Comment ( None so far )

SEMINAR USAHAWAN KORIDOR PEMBANGUNAN SABAH

Posted on 7 October 2008. Filed under: Agro Biz, Finance, PERTANIAN | Tags: , , , , , |

SEMINAR USAHAWAN KORIDOR PEMBANGUNAN SABAH
Menjana Pendapatan Koperasi Melalui ‘Contract Farming’




OBJEKTIF

Mendedahkan peluang perniagaan sektor pertanian yang boleh diceburi oleh gerakan koperasi dalam SDC.

Mendedahkan kaedah perladangan kontrak (contract farming) sebagai strategi mengatasi ketiadaan jaminan pasaran.

Mewujudkan jalinan kerjasama dalam kalangan koperasi, usahawan, syarikat dan agensi yang bergiat dalam perniagaan secara perladangan kontrak.

PESERTA
Seminar ini terbuka kepada :-

(i) Anggota Lembaga Koperasi
(ii) Jawatankuasa Audit Dalaman Koperasi
(iii) Pengurus Koperasi
(iv) Pegawai Jabatan / Agensi
(v) Anggota-anggota Koperasi
(vi) Usahawan dan individu yang berminat

ATUR CARA HARI PERTAMA
29 Oktober 2008 (Rabu)

08.00-09.00 pg Pendaftaran dan sarapan
09.00-10.30 pg Kertas 1: SDC – Peluang & Cabaran Dalam Gerakan Koperasi
10.30-11.00 pg Kudapan
11.00-01.00 tgh Kertas 2: Peluang Perniagaan Melalui Konsep ‘Contract Farming
& Isu Perundangan Berkaitan
01.00-02.15 tgh Merarau
02.15-04.15 ptg Kertas 3: Peluang Perniagaan Pertanian Dalam SDC –
Penternakan Lintah /Cacing
Penternakan Ikan Keli / Ikan Dalam Sangkar
04.15-04.45 ptg Kudapan
07.30-10.00 mlm Majlis Perasmian & Makan Malam

ATUR CARA HARI KEDUA
30 Oktober 2008 (Khamis)

07.30-08.30 pg Sarapan
08.30-10.30 pg Kertas 4: SDC – Peluang Perniagaan Pertanian Dalam SDC –
Tanaman Jatropha / Vanilla
Tanaman Gaharu
10.30-11.00 pg Kudapan
11.00-01.00 tgh Forum : “Isu & Cabaran Dalam Gerakan Koperasi Ke Arah
Merealisasikan SDC”
01.00-02.15 tgh Merarau & Bersurai

BAYARAN
RM30.00 seorang (anggota koperasi)
RM150.00 seorang (bukan anggota koperasi dan peserta negara luar)

**Pembayaran boleh dibuat secara tunai atau wang pos/cek atas nama Maktab Kerjasama Malaysia Cawangan Sabah.

PENGINAPAN
Penginapan 1 malam disediakan (kongsi bertiga).  Daftar masuk pada 29 Oktober 2008 dan daftar keluar pada30 Oktober 2008.


TARIKH TUTUP PERMOHONAN
21 Oktober 2008

Sila hantar borang penyertaan yang telah diisi dengan lengkap kepada :

Penyelaras
Seminar Usahawan Koridor Pembangunan Sabah:
Menjana Pendapatan Koperasi Melalui ‘Contract Farming’

MAKTAB KERJASAMA MALAYSIA
Cawangan Sabah
Tingkat 5, Menara MAA
88000 Kota Kinabalu, Sabah
Tel: 088-240812
atau hantar melalui faks di talian 088-241802

Terakhir dikemaskini ( Monday, 22 September 2008 )

Sumber berita dari www.mkm.edu.my

Read Full Post | Make a Comment ( 1 so far )

Liked it here?
Why not try sites on the blogroll...